“Kadang hanya duduk dan menahan sakit lutut sudah cukup untuk mengalirkan air mata”
Kandungan
Pengenalan
Dulu, pesakit terpaksa bertahan dengan sakit lutut yang berpanjangan, atau hanya ada pilihan pembedahan tukar sendi untuk mencari kelegaan. Ada yang takut, ada yang tidak layak, dan ada yang hanya menahan sakit demi aktiviti harian.
Kini, ilmu perubatan moden membuka peluang baru. Rawatan lutut bukan invasif seperti suntikan gel lutut boleh melincirkan sendi dan memudahkan pergerakan, G-Block menyekat isyarat sakit daripada saraf lutut, dan RFA memberikan kelegaan jangka panjang.
Namun, bagaimana ketiga-tiga rawatan lutut bukan invasif ini berbeza? Dan siapa yang sesuai untuk setiap rawatan? Dalam artikel ini, kita akan membandingkan Gel Lutut, G-Block, dan RFA supaya anda boleh membuat pilihan yang paling sesuai untuk lutut anda, dan kembali bergerak dengan lebih selesa.
3 Kaedah Rawatan Lutut Bukan Invasif
Apa Itu Suntikan Gel Lutut?
Suntikan gel lutut sebenarnya rawatan lutut bukan invasif di mana hyaluronic acid disuntik ke ruang sendi untuk memperbaiki struktur dalaman sendi. Hyaluronic acid merupakan salah satu komponen utama cecair sinovial dalam ruang sendi yang melindungi tulang rawan. Hyaluronic acid berfungsi sebagai penyerap hentakan dan pelincir memudahkan tulang rawan bergerak dan tidak bergeser antara satu sama lain.
Osteoarthritis menyebabkan cecair sinovial kepekatan cecair synovial semakin berkurang, dan menyebabkan tulang rawan kehilangan perlindungan dan meningkatkan geseran antara permukaan sendi.
Apabila gel hyaluronic acid disuntik, ia memulihkan kelikatan cecair sinovial, mengurangkan tekanan pada permukaan tulang rawan dan memperbaiki mekanisme pergerakan sendi, memudahkan anda berjalan tanpa rasa sakit
Gel hyaluronic acid juga mempunyai kesan anti-radang yang menambah perlindungan dengan mengurangkan aktiviti bahan kimia yang mencetuskan keradangan dalam sendi, sekali gus membantu mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi lutut.
Apa Itu Genicular Nerve Block / GNB (G-Block)?
Lutut terdiri daripada struktur yang kompleks dan menerima bekalan saraf daripada paha dan kaki melalui cabang-cabang kecil saraf yang dipanggil saraf genikular. Saraf genikular berfungsi memberi deria rasa pada lutut dan menghantar isyarat kesakitan dari lutut ke otak.
Dalam kes sakit lutut kronik akibat osteoarthritis, saraf-saraf ini lebih sensitif dalam memberi signal kesakitan ke otak. Itulah sebabnya pesakit osteoarthritis lebih kerap dan cenderung merasa sakit lutut yang melampau, terutama apabila bergerak.
Genicular nerve block atau GNB (G-Block) diperkenalkan sebagai rawtan lutut bukan invasif untuk mengurangkan kesakitan dengan menyekat penghantaran isyarat sakit daripada lutut ke otak melalui saraf genikular.
G-Block mensasarkan saraf deria tanpa mengubah struktur sendi lutut.Melalui rawatan moden ini juga, pakar ortopedik dapat mengenal pasti saraf punca sakit dan mengurangkan penghantaran isyarat sakit ke otak.
Prosedur G-block dilakukan berpandukan pengimejan ultrasound atau fluoroskopi. Jarum akan disuntik pada saraf genikular yang terlibat. Setelah doktor memastikan lokasi yang tepat, cecair ubat, atau bius, atau steroid akan disuntik pada saraf tersebut. Pesakit dapat merasa perbezaan sejurus selepas prosedur, dan berpanjangan walaupun selepas kesan ubat bius hilang.
Melalui G-Block, pesakit bukan sahaja dapat menikmati kelegaan sakit lutut yang berpanjangan, malah fungsi lutut juga meningkat, dan pesakit boleh bergerak dengan lebih selesa.
Apa itu Radiofrequency Ablation (RFA)?
Radiofrequency Ablation ialah satu lagi rawatan lutut bukan invasif yang merawat sakit lutut dengan mensasarkan saraf-saraf genikular.
RFA lazimnya menjadi rawatan susulan selepas G-Block, dan juga sebagai rawatan alternatif pembedahan tukar sendi lutut.
Berbeza dengan G-block, RFA mengganggu saraf genikular daripada menghantar isyarat ke otak menggunakan haba terkawal. Tenaga radiofrekuensi menyalurkan haba ini mengakibatkan perubahan fungsi pada saraf (lesion). Perubahan ini mengurangkan penghantaran isyarat sakit sampai ke otak. Hasilnya, sakit lutut mereka berkurang, dan fungsi pergerakan mereka meningkat.
