Sunat Bayi
Sembuh Seawal 3 Hari
DI KLINIK TUAH, KAMI SANGAT MEMENTINGKAN PENGALAMAN
KHATAN YANG MENYENANGKAN BAGI SI COMEL ANDA
Tahniah! jika anda membaca artikel ini besar kemungkinan anda sedang mencari perihal khatan bayi dan berkira-kira untuk mengkhatankan anak anda ketika bayi lagi .
Oleh itu kami akan “guide” dan beri panduan untuk anda secara lengkap tentang khatan bayi agar anda akan merasa tenang , bersedia dan selesa untuk khatankan bayi anda.
Sembuh Dalam Masa Seminggu
96
Sunat Bayi Setahun
340
Di Klinik Tuah
Setiap bayi berhak melalui proses sunat yang tidak sakit, pantas dan cepat sembuh
PANDUAN TERLENGKAP & TIPS SUNAT BAYI LELAKI
Khatan Bayi mempunyai kelebihan yang lebih besar dari khatan diumur yang lain antaranya
- Paling Cepat Sembuh
- Paling Kurang Rasa Sakit
- Paling Senang jaga selepas khatan
- Sunnah Nabi S.A.W
Ini Kerana :-
- Sarat pada zakar bayi tidak matang lagi ( not well-developed) membuatkan proses sunat khatan kurang sakit
- Jika dibanding, khatan bayi akan pulih dalam masa 1 minggu, ini berbeza dengan khatan kanak-kanak yang mengambil masa lebih kurang 2-3 minggu untuk pulih dan dewasa yang mengambil 3-4 minggu
- Bayi tidak bergerak seaktif kanak-kanak dan dewasa , penjagaan sunat lebih mudah
Selain itu , ada juga faktor ibubapa sunat bayi mereka disebabkan faktor agama
Dalam Islam , terdapat hadith mengenai khatan bayi lelaki seawal 7 hari
Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Dalam agama lain juga ada yang menggalakkan berkhatan sejak bayi lagi
Tak Sakit Ke Khatan Bayi ? Kesian baby….
TIDAK … Sepanjang proses berkhatan bayi tidak merasa sakit!!
Doktor kami telah melakukan ratusan khatan bayi lelaki , Alhamdulillah hampir semua tenang ketika proses, separuh dari mereka siap tidur lagi XD .
Doktor akan memberikan bius setempat dahulu menggunakan jarum yang paling halus, kemudian kemaluan akan kebas dan TAK AKAN SAKIT LANGSUNG ketika proses khatan bayi lelaki . sebelum pulang doktor akan bekalkan ubat syrup tahan sakit untuk diambil untuk 2-3 hari untuk memastikan bayi langsung tidak akan rasa sakit selepas kesan ubat bius habis
Apakah Teknik Untuk Sunat/ Khatan Bayi
Teknik Plastibell
Teknik ini merupakan teknik yang terbaik untuk khatan bayi lelaki . Selepas dibius, Satu plastik berbentuk gegelung akan diletakkan didalam kulup kemaluan dan akan dililit lalu diikat menggunakan tali/benang. Benang ini akan menghentikan saluran darah pada kulup kemaluan yang hendak dipotong menyebabkan kulup kemaluan akan mati dan tercabut dalam masa 2-3 hari. Tiada Jahitan yang akan dilakukan.
apabila tercabut, luka pada kemaluan akan terus KERING. ini membuatkan luka khatan amat cepat sembuh. ada yang sembuh seawal 3 hari.
Tambahan Lagi, Secara kosmetik , teknik plastibell lebih cantik dan kemas . Ia juga lebih selamat kerana risiko terpotong kepala zakar hampir tiada .
