Oleh Dr Hareez Noorman
“Doktor, kenapa di klinik ni, harga gel lutut mahal?”
“Saya tengok klinik lain ada yang RM300 saja.”
Kandungan
Pendahuluan
Pengalaman sebenar: sering kali ketika saya berunding dengan pesakit lutut yang inginkan suntikan gel lutut, harga pasti menjadi faktor penentu.
Dan perbincangan seperti ini memberi hasil 50-50, sesetengah bersetuju dengan justifikasi kos harga lutut yang berbeza, dan sesetengah yang lain memilih yang lebih berbaloi dengan bajet mereka (tiada siapa antara mereka yang salah, setiap rawatan adalah mengikut kesesuaian!)
Lebih menggusarkan jiwa, suntikan gel lutut tidak termasuk dalam polisi panel dan insurans. Oleh itu, pesakit perlu mengeluarkan kos daripada simpanan sendiri.
Namun, kembali kepada persoalan utama, mengapa sesetengah klinik atau hospital meletakkan harga gel lutut yang mahal, boleh mencecah beribu-ribu ringgit? Adakah harga yang lebih mahal bermaksud lebih berkesan, tahan lama atau lebih selamat?
Sebenarnya, harga gel lutut sama ada mahal atau murah ditentukan oleh beberapa faktor. Dan ianya bukanlah saja-saja. Harga gel lutut bergantung pada berat molekul, sifat kimia gel itu sendiri, serta bahan tambahan lain.
Terdapat juga faktor luaran yang mempengaruhi harga gel lutut, yang akan dibincangkan dalam artikel ini.
Apa Dalam Suntikan Gel Lutut?
Suntikan gel lutut mengandungi hyaluronic acid, sejenis cecair berbentuk gel dan merupakan bahan semulajadi yang biasa dijumpai dalam sendi. HA ini berfungsi sebagai pelincir antara sendi yang mengurangkan geseran antara sendi dan mengurangkan rasa sakit lutut dan kaku.
Suntikan gel lutut ini digunakan untuk merawat radang sendi termasuk sakit lutut akibat osteoarthritis.
Mengapa Sesetengah Harga Gel Lutut Mahal?
1. Perbezaan Jenama, Struktur dan Formula Hyaluronic Acid
Salah satu sebab kenapa harga suntikan gel lutut mahal di sesetengah pusat rawatan adalah disebabkan oleh perbezaan struktur dan formulasi gel tersebut. Teknologi perubatan membolehkan sesetengah jenama mengubah suai struktur dan formula Hyaluronic acid supaya menjadi lebih stabil, tahan lama dan berkesan dalam membantu fungsi sendi lutut. Antara ciri penting termasuk penggunaan jisim molekul yang tinggi serta teknik cross-linking.
a. Hyaluronic Acid dengan Jisim Molekul Tinggi
Salah satunya ialah jisim molekul dalam hyaluronic acid (HA). Sendi lutut manusia dikelilingi oleh membran synovial yang menghasilkan cecair sinovial, dan cecair ini mengandungi hyaluronic acid semulajadi yang melindungi sendi dengan meningkatkan kelinciran serta mengurangkan geseran antara tulang.
Sendi yang meradang pula menyebabkan penurunan kepekatan hyaluronic acid dalam cecair sinovial, menjadikan tekstur gel lebih “cair”. Hasilnya, sendi lebih mudah bergeser antara satu sama lain.
Di sinilah suntikan gel lutut berperanan sebagai salah satu penyelesaian. Hyaluronic acid disuntik untuk mengganti atau menambah cecair HA yang telah hilang.
Cecair hyaluronic acid yang dihasilkan secara semulajadi mempunyai jisim molekul yang tinggi (HMW), sekitar 6 hingga 7 juta dalton. Cecair yang tinggi jisim molekul ini lebih pekat dan tinggi kelikatanjalan (viscoelasticity).
