Sunat Bayi Sembuh Seawal 3 Hari
Seperti Anda, Kami Mahukan Pengalaman Sunat Yang Menyenangkan Untuk Si Comel Anda
Tahniah! jika anda membaca artikel ini besar kemungkinan anda sedang mencari perihal khatan bayi dan berkira-kira untuk mengkhatankan anak anda ketika bayi lagi .
Oleh itu kami akan “guide” dan beri panduan untuk anda secara lengkap tentang khatan bayi agar anda akan merasa tenang , bersedia dan selesa untuk khatankan bayi anda.
Pilih Slot Sunat Bayi
(Sepantas 15 saat)

Baca Halaman ini dalam English
Klinik Tuah & Anda














Khatan Bayi mempunyai kelebihan yang lebih besar dari khatan diumur yang lain antaranya
- Paling Cepat Sembuh
- Paling Kurang Rasa Sakit
- Paling Senang Jaga Selepas Khatan
- Sunnah Nabi S.A.W
Ini Kerana :-
- Saraf pada zakar bayi tidak matang lagi ( not well-developed) membuatkan proses sunat kurang sakit
- Jika dibanding, khatan bayi akan pulih dalam masa 1 minggu, ini berbeza dengan khatan kanak-kanak yang mengambil masa lebih kurang 2-3 minggu untuk pulih dan dewasa yang mengambil 3-4 minggu
- Bayi tidak bergerak seaktif kanak-kanak dan dewasa , penjagaan sunat lebih mudah
Selain itu , ada juga faktor ibubapa sunat bayi mereka disebabkan faktor agama
Dalam Islam , terdapat hadith mengenai khatan bayi lelaki seawal 7 hari
Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Dalam agama lain juga ada yang menggalakkan berkhatan sejak bayi lagi
Kuiz: Sesuaikah Bayi Saya Bersunat?
Kaedah Untuk Sunat Bayi

Plastibell / Circumplast
Teknik ini merupakan teknik yang terbaik untuk khatan bayi lelaki . Selepas dibius, satu plastik berbentuk gegelung akan diletakkan didalam kulup kemaluan dan akan dililit lalu diikat menggunakan tali/benang. Benang ini akan menghentikan saluran darah pada kulup kemaluan yang hendak dipotong menyebabkan kulup kemaluan akan mati dan tercabut dalam masa 2-3 hari. Tiada jahitan yang akan dilakukan. apabila tercabut, luka pada kemaluan akan terus KERING. Ini membuatkan luka khatan amat cepat sembuh. Ada luka yang sembuh seawal 3 hari. Tambahan lagi, Secara kosmetik , teknik plastibell lebih cantik dan kemas . Ia juga lebih selamat kerana risiko terpotong kepala zakar hampir tiada.

Laser
Teknik ini adalah teknik tradisional dan paling biasa dilakukan untuk sunat kanak-kanak, namun boleh juga dilakukan pada bayi dengan pendekatan yang berbeza . Selepas dibius, kulup kemaluan akan di clamp dan akan dipotong dengan diathermy (laser) . Kemudian , luka akan dijahit di sekeliling zakar dan jahitan ini akan tercabut sendiri.
Baca tentang Plastibell Vs Laser Untuk Sunat Bayi
Tanda- Tanda Telinga Anda Bermasalah
Mitos & Fakta Tentang Sunat Bayi
"Sunat bayi sakit, kesian pada anak."
Sunat bayi sebenarnya lebih cepat sembuh & kurang sakit berbanding kanak-kanak besar, sebab saraf sakit belum berkembang sepenuhnya. Ubat bius moden juga buat prosedur lebih selesa.
“Lebih baik tunggu anak besar baru sunat.”
Sebenarnya , lebih lambat akan meningkatkan risiko trauma & budak takut. Masa untuk sembuh juga lebih lama. Sunat bayi biasanya lebih mudah & cepat pulih kerana sel pemulihan yang banyak , kadar pembahagian sel yang tinggi dan bayi tidak lasak.
“Sunat bayi tidak perlu sebab masih kecil & tak kotor.”
Sunat bayi bukan hanya isu kebersihan, tetapi juga pencegahan jangkitan kencing, risiko radang kulup, dan masalah kesihatan jangka panjang
Mengapa Klinik Tuah?
