

Siapa Tuah dan kuncu-kuncunya?
Adapun satu teratak berubat yang acapkali di kunjungi oleh orang gering yang ramai.
Bermula terletaknya di tengah ibu kota. Kemudian, berkembang lagi ke serata bumi bertuah Malaysia .
Klinik Tuah dambakan dunia tanpa kesakitan dengan memberikan perawatan yang berbeza dan paling efektif dalam masa sama mengekalkan harga marhaen.


Di Sini Lahirnya Sebuah Cita-Cita
Lebih kurang 20 tahun dahulu, seorang anak kecil mengikuti ibunya yang sedang sakit lutut pergi berjumpa doktor. Malangnya apabila pergi ke hospital , hanya dibekalkan ubat telan sahaja.
Namun , sakit tetap sama walaupun berbotol telan ubat.
Dari situlah anak kecil itu berazam untuk membantu orang lain yang senasib dengan ibunya.
Kini, anak kecil itu adalah salah seorang doktor pengasas Klinik Tuah ini. Dan sehingga kini, beliau telah berjaya menghilangkan ( dengan Izin Tuhan) ribuan pesakit lutut, kaki, lengan dan lain-lain.
Teknik beliau diakui antara teknik terkini dalam dunia perubatan moden . Menggabungkan skil, pengalaman yang luas, bantuan mesin yang canggih dan rawatan yang menyeluruh, tidak hairanlah ramai pesakit yang sanggup menunggu berbulan untuk berjumpa dengan doktor di Klinik Tuah ini.
Tuah itu Istimewa , yang baik untuk semua lapisan rakyat
Klinik Tuah bermulanya dari sebuah klinik di tengah lembah klang, di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dibawah syarikat Abadi Tetra Sdn Bhd. Dari masa ke semasa, Klinik Tuah makin mengembangkan sayap nya ke negeri lain di seluruh Malaysia.
Diilhamkan dari nama laksamana zaman dahulu kala, Daeng Mempawah atau dikenali dengan nama Hang Tuah. Tuah juga membawa maksud “yang baik” dan “yang istimewa”. Dengan kurniaan nama yang baik ini, iltizam kami agar dapat memberikan rawatan yang baik, istimewa dan sangat hebat kepada penduduk di sekitar lembah klang secara amnya.
Pendekatan kami berbeza dari kebanyakan. Kami percaya setiap individu yang datang, harus didengari, difahami sakitnya dan dirawat tanpa perasaan sambil lewa.
Fokus kami untuk MERAWAT sehingga PULIH bukan sekadar memberi ubat TAHAN SAKIT ataupun rawatan yang tidak berkesan. Kegembiraan kami datang jika kesakitan yang bertahun pada pesakit kami hilang.
Mementingkan keberkesanan, kami aktif menambah ilmu dan mengemaskini pembacaan jurnal perubatan /teknologi perubatan yang terbaru untuk memastikan rawatan yang bukan sahaja efektif, malahan kos yang tidak terlalu membebankan.


Sejarah Penubuhan Klinik Tuah
Disember 2021
Bandar Sri Permaisuri, Cheras menjadi saksi lahirnya Klinik Tuah, titik awal perjuangan kecil yang kini berkembang demi memberi makna besar kepada masyarakat.
2023
Di bumi Kuantan, Klinik Tuah melebarkan sayapnya. Inilah satu-satunya cawangan kami di Pantai Timur, simbol tekad untuk mendekati lebih ramai insan.
2023
-Cawangan ketiga Klinik Tuah dibuka di Shah Alam, menandakan langkah seterusnya dalam perkembangan kami.
-Klinik Tuah turut diberi peluang untuk tampil di TV9, sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan.
2024
-Pembukaan cawangan keempat Klinik Tuah di Johor Bahru meluaskan lagi langkah kami dalam memberi khidmat kepada masyarakat di selatan tanah air.
-Klinik Tuah dijemput ke IKIM FM sebagai ruang untuk berkongsi ilmu dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dalam kalangan pendengar.
2025
Pembukaan di Bangi sebagai cawangan kelima menandakan komitmen Klinik Tuah yang tidak pernah terhenti.
A World Without Pain
Meski impian untuk mewujudkan dunia tanpa kesakitan ini setinggi langit. Namun, kami percaya kami mampu membawa sinar perubahan. Oleh itu, kami berusaha tanpa henti untuk memastikan setiap insan berhak merasai kesihatan yang baik serta keindahan hidup bersama keluarga dan yang tersayang.
Visi
Dunia Tanpa Kesakitan
Misi
Menjadikan KLINIK TUAH sinonim dengan kualiti perubatan dan layanan hospitaliti bertaraf tinggi
Kenali Kami


