Telinga Tersumbat Sangatlah Tidak Selesa
Pendengaran adalah salah satu panca indera yang dikurniakan Tuhan. Apabila salah satunya bermasalah, maka hilanglah salah satu nikmat didunia dan berubahlah dunia kita.
Begitu jugalah nikmat pendengaran kita, jika telinga kita tersumbat Maka , kita akan jalani kehidupan yang tidak menyenangkan. Kami disini mengerti betapa menderitanya hidup dengan pendengaran yang kurang dan terganggu.
Malangnya ubat titis cair tahi telinga dalam kebanyakan kes tak dapat menyelesaikan masalah telinga tersumbat terutama jika tahi/ lilin telinganya besar dan banyak . cara membersihkan telinga tersumbat ini jarang membuahkan hasil . Namun bersama kami, masalah tahi telinga ini dapat diselesaikan dengan pantas dengan rawatan cuci telinga ( earwax microsuction) yang kami tawarkan. Baca lebih lanjut untuk cara mengatasi telinga tersumbat dan berdengung
Antara Benda Yang Biasa Kami Jumpa Dalam Telinga
Penyebab telinga tersumbat
Lilin / Tahi Telinga (earwax)
Kulat / Fungus
Serangga/ Lipas/ Kutu Babi
Putik Kapas/ Cotton Bud
Tanda- Tanda Telinga Anda Bermasalah
-
Pendengaran Menjadi Kurang, Rasa ” Bengang ” dan tak selesa .
-
Telinga seperti ada termasuk air, tidak keluar walau dah tempeleng kepala .
-
Orang panggil anda pekak . Orang kena berdiri sebelah telinga untuk cakap dengan anda
-
Sakit telinga hingga ke tengkuk, kepala dan persekitaran telinga
-
Rasa dengung dalam telinga seperti didalam gua, telinga tersumbat
-
Rasa Gatal-gatal dalam telinga
Jangan Risau! Kami ada disini Kami boleh merawatnya Kami sedia membantu anda
Mengapa Ramai Orang Membuat Rawatan Telinga Bersama Kami
-
Rawatan Yang Efektif, Masalah selesai dengan sekali rawatan
-
Doktor yang sangat berpengalaman dalam masalah berkaitan telinga
-
Anda boleh melihat sendiri keadaan telinga anda di skrin
-
Tidak membuang masa dengan memberi ubat cecair telinga yang kurang berkesan. Tahi telinga terus sedut dan selesai
-
Harga berpatutan dan Marhaen
-
Rawatan cuci telinga yang lembut , berkesan dan tak sakit
Soalan Lazim
Budak-budak atau bayi boleh buat rawatan cuci telinga tak?
Untuk Kanak- kanak
Tiada masalah jika hendak buat rawatan cuci telinga tersumbat. Kebanyakan kanak-kanak akan memberikan kerjasama yang baik. Jika didalam keadaan kanak-kanak meronta , kami akan bedung dengan selimut untuk memastikan proses rawatan berjalan lancar
Untuk Bayi
Bayi mempunyai gegendang telinga yang sensitif, oleh itu kami tidak galakkan untuk membuat rawatan telinga ini
Bagaimanakah proses Rawatan Cuci Telinga Tersumbat ?
- Anda akan masuk ke bilik doktor dan memberitahu masalah telinga anda
- Doktor akan memeriksa keadaan telinga anda menggunakan otoscope yang canggih, anda boleh melihat keadaan telinga melalui skrin
- Doktor akan menerangkan tentang penyakit dan pilihan rawatan
- Untuk Rawatan Cuci Telinga tersumbat (Earwax Removal) kaedah “suction, waterjet flushing, & Currete) akan digunakan untuk membuang semua kotoran dalam telinga
- Selesai rawatan, Anda akan melihat hasil yang keluar dari telinga .
- Doktor akan terangkan kepada anda cara penjagaan telinga selepas rawatan dan jika perlu doktor akan bekalkan ubat
- Anda boleh melihat keadaan telinga anda selepas rawatan .
- Keluar dari Klinik Tuah dengan perasaan dan hati yang gembira dan lega
Berapa lamakah rawatan ini?
Untuk sebelah telinga , rawatan cuci telinga mengambil masa antara 10- 30 minit bergantung pada keadaan telinga
Sakit kah rawatan ini?
Berapakah Kosnya?
Kos Rawatan bergantung pada saiz lilin telinga, kesukaran dan masa yang diambil untuk mengeluarkan tahi telinga
Anggaran Kos Rawatan
Dewasa :-
Sebelah Telinga :
RM 140-160
Dua belah Telinga :
RM 180-210
Kanak-kanak :-
Sebelah Telinga :
RM 80-100
Dua belah Telinga :
RM 140-160
Mengapa saya harus pilih Klinik Tuah ini?
SEGERA – Masalah selesai segara , tanpa perlu titis ubat pelembut tahi telinga
SENANG- Senang untuk book appointment dan berurusan dengam kami
BERPATUTAN – Harga mampu milik dan berpatutan serta marhaen
PENGALAMAN- Doktor yang berpengalaman mengendalikan ratusan ke ribuan rawatan cuci telinga tersumbat
Apa kata mereka?
Klinik Tuah Seperti Dilihat Dalam
Kenali Doktor Anda