Ribuan Bayi Bersama Kami
Kami faham kegusaran ibu & ayah, Doktor Klinik Tuah sangat teliti dan berhati-hati memastikan semuanya selamat. Saban tahun ribuan bayi berjaya dikhatan dengan selamat.
Teknik Pelbagai
Kaedah dan Teknik yang pelbagai dan canggih di Klinik Tuah untuk memastikan proses sunat dan penyembuhan yang lancar untuk individu berbeza
Doktor Berpengalaman
Doktor kami bukan sahaja mahir mengendalikan sunat malah kami berbangga menjadi salah satu pusat rujukan pilihan untuk kes komplikasi sunat di Malaysia
Kami Juga Ayah & Ibu
Setiap ibubapa mahu terbaik untuk anaknya. Seperti anda doktor & staf kami juga merupakan seorang ayah & ibu. Oleh itu, kami juga mahukan si comel menjalani sunat yang menyenangkan di Klinik Tuah.
Seperti Dilihat Dalam










Setiap bayi berhak melalui proses sunat yang tidak sakit, pantas dan cepat sembuh
Kenali Doktor Yang Akan Khatankan Si Comel Anda
Dr Hareez Noorman
Doktor
Dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, Dr Hareez mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang pembedahan. Dikenali sebagai seorang yang teliti, Dr Hareez percaya bahawa setiap proses khatan harus dikendalikan dengan nilai estetika yang tinggi sepertimana pembedahan kosmetik dan haruslah menambah keterampilan serta meningkatkan kualiti kehidupan pesakit. Pernah menjawat sebagai Pengarah Program “Proper Circumcision Technique” Hospital Ampang dari tahun 2017-2019, Dr Hareez juga aktif dalam menganjurkan Sunathon (sunat beramai-ramai) setiap tahun. Kebolehan beliau bukan sahaja dalam mengkhatankan , malah beliau menjadi rujukan untuk kes komplikasi dan “circumcision repair” dari klinik-klinik di lembah klang. Berpengalaman luas dalam pelbagai pembedahan sama ada kecil atau besar, Dr Hareez pernah menaburkan khidmat sebagai doktor bedah di Hospital Ampang dan banyak melakukan pelbagai pembedahan seperti Laparotomy, Appendicectomy (Buang Appendix), Hernia Repair(Angin pasang), Excision biopsy, Breast Surgery, Hemorrhoidectomy, Lipoma , Cyst dan banyak lagi
Dr Hisyam
Doktor
Dr Hisyam amat terkenal dikalangan rakan doktor bukan sahaja kerana kelajuan & kemahiran beliau dalam prosedur sunat bayi malah beliau juga terkenal dengan kebolehan beliau membaiki sunat bayi dan merawat komplikasi. Pernah menjawat dalam pelbagai bidang perubatan termasuk berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Pediatrik dan Khatan dari tahun 2019 hingga 2020. Beliau memperolehi ijazah MD dari USM Kubang Kerian. Kerjaya beliau merangkumi peranan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, di mana beliau bekerja sebagai Pegawai Perubatan, dan di Klinik Kesihatan Teluk Renjuna, di mana beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan (MOIC). Dr Hisyam telah terlibat secara aktif dalam penganjuran dan penyertaan dalam pelbagai program penjagaan kesihatan sepanjang kerjayanya termasuk program sunathon terutama di lembah klang
Dr Ali
Doktor
Kerjaya Dr. Ali dalam penjagaan kesihatan telah diwarnai dengan pelbagai peranan dan pencapaian penting. Beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, menimba pengalaman berharga dalam pembedahan kecil mahupun pembedahan besar. Tanggungjawab beliau diperluaskan di Hospital Tanjung Karang dan kemudian di Hospital Shah Alam di mana beliau telah memperoleh pengalaman mengendalikan serta membantu dalam pembedahan kecil dan besar. Dr. Ali memperoleh MBBS daripada UiTM pada 2017. Beliau telah mengambil bahagian secara aktif dalam bengkel khusus termasuk Kemahiran Asas Pembedahan di HRPB pada 2020, Kursus Berkhatan Komprehensif. Terkenal dengan hasil khatan yang cantik, Dr Ali adalah salah seorang doktor yang dikenali dikalangan ibubapa yang mahu mengkhatankan anaknya.
