Datang Bertongkat , Pulang Bergaya

Patutlah keluarga semua recommend , 4 doktor dah jumpa. macam-macam prosedur dah buat, semua tak lut. Jumpa doktor klinik ni , terus hilang sakit lutut lepas prosedur. Alhamdulillah

RosyamReview from Facebook

“Menangis Ibu Saya, Doktor” , Sebuah Kisah Benar

Seorang wanita lingkungan 30-an memberi salam dihadapan klinik kami, kelihatan beliau gigih menolak kerusi roda yang diduduki ibunya . Walaupun garis-garis di sisi matanya menceritakan kesakitan yang ditanggung si ibu, namun ibunya tetap tersenyum manis melihat kami.

 

Apabila ditanya doktor tujuan bertandang ke klinik, Sang Ibu yang berumur 65 tahun itu menceritakan

 

” Dah bertahun menderita sakit lutut ni, doktor.  Guna kerusi roda pun dah dekat 1 tahun dah. pergi jumpa doktor pun kasi ubat supplement je. tak jalan.  Pernah pergi masuk gel dan teropong lutut , makin teruk sakitnya pulak. Makcik tak tahu la doktor, macam-macam ikhtiar , berpuluh ribu dah habis tapi tetap tak baik. “
– kata si Ibu membahasakan dirinya makcik dengan nada sugul dan sayu

 

Tanpa membuang masa, doktor minta ke kebilik pemeriksaan untuk di periksa, Dengan menggunakan mesin ultrasound dan filem X-ray , doktor menjumpai sebab sebenar kesakitan lutut berpanjangan si ibu.

Lutut si Ibu dah dipenuhi air radang atau dikenali sebagai knee effusion. Ia terjadi kerana lutut si Ibu mengalami penyakit osteoarthritis

 

Syukur, rawatan buang air radang / knee effusion  berjalan dengan lancar. Memang banyak air radang yang berjaya dikeluarkan. Patutlah si ibu merana sakit lutut sehingga tidak boleh jalan

 

Seminggu kemudian , sudah suratan kami bertemu semula si anak di klinik . kami bertanya keadaan lutut ibu

Si anak lantas menjawab

 

” Menangis Ibu Saya, Doktor . Dia call saya menangis teresak. Dia kata sakit bertahun hilang dah.  Ibu saya pun dah boleh jalan biasa tanpa bantuan kerusi roda/ tongkat dah doktor”

 

Kami dah jumpa ramai orang yang berjaya dirawat sakit lututnya bersama kami, rata-rata mereka ungkapkan perkataan gembira tapi jarang kami mendengar pesakit kami menangis kerana kesakitannya hilang 😀

Alhamdulillah , seronoknya kami mendengar khabar si ibu yang sudah sembuh

Malam itu, kami semua balik dari klinik dengan hati yang girang. InsyaAllah , esok hari ramai lagi pesakit yang kami akan berikan terbaik agar dapat hilangkan kesakitan kronik mereka.

 

_________________________________________

Kisah diatas tidaklah sama sekali direka , Ia benar-benar berlaku terhadap pesakit kami.  Syukur , telah banyak kisah seperti ini kami lalui.  Bukan sahaja si ibu seorang dapat atasi masalah sakit lutut , malahan ratusan pesakit kami telah berjaya menghilangkan derita sakit lutut kronik bersama kami. Alhamdulillah

 

Sesungguhnya , bukan kami yang menyembuhkan penyakit. Semuanya kerja sang Tuhan pencipta alam. kami hanya hamba yang nekad akan memberikan rawatan yang terbaik untuk semua pesakit kami yang kami sayangi. InshaAllah