Teknik Laser
Teknik ini adalah teknik tradisional dan paling biasa dilakukan untuk sunat kanak-kanak, namun boleh juga dilakukan pada bayi dengan pendekatan yang berbeza . Selepas dibius, kulup kemaluan akan di clamp dan akan dipotong dengan diathermy ( laser) . Kemudian , luka akan dijahit disekeliling zakar dan jahitan ini akan tercabut sendiri
Plastibell Technique
RM 550
Per PersonLaser Technique
RM 390
Per PersonApakah Persediaan yang harus dilakukan oleh Ibubapa sebelum proses khatan bayi?
- MENTAL – Harus bersedia dari segi mental , Sebaiknya ketika melangkah ke klinik , Ibubapa sudah mengetahui proses berkhatankan bayi mereka . Harus fahami bahawa proses khatan ini painless / tidak sakit 🙂
- SUSU – Sebaiknya memberi susu kepada bayi sebelum datang ke klinik untuk berkhatan untuk memastikan bayi tidak cranky
- PACIFIER – Bawa puting susu atau pacifier . Jika bayi tidak selesa dipegang ketika khatan , pacifier ini akan membuatkan bayi kembali tenang
- LAMPIN- bawa lampin lebih untuk tukar selepas proses khatan
- LONGGAR – Sebaiknya pakai kan bayi dengan baju dan seluar yang longgar
WHAT TO EXPECT ?
- Masuk ke klinik, doktor akan memberi penerangan terperinci proses khatan bayi . Boleh bertanyakan apa sahaja pada doktor ketidakpastian
- Bayi akan dibaringkan di meja pemeriksaan utk proses sunat.
- Ubat Bius akan diberikan menggunakan jarum yang paling halus pada pangkal zakar. Bayi ketika ini mungkin akan menangis kerana tidak selesa,
- Pembantu klinik akan memegang kaki bayi dalam bentuk frog position sepanjang proses khatan
- Sesetengah bayi akan nangis – tapi bukan kerana sakit proses khatan , tapi kerana tak selesa dipegang kakinya dan dibaringkan. Selepas bius , doktor akan melalukan teknik untuk TEST keberkesanan bius agar bayi tidak sakit sepanjang proses .
- Ibubapa harus kekal tenang, doktor akan lakukan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan .
- Jika ibubapa tidak sampai hati untuk melihat proses berkhatan, boleh tunggu diluar sementara proses berjalan.
- Selepas selesai, lampin baru akan ditukar dan dipakaikan sedikit longgar dari biasa .
- Ketika ini selalunya bayi akan tenang dan tidak menangis lagi kerana bius setempat yang masih berkesan. Ubat cecair tahan sakit akan diberi dan dicadangkan untuk terus diberi kepada bayi agar kesan ubat itu sudah optimum apabila kesan bius mula pudar. Pastikan ubat syrup tahan sakit ini diberi secara berkala 5-6 jam sekali untuk memastikan bayi tidak sakit sehingga sembuh.
- Ibubapa boleh pulang kerumah dengan hati yang gembira dan tenang, bayi mereka selamat di khatankan
- Untuk plastibell , ia akan terbuka sendiri dalam masa 2- 7 hari, jika tidak terbuka selepas 7 hari jangan risau boleh hubungi kami atau datang ke klinik / klinik khatan bayi
- Untuk Laser , Jahitan akan terbuka sendiri dalam 7 hari. tidak perlu buka jahitan di klinik sunat bayi lelaki near me
- Ketika penyembuhan , kadang kala akan ada bengkak seperti belon air di kemaluan , Ia adalah bengkak bius. tak perlu risau , ia tidak sakit dan akan hilang sepenuhnya selepas 2 minggu
- Kadang kala selepas beberapa hari akan nmpak seperti “nanah” atau keruping nanah di atas kepala kemaluan. juga tidak perlu risau ia adalah air biasa yang normal. Ia akan mengering dan tertanggal sendiri selepas beberapa hari.
