A World Without Pain

Bolehkah Rawatan Genicular Nerve Block (G-Block) dan RFA Menggantikan TKR?

Oleh Dr Hareez Noorman 

Dikemaskini pada 14 Mei 2026

Kandungan

Pendahuluan

Ramai pesakit yang mengalami sakit lutut kronik, terutamanya akibat osteoarthritis, berasa gerun  apabila mereka mungkin memerlukan pembedahan seperti Total Knee Replacement (TKR). Antara kebimbangan utama ialah risiko pembedahan, tempoh pemulihan yang lama, serta mungkin lutut tidak seperti lutut yang lama atau normal.

Namun, tidak semua pesakit sakit lutut memerlukan TKR. Terdapat pilihan rawatan bukan pembedahan yang boleh membantu mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi lutut tanpa perlu menjalani prosedur besar.

Antara rawatan intervensi yang semakin mendapat perhatian ialah Genicular Nerve Block / GNB (G-Block) dan Radiofrequency Ablation (RFA). Prosedur ini mensasarkan saraf yang menghantar isyarat sakit dari lutut ke otak, tanpa mengubah struktur sendi secara pembedahan.

Tapi bolehkah rawatan G-Block dan RFA ini menggantikan TKR?

Apa itu Genicular Nerve Block (G-Block)?

Genicular Nerve Block (G-Block), juga dikenali sebagai GNB, merupakan salah satu rawatan intervensi moden untuk mengawal sakit lutut. Prosedur ini membantu melegakan sakit lutut akibat osteoarthritis dengan mensasarkan saraf di sekeliling sendi lutut.

G-Block mensasarkan saraf-saraf genikular yang menghantar isyarat kesakitan dari lutut ke otak. Apabila ubat disuntik berhampiran saraf-saraf tersebut, ia menyekat penghantaran isyarat sakit ke otak.

Hasilnya, kesakitan lutut dapat dikurangkan dan fungsi fizikal pesakit turut bertambah baik.

Ketahui adakah anda sesuai untuk G-Block, dan bolehkah digabungkan dengan suntikan HA di sini

bolehkah gnb ganti tkr

Apa itu Radiofrequency Ablation (RFA)?

Radiofrequency Abaltion (RFA) ialah satu lagi cabang ilmu perubatan moden untuk merawat sakit lutut, terutamanya sakit lutut akibat degeneratif sendi.

RFA merupakan rawatan yang minima invasif, dan tidak memerlukan pembedahan. RFA biasanya menjadi pilihan pesakit yang tidak mendapat kelegaan dengan rawatan konservatif seperti ubat-ubatan dan suntikan intra artikular. RFA juga dikatakan boleh menjadi alternatif kepada pembedahan tukar sendi lutut (TKR).

Berbeza dengan suntikan gel lutut, suntikan pemulihan semulajadi atau TKR, RFA tidak menumpukan pada struktur sendi dalam lutut. Sebaliknya, RFA mengurangkan rasa sakit dengan menyasarkan saraf-saraf di sekeliling lutut yang terjejas menggunakan tenaga radiofrekuensi.

Tapi tunggu dulu!

Saraf yang terlibat bukanlah saraf yang boleh buat anda terus hilang upaya untuk bergerak, tapi saraf kesakitan sahaja. “Pemanasan” pada tisu-tisu saraf kesakitan ini mengganggu isyarat kesakitan dihantar ke otak. Hasilnya, otak tidak dapat menerima signal kesakitan, dan sakit lutut anda berkurang dan hilang.

Kajian menunjukkan pesakit yang mendapat rawatan RFA melaporkan kelegaan sakit lutut dan lebih berupaya bergerak seperti biasa untuk jangka masa yang panjang, selama tiga hingga 12 bulan.

Ketahui lebih lanjut tentang RFA dan adakah anda calon sesuai di sini

bolehkah rfa ganti tkr

Apa itu Total Knee Replacement (TKR)?

Total Knee Replacement (TKR) atau pembedahan tukar sendi lutut adalah prosedur pembedahan untuk menggantikan sendi lutut yang rosak secara kekal. 

