Oleh Dr Hareez Noorman
Dikemaskini pada 13 Mei 2026
Ringkasan
- Suntikan gel lutut ialah suntikan hyaluronic acid dan bertindak pelincir sendi untuk mengurangkan geseran, sakit dan radang lutut akibat osteoarthritis.
- Antara kebaikan suntikan gel lutut termasuk menambahkan geseran antara sendi, melindungi tulang rawan dari haus, mengurangkan sakit, melambatkan kerosakan sendi dan menangguhkan pembedahan tukar sendi lutut.
- Terdapat dua jenis gel lutut iaitu monolink yang lebih efektif selepas beberapa suntikan dan double cross-link yang lebih pekat dan likat yang biasanya hanya memerlukan satu suntikan saja.
- Gel lutut boleh haus apabila hyaluronic acid semakin terurai dan cecair synovial menjadi semakin cair, menyebabkan sakit lutut kembali semula selepas beberapa bulan atau tahun.
- Walaupun suntikan gel lutut tidak dapat menyembuhkan osteoarthritis sepenuhnya, rawatan ini membantu meningkatkan pergerakan, mengurangkan kebergantungan pada ubat tahan sakit dan memperbaiki kualiti hidup pesakit.
Kebanyakan rakyat Malaysia menderita sakit lutut, terutama dalam kalangan warga emas akibat daripada gel lutut haus. Antara punca sakit lutut termasuklah osteoarthritis lutut yang menyebabkan pergerakan lutut dan kaki terbatas serta kesakitan yang serius dan berpanjangan.
Kandungan
Pendahuluan
Antara rawatan yang diberikan untuk pesakit osteoarthritis ini termasuklah ubat-ubatan, suntikan pada lutut dan pembedahan penggantian lutut sekiranya kerosakan mencapai tahap terakhir.
Suntikan pada lutut menjadi pilihan ramai kerana keberkesanannya dalam mengurangkan rasa sakit dengan segera serta berpanjangan. Salah satu rawatan sakit lutut osteoarthritis suntikan yang terdapat di Malaysia ialah rawatan suntikan gel lutut untuk merawat masalah gel lutut haus.
Apa itu Gel Lutut?
Gel lutut yang dimaksudkan dalam artikel ini ialah suntikan hyaluronic acid. Suntikan gel lutut ini biasanya diberikan pada pesakit osteoarthritis yang telahpun menerima rawatan lain seperi ubat tahan sakit, namun tidak berkesan.
Gel hyaluronic acid ini bertindak sebagai pelincir sendi dan penyerap hentakan di dalam sendi. Hasilnya, sendi dapat berfungsi dengan baik. Sendi lutut yang sihat mempunyai cecair synovial yang membantu kita untuk berjalan tanpa rasa sakit. Tetapi, lutut pesakit osteoarthritis mempunyai cecair synovial yang berair dan kurang kadarnya.
Disebabkan itulah hyaluronic acid ditambah melalui suntikan gel lutut ini, untuk membantu ‘memekatkan’ Kembali cecair synovial dan meningkatkan kadar pelinciran serta penyerapan .
@kliniktuah Apa beza rawatan suntikan gel atau PRP ? Mana yang lebih berkesan? Jom kita dengar dr Dr Paan #fyp #kualalumpur #cheras #kuantan #sakitlutut #gellutut #sakitorangtua
♬ I Can Feel It (Christmas Instrumental) - Nick Sena and Danny Echevarria
Antara kebaikan suntikan gel lutut ini termasuklah:
- Berkesan mengurangkan sakit lutut & gel lutut haus
- Melindungi sendi lutut dari terus rosak akibat gel lutut haus
- Menangguhkan pembedahan penggantian lutut
- Berfungsi sebagai bahan anti-radang dan mengurangkan inflamasi, radang sendi dan bengkak lutut
- Memberi kelegaan pada sendi lutut sehingga 2 tahun dengan satu suntikan
- Melindungi dan menguatkan tulang rawan sendi lutut
Namun perlu diingatkan suntikan gel lutut ini bukanlah penyembuh kepada osteoarthritis. Seseorang boleh menambah baik kualiti pergerakan dan fungsi lututnya, tetapi lututnya tidak dapat beroperasi seperti normal.