Hasilnya, cecair ini membentuk lapisan tebal, melekat pada permukaan tulang rawan dengan lebih lama dan tidak mudah luntur. Malah, struktur molekul yang lebih besar membantu sendi lutut menyerap hentakan dengan lebih baik, terutama ketika melakukan aktiviti lasak seperti berlari atau melompat.
Sesetengah jenama suntikan gel lutut mereplikasi struktur hyaluronic acid yang tinggi HMW ke dalam formulanya. Sebagai contoh Hyruan One mempunyai 10 juta Dalton, menghasilkan cecair yang lebih likat dan anjal. Jadi, gel dalam lutut tahan lebih lama dengan hanya satu suntikan.
Satu kajian telah dijalankan pada tahun 2024 untuk mengkaji keberkesanan suntikan hyaluronic acid dengan jisim molekul tinggi (HMW) dan sangat tinggi (UHMW). Kajian melaporkan gel lutut dengan jisim molekul yang tinggi menunjukkan tempoh kelegaan yang lama, mencapai sehingga 2 tahun setiap suntikan (untuk UHMW), dan hampir 11 bulan untuk HMW.
Dan suntikan gel lutut HMW juga ada kemungkinan berkesan dalam melindungi rawan, mengurangkan radang sendi dan menstabilkan sendi lutut.
b. Struktur Cross-Linked
Hyaluronic acid adalah sejenis enzim yang mudah terurai. Oleh itu, untuk HA tahan lama di dalam badan, struktur molekul HA diubah suai menjadi lebih pekat dan menyerupai gel. Salah satu nyta ialah melalui teknik dipanggil cross-link.
Cross-link menggabungkan melokul hyaluronic acid menjadi satu struktur gel yang sangat besar dan berat. Struktur gel ini lebih stabil dalam sendi, tidak mudah larut, mempunyai jisim molekul yang lebih berat, lebih pekat serta lebih tinggi kelikatanjalan.
Disebabkan itu, gel hyaluronic acid yang menggunakan teknologi cross-link cenderung lebih tahan lama dalam sendi. Struktur yang lebih stabil ini juga menjadikannya kurang mudah diuraikan oleh enzim. Selain itu, sifat kelikatanajalan yang lebih tinggi membantu mengekalkan pelinciran dan menyokong fungsi sendi ketika melakukan aktiviti harian.
Seorang pesakit saya berumur sekitar 60-an dan menghidap osteoarthritis tahap 3, datang mengadu pada saya tentang sakit lututnya kembali. Beliau telah menjalani rawatan pemulihan semula jadi, dan selepas hampir setahun, memilih untuk mencuba suntikan HA.
Pada awalnya selepas suntikan, beliau mengalami sakit lutut dan kaku, menyebabkan pergerakan agak sukar. Saya menasihatkan beliau berehat termasuk solat duduk selama 2–3 hari.
Selepas 3 hari, kesakitan berkurang dan beliau kembali berjalan seperti biasa. Kini sudah hampir setahun, lutut beliau masih dalam keadaan baik tanpa sakit. Malah, beliau boleh solat dengan lebih selesa, memandu lebih jauh, dan kembali berkebun.