Penjagaan Selepas Berkhatan
- KENCING- kencing seharusnya tiada masalah . Jika bayi sukar kencing, boleh hubungi klinik atau doktor . Kencing harus di jirus seperti biasa / wet wipes pn boleh digunakan. namun harus memastikan selepas basuh kemaluan , harus dikeringkan kemaluan menggunakan tuala, tisu ataupun kipas portable
- NAJIS – Jika berak / kencing , harus ditukar terus lampin , jangan dibiar lama , takut jangkitan pada kemaluan
- Longgar – Pakaikan pampers dengan longgar dan juga seluar yang longgar sehingga luka sembuh untuk khatan bayi
- MANDI – boleh mandi seperti biasa, namun harus berhati-hati dengan kemaluan yang telah disunat untuk elakkan kesakitan/ ataupun dislodge plastibell
- SUSU BADAN – beri susu badan berterusan selepas khatan bayi , susu badan mempunyai sifat anti-kesakitan, ia boleh menjadi painkiller semula jadi . Boleh membantu mengurangkan ketidak selesaan selepas proses khatan bayi
Komplikasi Khatan Yang Boleh Berlaku
Setiap prosedur walaupun simple , tetap ada risiko berlaku komplikasi walaupun sangat jarang .
Itu Sebabnya penting untuk memilih tukang khatan/ doktor/ tok mudim yang berpengalaman dan pakar dalam bab mengkhatankan bayi si comel anda .
Malangnya ramai tukang khatan ini tidak pandai/ enggan untuk mengendalikan komplikasi khatan yang dilakukan dan terus ditolak ke klinik lain/ hospital.
Antara risiko yang boleh berlaku
- PENDARAHAN – Pendarahan adalah komplikasi paling biasa berlaku tidak kisah pada khatan dewasa , kanak-kanak mahupun bayi . Namun usah risau ia tidaklah bahaya jika dirawat dengan cepat, Pendarahan kecil ini boleh terjadi secara tiba-tiba dirumah apabila luka sunat terkena sesuatu dengan impak yang sederhana kuat.
Jika terdapat pendarahan, ambil tisu atau tuala, compress/ tekapkan pada tempat berdarah selama 5 minit. Selalunya pendarahan akan berhenti. Jika tidak , boleh hubungi doktor untuk menghentikan pendarahan - JANGKITAN – Jangkitan jarang berlaku pada kemaluan namun ia tetap boleh berlaku, antara ciri- ciri jangkitan adalah kemaluan rasa panas , warna merah yang jelas kelihatan, hubungi doktor anda untuk mendapatkan rawatan antibiotik
- PLASTIBELL TERCABUT SEBELUM WAKTU- Jika plastibel tercabut sebelum waktu ( dalam masa 1 hari selepas sunat) harus dimaklumkan pada doktor untuk rawatan selanjutnya, Plastibell tercabut sebelum waktu ini boleh terjadi jika ada satu daya yang kuat mencabut plastibell dari ikatan .Namun usah khuatir untuk khatan bayi anda secara teknik ini kerana komplikasi ini sangat jarang berlaku disebabkan selalunya tali plastibell diikat dengan sangat kuat. Jika ditakdirkan berlaku, bawa kepada kami dan kami akan khatan secara biasa tanpa caj tambahan :)
Mengapa Anda Harus Memilih Klinik Tuah Untuk Khatan Si Comel Anda?