Tak Semestinya Semua Sakit Lutut Perlu Masuk Gel

Banyak sebab dan punca kita sakit lutut. malangnya ramai pesakit lutut ditawarkan suntikan gel lutut walaupun sebenarnya ia bukanlah merupakan rawatan yang terbaik bagi penyakit mereka.  Ya, memang gel lutut antara rawatan yang sangat baik dan berkesan tetapi bukan dalam semua kes .
Antara punca sakit lutut adalah
  1. Osteoarthritis
  2. Ligament & Tendon Injury
  3. Sport Injury  ( ACL /PCL , meniscus injury)
  4.  Bursitis / Pes Anserine Bursitis
  5.  Rheumathoid Arthritis

Punca & Penyebab Sakit Lutut

Osteoarthritis
Ligament/ Tendon Injury
Bursitis
Gouthy Arthritis
Knee Effusion
Septic Arthritis

Saya Sakit Lutut Jenis Apa?

QUIZ SAKIT LUTUT KLINIK TUAH

Ketahui Jenis Sakit Lutut Dengan Menjawab 7 Soalan Quiz Ini

1 / 7

Berapakah Umur Anda?

2 / 7

Berapa Lamakah Sakit Lutut Anda?

3 / 7

Sekarang anda bergerak menggunakan....

4 / 7

Apabila jalan atau naik tangga , adakah lutut berbunyi?

5 / 7

Adakah ketika Ini Lutut Anda Bengkak yang ketara ?

6 / 7

Adakah sakit lutut anda bermula selepas bersukan? Jika ya, adakah ada bunyi "POP" dalam lutut ketika di lutut sakit?

7 / 7

Adakah anda punyai kedua symptom ini

  1.  Sakit Lebih dibahagian belakang kepala lutut
  2.  Kesakitan lutut akan lebih teruk terasa apabila turun tangga

Kaedah Rawatan Yang Pelbagai Seiring Penemuan Teknologi Perubatan Terkini

Tahukah anda , setiap kesakitan lutut berbeza kaedah rawatan nya .
Jenis rawatan lutut ini bergantung kepada jenis kerosakan lutut , bahagian , tahap sakit lutut , umur pesakit, dan status kesihatan pesakit.

Kami akan memeriksa , men “scan”/ imbas dengan ultrasound dan memberikan cadangan rawatan yang terbaik untuk anda

Apakah Itu Osteoarthritis? Penyebab Lutut Sakit Di Usia Tua

Osteoarthritis adalah salah satu penyakit lutut akibat faktor usia . Ia adalah penyakit ” wear & tear” . Dalam penyakit Osteoarthritis , terdapat beberapa komponen lutut yang rosak termasuklah cecair gel lutut yang dah haus, ruang antara sendiri berkurangan, tumbuhnya “osteophyte” dan hancurnya cartilarge didalam lutut.

Penyakit Lutut Osteoarthritis ini adalah sakit lutut paling biasa berlaku, Antara tanda- tanda sakit lutut osteoarthritis,

  1. Sakit Lutut saat berjalan jauh
  2. sakit lutut sebelah kiri atau kanan ataupun kedua-duanya
  3. lutut berbunyi ketika naik tangga
  4. lutut sakit apabila buat aktiviti harian
  5. Kadangkala, harus menggunakan tongkat untuk membantu pergerakan seharian

 

Osteoarthritis terbahagi kepada 4 tahap

Tahap 1 : kecederaan lutut yang minimal, terdapat 10% kerosakan pada cartilage

Tahap 2 ; Jarak antara sendi merapat, kehancuran cartilage bermula, tumbuhnya osteophyte ( tulang baru)

Tahap 3 : Jarak sendi makin merapat, cartilage makin merosak hingga ke tulang

Tahap 4 : Terlalu sempit jarak sempit, 60% cartilage dah musnah. Osteophyte yang besar

 

Risiko untuk mendapat Osteoarthritis

Antara risiko risiko yang lebih cenderung untuk menyebabkan osteoarthritis adalah:

  1. Berat badan berlebihan
  2. Umur lebih 50 tahun
  3. Masalah kesihatan seperti gout, rheumatoid arthritis
  4. Mempunyai sejarah kecederaan lutut
  5. Kerap melakukan aktiviti berimpak tinggi
  6. Faktor genetic