@kliniktuah 🧬 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗚𝗲𝗹. 𝗜𝗻𝗶 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗟𝘂𝘁𝘂𝘁 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗮𝗿𝗮𝗳 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 ⭐️ Di Klinik Tuah, kami tak kompromi bila melibatkan rawatan lutut. Sebab itu kami hanya suntik gel lutut yang: 🔹 Double Cross-Link – Struktur molekul yang lebih stabil, tak mudah terurai. 🔹 Kepekatan Tinggi – 10 Juta Dalton – Lebih padat, lebih tahan lama dalam sendi. 🔹 Tahan 1–2 Tahun (Mencapai 3-5 tahun untuk sakit lutut tahap awal) – Bukan sekadar kelegaan sementara. 🔹 Bertindak sebagai ‘Cushion’ lutut – Kurangkan geseran, kurangkan sakit. 🔹 Lindungi Lutut Sepanjang Rawatan Regeneratif – Sesuai digabungkan dengan PRP atau stem cell. 🔹 Cegah Kerosakan Lebih Teruk – Rawatan pencegahan yang bijak, sebelum lutut makin haus. ❗️Tapi doktor, gel berkualiti ni mahal, dok mampu❗️ ✅ Jangan risau, kini anda boleh dapatkan rawatan gel berkualiti hanya dengan RM600++ (Bayaran 3x) atau RM300++ (Bayaran 6x) melalui 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗶𝗻𝘀𝘁𝗮𝗹𝗹𝗺𝗲𝗻𝘁 di Klinik Tuah 😊 ✅ Alhamdulillah ribuan insan telah merasai sendiri kelainan rawatan lutut kami yang 𝗳𝗼𝗸𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 bukan sekadar tahan sakit. Siap ade yang tohok tongkat lepas buat rawatan. Jom bawok mari belaka mok ayoh hok sakit lutut, inshaaAllah kami sedia bantu sebaik mungkin, ibarat merawat family sendiri 😇 “𝗗𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁, 𝗣𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗴𝗮𝘆𝗮” Klik link linktree di bio untuk tempah temujanji anda secara online, sepantas 1 minit. Atau dm kami untuk pertanyaan lanjut 😊 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 & 𝗡𝗼 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗶𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗶 : 📌 Cheras : 01169392454 📌 Kuantan : 0199087813 📌 Shah Alam : 0143242974 📌 Johor Bahru : 01139142280 #kliniktuah #klinikortopedik #sakitlutut #orthopedics #kneepain #rawatanlutut #kneetreatment
♬ original sound - Klinik Tuah - Klinik Tuah
2. Bilangan Suntikan
Dalam sesetengah kes, terdapat pesakit yang hanya memerlukan satu suntikan sahaja dengan dos yang tinggi, dan kesannya boleh bertahan selama beberapa bulan. Ini biasanya berkait dengan penggunaan gel lutut berstruktur stabil seperti high molecular weight (HMW) atau teknik cross-link, yang lebih tahan lama dalam sendi.
Dan sudah pastilah, dos yang lebih tinggi untuk satu kali menyebabkan harga gel lutut mahal dari biasa.
Namun, ini tidak bermaksud satu suntikan sentiasa lebih baik. Keberkesanan rawatan juga bergantung kepada tahap osteoarthritis dan tahap keradangan dalam sendi.
Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2020 mendapati keberkesanan satu suntikan adalah sama seperti tiga suntikan ulangan dalam masa 12 bulan. Dan kajian ini merumuskan bahawa kos rawatan dapat dikurangkan. Kajian pada tahun 2024 juga menunjukkan pesakit melaporkan kelegaan yang lebih cepat dengan sekali suntikan berbanding suntikan ulangan.
Namun, kajian yang sama melaporkan bahawa menyuntik gel lutut secara berkala (3 kali selama 3 minggu) lebih efektif dalam melegakan sakit lutut berbanding suntikan satu kali. Kajian ini menyokong satu kajian lain yang dilakukan pada tahun 2017 yang melaporkan suntikan sebanyak 2-4 kali lebih berkesan dalam mengurangkan sakit lutut akibat osteoarthritis.
Jadi, dalam kebanyakan kes, bilangan suntikan dipilih secara klinikal berdasarkan keperluan pesakit, merangkumi faktor kos, masa, dan tahap osteoarthritis.
Bagi sesetengah pesakit, suntikan secara berkala dalam tempoh beberapa minggu boleh memberikan hasil yang lebih konsisten, kerana ia membantu membina kesan secara berperingkat. Dalam situasi tertentu, kaedah ini juga dikaitkan dengan risiko kesan sampingan yang lebih rendah kerana dos diberikan secara terkawal.
3. Di mana Anda Mendapat Suntikan Gel Lutut?
Sesetengah harga gel lutut mahal bukan hanya kerana jenama sahaja. Kos suntikan gel lutut juga bergantung pada tempat anda mendapatkan rawatan ini. Sebagai contoh, harga suntikan gel lutut di hospital swasta bermula RM1000 dan boleh mencecah sehingga RM9000. Rawatan di hospital lebih mahal berbanding klinik biasa kerana kelengkapan teknologi, kemudahan dan kos operasi yang lebih tinggi.
