Masih segar dalam ingatan kami, seorang anak yang datang menolak kerusi roda ibunya masuk ke klinik. Wajah si ibu nampak sugul dan senyum yang dilemparkan kelihatan sangat penat. Apabila ditanya, benar dia mengakui dia sangat penat. Penat menanggung sakit yang sudah terlalu lama dibiarkan.
Selepas rawatan, sesuatu yang tidak kami sangka berlaku. Si ibu cuba bangun perlahan. Langkah demi langkah, dia tidak lagi memerlukan kerusi roda.
Dalam diam, air mata mengalir di pipinya, bukan kerana sakit, tapi kerana syukur. Akhirnya, setelah sekian lama, dia boleh berjalan semula.
Kandungan
Pendahuluan
Kisah seperti ini bukan berlaku sekali dua di klinik kami. Ramai penduduk yang mencari klinik sakit lutut di Cheras, datang ke klinik kami dalam keadaan yang sama.
Anak yang prihatin membawa ibu bapanya yang sudah terlalu lama menanggung sakit, atau diri sendiri yang menanggung seksanya bergerak secara terhad, ataupun cuba untuk mencari rawatan alternatif apabila ubat-ubatan tidak mampu untuk melegakan kesakitan.
Hakikatnya, sakit lutut boleh dirawat. Dan semakin awal rawatan dimulakan, semakin besar peluang untuk pulih sepenuhnya. Artikel ini ditulis khas untuk anda yang tinggal atau bekerja di sekitar Cheras, dan sedang mencari jawapan untuk rawatan sakit lutut.
Kenapa Ramai Penduduk Cheras Alami Sakit Lutut
Berdasarkan data, 73% penduduk Cheras terdiri daripada golongan dewasa, dan 69.9% daripada mereka adalah golongan bekerja. Cheras juga terletak berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur, menjadikannya kawasan yang padat dengan aktiviti harian.
Kebanyakan penduduknya bekerja dalam bidang profesional atau separa mahir seperti akauntan, jurutera, kerani dan pengendali mesin. Tidak terkecuali juga kakitangan perubatan seperti doktor dan jururawat, memandangkan Cheras merupakan tumpuan institusi perubatan utama seperti Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan Hospital Rehabilitasi Cheras.
Namun, pekerjaan-pekerjaan ini bukanlah mudah. Rutin kerja yang berulang-ulang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan lutut dalam jangka masa panjang. Pergerakan seperti berlutut, membongkok dan mengangkat beban berat merupakan antara punca biasa kecederaan lutut di tempat kerja, terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga fizikal seperti jururawat, mekanik dan pengendali mesin.
Lama-kelamaan, pergerakan berulang ini menyebabkan tulang rawan lebih cepat haus dan boleh membawa kepada osteoarthritis.
Bagi mereka yang bekerja di hadapan komputer pula, postur yang salah turut menjadi punca lutut mudah tegang. Kerusi atau meja yang terlalu tinggi atau rendah boleh menyebabkan lutut berada dalam kedudukan yang tidak selesa, dan akhirnya lebih mudah cedera.
Selain itu, duduk dalam tempoh yang lama tanpa berdiri turut meningkatkan risiko masalah lutut kerana aliran darah ke sendi menjadi terbatas.
Jenis-Jenis Sakit Lutut Yang Biasa Kami Jumpa di Klinik
Saban hari, tidak pernah klinik kami lekang daripada kes sakit lutut. Sebahagian besarnya adalah anak-anak yang membawa ibu bapa mereka yang berusia 50-an ke atas, datang dengan keluh kesah kerana sakit apabila turun tangga, lutut kaku setiap kali bangun pagi, atau bengkak lutut sampai sukar untuk bergerak.
Kebanyakan daripada mereka menghidap osteoarthritis tahap 2 dan 3, malah ada juga yang datang pada tahap akhir.
Tidak terkecuali anak-anak muda dalam lingkungan 20-an hingga 40-an pula kebanyakannya datang untuk periksa lutut mereka. Apabila diimbas menggunakan ultrasound, rupanya sebahagian besar anak mud aini mengalami kecederaan lutut.
Antaranya termasuklah ACL koyak yang biasa dialami oleh atlet dan penggemar aktiviti fizikal, koyakan meniskus, serta lutut bengkak akibat air radang. Mereka biasanya datang dengan simptom seperti lutut terasa longgar, berbunyi, atau lutut mendadak sakit semasa bergerak.
Selain itu, kami turut kerap menerima pesakit lelaki pertengahan umur yang datang dengan serangan gout pada lutut.
Setiap jenis sakit lutut ini memerlukan pendekatan rawatan yang berbeza. Sebab itulah penilaian awal sangat penting sebelum sebarang rawatan dimulakan.
Jenis Sakit Lutut Beserta Gejalanya
Sakit Lutut | Gejala |
| |
| |
Koyakan Meniscus |
|
| |
Gouty Arthritis |
|
Rheumatoid Arthritis |
|
Jenis Rawatan Sakit Lutut Tanpa Pembedahan
1. Suntikan Gel Lutut (Hyaluronic Acid)
Suntikan gel lutut atau hyaluronic acid (HA) bertindak seperti pelincir semula jadi dalam sendi lutut. Apabila tulang rawan mula haus, Suntikan HA membantu menggantikan cecair tersebut, mengurangkan geseran antara tulang dan menjadikan pergerakan lutut lebih selesa. Rawatan ini sangat sesuai untuk pesakit osteoarthritis yang ingin mengelakkan pembedahan.
Terdapat dua jenis HA iaitu monolink dan double cross-link, dan setiap satunya mempunyai ketahanan dan harga yang berbeza.
@kliniktuah "🤔 Dr, lutut saya sakit ni… dah makan ubat pun tak baik, semua dah cuba. Kena cucuk gel ke? ⠀ Ehh sabar dulu! ❗ BUKAN semua masalah lutut perlu cucuk gel ya! ⠀ Ramai pesakit salah faham ingat bila sakit lutut je, terus kena suntik gel. Hakikatnya, rawatan lutut bergantung pada PUNCA masalah! 🔎 ⠀ Dalam video ni, Dr Paan akan terangkan: ✅ Apa sebenarnya ‘gel lutut’? ✅ Kenapa sesetengah pesakit kena suntik gel? ✅ Bila masa suntikan gel sesuai dibuat? ✅ Apa fungsi gel dalam sendi lutut? ✅ Dan... penting ke rawatan follow up lepas suntikan? ⠀ Kalau anda, mak ayah, atau sesiapa ada masalah lutut, WAJIB tengok video ni sampai habis 🎥. Jangan buat keputusan rawatan berdasarkan teka-teka sendiri, dengar dulu penerangan dari Dr! ⠀ 💬 Nak tahu lebih lanjut atau nak buat pemeriksaan lutut? DM Klinik Tuah sekarang! 📩 Klik beg biru "Apply Now" untuk book temujanji !😎🫶🏻
♬ original sound - Klinik Tuah - Klinik Tuah
Kenapa sesetengah harga gel lutut mahal? Jawapannya di sini: Harga Gel Lutut Mahal
2. Rawatan Pemulihan Semulajadi
Rawatan pemulihan semulajadi menggunakan platelet yang diambil daripada darah pesakit sendiri. Darah pesakit akan diproses terlebih dahulu untuk mengasingkan platelet yang kaya dengan faktor penjanaan semulajadi.
Platelet ini kemudiannya disuntik semula ke dalam sendi lutut untuk merangsang proses pemulihan tisu yang rosak dan mengurangkan radang dari dalam. Memandangkan ia menggunakan bahan dari badan pesakit sendiri, risiko reaksi sampingan adalah sangat rendah.
3. Suntikan Steroid
Bagi pesakit yang inginkan kelegaan segera, suntikan kortikosteroid boleh memberikan kelegaan dalam masa 48 jam. Ia berfungsi dengan mengurangkan radang secara langsung pada sendi yang terjejas.
Namun, rawatan ini tidak sesuai digunakan terlalu kerap, kurang dari 3 hingga 4 kali setahun. Ini kerana penggunaan berlebihan boleh merosakkan struktur sendi dalam jangka masa panjang.
Ketahui perbezaan antara suntikan gel lutut, rawatan pemulihan semulajadi dan suntikan steroid di sini
4. Buang Air Radang (Aspirasi Lutut)
Apabila lutut bengkak teruk akibat pengumpulan cecair berlebihan, doktor akan melakukan prosedur aspirasi lutut. Melalui prosedur ini, jarum kecil akan dimasukkan ke dalam sendi lutut untuk mengeluarkan cecair berwarna kuning tersebut.
Hasilnya, tekanan dalam sendi berkurangan, bengkak reda dan pesakit berasa lebih selesa untuk bergerak. Prosedur ini biasanya dilakukan sebelum suntikan lain bagi memastikan rawatan lebih berkesan.
5. Genicular Nerve Block (G-Block)
Genicular Nerve Block atau G-Block adalah rawatan yang menyasar saraf genikular di sekeliling lutut. Tidak seperti suntikan gel yang membaiki sendi, G-Block pula berfungsi dengan menyekat saraf tersebut daripada menghantar isyarat sakit ke otak. Hasilnya, pesakit berasa lutut kurang sakit walaupun struktur sendi tidak berubah.
Rawatan ini amat sesuai untuk pesakit osteoarthritis tahap 3 dan 4, atau mereka yang telah menjalani pembedahan tukar sendi lutut. Kelegaan biasanya boleh bertahan antara 3 hingga 6 bulan.
6. Radiofrequency Ablation (RFA)
RFA biasanya disyorkan selepas suntikan G-Block, dan memberikan kesan yang lebih lama. Rawatan ini menggunakan tenaga radiofrekuensi untuk “membakar” tisu saraf yang menghantar isyarat sakit ke otak. Kesannya boleh bertahan lebih daripada setahun, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pesakit sakit lutut kronik yang tidak mahu menjalani pembedahan besar.
Adakah G-block dan RFA boleh menggantikan pembedahan tukar sendi lutut? Jawapannya di sini
Cara Memilih Klinik Sakit Lutut di Cheras yang Sesuai
Periksa Rawatan yang Ditawarkan
Sesetengah klinik sakit lutut di Cheras hanya menawarkan rawatan untuk kecederaan tertentu sahaja. Sebagai contoh, klinik A mungkin hanya menumpukan rawatan osteoarthritis, manakala klinik B pula lebih memfokuskan rawatan kecederaan sukan.
Oleh itu, penting untuk anda mengetahui punca sebenar sakit lutut anda terlebih dahulu, agar rawatan yang diperoleh benar-benar bertepatan dengan keperluan anda.
Periksa Harga bagi Setiap Rawatan
Teliti harga rawatan yang ditawarkan dan cari klinik yang sesuai dengan bajet anda. Namun, AWAS! Rawatan yang murah tidak semestinya memberikan hasil yang sama dengan rawatan yang lebih mahal.
Ada rawatan yang murah tetapi kesannya hanya sementara, manakala yang lebih mahal pula mungkin menggunakan bahan yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Sebagai contoh, klinik yang menawarkan suntikan HA pada harga lebih tinggi mungkin menggunakan double cross-link yang lebih pekat dan anjal berbanding jenis biasa.
Testimoni dan Ulasan Pesakit
Testimoni dan ulasan daripada pesakit terdahulu boleh membantu anda menilai kualiti rawatan dan reputasi sesebuah klinik. Anda boleh bertanya kepada kenalan yang pernah mendapatkan rawatan serupa, atau merujuk ulasan di Google Review dan media sosial sebagai panduan.
Kelayakan Doktor
Walaupun kebanyakan klinik sakit lutut di Cheras mempunyai doktor yang bertauliah, anda tetap perlu memastikan doktor yang bertugas mempunyai kelayakan dan pengalaman yang mencukupi dalam mengendalikan kes sakit lutut.
Klinik Sakit Lutut di Cheras: Klinik Tuah
Klinik Tuah adalah klinik sakit lutut di Cheras yang menawarkan rawatan lutut moden tanpa pembedahan. Bertempat di Bandar Sri Permaisuri, Klinik Tuah Cheras menyediakan lebih daripada 7 jenis rawatan lutut termasuk suntikan gel lutut berkualiti tinggi, rawatan pemulihan semulajadi, buang air radang, Genicular Nerve Block (G-Block) dan Radiofrequency Ablation (RFA). Setiap kes akan dinilai menggunakan ultrasound bagi menentukan punca sakit lutut dan rawatan yang paling sesuai untuk setiap pesakit.
Klinik Tuah Cheras telah merawat lebih daripada 4,500 pesakit setiap tahun, bukan sahaja daripada kawasan Cheras, malah turut menerima pesakit dari Ampang, Bukit Bintang, Wangsa Maju dan Hulu Langat.
Penutup
Sakit lutut bukanlah sesuatu yang perlu anda tanggung bersendirian. Sama ada anda seorang pekerja pejabat yang duduk berjam-jam di hadapan komputer, pekerja fizikal yang terdedah kepada tekanan berulang, atau warga emas yang mula berasa ngilu setiap kali turun tangga.
Setiap kesakitan itu ada penyelesaiannya dengan izin Tuhan.
Yang penting, jangan tunggu sehingga sakit lutut anda bertambah teruk sebelum mendapatkan rawatan. Semakin awal anda bertindak, semakin besar peluang untuk pulih tanpa perlu menjalani pembedahan.
Jika anda sedang mencari klinik sakit lutut di Cheras yang berpengalaman, Klinik Tuah sedia membantu. Hubungi kami hari ini untuk membuat temujanji dan biarkan doktor kami menilai keadaan lutut anda dengan teliti.
Dapatkan panduan lengkap tentang sakit lutut di sini: Sakit Lutut 101
Soalan Lazim
Apa jenis sakit lutut yang paling biasa di kalangan pesakit Cheras?
Sakit lutut paling biasa yang kami jumpa termasuklah osteoarthritis, kecederaan ACL dan bengkak lutut akibat air radang.
Bila masa yang sesuai untuk berjumpa doktor?
Anda disarankan berjumpa doktor jika sakit lutut anda berpanjangan, bengkak yang ketara pada lutut, sukar untuk bergerak, ataupun sejurus selepas anda mengalami kecederaan lutut dan mempunyai simptom-simptom seperti bunyi meletup pada sendi lutut.
Apa rawatan sakit lutut yang tersedia tanpa pembedahan?
Antara rawatan sakit lutut tanpa pembedahan termasuklah suntikan steroid, suntikan gel lutut, rawatan pemulihan semulajadi, dan rawatan Genicular Nerve Block (G-Block) dan Radiofrequency Ablation (RFA).
Berapa kos rawatan sakit lutut di Cheras?
Kos rawatan sakit lutut di Cheras bergantung kepada rawatan. Klinik sakit lutut di Cheras menawarkan rawatan sekitar harga RM 150 hingga RM7000.
Di mana klinik sakit lutut di Cheras yang boleh saya pergi?
Anda boleh mengunjungi Klinik Tuah Cheras di Bandar Sri Permaisuri.
Bertempat di Kompleks Permaisuri Q, alamat Klinik Tuah adalah seperti berikut:
G-02, Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
Ketahui mengapa di Klinik Tuah , klinik lutut kami berbeza dengan yang lain.

Klinik Sakit Lutut di Kuala Lumpur : Solusi Terbaik Berhampiran Anda
Pencarian klinik sakit lutut di Kuala Lumpur yang tepat dan terbaik bukanlah sesuatu yang mudah. Ia harus dilakukan dengan teliti dan dengan baik kerana Klinik sakit lutut yang terbaik itu








