A World Without Pain

Radiofrequency Ablation (RFA): Harapan Sakit Lutut Tahap Akhir

Oleh Dr Hareez Noorman 

Dikemaskini pada 13 Mei 2026 

Puan Maznah kini tersenyum lebar sambil berjalan dengan cucu-cucunya di taman, tidak pernah dia bayangkan boleh dilakukan lagi. Solatnya yang dahulu penuh dengan keluhan dan seringai kesakitan, kini dilakukan dengan khusyuk dan tenang. Berjalan-jalan ringan di sekitar taman selepas menjalani rawatan Genicular Nerve Block (G-Block) menjadi rutin baharu yang amat dinikmatinya.

Tiga bulan kemudian, ketika sesi susulan bersama doktornya, Puan Maznah berkongsi berita gembira. Lututnya hampir tidak sakit langsung. Doktor pakar yang merawatnya turut bergembira mendengar perkembangan positif ini.

“Puan Maznah, saya ada berita baik,” kata doktor sambil tersenyum. “Ada satu rawatan dipanggil RFA. Dengan rawatan ini, puan dapat merasakan kelegaan untuk jangka masa yang lebih panjang.”

Kandungan

Pendahuluan

Dahulu, pesakit sakit lutut degeneratif hanya bergantung kepada ubat-ubatan dan rawatan tradisional. Apabila rawatan ini tidak lagi berkesan, pembedahan menjadi satu-satunya pilihan.

Namun kini, perkembangan perubatan moden telah memperkenalkan pelbagai pilihan rawatan baharu mengikut tahap osteoarthritis lutut. Anda mungkin sudah biasa  mendengar suntikan gel lutut dan suntikan steroid yang menjadi pilihan ramai. Selain itu, Genicular Nerve Block / GNB (G-Block) kini muncul sebagai alternatif yang berkesan untuk sakit lutut kronik.

Dan sekiranya anda telah menjalani rawatan G-Block, dan anda kembali boleh bergerak dan melakukan aktiviti harian tanpa sakit lutut yang ketara selepas beberapa bulan , ini bermakna anda adalah calon sesuai untuk rawatan Radiofrequency Ablation (RFA).

RFA adalah langkah seterusnya yang menawarkan kelegaan sakit lutut jangka panjang.

Apa itu G-Block dan adakah saya sesuai? Ketahuinya di sini.

Apa itu Radiofrequency Ablation (RFA)?

Radiofrequency Ablation (RFA) ialah satu lagi cabang ilmu perubatan moden yang merawat sakit sendi kronik seperti sakit lutut. Menariknya, RFA lebih bertumpu kepada pemulihan sakit lutut tahap akhir, berbanding suntikan gel lutut atau pemulihan semulajadi yang lebih fokus kepada tahap awal-sederhana.

Radiofrequency Ablation selalunya digunakan sebagai salah satu kaedah mengurangkan sakit sendi seperti sendi lutut, dan saraf yang terjepit seperti leher dan tulang belakang.

Rawatan RFA ni sering menjadi alternatif utama kepada pembedahan ganti lutut.

Bagaimana Radiofrequency Ablation (RFA) Berfungsi?

Radiofrequency Ablation merawat sakit lutut kronik dengan menggunakan tenaga radiofrekuensi untuk memanaskan saraf-saraf tertentu yang menyebabkan sakit lutut anda.

Satu mesin frekuensi radio khas menggunakan tenaga untuk menghasilkan haba terkawal melalui arus radiofrekuensi. Satu jarum halus khas akan ditempatkan berdekatan saraf kesakitan. Hujung jarum akan menjadi panas.

Pemanasan ini “membakar” tisu saraf yang terlibat, dan mengganggu isyarat kesakitan dihantar ke otak. Hasilnya, otak tidak menerima signal sakit tersebut, dan sakit lutut anda berkurang atau hilang.

radiofrequency ablation (RFA) rawatan sakit lutut yang menyalur haba terkawal pada saraf kesakitan

Adakah RFA Sesuai untuk Osteoarthritis Lutut?

Radiofrequency Ablation sangat sesuai untuk pesakit osteoarthritis lutut, terutama pada tahap sederhana hingga akhir. Menurut satu kajian, pesakit yang mendapat rawatan RFA ini menderita sakit osteoarthritis tahap 3 dan 4, dan telah dicadangkan untuk menjalani pembedahan lutut.

Ketahui Maklumat Lengkap tentang Osteoarthritis lutut di sini.

tahap osteoarthritis lutut di bawah artikel RFA klinik tuah

Siapakah yang Sesuai Menjalani Rawatan RFA?

  • Pesakit yang menunjukkan kelegaan sakit lutut selepas prosedur Genicular Nerve Block (G-Block)
  • Sakit lutut kronik yang tidak berkurang atau lega walaupun selepas rawatan konservatif dan suntikan intra artikular seperti steroid dan suntikan gel lutut / pemulihan semulajadi.
  • Pesakit yang tidak mahu atau tidak sesuai untuk pembedahan penggantian lutut (TKR).
 

Rawatan RFA tidak sesuai untuk anda sekiranya anda;

  • Mengandung
  • Mempunyai jangkitan kuman
  • Mempunyai masalah pendarahan

Bagaimana Prosedur RFA Dijalankan?