Selain itu, penggunaan peralatan tambahan seperti alat ultrasound atau X-ray turut menyumbang kepada harga gel lutut mahal di sesetengah tempat. Klinik yang terletak di kawasan tengah bandar atau mempunyai permintaan yang tinggi juga boleh meningkatkan kos keseluruhan rawatan.
Sebagai contoh, Klinik Tuah yang menggunakan ultrasound serta suntikan gel lutut HMW dan cross link berharga sekitar RM1800- RM2500.
Kepakaran doktor juga memainkan peranan. Doktor yang berpengalaman dalam rawatan lutut, terutama suntikan gel hyaluronic acid mampu memastikan teknik suntikan yang tepat serta keberkesanan rawatan secara individu. Hal ini penting dalam memberi keyakinan pada pesakit serta mempengaruhi hasil rawatan.
Sesetengah klinik menawarkan pakej rawatan yang merangkumi ubat-ubatan, sesi susulan, dan pemantauan berterusan boleh meningkatkan kos keseluruhan rawatan serta menyebabkan anda terfikir “kenapa harga gel lutut mahal di klinik ini?”
Penutup
Kesimpulannya, harga gel lutut mahal bukanlah ditentukan sewenang-wenangnya. Ianya bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah jenama, struktur dan formula gel hyaluronic acid sendiri, kemudahan rawatan, lokasi, kepakaran doktor serta servis tambahan.
Walaupun ada pilihan yang lebih murah, penting untuk mempertimbangkan kualiti rawatan dan keselamatan jangka panjang. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak berdasarkan keperluan kesihatan anda, bukan sekadar harga semata-mata.
Dapatkan panduan lengkap untuk lutut sihat dan mengapa anda boleh sakit lutut: Sakit Lutut 101
Ringkasan Q & A
Kenapa harga gel lutut berbeza?
Harga gel lutut berbeza kerana beberapa faktor seperti jenis gel (formula dan struktur berpekatan tinggi), kemudahan perubatan seperti ultrasound dan X-ray, lokasi klinik, serta kos operasi.
Adakah gel lutut yang lebih mahal lebih berkesan?
Tidak semestinya, tetapi kebiasaannya harga gel lutut yang mahal menggunakan teknologi seperti high molecular weight (HMW) atau cross-link, yang menjadikannya lebih tahan lama, lebih stabil dalam sendi, dan berpotensi memberi kelegaan lebih lama.
Apakah fungsi hyaluronic acid dalam rawatan sakit lutut?
Hyaluronic acid (HA) berfungsi sebagai pelincir semula jadi dalam sendi. Ia membantu mengurangkan geseran antara tulang, menyerap hentakan, dan meningkatkan pergerakan sendi, terutamanya dalam kes osteoarthritis.
Mana lebih baik: satu suntikan atau beberapa suntikan gel lutut?
Ia bergantung kepada keadaan pesakit. Satu suntikan sesuai untuk kemudahan dan kos, manakala beberapa suntikan berkala mungkin memberi kelegaan yang lebih konsisten, terutama bagi kes osteoarthritis yang lebih teruk.
Selain jenama dan formula gel, apa lagi yang mempengaruhi harga rawatan?
Harga juga dipengaruhi oleh lokasi klinik, penggunaan peralatan tambahan (seperti ultrasound), kepakaran doktor, serta pakej rawatan termasuk ubat dan sesi susulan.
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
Ketahui mengapa di Klinik Tuah , klinik lutut kami berbeza dengan yang lain.

Berapa Harga Gel Lutut di Malaysia ? Bezakah Harga dan Kualiti Gel? (2026)
Oleh Dr Hareez Noorman Dikemaskini pada 14 Mei 2026 Berapa harga gel lutut? Itulah yang selalu difikirkan ketika berhajat mahu memasukkan gel lutut. Tapi tahu tak anda, gel lutut mempunyai