TKR selalunya menjadi pilihan utama bagi pesakit yang mengalami sakit lutut akibat osteoarthritis, terutamanya apabila struktur dalaman sendi lutut sudah rosak teruk dan rawatan lain tidak lagi berkesan.

Pembedahan ini dilakukan oleh pakar ortopedik. Bergantung kepada tahap kerosakan sendi, doktor boleh melakukan penggantian separa atau penggantian penuh sendi lutut.

Semasa pembedahan, bahagian sendi yang rosak akan dibuang dan digantikan dengan implan buatan yang biasanya diperbuat daripada aloi titanium.

TKR dapat menghilangkan sakit sendi lutut, membetulkan kedudukan lutut yang bengkok dan tidak sejajar serta meningkatkan mobiliti pesakit sekaligus kualiti hidup.

bagaimana tkr dilakukan

Bolehkah G-Block dan RFA Menggantikan Pembedahan TKR?

G-Block dan RFA merupakan rawatan intervensi yang boleh membantu mengurangkan sakit lutut. Malah, beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua rawatan ini mampu melegakan sakit lutut pesakit pada peringkat sederhana hingga teruk.

Ia juga boleh menjadi pilihan alternatif sekiranya rawatan konservatif seperti ubat penahan sakit dan fisioterapi tidak berjaya melegakan kesakitan anda, dengan risiko komplikasi yang lebih rendah.

Namun begitu, G-Block dan RFA tidak boleh menggantikan pembedahan tukar sendi lutut (TKR) sepenuhnya. Ini kerana kedua-dua rawatan tersebut tidak membaiki, memulihkan atau merawat kerosakan struktur di dalam sendi lutut.

Sebaliknya, G-Block dan RFA berfungsi dengan menghalang isyarat kesakitan daripada sampai ke otak melalui saraf-saraf di sekitar lutut. Ringkasnya, ia hanya melegakan simptom sakit, bukan merawat punca masalah.

Berbeza dengan TKR yang merawat lutut dari dalaman dengan menggantikan terus bahagian sendi, tulang atau rawan yang rosak. Pembedahan ini memberikan penyelesaian yang lebih kekal kepada masalah kerosakan sendi lutut.

Kesimpulannya, G-Block dan RFA hanya memberikan kelegaan sementara, manakala TKR menawarkan penyelesaian jangka panjang yang lebih kekal.

Bila G-Block / RFA Sesuai Sebagai Alternatif?

  • Jika struktur dalam lutut masih belum rosak sepenuhnya
  • Pesakit yang tidak sesuai untuk pembedahan (BMI, risiko jantung)
  • Pesakit yang tidak mahu pembedahan
  • Pesakit yang umurnya terlalu muda untuk TKR

Bila TKR Lebih Sesuai?

  • Jika lutut sudah rosak teruk atau tulang sudah bergeser antara satu sama lain sepenuhnya
  • Gagal rawatan konservatif dan rawatan yang lain.

Penutup

G-Block dan RFA merupakan rawatan intervensi yang berfungsi mengawal sakit lutut anda dengan mensasarkan saraf di sekitar lutut. Ia sesuai untuk pesakit yang belum bersedia atau tidak sesuai menjalani pembedahan.

Namun, prosedur ini tidak membaiki kerosakan struktur sendi seperti TKR. Pemilihan rawatan yang tepat bergantung kepada tahap osteoarthritis, simptom pesakit, dan penilaian klinikal secara menyeluruh. Pemeriksaan dan nasihat doktor adalah penting sebelum membuat keputusan rawatan.

Dapatkan Maklumat Lengkap tentang Sakit Lutut di sini

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

Loading...
Search
Number Of Shops:
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda,
kami amat menghargai jika anda kongsikan kepada orang lain.

Facebook
WhatsApp

Jom baca lagi..

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...

Nak tak kami bagitahu jenis sakit lutut anda dengan tepat dalam 60 saat sahaja !

Jawap 7 Soalan ini  yang direka doktor orthopedik dari beberapa universiti untuk kenal pasti jenis sakit lutut sehingga 85% ketepatan.