Dr Zarifullah
Doktor
Dr. Zariffullah, seorang anak jadi Terengganu seorang doktor yang pengalaman luas dalam bidang pembedahan .Dengan latar belakang kukuh dalam prosedur pembedahan, dikenali sebagai seorang yang ” Perfectionist” , sangat mementingkan hasil teliti dalam setiap pembedahannya. Beliau percaya setiap pembedahan yang dilakukan tidak dianggap berjaya jika tiada nilai estetika pada hasil pembedahan tersebut. Beliau pernah berkhidmat di Hospital Kemaman, di mana beliau menangani dan membantu pelbagai prosedur , pembedahan kecil dan besar sebelum mengambil keputusan untuk membuka klinik untuk memberi rawatan lebih individualistik. Dengan sifatnya yang terperinci dan komited terhadap kepuasan pesakit, beliau memastikan setiap rawatan diberikan dengan penuh perhatian dan kesungguhan, membolehkan pesakit menjalani kehidupan yang lebih selesa.
Dr Farhan
Doktor
Kemas, Cantik, Pantas ! Ketiga-tiga ini sinonim dengan hasil kerja Dr Farhan . Seorang anak jati Besut, Terengganu. Dr Farhan mempunyai gaya yang tersendiri dalam mengendalikan pembedahan kecil mahupun besar. Dikenali sebagai seorang yang mengutamakan kekemasan pembedahan diantara rakan sekerja, Dr Farhan telah melakukan pelbagai pembedahan minor atau major seperti Lipoma and cyst removal, excision of ganglion cyst , Carbuncle removal, internal and external fixation of bone fracture dan lain-lain ketika berkhidmat sebagai doktor bedah orthopedik di Hospital Kemaman , Terengganu.
Dr Sharil
Doktor
Dr. Sharil ialah doktor berpengalaman yang mengkhusus dalam prosedur sunat bayi moden. Beliau dikenali dengan pendekatan yang tenang dan profesional, menjadikan ibu bapa dan bayi rasa selesa walaupun ini kali pertama mereka menjalani prosedur. Dengan pengalaman bertahun dalam bidang perubatan, Dr. Sharil memahami bahawa setiap bayi dan keluarga mempunyai tahap kebimbangan yang berbeza. Sebab itu, beliau sentiasa menerangkan setiap langkah prosedur dengan jelas, dari persediaan awal, teknik yang digunakan, hingga penjagaan selepas sunat. Antara teknik yang sering digunakan ialah sunat laser dan Plastibell, yang lebih moden, cepat, dan kemas berbanding kaedah tradisional. Di bawah kendalian Dr. Sharil, bayi dapat menjalani prosedur dengan selesa, dan proses pemulihan lebih cepat serta selamat. Bagi Dr. Sharil, kejayaan rawatan bukan sekadar hasil yang baik, tapi juga kepuasan ibu bapa dan keselesaan bayi sepanjang proses sunat.
Dr Amirul
Doktor
Dr. Amirul berpengalaman luas dalam melakukan dan membantu pelbagai jenis pembedahan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Perubatan Jabatan Ortopedik di Hospital Ampang dan aktif dalam prosedur pembedahan kecil serta penjagaan luka. Graduan MD dari UKRIDA Jakarta (2015), Dr. Amirul juga berkhidmat di Klinik Kesihatan Silabukan/Lahad Datu serta Hospital Ampang. Beliau sentiasa meningkatkan kemahiran melalui kursus seperti Basic Orthopedic Fixation (2024). Dengan kepakaran dan pengalaman, Dr. Amirul komited membantu pesakit untuk kembali menjalani kehidupan lebih bermakna dan berkualiti
Dr Nazirul
Doktor
Dr. Nazirul ialah doktor berpengalaman dalam sunat bayi moden, membuatkan bayi dan ibu bapa berasa selesa walaupun ini kali pertama mereka melalui prosedur. Mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan, Dr. Nazirul faham setiap bayi dan keluarga ada tahap kebimbangan tersendiri. Sebab itu, beliau sentiasa menerangkan setiap langkah prosedur dari persediaan awal, teknik yang digunakan, hingga penjagaan selepas sunat dan menghilangkan kegusaran. Beliau menggunakan teknik sunat laser dan Plastibell yang lebih moden, cepat, dan kemas berbanding kaedah tradisional. Di bawah kendalian Dr. Nazirul, bayi menjalani prosedur dengan selamat, selesa, dan memberi senyuman pada ibu bapa. Bagi Dr. Nazirul, kejayaan prosedur bukan sekadar hasil yang sempurna, tetapi juga keyakinan ibu bapa dan keselesaan bayi sepanjang rawatan.