- SELAMAT – Ramai dah kes komplikasi khatan bayi lelaki / sunat baby berlaku akibat doktor yang baru nak “mencuba-cuba” khatan . Di Klinik Tuah, doktor kami sangat teliti dan berhati-hati juga berpengalaman mengendalikan ribuan khatan pelbagai umur
- DOKTOR BERPENGALAMAN & MAHIR – Doktor kami amat tenang ketika mengendalikan khatan . Malah beliau juga dikenali dikalangan klinik- klinik di lembah klang sebagai doktor yang mahir kendalikan khatan serta komplikasinya
- HARGA YANG BERPATUTAN & MARHAEN – Kami faham dengan keluhan pelanggan kami yang mengatakan kos khatan bayi yang mencecah ribuan ringgit di sesetengah fasiliti, oleh itu kami masih kekalkan harga mampu milik untuk semua lapisan rakyat
- RASAKAN SELESA , TENANG DAN SELAMAT- ketika berkhatan bersama kami
- KUALITI DAN NILAI ESTETIK- Doktor kami sangat mengutamakan kualiti potongan dan jahitan khatan serta sangat teliti untuk memastikan bayi tidak sakit dan pengalaman khatan bayi anda sangat aman
Kenali Doktor Bedah Yang
Akan Khatankan Si Comel Anda
Dr. Hareez Noorman
Dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, Dr Hareez mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang pembedahan.
Dikenali sebagai seorang yang teliti, Dr Hareez percaya bahawa setiap proses khatan harus dikendalikan dengan nilai estetika yang tinggi sepertimana pembedahan kosmetik dan haruslah menambah keterampilan serta meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
Pernah menjawat sebagai Pengarah Program “Proper Circumcision Technique” Hospital Ampang dari tahun 2017-2019, Dr Hareez juga aktif dalam menganjurkan Sunathon (sunat beramai-ramai) setiap tahun. Kebolehan beliau bukan sahaja dalam mengkhatankan , malah beliau menjadi rujukan untuk kes komplikasi dan “circumcision repair” dari klinik-klinik di lembah klang.
Berpengalaman luas dalam pelbagai pembedahan sama ada kecil atau besar, Dr Hareez pernah menaburkan khidmat sebagai doktor bedah di Hospital Ampang dan banyak melakukan pelbagai pembedahan seperti Laparotomy, Appendicectomy (Buang Appendix), Hernia Repair(Angin pasang), Excision biopsy, Breast Surgery, Hemorrhoidectomy, Lipoma , Cyst dan banyak lagi
Dr. Hisyam
Dr Hisyam amat terkenal dikalangan rakan doktor bukan sahaja kerana kelajuan & kemahiran beliau dalam prosedur sunat bayi malah beliau juga terkenal dengan kebolehan beliau membaiki sunat bayi dan merawat komplikasi. Pernah menjawat dalam pelbagai bidang perubatan termasuk berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Pediatrik dan Khatan dari tahun 2019 hingga 2020. Beliau memperolehi ijazah MD dari USM Kubang Kerian. Kerjaya beliau merangkumi peranan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, di mana beliau bekerja sebagai Pegawai Perubatan, dan di Klinik Kesihatan Teluk Renjuna, di mana beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan (MOIC). Dr Hisyam telah terlibat secara aktif dalam penganjuran dan penyertaan dalam pelbagai program penjagaan kesihatan sepanjang kerjayanya termasuk program sunathon terutama di lembah klang
Dr. Ali
Kerjaya Dr. Ali dalam penjagaan kesihatan telah diwarnai dengan pelbagai peranan dan pencapaian penting. Beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, menimba pengalaman berharga dalam pembedahan kecil mahupun pembedahan besar. Tanggungjawab beliau diperluaskan di Hospital Tanjung Karang dan kemudian di Hospital Shah Alam di mana beliau telah memperoleh pengalaman mengendalikan serta membantu dalam pembedahan kecil dan besar. Dr. Ali memperoleh MBBS daripada UiTM pada 2017. Beliau telah mengambil bahagian secara aktif dalam bengkel khusus termasuk Kemahiran Asas Pembedahan di HRPB pada 2020, Kursus Berkhatan Komprehensif. Terkenal dengan hasil khatan yang cantik, Dr Ali adalah salah seorang doktor yang dikenali dikalangan ibubapa yang mahu mengkhatankan anaknya.
Dr. Akram
Cukup sinonim sebagai seorang tok mudim yang tangkas, Dr Akram telah melakukan RIBUAN khatan dari bayi sampailah ke warga emas. Mendapat ijazah kedoktoran MD dari Universiti UITM. Beliau telah berkhidmat di Hospital Putrajaya sebelum mengambil keputusan untuk membuka klinik sendiri untuk memberikan servis lebih baik pada pelanggan.