Dr Zarifullah
Doktor


Dr Farhan
Doktor


Dr Amirul
Doktor


Dr Ali
Doktor


Dr Ashraf
Doktor


Dr Hisyam
Doktor


Doktor Sharil
Doktor


Dr Nazirul
Doktor


Dr Hareez Noorman
Pengarah Syarikat


Dr Ahmad Akram
Pengarah Syarikat


Hadi Husnain
Akauntan


Nor Fasihah
Pembantu Akauntan


Nur Hanan
Eksekutif Operasi


Zulaikha Faisshawahyu
Eksekutif Pemasaran


Nur Nabihah
Eksekutif Pemasaran


Julia Atierah
Eksekutif Pemasaran


Nur Ain Amaleen
Eksekutif Jualan


Nur Fatin Nabilah
Pengurus Produk


Nur Syafinaz
Cawangan Cheras


Annis Amanina
Cawangan Shah Alam


Nurlin Amirah
Cawangan Kuantan


Nurul Juliana
Cawangan Johor Bahru
Kami Percaya Kegembiraan Sebenar Adalah Apabila Berkongsi & Memberi


Majlis berbuka puasa pertama di Le Meridien Putrajaya.


Annual Dinner pertama di Hotel One World


Family Day pertama yang menghimpunkan semua doktor dan staf cawangan Klinik Tuah.


Majlis berbuka puasa Klinik Tuah 2024 berlangsung di The Ritz Carlton.


Percutian tahunan pertama bersama dua cawangan Klinik Tuah ke Medan.


Annual Dinner Klinik Tuah di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, dihadiri semua cawangan.


Majlis berbuka puasa Klinik Tuah 2025 berlangsung di Marriott Putrajaya.


Klinik Tuah menganjurkan Tuah La Familia Family Day melibatkan semua cawangan di Mersing, Johor.
Saat Bersama, Kenangan Selamanya


















Kami Kongsi Tuah
Kami percaya setiap insan berhak menikmati kesihatan yang baik dan kehidupan yang berkualiti. Melalui program komuniti dan inisiatif sosial, kami berusaha memberi kembali kepada masyarakat dengan menyumbang nilai, sokongan, dan peluang untuk membina masa depan yang lebih sejahtera bersama
01
Tuah Warisan Tradisi
Program Sunathon tahunan di setiap cawangan Klinik Tuah dan masjid setempat menjadi ruang kebersamaan antara Klinik Tuah, ibu bapa, dan anak-anak.
02
Malaysia Bebas Sakit Lutut
Malaysia Bebas Sakit Lutut menjadi matlamat utama, dan Klinik Tuah menyokong usaha ini melalui pemeriksaan lutut percuma serta sesi kesedaran kesihatan di program komuniti.
03
Tuah Sayang Alam
Sebagai tanda keprihatinan terhadap alam sekitar, Klinik Tuah terlibat dalam program pemuliharaan bagi menjaga keseimbangan ekosistem


















Cawangan Klinik Tuah










Di Klinik Tuah, setiap senyuman tanpa kesakitan adalah kebahagiaan yang ingin kami kongsi bersama.