Apakah Perbezaan Suntikan Gel Lutut, G-Block dan RFA?
|
Rawatan Lutut Bukan Invasif |
Suntikan Gel Lutut |
G-Block |
RFA |
|
Bagaimana Rawatan Berfungsi |
Menyuntik cecair hyaluronic acid yang bertindak sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran antara tulang |
Menyuntik ubat / steroid ke saraf kesakitan untuk menyekat isyarat kesakitan dihantar ke otak |
Menggunakan tenaga radiofrekuensi untuk memanaskan dan menyekat saraf daripada menghantar isyarat sakit ke otak |
|
Jangka Masa Keberkesanan |
Selepas beberapa jam sehingga 3 minggu |
Segera |
Segera |
|
Tempoh Keberkesanan |
Memberi kelegaan selama 6 hingga 12 bulan |
Kebiasaannya 3 bulan, namun boleh berpanjangan hingga 15 minggu |
6–12 bulan atau lebih, bergantung kepada pesakit |
|
Tahap Sakit Lutut yang Sesuai |
Tahap awal hingga sederhana (1-2) |
Tahap sederhana – Akhir (2-4) |
Tahap akhir (4) |
|
Keperluan Ulangan |
Biasanya perlu diulang selepas beberapa bulan |
Boleh diulang mengikut keperluan atau ujian diagnostik |
Biasanya tidak perlu diulang dalam jangka pendek; boleh diulang selepas kesan berkurang |
|
Jenis Bius |
Bius Setempat |
Bius Setempat |
Bius Setempat, kadangkala sedatif ringan juga diberikan |
|
Kesan Sampingan Utama |
Sakit ringan di tapak suntikan, bengkak sementara |
Sakit sementara, bengkak pada kawasan suntikan, jangkitan (kes jarang berlaku) |
Sakit sementara, kebas di kawasan saraf, risiko keradangan |
|
Kos |
RM 500- RM 7000 mengikut jenis gel |
RM500 – RM 1500 |
RM 3000 – RM 15,000 |
Rawatan Lutut Bukan Invasif Mana Yang Sesuai untuk Saya?
Pilih suntikan gel lutut jika:
- Anda mempunyai osteoarthritis tahap awal hingga sederhana.
- Rawatan konservatif seperti ubat-ubatan, perubahan gaya hidup dan fisioterapi tidak berkesan.
- Anda tidak layak atau tidak mahu pembedahan tukar sendi lutut.
- Anda adalah individu yang aktif atau warga emas yang ingin kekalkan keupayaan mobiliti.
- Anda adalah atlet sukan yang banyak menggunakan sendi lutut seperti berlari, berbasikal atau melompat.
- Anda inginkan rawatan intervensi awal untuk tulang rawan anda daripada sakit degeneratif.
Pilih G-Block Jika:
- Anda menderita sakit lutut osteoarthritis tahap sederhana hingga akhir.
- Anda tidak layak atau tidak mahukan pembedahan tukar sendi lutut.
- Rawatan konservatif awal seperti ubat-ubatan, terapi fizikal dan perubahan gaya hidup tidak berjaya selepas 3 bulan.
- Anda masih mengalami sakit lutut selepas pembedahan tukar sendi lutut dan ingin mengurangkan kesakitan.
Pilih RFA jika:
- Anda menderita sakit lutut osteoarthritis tahap akhir.
- Anda tidak layak atau tidak mahukan pembedahan tukar sendi lutut.
- Anda telah mendapatkan rawatan G-Block, kesakitan lutut berkurang, dan anda ingin mengekalkan kelegaan itu lebih lama.
- Anda masih mengalami sakit lutut selepas pembedahan tukar sendi lutut dan ingin mengurangkan kesakitan.
- Anda mengalami sakit lutut yang jelas berpunca daripada saraf genikular, seperti yang dikenalpasti melalui GNB.
Dapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor pakar dan berpengalaman untuk mengetahui rawatan mana yang sesuai untuk sakit lutut anda.
Di Mana Saya Boleh Mendapatkan Rawatan Lutut Bukan Invasif?
Di Malaysia, terdapat pelbagai klinik dan hospital yang menawarkan rawatan suntikan gel lutut, termasuk jenis monolink dan double-crossed link, mengikut bajet dan keadaan lutut anda.Rawatan G-Block dan RFA pula semakin popular, dengan beberapa klinik yang menyediakan prosedur ini.
Klinik Tuah juga menawarkan rawatan lutut bukan invasif untuk membantu mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi lutut. Doktor akan menilai keadaan anda dan mencadangkan rawatan yang paling sesuai.Untuk prosedur RFA, setiap rawatan dijalankan oleh doktor pakar perubatan sukan bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan maksimum.
Penutup
Sakit lutut tidak lagi bermaksud anda perlu menahan atau terus bergantung pada pembedahan besar. Dengan pilihan rawatan moden seperti suntikan gel lutut, G-Block, dan RFA, anda boleh mencari kelegaan yang sesuai mengikut tahap sakit dan keperluan sendi.
Dapatkan nasihat doktor pakar untuk memilih rawatan terbaik dan kembali bergerak dengan lebih selesa setiap hari.
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

5 Klinik & Hospital yang Menawarkan Rawatan RFA dan GNB Lutut Di Kuala Lumpur & Selangor
Oleh Dr Hareez Noorman Ringkasan Rawatan RFA dan GNB di KL dan Selangor semakin menjadi pilihan pesakit osteoarthritis lutut tahap 3–4 yang tidak mahu atau tidak sesuai menjalani pembedahan TKR.