 

Rawatan Sakit Lutut Osteoarthritis

Rawatan Osteoarthritis ini bergantung pada beberapa faktor antaranya ialah

  1. Tahap Kecederaan Osteoarthritis
  2. Ketebalan Cartilage Lutut
  3. Usia Pesakit
  4. Berapa Tahun Sakit lutut terjadi
  5. Sejarah Trauma pada lutut
  6. Penyakit lain yang berkenaan

Kebanyakan pesakit diberi ubat tahan sakit – ubat ini bukanlah rawatan sebenar yang baik untuk lutut anda . banyak kesan sampingan jika diambil dalam tempoh yang lama

Secara Am nya rawatan untuk osteoarthritis ini terbahagi kepada 3 Modul

  1. Rawatan Suntikan Lutut – Terdapat pelbagai jenis suntikan untuk sakit lutut, Salah satunya adalah suntikan tambah gel lutut yang haus ,hyaluronic viscosupplement dan lain- lain.
  2. Suplemen -pelbagai supplement yang terdapat di pasaran untuk membantu dalam penyembuhan . Suplemen juga dapat membantu dalam pencegahan sakit lutut
  3. Fisioterapi – dapat membantu memulihkan “range of motion” lutut dan menguatkan otot di sekitar lutut

Mengapakah Ramai Orang Memilih Membuat Rawatan Bersama Kami

  • Melalui data kami, kadar keberjayaan sesuatu rawatan melebihi 92%
  • Pemeriksaan Menggunakan Ultrasound , bukan sahaja boleh tengok tulang malah kerosakan meniscus, kartilej , tulang rawan dan tisu lembut lain.
  • Doktor yang sangat berpengalaman dalam merawat rawatan lutut
  • Tidak Sakit – Teknik kami berlainan dari kebanyakan , kami menggunakan ubat bius sebelum suntikan lutut, jadi isu sakit ketika suntik tak pernah timbul.
  • Satu- satunya pusat sakit lutut yang mempunyai lebih 7 jenis rawatan mengikut kesesuaian umur, tahap kehancuran lutut dan kos .
  • Rawatan akan dibantu oleh Mesin/ teknologi yang canggih seperti Ultrasound , Soft laser therapy dan lain-lain
  • Harga yang berpatutan, sesuai untuk golongan marhaen dan rakyat kebanyakan
  • Rawatan melalui kajian terbaru/medical breakthrough
  • Feedback / Testimoni yang sangat hebat dari pesakit kami ( 9.5/10 dari pesakit memberi respon sangat positif)

Misi Lebih Ramai Hidup Bebas Kesakitan

3842

Pesakit yang sudah merasai kelainan rawatan kami pada tahun 2023

91

Peratus pelanggan yang mengesyorkan pada keluarga & kawan serta maklumbalas positif

7

satu-satunya pusat perubatan yang mempunyai Lebih 7 jenis rawatan sakit lutut yang terbukti efektif
sakit lutut
lutut knee pain

Soalan Lazim

Suntikan lutut sakit tak?

Ini merupakan soalan paling popular. Suntikan lutut TIDAK sakit bersama kami kerana kami menggunakan teknik Bius Setempat dahulu sebelum suntik.  Sebelum memulakan suntikan kami akan spray ubat pelali dahulu, kemudian memberi bius setempat pada bahagian lutut.  Selepas diberi bius setempat, deria sakit sudah hilang dan baru lah kami akan masukkan ubat/ gel ke dalam lutut.
Hampir Semua pesakit kami mengatakan proses rawatan suntikan lutut tidak sakit. Walaubagaimanapun, disesetengah tempat lain , mereka menggunakan teknik ” One Touch”.Teknik ini tiada bius yang diberi , maka akan menyebabkan kesakitan ketika rawatan.

Apakah Rawatan yang Sesuai Untuk Saya?

Terpulang pada pesakit.