Dr Badrul Hisam
Doktor
Dr. Badrul Hisam ialah doktor berpengalaman dalam prosedur sunat moden. Beliau menamatkan pengajian perubatan di Cyberjaya University College of Medical Sciences. Dengan pengalaman bertahun-tahun di hospital dan klinik, termasuk menjaga pesakit COVID-19 di Hospital Putrajaya, berkhidmat sebagai MO ortopedik dan pembedahan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban(2021), Dr. Badrul mahir dalam pengurusan pesakit, prosedur klinikal, serta pemantauan pasca rawatan, kemahiran yang sangat berguna untuk prosedur sunat bayi. Pendekatannya menekankan keselamatan, keselesaan, dan keyakinan ibu bapa dan pesakit sendiri sepanjang prosedur, memastikan rawatan dilakukan dengan lancar, cepat, dan selamat.
Mereka Yang Dah Merasai Sendiri
Posted on Google![]()
Ahmad Fahmi12 February 2025Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
The clinic is easily accessible. I came here for the circumcision of my 2-month-old baby boy. Alhamdulillah, everything went smoothly. Registration at the counter was quick and easy. It's best to book an appointment through their website first; there’s no payment required for booking, and you can choose any available slot. The environment is clean and comfortable. They also provide drinks, 3-in-1 beverages, and some snacks. There's even a small playground for kids. Initially, we planned to use the Plastibell method for the circumcision, but Dr. Shahril (if I’m not mistaken) suggested using the Circumplast method for several reasons. He consulted with us thoroughly before the procedure, so parents can ask any questions they have. The procedure went smoothly, and I was satisfied because we could see how everything was done. Hopefully, my son will recover quickly, inshaAllah. With the Circumplast technique, the ring will fall off on its own, so there’s no need to return to the clinic.![]()
![]()
![]()
+2Posted on Google![]()
Aisyah Atarek6 November 2024Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
This is my first time bringing my baby boy here for circumcision. Alhamdulillah pengalaman yang menyenangkan.Environment klinik sangat tenang dan cozy, saya suka interior klinik Tuah ni. Sementara tunggu giliran saya untuk jumpa Dr, saya dan suami dapat makan refreshments di bahagian refreshment. Pengalaman anak saya bersunat dengan Dr alhamdulillah went smoothly. Dr dan assistants berpengalaman dan sangat sporting sepanjang rawatan tersebut, anak saya sangat behave dan tak menangis lama. Terima kasih staff Klinik Tuah! Semoga berkhidmat ikhlas kerana Allah dan semoga dapat lebih ramai patients yang datang ke klinik. Amin ya rabbal alamin 🙂![]()
![]()
![]()
+2Posted on Google![]()
Shaameem Syed6 January 2025Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
We brought our one month baby boy for 'sunat' at Klinik Tuah, it was definitely a great decision. Satisfied with the ambience at the clinic, clear communication and the outcome of the procedure (sunat), a clean comprehensive job by Dr Hisyam. Alhamdulillah. Definitely well recommended.Posted on Google![]()
Angah Tasha9 March 2025Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Alhamdulillah selesai sunatkan baby saya 11 bulan. Service yang baik, doktor akan consult dulu cara/risk yg akan terjadi. Tapi alhamdulillah anak saya semua okay. After service bagus ya, bila tanya anything pihak klinik akan reply. Klinik selesa, ada sediakan tempat utk anak anak bermain. Terima kasih klinik tuahPosted on Google![]()
Rabiatul Adawwiah27 September 2024Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Top-notch service and after-service support. Had my 3 months old baby khatan here. 4 hari je dah baik alhamdulillah. And almost everyday I whatsapp post the khatan to ask about the recovery and they would reply prompto. Highly recommended. Kudos Dr Ali and team.Posted on Google![]()
Yaya Yusof2 March 2025Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Saya datang nak sunat bayi 2 bulan, dr explain dgn detail. Dr dan staff2 semua sangat lemah lembut. Saya terpaksa bagi review jujur sebab sgt puas hati dgn service!Posted on Google![]()