Dr. Hareez Noorman
Dr. Hareez sangat berpengalaman dalam menangani sunat untuk kanak-kanak, dengan pendekatan yang teliti dan penuh perhatian supaya mereka tidak merasa sakit. Kemahiran ini beliau juga terapkan dalam prosedur cuci telinga, di mana setiap langkah diambil dengan penuh hati-hati untuk memastikan keselesaan, terutama untuk kanak-kanak.
Dengan pengalaman beliau dalam Sunathon dan menangani pelbagai kes pembaikan sunat, Dr. Hareez tahu bagaimana untuk memastikan setiap rawatan dijalankan dengan perhatian dan berhemah, supaya anda atau anak anda tak rasa sakit atau tidak selesa semasa cuci telinga.

Dr. Zariffullah
Berasal dari Kuantan, Pahang, Dr. Zariffullah dikenali sebagai seorang “perfectionist” yang sentiasa memastikan setiap rawatan, termasuk cuci telinga, dilakukan dengan sepenuh perhatian sehingga pesakit boleh mendengar dengan jelas dan terasa lega. Dengan pengalaman luas di Hospital Kemaman dan kini berkhidmat di sektor swasta, beliau membawa prinsip kecekapan dan kepakaran yang sama dalam setiap prosedur.
Setiap rawatan dilakukan dengan penuh perhatian untuk memastikan tiada bahagian yang terlepas pandang, memastikan pesakit berasa selesa dan telinga mereka benar-benar bersih. Jika anda mahukan rawatan cuci telinga yang benar-benar memuaskan, Dr. Zariffullah adalah pilihan terbaik!

Dr. Farhan
Dr. Farhan bukan sahaja berpengalaman luas dalam bidang perubatan, malah pernah menjadi sebahagian daripada Pain-Free Team di Hospital Kemaman, memastikan rawatan dilakukan dengan selesa dan tanpa kesakitan. Pernah bertugas di Hospital Kota Belud dan Hospital Kemaman, beliau biasa menangani kes-kes telinga tersumbat dengan penuh ketelitian.
Sebagai sebahagian daripada Emergency Response Team, Dr. Farhan sudah biasa bekerja dalam situasi mencabar. Jadi, kalau anda rasa telinga dah penuh dengan kotoran tapi takut nak cuci, serahkan pada Dr. Farhan! Beliau akan pastikan prosesnya selamat, pantas, dan paling penting, tak menyakitkan!

Dr. Ashraf
Berasal dari Melaka, Dr. Ashraf mempunyai pengalaman luas dalam dunia perubatan, khususnya dalam bidang pembedahan. Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Pembedahan di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Kuala Lumpur, beliau terbiasa dengan prosedur yang memerlukan ketelitian tinggi—jadi bab cuci telinga pun dibuat dengan penuh fokus dan berhati-hati.
Selain itu, beliau aktif dalam program kesihatan seperti Tracheostomy Workshop, Open Hernioplasty Workshop, serta Sunathon, membuktikan kesungguhan dalam memberikan rawatan terbaik kepada pesakit. Kalau telinga anda dah mula rasa penuh dan tak selesa, Dr. Ashraf boleh bantu bersihkan dengan selamat dan anda boleh kembali mendengar semula!

Dr. Akram
Dr. Akram telah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Putrajaya dari 2018 hingga 2023. Sepanjang kerjayanya, beliau telah menjalani pelbagai latihan termasuk Ultrasound Guided Muskuloskeletal Injections dan kursus lain yang memperkukuhkan lagi kepakarannya dalam bidang perubatan.
Dengan pengalaman yang luas, Dr. Akram sentiasa memberikan rawatan cuci telinga dengan perhatian yang teliti dan berhati-hati. Setiap prosedur dilakukan dengan penuh ketelitian untuk memastikan telinga pesakit benar-benar bersih, tanpa sebarang ketidakselesaan. Pendekatan ini memberi keyakinan bahawa pesakit akan berasa lebih selesa dan lega selepas rawatan.