Setiap orang rawatan nya berbeza, bergantung pada banyak faktor

Boleh jumpa doktor kami dahulu untuk diperiksa dan berbincang tentang rawatan

Kos ?

Terpulang pada jenis rawatan

Anggaran : RM400- Rm 2000

Jika anda hendak periksa jenis penyakit lutut dan tahapnya dahulu tanpa rawatan pun tiada masalah, doktor kami akan memberi pilihan rawatan yang sesuai untuk anda untuk anda fikir masak-masak dan mengkaji penyakit anda terlebih dahulu

Kenapa murah berbanding tempat lain?

Kami tidak bersaing harga.
Bagi kami kesembuhan pesakit lagi diutamakan 😀

Doktor hospital suruh saya operate tukar lutut dah ? Boleh selamatkan lagi tak?

Bukan sedikit kes seperti ini datang kepada kami. Syukur, Ramai yang berjaya dirawat sehingga tak perlu menjalani pembedahan . Jika mahu tahu lebih lanjut boleh buat appointment dengan doktor kami.

Namun harus diingat, dalam beberapa kes tertentu yang lututnya terlalu rosak teruk akibat degeneration ( osteoarthritis stage 4) , rawatan tak juga berkesan , harus diteruskan dengan pembedahan.

Bagaimana jika saya makan supplement? Boleh Sembuh?

Kebanyakan Supplement adalah sebagai “supportive ” rawatan lutut . Ia jarang menjadi rawatan utama untuk rawatan sakit lutut. Oleh itu anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mengetahui keadaan lutut anda dahulu.

Dalam kes osteoarthritis tahap 1 , rawatan Suplemen lutut sahaja tanpa suntikan mungkin punyai kesan yang positif tetapi dalam tahap 3-4 , rawatan suplement sahaja kebanyakan tidak berkesan tanpa mengambil suntikan lutut

Baca 5 suplemen lutut yang terbaik

Proses Rawatan Lutut Di Klinik Tuah

1

Tempah Temujanji Bersama Kami

Pilih Slot Temujanji Secara online atau boleh terus whatsapp/ call kami
2

Berjumpa Doktor

Doktor akan bertanyakan beberapa soalan tentang sakit lutut untuk mendapatkan gambaran tepat tentang jenis penyakit
3

Pemeriksaan Fizikal Lutut

Lutut anda akan diperiksa oleh doktor untuk melihat keteguhan & kondisi ligamen, kartilej , tulang serta meniskus lutut
4

Pemeriksaan Teliti dengan Ultrasound

Ultrasound adalah satu mesin yang bukan sahaja dapat melihat kondisi tulang tapi juga dapat melihat kehancuran kartilej , meniscus dan kerosakan tisu yang tidak dapat dilihat oleh Xray biasa.
5

Penerangan Diagnosis & Jenis Rawatan yang sesuai

Doktor akan menerangkan secara terperinci tentang kerosakan / penyakit lutut dan jenis rawatan yang sesuai dengan kondisi setiap pesakit. Anda bebas bertanyakan apa-apa soalan pada doktor ketika ini.
6

Proses Rawatan Akan dimulakan

Bergantung pada jenis rawatan, jika hanya perlukan supplemen. Doktor akan beri supplemen utk diambil dirumah .
Untuk suntikan lutut, teknik di Klinik Tuah berbeza, kami menggunakan ubat bius sebelum suntikan untuk memastikan TIADA KESAKITAN langsung ketika proses suntikan lutut. Di bantu dengan mesin ultrasound ketika suntikan lutut untuk memastikan gel atau ubat yang disuntik 100% masuk dalam ruang antara lutut (intraarticular). Teknik ini telah terbukti lebih baik ,tidak sakit serta tahap berjaya yang tinggi (>95%) .
7

Pengambilan ubat & Bil

Doktor akan memberi ubat atau supplemen( jika ada) dan pembayaran bil dibuat di kaunter klinik . pembayaran boleh melalui kad kredit, kad debit , cash ataupun QR code
8