ZAROSMINI AWANG30 September 2025Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Syukur Alhamdulillah..pengalaman dapat tengok baby sy umur 4bulan bersunat..penerangan doktor sebelum memulakan procedure mudah difahami..servis yg pantas, harga berpatutan..walaupun baby sy menangis sepanjang procedure, dr. Hisyam & staf2 yg terlibat sgt tenang melakukan kerja mereka..procedure yg dilakukan pun mengambil mase yg pendek..tetapi sangat kemas & teliti..tak lupe jugk pd staf dekat receptionist, sgt2 membantu..setiap kali telefon utk bertanya sesuatu, cepat mereka angkat & menjawab soalan yg diajukn..terima kasih team klinik tuah cheras kerana menjadikan pengalaman ni cukup bermakna utk seorang ibu..sangat2 recommended sesiapa yg nak sunatkn baby awl, klinik tuah is the best choice..👍👍👍👍👍Posted on Google![]()
Sakinah Saparudin26 October 2025Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Saya sangat berpuas hati dengan lawatan ke klinik ini bagi rawatan sunat bayi lelaki. Suasana klinik sangat selesa dan mesra pelanggan, menjadikan pengalaman kami tenang dan meyakinkan. Doktor yang berpengalaman menjalankan prosedur dengan penuh hati-hati serta profesional. Paling saya hargai, doktor turut memberi penerangan yang jelas tentang rawatan dan penjagaan selepas sunat, sehingga kami lebih faham dan yakin. Secara keseluruhan, pengalaman di klinik ini sangat baik dan saya amat mengesyorkan kepada ibu bapa lain yang mencari tempat sunat bayi yang selamat dan selesa.Posted on Google![]()
wiyah amli2 September 2025Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Alhamdulillah all good, servis sangat laju. Kat jb susah nak cari yang boleh sunat baby dengan harga affordable. Semua boleh datang sini if nak sunat baby boy, harga pun okayPosted on Google![]()
emma hamzah14 March 2025Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
doctor terangkan dgn jelas untuk sunat bayi..bayi pun tidak terlalu sakit sewaktu sunat..layanan juga terbaikPosted on Google![]()
Nadia Sofia3 November 2024Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Sunatkan bayi sy berumur 2 bulan lebih kat sini last week, method plastibell. Alhamdulillah, 3 hari je dah x sakit and ambil masa 7 hari je utk 'ring' nya tertanggal. Thank you Dr Ali and team, sgt expert, teliti and kemas kerjanya. Penerangan before procedure and penjagaan after sunat sgt jelas. Infact, bila ada yg tak sure, sy whatsapp pun Dr reply.Posted on Google![]()
Rafie Wahab20 July 2025Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Brought my 1M+ old baby here for circumcise. Good explanation and recommendation from the doc. Nurses were very kind and really know how to handle baby efficiently in time manners. Good job!Posted on Google![]()
muhamad fairus bin fadzil9 July 2025Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
sedikit perkongsian tentang pengalaman baby 4 bulan saya berkhatan...para staff dan dokter sangat peramah dan berpengalaman...suasana klinik yang baik dan bersih...dokter dan staff sangat mahir sepanjang proses anak saya berkhatan...keseluruhannya saya sangat berpuashati dengan klinik tuah cawangan johor...sekian saja pengalaman saya...terima kasih untuk dokter dan para staff...Posted on Google![]()
Nadiah Hashim Radzi3 September 2024Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Klinik tuah terbaik, saya ke sini untuk sunat bayi saya berusia 2 bulan. alhamdulillah staf dan Dr yang sangat baik dan memberikan servis yang terbaik. Dalam tempoh 1 minggu lebih anak saya luka sunat dah baik sepenuhnya.Posted on Google![]()
Ezaan Aluwi23 March 2025Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Datang sini sebab TikTok bagitau klinik Tuah buat sunat bayi lelaki.. proses sgt mudah, wasap admin pon cepat je reply. Datang appointment, doktor Ali bg explanation semua sangat detail dan jelas. Proses sunat pon alhamdulillah semua lancar dan cepat je. Klinik pon best sbb anak2 lain boleh datang main sementara makpak urus anak yg lain. Terima kasih klinik TuahPosted on Google![]()
Nazura Zunnurain24 November 2024Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Did my baby’s circumcision here. Didn’t know they had a clinic in JB. I thought only in KL. Luckily I drove past the clinic and quickly made an appointment. Dr explained very well before the procedure. The staffs are also friendly and helped me with my enquiries!







Soalan Lazim ( FAQ)
Berapakah Harga?
