Sakit Tumit/ Tapak Kaki Ganggu Langkah Anda?
Kami Ada Solusinya
Sakit Tumit, Jalan Pun Rasa Mencucuk
Setiap langkah yang kita ambil setiap hari adalah nikmat yang sering kita anggap biasa. Namun apabila tumit mula terasa sakit, nikmat itu hilang serta-merta. Setiap langkah terasa menyakitkan dan aktiviti harian menjadi terbatas.
Sakit tumit bukan sekadar rasa tidak selesa. Ia boleh menjejaskan cara kita berjalan, berdiri, bersukan, malah melakukan tugas harian yang paling mudah sekali pun. Ramai pesakit mengadu sakit menusuk setiap kali bangun dari tidur, atau ngilu yang berlarutan setiap kali melangkah.
Malangnya, ubat tahan sakit hanya memberi kelegaan sementara. Jika puncanya berpunca daripada radang tisu tapak kaki (plantar fasciitis), tekanan berlebihan, atau kecederaan struktur tumit, rawatan menyeluruh adalah kunci untuk penyembuhan jangka panjang.
Di klinik kami, rawatan sakit tumit dilakukan secara menyeluruh, bermula dengan pemeriksaan terperinci untuk mengenal pasti punca sebenar, sehinggalah ke rawatan khusus yang disesuaikan dengan keadaan anda. Jangan biarkan sakit tumit menjejaskan hidup anda. Dapatkan rawatan awal supaya anda boleh kembali berjalan selesa dan aktif seperti biasa.














Punca- Punca Anda Sakit Tumit / Tapak Kaki
- Plantar Fasciitis– Keradangan tisu tapak kaki akibat tekanan berlebihan, terutama selepas bangun tidur.
- Heel Spur (Taji Tumit) – Pertumbuhan tulang kecil di tumit yang menekan tisu sekeliling.
- Pemakaian Kasut Tidak Sesuai – Kasut yang tidak memberikan sokongan boleh menyebabkan ketidakseimbangan postur.
- Berat Badan Berlebihan – Tumit menerima tekanan berlebihan setiap kali anda berdiri atau berjalan.
- Aktiviti Berlebihan – Berlari atau berdiri terlalu lama boleh menyebabkan kecederaan mikro pada tisu tumit.
- Masalah Saraf & Arthritis – Saraf yang terhimpit atau radang sendi boleh menyebabkan sakit kronik.
Mitos & Fakta Tentang Sakit Tumit / Tapak Kaki
"Sakit tumit hanya berlaku pada warga emas"
Sebenarnya, masalah sakit tumit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira umur atau latar belakang. Kajian dan pengalaman klinikal menunjukkan bahawa pelbagai kumpulan umur turut terdedah kepada masalah ini, bergantung kepada gaya hidup dan aktiviti harian mereka. Sebagai contoh atlet sukan sering mengalami plantar fasciitis. ( Alodokter )
"Rehat sahaja sudah cukup untuk melegakan sakit tumit"
Rehat memang membantu dalam melegakan sakit tumit. Namun rehat yang berpanjangan tanpa sebarang rawatan atau terapi boleh membawa kepada sakit anda lebih teruk. Terapi fizikal dan rawatan adalah pilihan lebih baik untuk memberikan keselesaan berpanjangan.
"Sakit tumit adalah disebabkan pertumbuhan tulang taji dan hanya boleh dibuang melalui pembedahan."
Hanya sesetengah kes sakit tumit berpunca akibat pertumbuhan tulang taji. Dan kebanyakan kes sakit tumit boleh dirawat tanpa perlukan pembedahan! Antara rawatan termasuklah perubahan gaya hidup, fisioterapi dan rawatan tidak invasif.
Hilangkan Sakit Tapak Kaki / Tumit Anda Dengan Sekali Rawatan
Di Klinik Tuah, kami mengerti sakit bahu amat tidak selesa dan akan menjejaskan kualiti hidup. Malangnya, pengambilan ubat tahan sakit selalunya tidak menyelesaikan masalah, malah ada kalanya sakit tumit / tapak kaki datang semula. Oleh itu, kami berazam untuk membantu anda kembali bebas bergerak tanpa rasa sakit hanya dengan satu sesi rawatan yang tepat.
Diagnosis Menggunakan Ultrasound
Pemeriksaan sakit tumit menggunakan ultrasound untuk diagnosis lebih teliti seperti tulang spur, atau ketebalan fascia pada tumit.
Suntikan Anti-Radang
Suntikan anti radang berpandukan ultrasound membantu memastikan lokasi suntikan lebih tepat, dan mengurangkan radang dan kesakitan pada tumit anda.
Mengapa Klinik Tuah?
Rawatan efektif
Rawatan Yang Efektif, masalah selesai dengan sekali rawatan. Harga berpatutan dan marhaen
Dibantu dengan Teknologi Ultrasound
Rawatan dijalankan dengan bantuan teknologi ultrasound moden bagi mengenal pasti punca sebenar sakit bahu dengan tepat dan rawatan yang bersesuaian.
Doktor Berpengalaman
Doktor yang sangat berpengalaman dalam masalah berkaitan bahu dan sendi.
Telus, Jujur & Tiada Paksaan
Kami di Klinik Tuah telah menerapkan budaya keberkatan dan kejujuran dalam setiap tindak-tanduk kami. Tiada rawatan yang memaksa & tidak jujur.
Perjalanan Lebih Selesa Bersama Klinik Tuah
Seperti Dilihat Dalam










