Where Pain Meets Relief

Sunat bukan lagi pengalaman ngeri, Di Klinik Tuah pengalaman sunat pasti membahagiakan

Berkhatan sering menjadi igauan ngeri setiap insan bergelar lelaki, kini tidak lagi

Kami di Klinik Tuah mengerti ketakutan dan kegusaran setiap anak & mak ayah yang mahu menjalani proses khatan/sunat. 

Maka di Klinik Tuah, kami beriltizam untuk menjadikan pengalaman sunat anak anda menyenangkan, tidak menyakitkan serta selesa. 

Dari kaedah moden terbaru yang canggih, ubat bius yang paling baik, skill khas sunat oleh doktor, serta teknik bius tanpa jarum ; semua kami bawakan di Klinik Tuah untuk memastikan pengalaman sunat anak anda selesa dan menyenangkan. 

Klinik Tuah & Anda

Mitos & Fakta Tentang Sunat

"Sunat mesti sangat menyakitkan"

Ini mitos yang ramai salah. Proses sunat itu sendiri tidak menyakitkan langsung sebenarnya. Cuma ketika pemberian bius setempat melalui suntikan kecil, akan ada ketidakselesaan sedikit . Selepas itu tidak sakit kerana kesan bius dan diteruskan dengan ubat tahan sakit telan yang akan diberi. Itu sebab mengapa penting doktor yang berpengalaman untuk memberi bius dengan tepat agar sepanjang proses sunat tidak sakit langsung

“Sunat ni orang Islam je selalu buat”

Tahukah anda, menurut data dari National Health and Nutrition Examination Surveys 2005-2010 menyatakan 80.5% lelaki di negara Amerika Syarikat bersunat dan kebanyakannya bukan beragama islam. (Introcaso, Camille E et al.2013)

“Kalau budak sunat kena rasa sakit, barulah dia jadi lelaki sejati”

Kekuatan fizikal & mental datang daripada pemakanan, gaya hidup sihat, pengalaman hidup, dan didikan. Trauma masa kecil (contoh kena sakit waktu sunat) boleh tinggalkan kesan negatif, bukan jadikan lebih kuat. Tambahan, sunat perubatan moden mementingkan keselamatan & kelesaan ketika sunat.

Sunat Kanak- Kanak Dengan Selesa Bersama Klinik Tuah

Iltizam kami untuk memastikan pengalaman sunat terbaik dan menyenangkan untuk anak anda..

Kaedah Stapler

Kaedah paling moden. Menggunakan alatan khas untuk memotong kulup kemaluan dengan sekali tekan sahaja  tanpa jahitan. Paling cepat sembuh dan hasil paling cantik.

Kaedah Smartklamp

Sangkar akan dipasang di kulup kemaluan . Selepas 5-7 hari sangkar smartklamp akan dibuka semula dan dibiar sembuh

Kaedah Laser

Kaedah klasik dan konvensional. Bipolar Diathermy akan digunakan untuk memotong kulup yang telah disepit. kemudian akan dijahit menggunakan jahitan benang yang akan jatuh sendiri

Laser
Smarklamp
Stapler
Masa:15-20m
15-20m
7-15m
Kesakitan Minimal
Kesakitan Minimal
Kesakitan Sangat Minimal
Sembuh 1-2 minggu
Sembuh 1-2 minggu ( bergantung clamp dibuka)
Sembuh 4 hari - 2 minggu (selalunya teknik stapler lebih cepat sembuh)
Hasil biasa, ada sedikit kesan jahitan
Hasil kemas, tiada kesan jahitan
Hasil sangat kemas (potongan seragam)
Kelebihan Utama: Ekonomikal
Kelebihan Utama: Penjagaan sunat lebih senang. Sesuai untuk zakar tenggelam
Kelebihan Utama: Hasil paling cantik & kemas, Paling cepat Sembuh, Kurang Sakit
Kelemahan Utama: Potongan kurang kemas berbanding lain. Ada kesan jahitan
Kelemahan Utama: Harus datang semula untuk bukak clamp
Kelemahan Utama: Kos sedikit tinggi dari teknik lain.

Mengapa Klinik Tuah?

Teknik Pelbagai

Kaedah dan Teknik yang pelbagai dan canggih di Klinik Tuah untuk memastikan proses sunat dan penyembuhan yang lancar untuk individu berbeza

Pusat Rujukan Sunat

Kami berbangga menjadi salah satu pusat rujukan kes sunat yang sukar & komplikasi di Malaysia

Doktor Berpengalaman

Doktor kami bukan sahaja mahir mengkhatankan , malah mengendalikan komplikasi khatan sepanjang tahun.