- Plastibell/ Circumplast : RM 550
- Laser : RM450
Adakah sunat bayi menyakitkan?
Prosedur moden guna bius setempat yang selamat, jadi bayi hanya rasa sedikit tidak selesa hanya ketika pemberian ubat bius. kemudian bayi tidak merasa langsung sepanjang prosedur. Tambahan, secara umumnya sunat ketika bayi lagi kurang sakit kerana saraf yang belum matang
Bila boleh dilakukan Sunat Bayi?
Biasanya seawal 1 minggu hingga berumur 2 tahun.
Perlu datang semula ke selepas sunat bayi?
Plastibell /circumplast yang dipasang akan terjatuh sendiri dalam 5-7 hari.
Kebanyakan bayi, boleh kata 95% dari bayi yang berkhatan di Klinik Tuah tidak memerlukan follow up visit kerana penyembuhan yang sangat lancar.
Dan di Klinik Tuah, orang yang datang untuk sunatkan bayi juga ramai dari luar negara seperti Brunei, Thailand, Singapore, Indonesia, Japan dan lain-lain lagi. Mereka ini selalunya balik ke negara asal selepas hari ke 2. Namun tetap berhubung dengan kami melalui whatsapp untuk memastikan penyembuhan yang baik. Syukur, semua anak-anak yang disunatkan di Klink Tuah semua selamat.
Walaupun ramai yang tidak memerlukan follow up, jika ada apa-apa ketidakpastian atau ibu bapa nak datang untuk berjumpa doktor untuk doktor periksa keadaan sunat, kami mengalu-alukan kedatangan anda bila-bila masa. Kami faham kegusaran ibu dan bapa , oleh itu kami akan permudahkan urusan penyembuhan sunat bayi anda.
Dan , Kalau ada apa-apa pertanyaan, Whasapp sahaja pertanyaan mahupun gambar ke nombor kami. Kami akan guide anda sehingga si comel anda pulih sepenuhnya .
Berapa lama masa untuk sembuh?
Selalunya mengambil 5-7 hari untuk sembuh.
Untuk plastibel, kes bayi paling cepat kami dapat- plastibell tercabut selepas 3 hari, dimana luka terus kering.
Namun, penyembuhan berbeza setiap orang mengambil faktor umur, genetik, kadar kesembuhan badan, aktiviti dan lain-lain
Bagaimana penjagaan? Susah ke?
Sunat bayi adalah sunat paling senang penjagaannya dibanding dengan umur yang lain .
Hari 1-2:
-Beri bayi ubat tahan sakit (syrup) mengikut dos dan berkala yang ditetapkan doktor
-sebolehnya elakkan rendam dalam kolam/ bathub untuk 24 jam pertama
-tukar pampers bayi kerap sedikit berbanding biasa : jangan biarkan terlalu lama lampin yang telah basah dengan kencing
-pakai pampers secara biasa , nak longgarkan sedikit pun boleh
-kalau kencing atau berak, jirus air / wet wipes seperti biasa. namun seeloknya keringkan zakar selepas jirus air mengggunakan tisu atau kipas.
Hari 2-3
– selalunya waktu ini bayi baby akan nampak selesa. kebanyakan akan nampak selesa seperti waktu sebelum sunat.
Hari 5-7
-waktu yang selalunya plastibell jatuh.
secara tuntas, penjagaannya sunat bayi senang sekali.
- KENCING– kencing seharusnya tiada masalah . Jika bayi sukar kencing, boleh hubungi klinik atau doktor . Kencing harus di jirus seperti biasa / wet wipes pn boleh digunakan. namun harus memastikan selepas basuh kemaluan , harus dikeringkan kemaluan menggunakan tuala, tisu ataupun kipas portable
- NAJIS – Jika berak / kencing , harus ditukar terus lampin , jangan dibiar lama , takut jangkitan pada kemaluan
- Longgar – Pakaikan pampers dengan longgar dan juga seluar yang longgar sehingga luka sembuh
- MANDI – boleh mandi seperti biasa, namun harus berhati-hati dengan kemaluan yang telah disunat untuk elakkan kesakitan/ ataupun dislodge plastibell
- SUSU BADAN – beri susu badan berterusan selepas khatan , susu badan mempunyai sifat anti-kesakitan, ia boleh menjadi painkiller semula jadi . Boleh membantu mengurangkan ketidak selesaan selepas khatan
Apakah persediaan yang harus dilakukan oleh Ibubapa sebelum khatan baby ?