Kenali Kami
Mereka Yang Dah Merasai Sendiri
Posted on Google![]()
Kiran Adam Mahadev282 days agoTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Quick and efficient. Thank you Dr Hisyam.Posted on Google![]()
wani hussin283 days agoTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Doctor and staff very friendly and detail in explaining my sons ear wax tersumbat.Posted on Google![]()
Hakimi Mustafa284 days agoTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Posted on Google![]()
ismadi yahya284 days agoTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Dr wan amirul dan staffs semua adalah terbaik dalam memberikan servis kepada saya tadi. Semuga Allah membalas jasa baik Dr dan staffs lain. Semuga klinik Tuah lebih maju dan sentiasa memberi khidmat kepada orang ramai.Posted on Google![]()
Syafiqah Yahya285 days agoTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Posted on Google![]()
NUR FARHANA MOHAMAD285 days agoTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Penerangan yang jelas dan details .Teknologi terkini tapi sangat mampu milik .Klinik yang cantik dan kemas.Verified by TrustindexTrustindex verified badge is the Universal Symbol of Trust. Only the greatest companies can get the verified badge who has a review score above 4.5, based on customer reviews over the past 12 months. Read more






Soalan Lazim ( FAQ)
Berapakah harga?
- Konsultasi : RM 30
- Pemeriksaan Ultrasound : RM 80- RM 120
- Suntikan Anti-Radang : RM 150
Kenapa tumit saya sakit?
Sakit tumit biasanya berpunca daripada keradangan tisu lembut di bahagian bawah kaki seperti plantar fascia (plantar fasciitis), atau masalah lain seperti tumit retak, kecederaan, tekanan berlebihan, kasut tidak sesuai, dan berat badan berlebihan.
Adakah sakit tumit tanda penyakit serius?
Kebanyakan kes tidak serius dan berpunca daripada keradangan atau tekanan berlebihan. Namun, jika sakit berterusan lebih daripada 2 minggu atau disertai bengkak, kemerahan, demam, atau tidak boleh berjalan, dapatkan pemeriksaan doktor segera.
Rawatan sakit Ke? Saya takut sakit.
Tidak. Jangan risau . Rawatan tidaklah sakit dan amat selesa. Doktor akan gunakan bius setempat untuk kurangkan rasa tidak selesa. Malah, prosedur rawatan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
Berapa lama rawatan sakit tumit ambil masa?
Kebanyakan kes boleh selesai dalam 10–20 minit di klinik.
Betul ke boleh baik? Dah bertahun sakit ni.
Sakit boleh menjadi kronik, pergerakan semakin terhad, dan risiko kerosakan sendi meningkat. Rawatan awal membantu pemulihan lebih cepat dan mencegah komplikasi.
Bila saya perlu jumpa doktor?
Jika sakit tidak hilang selepas 1–2 minggu, semakin teruk, mengganggu tidur atau pergerakan harian, atau berlaku selepas jatuh atau kemalangan — anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin.
Perlu buat temujanji atau boleh walk-in?
Anda boleh terus datang ke klinik kami, tetapi untuk keselesaan lebih baik buat temujanji supaya tak perlu menunggu lama.
Kembalikan Keselesaan Anda
Harga Rakyat Dari Rakyat
Dengan mengekalkan harga mampu milik pada semua orang untuk memberi suatu kualiti yang tinggi , kami sasarkan lebih banyak yang dapat manfaat dari servis perkhidmatan kami.
Konsultasi Sahaja
-
Konsultasi Sakit Tumit
-
dengan Doktor Berpengalaman
Suntikan Anti Radang
-
Termasuk
-
Konsultasi dan
-
Pemeriksaan Ultrasound
-
Suntikan Tak Sakit
Pemeriksaan ultrasound
-
Pemeriksaan Menggunakan
-
Ultrasound
-
Diagnosis Masalah
-
Dengan Tepat
*Nikmati kemudahan bayaran secara ansuran bulanan menggunakan:
*mengikut terma dan syarat
Kembalikan Kebebasan Melangkah
selesaikan masalah sakit tumit / tapak kaki sekarang
Tempah temujanji anda secara online dengan tekan butang “TEMPAH TEMUJANJI” dibawah untuk memilih sendiri waktu appointment.
*Anda juga boleh Walk-In , tapi kami menggalakkan membuat temujanji untuk mengelakkan menunggu lama (keutamaan akan diberi kepada kes temujanji)
Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp dan Call boleh menghubungi nombor dibawah
Cawangan Klinik Tuah
KLINIK TUAH CHERAS
G-02, Jalan Sri Permaisuri,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
☎ +601163372454
✉ [email protected]
KLINIK TUAH DAMANSARA
T47-G, The Strand, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
☎ +601163232454
✉ [email protected]
KLINIK TUAH SHAH ALAM
9, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
☎ +601164932454
✉ [email protected]
KLINIK TUAH BANGI
G-43, Taman Seri Bangi, Jalan 8/35, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
☎ +601162661589
✉ [email protected]
KLINIK TUAH GOMBAK
37, Jalan Prima SG 2, Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
☎ +601165662454
✉ [email protected]
KLINIK TUAH KUANTAN
3, Jalan Putra Square 4,
Putra Square,
25200 Kuantan, Pahang
☎ +60199087813
✉ [email protected]
KLINIK TUAH JOHOR BAHRU
38, Jln Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim
☎ +601165692454
✉ [email protected]
Buat Temujanji Melalui Online