Beliau juga cukup aktif mengadakan SUNATHON setiap tahun, dan dikenali dengan ketangkasan beliau dalam berkhatan.Setiap pesakit /ibubapa yang datang kepadanya untuk berkhatan pasti akan tertarik kepadanya kerana keramahannya, suka senyum,dan mudah didekati.
Dr. Asyraf
Dr Ashraf, berasal dari Melaka, telah memegang pelbagai peranan penting dalam bidang perubatan, termasuk berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Pembedahan dari 2019 hingga 2024. Beliau mendapat ijazah perubatan MD dari Universiti Putra Malaysia pada 2016. Perjalanan kerjaya Dr. Ashraf diteruskan dengan menabur khidmat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Beliau juga menimba pengalaman berharga di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai Pegawai Perubatan Pembedahan. Sepanjang kerjayanya, Dr. Ashraf telah terlibat secara aktif dalam beberapa inisiatif dan program penjagaan kesihatan, seperti Kemahiran Asas Pembedahan, Bengkel Trakeostomi, Bengkel Hernioplasti , dan penyertaan dalam kempen Sunathon dan Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Komitmen beliau terhadap pembelajaran berterusan dan kesihatan komuniti menggariskan dedikasi beliau untuk meningkatkan amalan perubatan dan penjagaan pesakit.
Dr. Zariffullah
Dr Zariffullah, yang berpangkalan di Kuantan, Pahang, mempunyai pengalaman pembedahan yang luas.
Dr Zarifullah terkenal sebagai "Perfectionist" yang sangat menitik beratkan hasil yang sempurna dalam setiap pembedahan. Dia percaya bahawa setiap pembedahan tidak dianggap berjaya jika hasilnya tidak memuaskan.
Beliau telah bekerja di Hospital Kemaman, di mana beliau telah melakukan banyak pembedahan besar dan kecil, sebelum beliau memutuskan untuk menceburi bidang swasta di mana beliau boleh memberikan penjagaan berkualiti tinggi terutamanya dalam prosedur berasaskan pembedahan seperti berkhatan.
Setiap tahun, Dr Zariffullah menyertai Sunathon (berkhatan beramai-ramai).
Dr Zariffullah sinonim dengan ketangkasan dan ketelitian dalam setiap kali berkhatan, sebab itulah beliau menjadi pilihan orang yang mementingkan keputusan berkhatan yang berkualiti.
Dr. Farhan
Apa lagi yang ibubapa mahukan ketika khatan ? Prosedur yang selamat, Penyembuhan yang cepat, Hasil yang mengagumkan ! Ketiga-tiga ini sinonim dengan hasil kerja Dr Farhan .
Seorang anak jati Besut, Terengganu. Dr Farhan mempunyai gaya yang tersendiri dalam mengendalikan khatan. Beliau juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang pembedahan .
Apa Kata Mereka?
Di Klinik Tuah, Pengalaman Berkhatan Si Comel Anda Pasti Menyenangkan
Pengalaman khatan bayi mungkin pengalaman yang baru bagi anda.
kami juga faham kegusaran untuk mengkhatankan bayi yang disayangi . Oleh itu, nekad kami untuk memastikan pengalaman khatan bayi anda menyenangkan.
Mari bertandang ke Klinik Tuah untuk merasai sendiri pengalaman berkhatan bayi yang selamat dan menggembirakan.
Untuk pertanyaan lanjut / tempah temujanji secara whatsapp dan call boleh hubungi nombor dibawah
CAWANGAN KLINIK TUAH
Waktu Operasi Untuk Semua Cawangan
Dibuka setiap hari kecuali Sabtu
9am-9pm
Pilih Slot Temujanji Anda Secara Online