Kebiasaanya, rawatan Radiofrequency Ablation ini dilakukan oleh doktor pakar atau berpengalaman, kerana ianya memerlukan ketepatan dan kemahiran yang tinggi.

Sebelum prosedur, doktor akan membuat penilaian menyeluruh termasuk sejarah perubatan dan ubat-ubatan yang sedang diambil. Jika anda mengambil ubat cair darah atau aspirin, doktor akan menasihatkan bila perlu berhenti mengambilnya sebelum prosedur.

Imbasan X-ray juga perlu dilakukan untuk melihat anatomi lutut dan tahap osteoarthritis, dan memastikan tiada masalah kecederaan lain.

radiofrequency ablation (RFA) rawatan sakit lutut berpandukan x-ray

Semasa prosedur, anda akan dibaringkan di atas meja prosedur. Bius setempat akan diberikan untuk rasa kebas pada lutut yang terjejas.

Rawatan RFA dilakukan dengan bantuan X-ray khas dipanggil fluoroskopi bagi memastikan kedudukan jarum tepat. Berpandukan imej X-ray, doktor akan memasukkan satu jarum halus khas ke kawasan saraf yang disasarkan. Ujian rangsangan ringan mungkin dilakukan untuk memastikan kedudukan jarum adalah tepat.

Jarum tersebut akan disambung pada probe radiofrekuensi. Mesin akan menghantar tenaga radiofrekuensi untuk menghasilkan haba terkawal yang mengganggu fungsi saraf yang menghantar isyarat sakit.

Rawatan RFA mengambil masa sekitar 15 minit hingga 2 jam, bergantung kepada jumlah dan lokasi saraf yang dirawat.


prosedur radiofrequency ablation (RFA) rawatan sakit lutut

Keberkesanan dan Risiko RFA

Kos RFA di Malaysia

Kebiasaannya, kos rawatan RFA ini lebih tinggi berbanding rawatan intervensi lutut yang lain.Rawatan RFA memerlukan alatan yang khusus seperit mesin radiofrekuensi, elektrod serta jarum atau probe yang direka khas untuk prosedur ini.

Selain itu, penggunaan alat pengimejan seperti X-ray (fluoroskopi) serta kepakaran doktor juga diperlukan kerana prosedur ini bersifat kompleks dan memerlukan tahap ketepatan yang tinggi.

Di United Kingdom, rawatan RFA ini biasanya dibuat di klinik atau hospital swasta, dan memakan kos sebanyak €2,000 hingga €8,000.

Di Malaysia pula, kos rawatan RFA secara amnya sekitar RM 3,000- RM 10,000 untuk prosedur biasa, dan bermula RM 5,000 hingga RM 15,000 untuk RFA saraf atau sakit lutut kronik. Kos ini berubah mengikut jenis prosedur, pusat rawatan, kepakaran doktor serta peralatan yang digunakan.

Di Malaysia, beberapa klinik dan hospital telah menawarkan rawatan RFA ini. Antaranya termasuklah;

  • Klinik Tuah (Cheras, Bangi dan Shah Alam) : Dilakukan oleh doktor pakar perubatan sukan
  • SALAM Specialist Hospital
  • Klinik Primer Cherang
Klinik Tuah (KL dan Selangor) menawarkan rawatan RFA

Penutup

Radiofrequency Ablation menawarkan harapan baharu bagi mereka yang mengalami sakit lutut kronik. Dengan kadar kejayaan yang tinggi dan risiko yang minimum, RFA boleh menjadi penyelesaian jangka panjang yang anda cari.

Jika anda telah berjaya dengan rawatan Genicular Nerve Block (G-Block) dan ingin menikmati kelegaan yang lebih lama, berbincanglah dengan pakar ortopedik untuk mengetahui sama ada RFA sesuai untuk keadaan anda.

Jangan biarkan sakit lutut menghadkan kualiti hidup anda. Langkah seterusnya mungkin lebih dekat daripada yang anda sangka.

FAQ

1. Berapa lama kesan RFA akan bertahan?

Kebanyakan pesakit mengalami kelegaan sakit selama 6 hingga 12 bulan selepas prosedur RFA. Walau bagaimanapun, tempoh kelegaan berbeza mengikut individu. Ada yang menikmati kelegaan sehingga 2 tahun atau lebih.

Prosedur RFA biasanya dilakukan dengan bius tempatan, jadi anda tidak akan merasakan sakit ketara semasa rawatan. Anda mungkin merasakan sedikit tekanan atau sensasi panas semasa probe radiofrekuensi diaktifkan, tetapi ini adalah normal dan bertahan hanya beberapa saat.

RFA adalah prosedur harian (outpatient) yang tidak memerlukan penginapan di hospital. Kebanyakan pesakit boleh pulang ke rumah dalam masa 1-2 jam selepas prosedur. Anda disarankan untuk berehat selama 1-2 hari dan mengelakkan aktiviti berat selama seminggu.

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

Loading...
Search
Number Of Shops:
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda,
kami amat menghargai jika anda kongsikan kepada orang lain.

Facebook
WhatsApp

Jom baca lagi..

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...

Nak tak kami bagitahu jenis sakit lutut anda dengan tepat dalam 60 saat sahaja !

Jawap 7 Soalan ini  yang direka doktor orthopedik dari beberapa universiti untuk kenal pasti jenis sakit lutut sehingga 85% ketepatan.