Dr. Hisyam
Dr. Hisyam, yang terkenal di kalangan rakan-rakannya sebagai pakar dalam teknik stapler untuk sunat, membawa kecekapan yang sama dalam setiap rawatan cuci telinga. Dengan lebih dari seribu prosedur sunat setiap tahun, beliau memastikan setiap rawatan dilakukan dengan penuh ketelitian dan berhati-hati, sama seperti pendekatan beliau dalam prosedur pembedahan.
Mendapatkan Ijazah MD dari USM Kubang Kerian, Dr. Hisyam pernah berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan di Klinik Kesihatan Teluk Renjuna sebagai Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Bertanggungjawab (MOIC). Selain itu, beliau turut aktif dalam penganjuran dan penyertaan pelbagai program kesihatan sepanjang kerjayanya.
Dalam rawatan cuci telinga, Dr. Hisyam membawa kemahiran dan ketelitian tinggi untuk memastikan telinga pesakit bersih dan sihat, memberi keselesaan yang maksimum kepada mereka selepas setiap prosedur.

Dr. Ali
Dr. Ali, dengan latar belakang yang kukuh dalam bidang pembedahan dan ortopedik, telah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di pelbagai hospital utama seperti Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Hospital Tanjung Karang, dan Hospital Shah Alam. Dengan pengalaman yang luas, beliau telah menyertai banyak kursus dan bengkel untuk mengasah kemahirannya, termasuk Basic Surgical Skills dan Comprehensive Circumcision Course.
Dr. Ali juga terlibat dalam pasukan respons COVID-19 di Hospital Sungai Buloh dan MAeps, memberi beliau pengalaman lebih dalam bekerja dengan pesakit dengan keadaan khas.
Dengan pengalaman yang luas, beliau mampu menangani situasi yang rumit, mengatasi cabaran yang muncul semasa prosedur, dan memastikan pesakit mendapat rawatan yang terbaik tanpa mengorbankan keselamatan atau keselesaan mereka.
Pendekatan ini membolehkan Dr. Ali memberi tumpuan kepada setiap perincian rawatan sambil menenangkan pesakit, serta memastikan semua masalah yang mungkin timbul dapat diselesaikan dengan pantas dan cekap.

Dr Hafizi
Dr. Hafizi memang dikenali dengan sentuhan lembut dan kesabarannya dalam merawat pesakit. Dengan pengalaman bekerja di Hospital Tuanku Fauziah dan Hospital Taiping, beliau sudah biasa menangani pelbagai masalah kesihatan, termasuk kes-kes berkaitan telinga.
Sepanjang kerjayanya, Dr. Hafizi aktif menyertai pelbagai kursus dan bengkel perubatan, termasuk GP Symposium Hospital Pantai Batu Pahat dan Mysonoworld Ultrasound Workshop, yang mengasah kemahirannya dalam pemeriksaan terperinci. Kalau anda ada masalah telinga tersumbat, Dr. H akan pastikan proses pembersihan dilakukan dengan selamat, selesa, dan tanpa rasa panik!

Dr. Amirul
Dr. Amirul adalah seorang doktor berpengalaman yang telah menyandang beberapa jawatan penting sepanjang kerjayanya, termasuk sebagai PIC Klinik Silabukan dan Klinik Zon 4 Lahad Datu. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pegawai Perubatan di Jabatan Ortopedik, Hospital Ampang.
Mendapatkan kelulusan MD dari UKRIDA Jakarta pada tahun 2015, Dr. Amirul telah memberikan sumbangan besar dalam sektor kesihatan di Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari lima tahun berkhidmat di Klinik Kesihatan Silabukan dan Lahad Datu, serta dua tahun di Jabatan Ortopedik, Hospital Ampang.
Dr. Amirul juga telah aktif dalam pelbagai kursus dan program profesional, antaranya Basic Surgical Skills di HSAH (2016), Advanced Cardiac Life Support (2017), dan Basic Orthopedic Fixation di Hospital Ampang (2024).
Beliau dikenali kerana ketenangan dalam menangani pesakit dan kebolehannya menyelesaikan masalah dalam situasi yang mencabar, memastikan setiap prosedur berjalan lancar dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan pesakit.
Selesaikan Masalah Telinga Anda Sekarang
Tempah temujanji anda secara online dengan tekan butang “TEMUJANJI ONLINE” dibawah untuk memilih sendiri slot waktu appointment.
Anda juga boleh WALK-IN ke klinik kami, namun digalakkan untuk membuat temujanji untuk mengelakkan menunggu lama 🙂
CAWANGAN KLINIK TUAH