Telus, Jujur & Tiada Paksaan

Kami di Klinik Tuah telah menerapkan budaya keberkatan dan kejujuran dalam setiap tindak-tanduk kami. Tiada rawatan yang memaksa & tidak jujur

Pengalaman Sunat Menyenangkan Bersama Klinik Tuah

Purata Kanak-kanak berkhatan bersama kami setahun
0 +
Peratus pelanggan yang mengesyorkan pada keluarga & kawan serta maklumbalas positif
0 %
Purata tempoh prosedur sunat
0 min

Seperti Dilihat Dalam

Kenali Doktor Bedah Anda Yang Akan Khatankan Anak Anda

Mereka Yang Dah Merasai Sendiri

Soalan Lazim ( FAQ)

Sunat boleh dibuat dari bayi seawal beberapa hari selepas lahir sehingga dewasa. Umur paling popular: bayi (cepat sembuh), kanak-kanak (cuti sekolah), dewasa (atas sebab kesihatan / pilihan sendiri).

Tidak. Kami gunakan bius moden (local anesthesia) + teknik moden (laser/stapler/clamp) untuk minimumkan sakit. Kanak-kanak biasanya boleh berjalan selepas prosedur. Proses sunat itu sendiri tidak menyakitkan langsung sebenarnya. Cuma ketika pemberian bius setempat melalui suntikan kecil, akan ada ketidakselesaan sedikit . Selepas itu tidak sakit kerana kesan bius dan diteruskan dengan ubat tahan sakit telan yang akan diberi. Itu mengapa penting doktor yang berpengalaman untuk memberi bius dengan tepat agar sepanjang proses tidak sakit langsung

Bergantung teknik, sekitar 10–20 minit sahaja.

 

Secara umumnya,  kaedah sunat terbaik adalah stapler kerana sunat stapler paling cepat prosedurnya, paling kurang sakit, paling cantik dan kemas hasilnya , tiada jahitan dan senang penjagaannya. 

Namun begitu, kos sunat stapler sedikit tinggi berbanding lain. 

Untuk kaedah Smartklamp pula, kelebihannya adalah senang penjagaannya disebabkan sangkar yang memegang kulup zakar. Kaedah smartklamp juga sangat bagus untuk zakar yang tenggelam. 

Untuk laser pula ia ekonomikal dan teknik yang klasik. 

  • MENTAL– persiapan mental adalah paling penting. jangan takutkan anak dengan proses sunat. Terangkan pada mereka proses sunat tak sakit kerana adanya bius. Kalau perlu tunjukkan video atau gambar mereka yang tersenyum dan gembira dah bersunat. Yakinkan mereka, Klinik Tuah dah buat sunat beribu orang dan hampir semua cakap tidak sakit. 
  • KAIN PELIKAT/ SELUAR LONGGAR- bawa kain pelikat atau seluar longgar yang boleh dipakai selepas sunat
  • SELUAR DALAM KHAS SUNAT- ibubapa juga boleh mencari seluar dalam sunat untuk dipakai selepas sunat. Boleh didapati di Klinik Tuah juga ( selagi stok masih ada)
  • UBAT TAHAN SAKIT– pastikan makan ubat tahan sakit mengikut pesanan doktor
  • ELAK LASAK– untuk beberapa hari pertama, elakkan terlalu lasak . Banyakkan berehat dirumah
  • CUCI LUKA SUNAT– Jangan lupa mencuci zakar atau luka sunat. jika ngilu, lalukan air dan pastikan kering dengan mengelap dengan tisu ataupun kipas. 
  • UBAT SAPU– jika dibekalkan ubat sapu, boleh diletakkan pada bahagian sunat. Jika tidak dibekalkan, tidak mengapa. Ubat sapu tidak wajib diletak. 
  • ELAK TERSENTUH KAIN. Pakai seluar dalam sunat atau gantung kain pada kayu atau tutup kemaluan dengan gayung untuk memastikan zakar tidak terkena dengan kain
  • Elakkan aktiviti lasak (berlari, berbasikal, bersukan) sementara. Jaga kebersihan, ikut arahan ubat & dressing daripada doktor.

  • Dari segi pemakanan, sebenarnya pantang tiada dalam dunia perubatan. Namun begitu disyorkan untuk mengelakkan makanan yang anak alahan/ allergic ataupun yang senang buat anak gatal-gatal. 

Ya, biasanya boleh mandi seperti biasa, cuma perlu pastikan kawasan luka kering selepas itu.