Follow Up

Rawatan susulan akan diberi untuk memeriksa kembali keadaan lutut. Jika ada apa-apa pertanyaan atau masalah, kami mengalukan untuk datang semula untuk kami periksa pada bila-bila masa. kami komited untuk merawat kesakitan lutut anda
klinik sakit lutut
Suntikan sakit lutut
gel lutut

Harga Rakyat Dari Rakyat

Dengan mengekalkan harga mampu milik pada semua orang untuk  memberi suatu kualiti serta produk yang premium dan bertaraf dunia , kami sasarkan lebih banyak yang dapat manfaat dari servis perkhidmatan kami. 

Pengimbasan Ultrasound
Konsultasi & Pemeriksaan

RM 80

̶R̶M̶ ̶1̶5̶0̶

Pengimbasan Teliti Ultrasound untuk kedua-dua lutut. Bersama konsultasi dan pemeriksaan fizikal oleh Doktor

Knee Aspiration/
Buang Air Radang Lutut

RM 200-450

Jika ada air radang dalam lutut ( knee Effusion) , Ia hendaklah dibuang untuk mengurangkan keradangan dan mempercepat proses sembuhan

Suntikan Tambah Gel Lutut
Double-crossed-Linked Hyaluronic Acid
( Highest-end Quality of Hyaluronic Acid)

1600

̶R̶M̶ ̶2̶3̶0̶0̶

Kualiti Gel Lutut sangat main peranan dalam keberkesanan & durasi gel bertahan. Gel lutut di Klinik Tuah menggunakan double-crosslinked 10-juta Dalton HA , kepekatan & kualiti yang paling tinggi di pasaran dunia hari ini. Harga kami agak rendah berbanding hospital dan pusat perubatan lain kerana kami sasarkan lebih pada kuantiti pesakit dalam masa sama mengekalkan harga mampu milik pada semua orang

Untuk senarai harga yang penuh, boleh Whatsapp / Call nombor dibawah. 

Hilangkan Masalah Sakit Lutut Kronik Anda Bersama Kami Sebelum Terlambat

Mari bersama kami menghilangkan sakit lutut kronik anda.
Janji Kami untuk merawat lutut dengan memberikan rawatan terbaik bergantung pada setiap individu dengan kos yang berpatutan dan marhaen.

Kami mengerti keperitan sakit lutut dan kesusahan mahu bergerak dan berjalan .
Kami juga tahu ketakutan / kerisauan apabila ada doktor yang dah suruh operate tukar lutut.
Temui kami untuk merasai sendiri kelainan dalam kepelbagaian pilihan rawatan kami.
Ramai dah buang tongkat mereka,

Mungkin kali ini giliran Anda/ Ibubapa anda pula .. InshaAllah

 

 

Tempah temujanji anda secara online dengan tekan butang “TEMUJANJI ONLINE” dibawah untuk memilih sendiri waktu appointment.

*Anda juga boleh Walk-In , tapi kami menggalakkan membuat temujanji untuk mengelakkan menunggu lama (keutamaan akan diberi kepada kes temujanji)

Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp dan Call boleh menghubungi nombor dibawah

 

CAWANGAN KLINIK TUAH

Cheras, Kuala Lumpur

KLINIK TUAH CHERAS
G-02 , Kompleks Permaisuri Q
Jalan Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri
56000 Cheras, Kuala Lumpur

✆ 01169392454 (Cheras)

Kuantan , Pahang

KLINIK TUAH KUANTAN
No 3 Ground Floor, ICT HUB,
Jalan Putra Square 4,
Putra Square, 25200
Kuantan , Pahang

✆ 0199087813 (kuantan)

Shah Alam , Selangor

KLINIK TUAH SHAH ALAM
No. 9 (Ground Floor), Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor

✆ 0143242974 (Shah Alam)

Waktu Operasi Untuk Semua Cawangan

Dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu
9am-9pm

Buat Temujanji Online
Whatsapp
Call
Loading...