- MENTAL – Harus bersedia dari segi mental , Sebaiknya ketika melangkah ke klinik , Ibubapa sudah mengetahui proses berkhatankan bayi mereka . Harus fahami bahawa proses khatan ini painless / tidak sakit 🙂
- SUSU – Sebaiknya memberi susu kepada bayi sebelum datang ke klinik untuk berkhatan untuk memastikan bayi tidak cranky
- PACIFIER – Bawa puting susu atau pacifier . Jika bayi tidak selesa dipegang ketika khatan , pacifier ini akan membuatkan bayi kembali tenang
- LAMPIN– bawa lampin lebih untuk tukar selepas proses khatan
- LONGGAR – Sebaiknya pakai kan bayi dengan baju dan seluar yang longgar
What To Expect/ Apa yang akan berlaku ketika sunat bayi?
- Masuk ke klinik, doktor akan memberi penerangan terperinci proses khatan . Boleh bertanyakan apa sahaja pada doktor ketidakpastian tentang khatan.
- Bayi akan dibaringkan di meja pemeriksaan utk proses sunat.
- Ubat Bius akan diberikan menggunakan jarum yang paling halus pada pangkal zakar. Bayi ketika ini mungkin akan menangis kerana tidak selesa,
- Pembantu klinik akan memegang kaki bayi dalam bentuk frog position sepanjang proses khatan
- Sesetengah bayi akan nangis – tapi bukan kerana sakit proses khatan , tapi kerana tak selesa dipegang kakinya dan dibaringkan. Selepas bius , doktor akan melalukan teknik untuk TEST keberkesanan bius agar bayi tidak sakit sepanjang proses .
- Ibubapa harus kekal tenang, doktor akan lakukan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan .
- Jika ibubapa tidak sampai hati untuk melihat proses berkhatan, boleh tunggu diluar sementara proses berjalan.
- Selepas selesai, lampin baru akan ditukar dan dipakaikan sedikit longgar dari biasa .
- Ketika ini selalunya bayi akan tenang dan tidak menangis lagi kerana bius setempat yang masih berkesan. Ubat cecair tahan sakit akan diberi dan dicadangkan untuk terus diberi kepada bayi agar kesan ubat itu sudah optimum apabila kesan bius mula pudar. Pastikan ubat syrup tahan sakit ini diberi secara berkala 5-6 jam sekali untuk memastikan bayi tidak sakit sehingga sembuh.
- Ibubapa boleh pulang kerumah dengan hati yang gembira dan tenang, bayi mereka selamat di khatankan
- Untuk plastibell , ia akan terbuka sendiri dalam masa 2- 7 hari, jika tidak terbuka selepas 7 hari jangan risau boleh hubungi kami atau datang ke klinik
- Untuk Laser , Jahitan akan terbuka sendiri dalam 7 hari. tidak perlu buka jahitan diklinik
- Ketika penyembuhan , kadang kala akan ada bengkak seperti belon air di kemaluan , Ia adalah bengkak bius. tak perlu risau , ia tidak sakit dan akan hilang sepenuhnya selepas 2 minggu
- Kadang kala selepas beberapa hari akan nampak seperti “nanah” atau keruping nanah di atas kepala kemaluan. juga tidak perlu risau ia adalah air biasa yang normal. Ia akan mengering dan tertanggal sendiri selepas beberapa hari.
Kalau plastibell tak jatuh/ tertanggal sendiri?
Plastibell selalunya jatuh dalam 5-7 hari. Jika tidak tertanggal sendiri, ia boleh tunggu jatuh sehingga hari ke 10. Kalau tak terjatuh jugak, whatsapp/ call kami, kes begini sangat-sangat jarang berlaku , selalunya kadang-kadang plastibell dah tercabut cuma disebabkan air bisa yang mengering menyebabkan dia tak terjatuh.
Ada risiko untuk komplikai ke untuk sunat bayi?
Setiap prosedur walaupun simple , tetap ada risiko berlaku komplikasi walaupun sangat jarang.
Antara risiko yang boleh berlaku
- PENDARAHAN – Pendarahan adalah komplikasi paling biasa berlaku tidak kisah pada khatan dewasa , kanak-kanak mahupun bayi . Namun usah risau ia tidaklah bahaya jika dirawat dengan cepat, Pendarahan kecil ini boleh terjadi secara tiba-tiba dirumah apabila luka sunat terkena sesuatu dengan impak yang sederhana kuat.