𝐋𝐚𝐬𝐞𝐫 : Teknik konvensional khatan, paling kos efektif. Jahitan benang tertanggal sendiri selepas 1-3 minggu.
📌 2-4 Tahun : 𝐑𝐦𝟑𝟓𝟎
📌 5-12 Tahun : 𝐑𝐦𝟐𝟓𝟎
📌 13-17 Tahun : Rm𝟑𝟎𝟎

𝐒𝐦𝐚𝐫𝐭𝐤𝐥𝐚𝐦𝐩 : Kelebihannya adalah senang jaga kerana ada ‘cover’ untuk lindungi kepala zakar. Namun harus datang dibuka semula selepas 7-10 Hari.
📌 2-4 Tahun : 𝐑𝐦𝟒𝟓𝟎
📌 5-12 Tahun : 𝐑𝐦𝟑𝟓𝟎
📌 13-17 Tahun : 𝐑𝐦𝟔𝟓𝟎

S𝐭a𝐩𝐥𝐞𝐫 : Merupakan teknik paling moden dan paling cepat penyembuhan. Juga merupakan teknik yang hasilnya lebih cantik daripada teknik lain.
📌 Size 13-22 : 𝐑𝐦𝟏𝟐𝟎𝟎
📌 Size 25-34 : 𝐑𝐦𝟏𝟖𝟎𝟎

Tambahan Bius Tanpa Jarum (BTJ) – 𝐑𝐦𝟖𝟎

Kami menggalakkan untuk anda membuat temujanji. Namun begitu, anda boleh juga terus datang ke klinik kami, tetapi untuk keselesaan,  lebih baik buat temujanji supaya tak perlu menunggu lama dan operasi klinik berjalan lancar

Bersunat Dengan Tenang

Harga Rakyat Dari Rakyat

Dengan mengekalkan harga mampu milik pada semua orang untuk memberi suatu kualiti yang tinggi , kami sasarkan lebih banyak yang dapat manfaat dari servis perkhidmatan kami.

Smartklamp

RM 450 -RM650
  • Penjagaan Senang
  • Pantas & Selamat
  • Sesuai semua umur
  • 15-20 minit prosedur
POPULAR

Stapler

RM 1200
  • High-Tech Circumcision
  • Tanpa Jahitan, Cepat Sembuh
  • Hasil Paling Cantik & Seragam
  • Kesakitan Paling Minima

Laser

RM 250 -RM350
  • Ekonomikal
  • Teknik Klasik & Konvensional
  • Jahitan cabut sendiri
  • Selamat

Bersama Klinik Tuah

Pengalaman Khatan Akan Lebih Menyenangkan Dan Selamat

Seperti kata orang-orang tua , Bersunat hanya sekali seumur hidup. Dengan itu ikrar kami untuk memastikan pengalaman bersunat anak anda amat menyenangkan , tidak sakit, dan penjagaan yang sempurna agar lekas sembuh.

Tempah temujanji anda secara online dengan tekan butang “TEMPAH TEMUJANJI” dibawah untuk memilih sendiri waktu appointment. 

*Anda juga boleh Walk-In , tapi kami menggalakkan membuat temujanji untuk mengelakkan menunggu lama (keutamaan akan diberi kepada kes temujanji) dan memastikan operasi klinik berjalan lancar

Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp dan Call boleh menghubungi nombor dibawah

Cawangan Klinik Tuah

KLINIK TUAH CHERAS
G-02 , Kompleks Permaisuri Q
Jalan Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri
56000 Cheras, Kuala Lumpur

✆ 01169392454
 kliniktuahcheras@gmail.com

KLINIK TUAH SHAH ALAM
No. 9 (Ground Floor), Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor

✆ 0143242974
 kliniktuahshahalam@gmail.com

KLINIK TUAH KUANTAN
No 3 Ground Floor, ICT HUB,
Jalan Putra Square 4,
Putra Square, 25200
Kuantan , Pahang

✆ 0199087813
 kliniktuahkuantan@gmail.com

KLINIK TUAH JOHOR BAHRU
No 38, (Ground Floor), Jln Padi Emas 1/2,
Bandar Baru Uda, 81200
Johor Bahru, Johor

☎  01139142280
 kliniktuahjohorbahru@gmail.com

KLINIK TUAH BANGI
No. G-43 & No. 1-43 (Ground Floor), Jalan 8/35 , Taman Seri Bangi, Seksyen 8, 43650, Bandar Baru Bangi Selangor

☎ 
kliniktuahbangi@gmail.com

Pilih Slot Temujanji Anda

Loading...

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami