Klinik Lutut Orthopedik
Genicular Nerve Block : Tiada Lagi Tongkat untuk Lutut Tahap Akhir
Apabila ubat-ubatan dan fisioterapi tak lagi mencukupi, ramai pesakit osteoarthritis (OA) tahap sederhana dan akhir sangka pembedahan sahaja jalan yang tinggal. Rawatan Genicular Nerve Block (G-Block) di Klinik Tuah memberi satu lagi harapan untuk kembali mengecapi nikmat berjalan, beribadah, dan bermain dengan cucu, sebelum pembedahan ganti sendi lutut.
Rawatan Genicular Nerve Block Tanpa Pembedahan di Semenanjung Malaysia
Pilih Slot Temujanji Anda Sekarang
(Sepantas 15 Saat)

Tahap Osteoarthritis Lutut
Semakin tinggi tahap osteoarthritis, semakin menyempit ruang sendi lutut akibat tulang rawan yang terhakis. Ini menyebabkan tulang bergeser antara satu sama lain, mengakibatkan lebih banyak kesakitan dan kerosakan sendi.
Apa Itu Genicular Nerve Block?
Genicular Nerve Block adalah rawatan bukan invasif terbaru yang mensasarkan kelegaan sakit lutut melalui saraf berhampiran lutut. G-block juga menjadi alternatif untuk pembedahan ganti sendi lutut.
Ketahui Lebih Lanjut tentang G-BlockBagaimana G-Block ini Berfungsi?
-Satu rawatan suntikan untuk mengawal sakit sendi melalui rangsangan saraf berhampiran lutut.
Apa Bezanya dengan Rawatan Lutut Lain?
-G-Block menyekat isyarat kesakitan pada saraf, bukan merawat punca struktur seperti kerosakan tulang rawan atau keradangan sendi.
Siapa Yang Layak Untuk G-Block?
-Sesuai untuk pesakit dengan kesakitan lutut kronik akibat osteoarthritis yang tidak mendapat kelegaan daripada ubat atau fisioterapi. -Pesakit yang tidak mahu / layak untuk pembedahan TKR.
Mengapa Ianya Disyorkan?
-Risiko rendah dan tidak memerlukan pembedahan. -Membantu mengesahkan sama ada punca kesakitan berkaitan dengan saraf. -Kesannya cepat dan tahan lama.
Bagaimana Rawatan Genicular Nerve Block (G-Block) Lutut Dijalankan
Merawat sakit lutut haruslah objektifnya memulihkan & merawat punca sebenar. Bukan hanya memberi atau suntik ubat tahan sakit.
Mereka yang Dah Merasai Sendiri Rawatan Kami
Posted on Google![]()
wan amiraTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Terima kasih doc atas penerangan yang sgt jelas..bawa mak & ayah utk rawatan sakit lutut..alhamdulillah smg sembuh dgn izin Allah..doc & nurse sgt friendly & klinik sgt selesa..kami akn dtg lagi utk next appmnt❤️
Posted on Google![]()
Najiha ZainalTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Terbaik..doktor yang ramah...klinik yang selesa...semoga maju jaya...rawatan lutut
Posted on Google![]()
Adi MoeisTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Klinik cantik, staff and doctor friendly Datang untuk check lutut and doctor advise to remove air radang. Smooth process, doctor gave clear explaination. Boleh rasa immediate effect, sebelum process lutut agak ketat, susah nak bend, selepas process lutut terasa ringan, boleh bend lebih. Harap hilang terus sakit lutut ni. InnsyaAllah.![]()
![]()
![]()
+1Posted on Google![]()
Sofian YahyaTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Rawatan lutut ayah di Klinik Tuah bersama Dr. Razif, terbaik! Doktor sangat bagus & caring. Lutut ayah pun dah makin ok
Posted on Google![]()
Mohd FirdausTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Layanan dan penerangan yang bagus dari doktor yang merawat. Saya sangat mengesyorkan bagivmereka yang terutamanya mempunyai masalah lutut ke Klinik Tuah.
Posted on Google![]()
HU SNATrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Betul dah tu masuk bertongkat keluar buang tongkat. Doktor & staff yang peramah. Thankyou klinik tuah ! Lutut ketat dah longgar !
Posted on Google![]()
Bhbz MrTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Rawatan lutut. Dr Akhyar 👍👍. Highly recommended ..
Posted on Google![]()
Noorhazirah ZaineTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Klinik bersih cantik. Staf dan doc ramah. Menjawab setiap soalan saye dengan penerangan yang jelas. Bawa mak scan lutut. Harga untuk scan dgn consultation doc rm80 je. Boleh la sesiapa datang klinik ni untuk tahu masalah lutut.![]()
![]()
![]()
Posted on Google![]()
Abdul Halim AhmadTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Layanan dari staff dan doktor amat terbaik. Ubat yang dibekalkan juga terbaik. Rekeman sangat kepada pesakit lutut, pergi ke Hospital Pakar pun belum tentu terbaik cara rawatan yg diberikan. Terima kasih Dr Paan
Posted on Google![]()
dalilaTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Managed to persuade my mom to go and check on her knee issue. She chose to go to Klinik Tuah, near to house. Overall service is very good. Dr Ali very good , patient & professional. Very knowledgeable & very good explanation. Will repeat & hopefully my mom will agree & consent with doctor’s advice ✌️. Balik rumah je terus semangat nak exercise lutut. Haha 😝 Thanks to Dr Ali & team.![]()
![]()
Posted on Google![]()
KTUA140 MOHAMAD REZDUAN BIN KAMARUDINTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Servis yang sangat baik dan mesra. Doktor beri penerangan yang jelas dan mudah faham. Klinik pun bersih dan selesa. Sangat disyorkan untuk sesiapa yang ada masalah lutut.
Posted on Google![]()
Cikgu CtTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Pengalaman pertama ibu saya mendapatkan rawatan di sini amat berpuas hati. Penerangan doktor yang jelas dan rawatan yang diberikan bersesuaian dengan masalah sakit lutut yang ibu saya hadapiPosted on Google![]()
NOwl TTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Doktor dan nurse terbaik, memberi nasihat dan rawatan utk sakit lutut ibuPosted on Google![]()
Norlida DarusTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Penerangan dari doktor shahril yang sangat jelas tentang sakit lutut, senang difahami dan sangat membantu.Posted on Google![]()
tyTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
good explanation tentang masalah lutut saya 👍🏻👍🏻 inshaAllah lepas keluar air radang boleh terus jogging 🤗Posted on Google![]()
Fathulmunir Bin MatTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Layanan baik dan penerangan yg jelas.. Alhmdulilah dengan izin Allah sembuh sakit lutut sy setelah menerima rawatan di sini.Posted on Google![]()
Rafael IshakTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Alhamdulillah. Penerangan doktor ttg lutut Sy sangat membantu. Harga pun berpatutan. Cucuk Steroid kat lutut dan scan ultrasound cuma RM315. Sgt puas hati. Alhamdulillah.Posted on Google![]()
Ahmad Termizi AbdullahTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Alhamdulillah dipertemukan dengan klinik yang dapat memberi rawatan sakit lutut yang sangat cepat dan efektif 👍Posted on Google![]()
mayrie philipTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Doc dan nurse yg merawat sngt berbudi bahasa service yg cepat tk tunggu lama sngt puas hati recommend sngat sesiapa yg mau merawat lutut di sini..Posted on Google![]()
SakinahTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Very detail explanation. Trusted doctor. The best thing ada ultrasound bole tau condition lutut.Posted on Google![]()
Nurah KadarTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Assalamuaalaikum, saya dari Singapura mengenali Klinik Tuah dari facebook dan feedback dari pesakit2 yang sangat gembira kerana lutut mereka telah sembuh dan berpuas hati dengan khidmat klinik Tuah. Sebelum ini saya menderita sakit lutut yang kronic lebih kurang sudah 7 tahun. Sebelum ini Saya sudah cuba bermacam2 ubat makan, minyak sapu, urut dan buat acupunture tapi sakit lutut tidak hilang. Apabila saya terbaca mengenai klinik Tuah tanpa berlengah saya terus membuat temujanji. Doctor2 di klinik Tuah (Johor Bahru) sangat2 membantu, mereka menerangkan pada saya (bekas pesakit kanser) dengan teliti dan terperinci. Saya sangat berpuas hati. Doctor periksa saya dengan mengunakan alat ultrascan untuk mengetahui lebih jelas masalah lutut saya. Doctor sarankan saya membuat suntikan gel pada kaki kanan dulu kerana ia lebih sakit dari yang kiri dan mencadangkan saya mengambil supplement untuk menguatkan lagi otot2 lutut saya. Setelah 2 minggu saya dapat merasakan lutut tidak lagi merasa ketat dan kesakitan pada lutut sudah berkurangan dan saya dapat merasakan kelegaan pada lutut saya. Allhamdullilah. Sebulan kemudian saya membuat suntikan gel yang kedua untuk kaki kiri saya pula. Sekarang kedua2 kaki saya sudah sembuh dan saya sudah boleh berdiri dan berjalan lebih jauh dan mula mencuba sembayang tanpa kerusi kerana sebelum ini lutut tidah boleh lipat langsung. Saya sangat2 gembira dan berterimakasih pada Doctor Hafizi dan Doctor Harris (cawangan JB) yang telah membantu dengan cekap dan amanah, saya juga berterimakasih pada kaki tangan klinik yang peramah dan sangat membantu. Saya sarankan sesiapa yang ada masalah lutut untuk pergi keklinik Tuah untuk buat pemeriksaan sebelum masalah anda lebih teruk. Terimakasih KLINIK TUAH. 🥰Posted on Google![]()
Adilah AtifahTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Ayah baiki lutut disini, doktor ramah dan menerangkan dengan jelas👍Posted on Google![]()
Izayu RazakTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Alhamdullillah.. Dgn izin Allah, lepas seminggu rawatan dkt klinik tuah, mak Saya dh nmpk sihat. Mak sakit lutut hampir 3bulan,jln pon terincut2, nk tido pon susah sbb sakit. Buat rawatan buang air radang dan masuk kan gel hyaluronic. Kos Rm1.95 kPosted on Google![]()
rohaya ShariffTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Datang klinik Tuah Shah Alam utk masaalah lutut. First time dtg keluarkan air dari lutut yg sakit. After keluarkan air alhamdulillah boleh jalan.Posted on Google![]()
Ayu uniqTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Saya datang sini untuk rawatan lutut. Layanan dari doktor & staff sangat baik. Kita sebagai pesakit sangat puas hati. Rawatan & ubatan yang diberikan sesuai dgn saya yang dah lama menghidap sakit lutut. AlhamdulillahPosted on Google![]()
Azurin SyahiraTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
penerangan yg sngt bagus...klinik mesra kanak2..staf2 pon sgt baik..very recomended...smoga lutut mak saya cepat sembuh...tq klinik tuah kuantan.Posted on Google![]()
RRTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Penerangan terperinci oleh Tuan Dr sangat membantu dan memberikan nasihat yg terbaik dalam menangani masalah lutut saya yg sekian lama dihadapi dan Alhamdulilah sy telah diberikan rawatan yg telus dan terbaik dengan suntikan rawatan pemulihan lutut.. Diharap ia akan akan mendapat perubahan ke atas lutut saya selepas ini. Insha Allah. Terima kasih Team Klinik Tuah Shah Alam.Posted on Google![]()
Lisa BehemTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Penerangan yang jelas dari dr ashraf Treatment yang diberikan juga berkesan bagi lutut ibu saya. Staff juga mesra pelanggan semoga klinik ini terus maju.Posted on Google![]()
Laily SaatTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Klinik lutut yg terbaik doktor sangat baikPosted on Google![]()
Hazirah MNTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Alhamdulillah selepas dapatkan rawatan kat sini hilang sakit lutut yg dah berbulan. Doc kat sini betul2 berpengalaman untuk masalah lutut. Penerangan jelas. Root cause sakit saya selepas doc scan due to radang air sbb ade injury dlm lutut. Doc tarik buang air tu dari lutut, dan masukkan ubat. Dalam 30.minit je. Selepas sehari lutut sy betul2 dah x sakit lgsg sampai ke hari ni. Boleh berjalan, naik tangga dan solat macam biasa. Alhamdulillah.Posted on Google![]()
Norhasimah AhmadTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Alhamdulillah. Terima kasih kepada staf Klinik Tuah Cheras. Akhirnya saya dapat tahu punca sakit lutut saya selama ini dengan bantuan mesin Ultrasound mereka. Doktor di sana beri ilmu baru tentang penyakit Osteoarthritis kepada saya sambil melayan dengan sangat baik. Terkejut melihat harga yang marhaen walau sebuah klinik swasta. 10/10 bintang saya berikan kepada Klinik Tuah Cheras! 👍👍👍Posted on Google![]()
nur edayaniTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Penerangan doktor yang bagus dan jelas. Mudah faham. Alhamdulillah lepas buat rawatan ada perubahan. Terbaik dan disyorkan kepada yang ada sakit lutut.Posted on Google![]()
Nur Hafeez bin Hj. IshakTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Rawat lutut.good doc explainatuonPosted on Google![]()
Azura AhmadTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Penerangan sgt jelas ttg sakit lutut sy. Thanks Dr Ashraf. Done cucuk gel. Tiada paksaan dlm membuat keputusan utk teruskan rawatan mane yg terbaik. Faham, nilai, pikir dan tanya poket sendiri mana rawatan yg kita rasa sesuai dgn sakit kita. Sy suka service klinik tuah cheras 👍Posted on Google![]()
aida abd rahmanTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Even First time dtg tp sangat puas ati dgn explaination doc ttg msalah lutut. Details n very clearly.. extra clinic yg owesome.. tqq doc n staff 👍Posted on Google![]()
Fie FieTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
First buat rwatan d sini utk sakit lutut.. sgt bpuas hti..doc bg explaination yg sgt jelas ttg punca n cara rwtan n nsihat n pnjgaan lutut. Trma ksih Klinik TuahPosted on Google![]()
Mohd Rizzuan MazlanTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Alhamdulillah lepas buat rawatan di klinik Tuah ni lutut mak nampak banyak perubahan. Semoga mak sihat sepenuhnya.. Doctor dia memang terbaik banyak beri penyampaian yang jelas tentang penyakit& rawatan yang nak buat.Posted on Google![]()
Ayu HaniezTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Terbaik servis dr klinik ni...staff ramah...doctor pun sgt bagus...explaination yg jelas... keluarkan air bisa kat lutut....lepas buat treatment, dah bole jalan dan solat mcm biasa....Posted on Google![]()
Mukhtaruddin MukhtarTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Perkhidmatan rawatan lutut yang segera dan pantas. Konsultasi drpd Doktor Zarif yang berinformatif mengenai rawatan sakit lutut. Kemudahan parkir letak kereta disediakan juga pesakit.Posted on Google![]()
Hany YassinTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
My Sis In Law recommended this clinic after her own positive experience here. So saya bawak Abah saya (82 yrs old) yg dah lama mengadu kedua belah lutut dia sakit. We got Dr Ashraf as our doctor and he has been a Godsend to us. Dr Ashraf carefully and thoroughly checked my Abah and expertly extricated the knee joint effusion. The effect can be seen almost immediately. Abah saya tidak lagi mengadu yang lutut dia sakit dan jalan dia juga lebih stable. Alhamdulillah di temukan dengan klinik yg dapat merawat Abah saya. Thank you Tuah Clinic and thank you Dr AshrafPosted on Google![]()
Curro Povedilla26293Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
1. Doktor & Staf Doktor kat sini memang mesra, tenang, dan sangat explainative. Kalau mak jenis banyak tanya, dia jawab satu-satu. Tak rasa macam kena rush. Assistant dia pun friendly, siap bantu masa nak duduk/berdiri lepas rawatan. Kalau mak jenis takut jarum, doktor pandai pujuk dan buat slow-slow. 2. Cara Rawatan Diorang tak main bagi ubat tahan sakit je. • Akan scan lutut dulu guna ultrasound, tunjuk kat skrin, explain bahagian mana rosak. • Lepas tu baru decide rawatan – ada suntikan, ada terapi, ikut tahap lutut. • Diorang ajar cara jaga lutut kat rumah juga – bukan datang cucuk terus balik. 3. Suasana Klinik Klinik dia nampak kemas, bersih, dan selesa – tak crowded macam klinik panel. • Ada tempat duduk, tak rasa sempit. • aircond sejuk cukup-cukup, sesuai untuk orang tua. -Kesimpulan Kalau nak tempat rawatan lutut yang beradab, selesa, dan berkesan, Klinik Tuah Kuantan memang boleh masuk list. Memang bukan murah sangat, tapi kalau nak elak operation, tempat ni antara yang terbaik.Posted on Google![]()
Sahrir LatehTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Terbaik, penerangan dari Dr amat jelas, sakit lutut alhamdulillah,, dah ok, tinggal nak buat senaman basikal sahaja, buat PRP ada perubahan pada tulang rawan dah, air bisa pun dah dibuang, dan diberi ubat UPDATE: 11 Ogos 2025, setelah hampir 10 bulan setelah rawatan pertama, saya dah boleh sujud dengan baik( Setelah 4 tahun saya solat atas kerusi ), alhamdulillah.. saya sanggup memandu dari Temerloh, ke Kuantan bagi rawatan lutut di sini, Syukur kepada ALLAH dan terima kasih Doktor,Posted on Google![]()
elaina hanzTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh klinik ini. Suasana klinik sangat selesa dan mesra pelanggan. Terdapat minuman dan snek ringan yang disediakan di ruang menunggu, menjadikan pengalaman menunggu lebih menyenangkan. Sesi konsultasi bersama doktor juga sangat memuaskan – doktor menerangkan dengan jelas tentang masalah lutut saya dan memberi cadangan rawatan yang sesuai. Selain itu, staf jururawat di sini juga sangat ramah, membantu dan mesra, membuatkan saya rasa sangat dihargai sebagai pesakit. Secara keseluruhan, klinik ini menawarkan servis yang profesional dan berkualiti tinggi. Saya amat mengesyorkan kepada sesiapa yang sedang mencari rawatan lutut dengan layanan yang mesra dan berkesan.Posted on Google![]()
SuRiTaTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
masyaAllah tabarakallah alhamdulillah persoalan suami kerap sakit lutut terjawab bila scan penuh dgn air radang. dapat keluarkan terus rasa nk pegi joging katanya 😅 servis cepat & terbaik! smg penyakit terus hilang & tak perlu datang lagi. amiin!Posted on Google![]()
nurul salasiah mohd jelaniTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Kondusif, rawatan yang pantas,layanan yang mesra dan info yang jelas diterangkan oleh pakar. Itulah pengalaman kami hari ini. Walaupun tiada jaminan sakit lutut mak akan sembuh 100% tapi mak sudah mula rasa kesan yang lebih baik buat masa ini.Posted on Google![]()
Abdul Halim MansorTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Tq for the excellent experience...sakit lutut bertambah baik...must visit if you are having any knee problems...harga....berpatutan dgn tempat Dan layannye....kudos ..Posted on Google![]()
faizah mat samanTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Alhamdulillah syukur selepas mak buat rawatan lutut sakitnya beransur kurang ...Posted on Google![]()
Azreen KhamisTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Doktor yg menerangkan dengan teliti punca sakit lutut. Peralatan yang canggih. Klinik yang bersih. Booking membantu pesakit untuk tidak menunggu lama.Posted on Google![]()
Rina ZaabarTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Saya bawa Ibu saya untuk mendapatkan rawatan sakit lutut di sini. Memang terbaik. Nak buat appointment senang. Klinik pun di ground floor. Ada ramp dari parking nak naik ke curb & kaki lima klinik. Kalau pakai wheelchair mudah. Staff semua friendly dan helpful. Kami dapatkan rawatan dari Dr. Shahril. He explained everything A to Z. Dari segi kos pun dia cerita semua. Alhamdulillah, Ibu saya pun amat berpuas hati dengan resultnya. Dan beliau pun dah tak bergantung dengan ubat tahan sakit lagi. Very recommended. 10 ⭐️.Posted on Google![]()
Maria MasoudTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Saya 65tahun, mengalami sakit lutut yang agak teruk, kaki tak boleh lipat, dah lebih 15tahun, Servis doktor terbaik, explanation daripada doktor amat amat memuaskan, walaupun saya dari singapore, doc tetap layan saya dengan baik. Bagi cadangan untuk jaga lutut , suggestkan ubat. Ubat baru makan dalam 1 minggu, kalau ok, saya akan review lagi. Terima kasih Doc.Posted on Google![]()
zamiera zainuddinTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
great services! doktor & nurse baikkk sangat✨ went with my mom yg sakit lutut! their work very details & polite. clinic luas, great environment🫶🏻Posted on Google![]()
Norhayati AmatTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Terima kasih atas penerangan Doktor berkenaan masalah lutut yang dihadapi. Penerangan yang jelas dan mudah faham.Posted on Google![]()
Norhayati Abd MajidTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Penerangan doktor yg jelas. Penerangan terperinci oleh Tuan Dr sangat membantu dan memberikan nasihat yg terbaik dalam menangani masalah lutut saya yg sekian lama dihadapi dan Alhamdulilah sy telah diberikan rawatan yg telus dan terbaik dengan suntikan rawatan pemulihan lutut.. Diharap ia akan akan mendapat perubahan ke atas lutut saya selepas ini. Insha Allah. Terima kasih Team Klinik Tuah Shah Alam.Posted on Google![]()
Aisy HannaTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Bawa mak datang ke klinik check lutut menderita sakit dah lama. Dr check guna ultrasound machine. Actually It's very intresting, and explanation from Dr Akram very clear. Sekali rawatan nampak perubahan. Cadangan rawatan dari dr sangat membantu. Kami sekeluarga ikhtiar selagi boleh. Daripada mak pakai tongkat. Alhamdulillah dah boleh jalan tanpa tongkat. Klinik sangat bersih, tenang dan staff layan dengan baik. The Best! Thank you so much klinik tuah.Posted on Google![]()
Hazilawati Abdul AzizTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Doc Farhan memberikan penjelasan yg sangat detail berkaitan sakit lutut yg saya alami dan jenis2 rawatan yg sesuai diambil.Posted on Google![]()
Nur Shahida Binti SamanTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Datang mengikut oppmt.. Jadi tak perlu tunggu lama… scan lutut mak.. mak pulak mmg tak nak gi klinik/hospital.. paksa juga cek… dah tahu stage 3.. mak tak nak enjit.. nak makan suplement.. Terima Kasih Dr. bagi penerangan yang jelas…Posted on Google![]()
Agnes Ang Gek SawTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Bawa anak untuk mendapatkan rawatan sakit lutut pada 2/3/25. Layanan nurse di kaunter sangat mesra. Doktor juga sangat bagus...layanan yang mesra, penerangan yang detail dan menyakinkan, sangat helpful. Very recommended.👍👍😆😆Posted on Google![]()
JWTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Memang rawatan sakit lutut di shah alam yang paling bagus. Dua-dua lutut buat rawatan. Boleh kata 100% improvement. Dulu buat di klinik lain bayar dekat 15k pun tak hilang sakit. Sini buat sekali rawatan terus ok dan harga jauh lebih murah berbanding tempat lain. Recomended untuk sakit lutut
Kenali Doktor Yang Akan Merawat Sakit Lutut Anda
Dr Zarifullah
Doktor
Dr. Zariffullah, seorang anak jadi Terengganu seorang doktor yang pengalaman luas dalam bidang orthopedik ,pembedahan & pain management .Dengan latar belakang kukuh dalam prosedur orthopedik &pembedahan, beliau percaya bahawa setiap rawatan harus berpaksikan individu dalam memberikan terbaik. Beliau pernah berkhidmat di Hospital Kemaman, di mana beliau menangani pelbagai prosedur orthopedik, pembedahan kecil dan besar sebelum mengambil keputusan untuk membuka klinik untuk memberi rawatan lebih fokus pada kesakitan kronik. Dengan sifatnya yang terperinci dan komited terhadap kepuasan pesakit, beliau memastikan setiap rawatan diberikan dengan penuh perhatian dan kesungguhan, membolehkan pesakit menjalani kehidupan yang lebih selesa.
Dr Hareez Noorman
Doktor
Dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, Dr. Hareez merupakan doktor berpengalaman dalam bidang pembedahan dan pengurusan kesakitan, pernah berkhidmat di Hospital Ampang dan Hospital Tengku Ampuan Afzan sebagai doktor surgical dan ortopedik. Beliau dikenali dengan pendekatan teliti dan fokus kepada rawatan yang berkesan serta selamat untuk pesakit. Sepanjang kerjayanya, beliau terlibat membantu & mengendalikan pelbagai pembedahan termasuk Laparotomy, Total Knee Replacement, Hernia Repair, dan Excision Biopsy – memberi asas kukuh dalam merawat kesakitan fizikal, terutamanya sakit lutut. Kini, Dr. Hareez menumpukan kepada rawatan sakit lutut tanpa pembedahan yang membantu memulihkan tisu sendi, mengurangkan radang, dan mempercepatkan penyembuhan – tanpa ubat tahan sakit jangka panjang atau prosedur invasi
Dr Hisyam
Doktor
Dr. Hisyam merupakan graduan perubatan dari USM Kubang Kerian dan pernah berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Afzan serta Klinik Kesihatan Teluk Renjuna sebagai Pegawai Perubatan (MOIC). Beliau berpengalaman dalam pelbagai cabang perubatan termasuk pain management, orthopedik dan dikenali dalam kalangan rakan doktor kerana ketelitiannya dalam merawat komplikasi dengan tepat dan menyeluruh. Pengalaman luas ini membentuk asas kukuh dalam pendekatan rawatannya hari ini. Kini, Dr. Hisyam memberi tumpuan kepada rawatan sakit lutut tanpa pembedahan, menggunakan pendekatan moden yang membantu mengurangkan kesakitan dan meningkatkan pergerakan dengan lebih selamat dan berkesan. Pendekatan beliau sentiasa berpaksikan kepada keperluan individu dan kualiti hidup pesakit.
Dr Farhan
Doktor
Apa yang pesakit cari apabila mengalami sakit lutut? Rawatan yang berkesan, pemulihan yang cepat, dan pergerakan yang lancar. Inilah pendekatan yang menjadi asas rawatan Dr. Farhan – seorang doktor berpengalaman dengan sentuhan mesra dan penuh perhatian. Anak jati Besut, Terengganu, Dr. Farhan pernah berkhidmat sebagai doktor ortopedik di Hospital Kemaman, serta menabur bakti di Hospital Lahad Datu, Sabah. Sepanjang kerjayanya, beliau telah merawat pelbagai kes melibatkan sendi dan mobiliti Dengan pendekatan rawatan yang sistematik dan berpaksikan kepada hasil, Dr. Farhan menjadi pilihan ramai yang ingin kembali aktif tanpa perlu bergantung kepada ubat tahan sakit atau melalui prosedur pembedahan invasif. Setiap rawatan yang diberikan menekankan aspek keberkesanan, dan keselesaan jangka panjang.
Dr Badrul Hisam
Doktor
Dr. Badrul Hisam Bin Kamis ialah anak jati Johor dan graduan Cyberjaya University College of Medical Sciences. Beliau memulakan latihan perubatan di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Putrajaya, sebelum meneruskan khidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Seremban. Beliau berkhidmat di beberapa jabatan, termasuk PACSA Ward di Hospital Putrajaya untuk saringan Covid-19, Jabatan Pembedahan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan Jabatan Ortopedik di hospital yang sama, memberikan beliau pengalaman luas dalam pengurusan pesakit dengan pelbagai keperluan perubatan. Minat beliau dalam bidang musculoskeletal dan rawatan sukan mendorongnya mengikuti kursus latihan fizikal dan X-ray untuk doktor am, yang memperkukuhkan kepakaran beliau dalam bidang ortopedik dan pengurusan kecederaan sukan. Di luar profesion, beliau gemar melibatkan diri dalam aktiviti sukan, terutamanya ragbi.
Dr Ali
Doktor
Dr. Ali memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, sebelum berkhidmat di Hospital Tanjung Karang dan Hospital Shah Alam. Pengalaman luas dalam pembedahan kecil dan besar serta penyertaan bengkel kemahiran pembedahan membentuk asas kukuh kemahirannya dalam page management Beliau merupakan graduan MBBS dari UiTM (2017) dan terkenal dengan pendekatan teliti dalam merawat pesakit. Dr. Ali memberi tumpuan kepada rawatan sakit lutut, khususnya yang berkaitan dengan kecederaan sukan seperti larian, memanfaatkan pengalaman perubatan dan minatnya dalam sukan untuk merancang rawatan yang berkesan. Dengan pendekatan berhati-hati dan terperinci, Dr. Ali membantu pesakit mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi pergerakan agar mereka dapat menjalani kehidupan lebih aktif dan selesa.
Dr Amirul
Doktor
Dr. Amirul berpengalaman luas dalam merawat masalah sendi dan sakit lutut. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Perubatan (MO) Jabatan Ortopedik di Hospital Ampang dan aktif dalam prosedur pembedahan kecil serta penjagaan luka. Graduan MD dari UKRIDA Jakarta (2015), Dr. Amirul juga berkhidmat di Klinik Kesihatan Silabukan/Lahad Datu serta Hospital Ampang. Beliau sentiasa meningkatkan kemahiran melalui kursus seperti Basic Orthopedic Fixation (2024). Dengan kepakaran dan pengalaman, Dr. Amirul komited membantu pesakit mendapatkan kembali kebebasan bergerak tanpa kesakitan.
Dr Nazirul
Doktor
Dr. Nazirul ialah pegawai perubatan berpengalaman dalam penjagaan ortopedik, khususnya sakit lutut dan sistem muskuloskeletal. Latihan hospitalnya membentuk asas kukuh dalam penilaian sendi, pengurusan kes ortopedik, dan rawatan selamat serta berkesan. Beliau graduan perubatan RCSI & UCD Malaysia Campus (RUMC) dan pernah berkhidmat di Hospital Sultan Ismail serta Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Pengalaman sebagai locum di Klinik Primer Cherang, Klinik Kota Masai, dan Floating Medical Officer di Jabatan Ortopedik Hospital Sultan Ismail mengukuhkan kemahirannya dalam pemeriksaan lutut, rawatan bukan pembedahan, dan pemantauan pemulihan. Dr. Nazirul juga pernak melibatkan diri dalam Malaysia Orthopaedic Association (MOA) 25th Annual Conference. Pendekatannya menekankan diagnosis tepat, rawatan berperingkat, dan keselesaan pesakit untuk pemulihan optimum.
Dr Sharil
Doktor
Dr. Sharil merupakan graduan Ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Selepas tamat pengajian, beliau menjalani latihan House Officer (HO) dan seterusnya berkhidmat sebagai Medical Officer (MO) di Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom, Kluang, di mana beliau memperoleh pengalaman luas dalam pengurusan pesakit dengan masalah muskuloskeletal dan rawatan pembedahan kecil. Sepanjang bertugas, beliau dikenali sebagai doktor yang teliti dan tenang, terutama dalam mengendalikan kes yang melibatkan kesakitan sendi dan pemulihan fungsi lutut, kemahiran yang kini menjadi kelebihannya dalam rawatan sakit lutut moden. Pada tahun 2022, Dr. Sharil menerima Anugerah Pekerja Cemerlang sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan mutu kerja beliau yang konsisten. Beliau kemudian menyertai Poliklinik Nur Fatimah, Kota Tinggi (2023–2024) sebagai Doktor Residen, sebelum menyertai pasukan perubatan di Klinik Tuah. Kini, Dr. Sharil aktif menangani masalah sakit lutut, termasuk kes berkaitan kecederaan, kesakitan kronik, dan masalah degeneratif. Dengan pendekatan yang teliti, berhati-hati, dan berfokus pada pengurusan kesakitan sendi, beliau membantu pesakit mengurangkan kesakitan, memulihkan fungsi lutut, dan kembali menjalani kehidupan aktif dengan selesa.
Harga Rakyat Dari Rakyat
Dengan mengekalkan harga mampu milik pada semua orang untuk memberi suatu kualiti serta produk yang premium dan bertaraf dunia , kami sasarkan lebih banyak yang dapat manfaat dari servis perkhidmatan kami.
Rawatan Genicular Nerve Block
MYR
- Pemeriksaan & Imbasan Ultrasound
- Prosedur Suntikan G-Block
- Suntikan Anti- Radang
- Kelegaan Segera dan Terus
Konsultasi, Pemeriksaan & Ultrasound
MYR
- Pemeriksaan & Imbasan Ultrasound
- Konsultasi Profesional & Teliti
- Ketahui tahap kerosakan dengan jelas
- Prosedur tidak invasif
Soalan Lazim
Apa sebenarnya Genicular Nerve Block (G-Block)?
Bagaimana Ia Berbeza Dengan Rawatan Lain?
Bagaimana Nak Tahu Saya Layak Atau Tidak?
Berapa lama kesan G-Block bertahan?
Adakah prosedur G-Block menyakitkan?
Bius setempat akan digunakan sebelum ubat G-Block disuntik untuk mengawal rasa sakit. Pesakit mungkin akan merasa sedikit tidak selesa semasa prosedur.
Adakah G-Block selamat?
Bilakah saya boleh kembali beraktiviti seperti biasa selepas G-Block?
Adakah G-Block menyembuhkan OA sepenuhnya?
Hidup Bebas Sakit Lutut
bersedia melangkah lebih YAKIN
Mari bersama kami menghilangkan sakit lutut kronik anda.
Iltizam kami untuk merawat lutut dengan memberikan rawatan terbaik bergantung pada setiap individu dengan kos yang berpatutan dan marhaen.
Kami mengerti keperitan sakit lutut dan kesusahan mahu bergerak dan berjalan.
Kami juga tahu ketakutan & kerisauan apabila ada doktor yang dah suruh operate tukar lutut, mahupun kegusaran tentang rawatan.
Jangan risau.
Temui kami untuk merasai sendiri kelainan dalam kepelbagaian pilihan rawatan kami.
Ramai dah buang tongkat mereka,
Mungkin kali ini giliran anda atau ibubapa anda pula.
Tempah temujanji anda secara online dengan tekan butang “PILIH SLOT TEMUJANJI” dibawah untuk memilih sendiri waktu appointment.
*Anda juga boleh Walk-In , tapi kami menggalakkan temujanji untuk mengelakkan menunggu lama (keutamaan akan diberi kepada kes temujanji) & memastikan operasi berjalan lancar
Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp dan Call boleh menghubungi nombor dibawah.
Cawangan Klinik Tuah
Klinik Tuah Cheras
KLINIK TUAH CHERAS
G-02, Jalan Sri Permaisuri,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
☎ +601169392454
✉ [email protected]
Klinik Tuah Shah Alam
KLINIK TUAH SHAH ALAM
9, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
☎ +60143242974
✉ [email protected]
Klinik Tuah Kuantan
KLINIK TUAH KUANTAN
3, Jalan Putra Square 4,
Putra Square,
25200 Kuantan, Pahang
☎ +60199087813
✉ [email protected]
Klinik Tuah Johor Bahru
KLINIK TUAH JOHOR BAHRU
38, Jln Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim
☎ +601139142280
✉ [email protected]
Klinik Tuah Bangi
KLINIK TUAH BANGI
G-43, Taman Seri Bangi, Jalan 8/35,
Seksyen 8 Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor
☎ +601162661589
✉ [email protected]
Klinik Tuah Damansara
KLINIK TUAH DAMANSARA
T47-G, The Strand, Jalan PJU 5/21,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
☎ +601163232454
✉ [email protected]
Pilih Slot Temujanji Anda Sekarang
(Sepantas 15 Saat)