Hyaluronic acid mempunyai dua jenis iaitu monolink dan double cross link. Gel Monolink mempunyai kandungan gel yang lebih cair dan perlu disuntik setiap minggu selama 3-5 minggu berturut-turut manakala gel double cross link mempunyai kandungan gel yang pekat dan hanya satu suntikan sahaja diperlukan
Prosedur Suntikan Gel Lutut
Kebiasaannya suntikan tambahan hyaluronic acid dilakukan mengikut Langkah-langkah berikut:
- Doktor akan mendiagnosis sakit lutut dan menentukan cara rawatan yang terbaik. Sekiranya pesakit menghidapi osteoarthritis lutut di tahap yang sederhana, suntikan gel lutut akan disyorkan.
- Kawasan lutut yang terjejas akan dibersihkan dan disapu ubat bius.
- Sekiranya kawasan lutut yagn tercedera bengkak atau cecair berlebihan terkumpul, kemungkinan besar suntikan untuk mengeluarkan cecair tersebut dijalankan terlebih dahulu.
- Doktor kemudian akan menyuntik gel lutut (hyaluronic acid) di antara ruang lutut.
- Selepas suntikan, kawasan yang disuntik akan dibalut dengan bandage.
Pesakit mungkin akan mendapat kesan sampingan seperti sakit (ringan), bengkak dan sendi keras di sekitar lutut selama beberapa hari.
Pesakit amatlah disarankan untuk berehat daripada sebarang aktiviti yang melibatkan mengangkat beban selama beberapa hari. ‘ Ice pack” juga membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Sekiranya sakit setelah suntikan semakin teruk dan berpanjangan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan.
Kebiasaannya, suntikan gel lutut ini tidak menunjukkan kesan serta merta. Pesakit mungkin akan berasa kesannya hingga 3 minggu selepas suntikan pertama.
Adakah Gel Lutut Haus? Punca Sakit Lutut Disebabkan Gel
Jangan salah sangka! Walaupun suntikan ini terbukti efektif untuk mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mobiliti serta fungsi lutut, suntikan tambahan hyaluronic acid bukan bertujuan untuk mengembalikan kesihatan lutut seperti sedia kala.
Suntikan ini tidak menghentikan proses pereputan sendi secara langsung, sebaliknya dapat melambatkan proses osteoarthritis ini.
Jadi, lutut kehilangan “pelincir” atau kata lain gel lutut haus yang membantu mengurangkan daya geseran antara sendi dan menyebabkan sakit lutut kembali lagi.
Jadi untuk menjawab persoalan di atas, gel lutut haus dan bersifat kelegaan sementara. Kesan suntikan isian hyaluronic acid yang paling berkualiti tinggi bertahan selama 8 bulan hingga 2 tahun. bergantung kepada kawasan suntikan, jenama dan kepekatan suntikan serta cara suntikan.
Tambahan, suntikan gel lutut tidaklah berkesan dengan serta-merta. Ia boleh mengambil masa sehari hingga beberapa minggu untuk radang sendi surut dan sakit lutut berkurang. Tetapi, dengan suntikan gel lutut ini, kualiti hidup anda akan menjadi lebih baik, dan anda tidak perlu lagi bergantung dengan ubat tahan sakit.
Tambahan pula, ramai pesakit yang menerima suntikan gel lutut juga berpendapat bahawa dengan bantuan ini, mereka tidak perlu lagi menjalani pembedahan penggantian lutut.
Kesimpulan
Kesimpulannya, suntikan gel lutut merupakan antara pilihan terbaik dalam mengurangkan sakit lutut anda dan gel lutut haus. Namun begitu, seperti mana rawatan-rawatan lain, suntikan ini hanya menolong melambatkan proses osteoarthritis serta memberi kelegaan dan keselesaan untuk anda menjalani aktiviti harian.
Pencegahan sakit lutut yang serius bermula daripada dan pemilihan gaya hidup kita. Amalkan gaya hidup yang sihat seperti mengawal berat badan, bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat.
Berapa harga gel lutut di Malaysia & bezakah kualiti setiap suntikan? Ketahui jawapannya Di sini
Baca artikel terlengkap tentang sakit lutut di sini
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

Kenapa Sesetengah Harga Gel Lutut Mahal? Bukan Sekadar Jenama, Ini Perbezaannya!
Oleh Dr Hareez Noorman “Doktor, kenapa di klinik ni, harga gel lutut mahal?” “Saya tengok klinik lain ada yang RM300 saja.” Kandungan Pendahuluan Pengalaman sebenar: sering kali ketika saya berunding