Jika terdapat pendarahan, ambil tisu atau tuala, compress/ tekapkan pada tempat berdarah selama 5 minit. Selalunya pendarahan akan berhenti. Jika tidak , boleh hubungi doktor untuk menghentikan pendarahan - JANGKITAN – Jangkitan jarang berlaku pada kemaluan namun ia tetap boleh berlaku, antara ciri- ciri jangkitan adalah kemaluan rasa panas , warna merah yang jelas kelihatan, hubungi doktor anda untuk mendapatkan rawatan antibiotik
- PLASTIBELL TERCABUT SEBELUM WAKTU- Jika plastibel tercabut sebelum waktu ( dalam masa 1 hari selepas sunat) harus dimaklumkan pada doktor untuk rawatan selanjutnya, namun perkara ini sangat jarang berlaku.
*Risiko untuk komplikasi tetap ada walaupun doktor kami telah sangat berpengalaman melakukan beribu khatan . Jika ia berlaku, jangan panik. Hubungi kami, kami akan membantu untuk merawat komplikasi . Klinik Tuah juga merupakan salah satu pusat rujukan untuk komplikasi sunat di Malaysia. Oleh itu, jangan risau. Kami sentiasa ada . Kami juga akan memberi nombor kecemasan jika berlaku diluar waktu operasi. Jika komplikasi memerlukan rawatan cepat, team doktor, nurse dan clinic assistant kami akan turun dan rawat bayi anda bila-bila masa.
Perlu buat temujanji atau boleh walk-in?
Untuk sunat bayi lelaki, kami menggalakkan untuk membuat temujanji kerana prosedur ini memerlukan persediaan dan situasi yang terkawal dan kondusif . Jika anda datang walk in, kami bimbang anda terpaksa menunggu lama kerana senarai kes temujanji kami.
Pengalaman Sunat Bayi Yang Menyenangkan
Harga Rakyat Dari Rakyat
Dengan mengekalkan harga mampu milik pada semua orang untuk memberi suatu kualiti yang tinggi , kami sasarkan lebih banyak yang dapat manfaat dari servis perkhidmatan kami.
Kaedah Plastibell / Circumplast
-
Tiada Jahitan
-
Sembuh Seawal 3 Hari
-
Tidak Sakit & Aman
-
Tidak Perlu datang balik
Laser
-
Jahitan tercabut sendiri
-
Ekonomikal
-
dalam 10-15 minit
-
Teknik Konvensional
*Nikmati kemudahan bayaran secara ansuran bulanan menggunakan:
*mengikut terma dan syarat
Di Klinik Tuah
Pengalaman Berkhatan Si Comel Anda Pasti Menyenangkan
Pengalaman khatan bayi mungkin pengalaman yang baru bagi anda.
kami juga faham kegusaran untuk mengkhatankan bayi yang disayangi . Oleh itu, nekad kami untuk memastikan pengalaman khatan bayi anda menyenangkan.
Mari bertandang ke Klinik Tuah untuk merasai sendiri pengalaman berkhatan bayi yang selamat dan menggembirakan.
Untuk pertanyaan lanjut / tempah temujanji secara whatsapp dan call boleh hubungi nombor dibawah
Cawangan Klinik Tuah
KLINIK TUAH CHERAS
G-02, Jalan Sri Permaisuri,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
☎ +601163372454
✉ [email protected]
KLINIK TUAH DAMANSARA
T47-G, The Strand, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
☎ +601163232454
✉ [email protected]
KLINIK TUAH SHAH ALAM
9, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
☎ +601164932454
✉ [email protected]
KLINIK TUAH BANGI
G-43, Taman Seri Bangi, Jalan 8/35, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
☎ +601162661589
✉ [email protected]
KLINIK TUAH GOMBAK
37, Jalan Prima SG 2, Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
☎ +601165662454
✉ [email protected]
KLINIK TUAH KUANTAN
3, Jalan Putra Square 4,
Putra Square,
25200 Kuantan, Pahang
☎ +60199087813
✉ [email protected]
KLINIK TUAH JOHOR BAHRU
38, Jln Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim
☎ +601165692454
✉ [email protected]
Buat Temujanji Melalui Online
