Where Pain Meets Relief

Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap)

Lutut adalah sendi yang paling KUAT BERKERJA !

Kandungan

Pendahuluan

Cuba bayangkan dalam kehidupan seharian, dari mula anda celik mata dan bangun dari tidur, sehingga anda baring ke katil semula untuk tidur kembali, bila masa kah anda tidak menggunakan lutut anda ? Tiada bukan?

Anda bangun ,berjalan, turun tangga, berdiri , duduk atas tandas , melangkah naik ke dalam kereta- semuanya menggunakan sendi lutut . Pergerakan lutut yang kerap ini lah yang mempercepatkan proses kehancuran lutut.

Maka tidak hairanlah kenapa selalu sakit lutut dan bukan sendi yang lain.

ringkasan tentang panduan lengkap sakit lutut

Sakit Lutut di Malaysia

Di Malaysia , dianggarkan seramai 30.8% orang yang berumur 55 tahun dan keatas mengalami masalah sakit lutut menurut kajian yang dilakukan pada 2019.

Sebagai perbandingan , negara asia yang lain mencatatkan peratusan antara 11%-56%. Jepun 33% [19], Korea 38% [20] dan akhir sekali Vietnam 61%

Di dalam negara, statistik berdasarkan bangsa menunjukkan peratusan sakit lutut paling tinggi di kalangan bangsa melayu iaitu sebanyak 43.4% , diikuti oleh bangsa india 31.9% dan cina 24.8%.

Peratusan Sakit Lutut dikalangan orang berumur dikalangan negara asia.

Vietnam 

61%

Korea

38%

Jepun

33%

Malaysia

30.8%

Peratusan Sakit Lutut Berdasarkan Populasi Kaum di Malaysia

Melayu

43.4%

India

31.9%

Cina

24.8%

Perbezaan ini mungkin disebabkan perbezaan budaya, ketahanan kepada kesakitan, faktor genetik, gaya hidup serta persekitaran . Sebuah kajian kohort pernah dibuat untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas di beijing menunjukkan golongan yang selalu mencangkung lebih 3 jam sehari ketika mereka berumur 25 tahun mempunyai risiko 2 kali ganda untuk mendapat penyakit lutut osteoarthritis berbanding mereka yang mencangkung kurang 30 minit setiap hari

Sumber : Zhang Y, Xu L, Nevitt MC, Aliabadi P, Yu W, Qin M, et al. Comparison of the prevalence of knee osteoarthritis between the elderly Chinese population in Beijing and whites in the United States: The Beijing Osteoarthritis Study. Arthritis Rheum. 2001

Menurut kajian , kaum melayu tertinggi dari segi peratusan yang mendapat sakit lutut mungkin disebabkan faktor genetik ,pekerjaan dan gaya hidup. Gaya hidup yang lebih lasak, pekerjaan yang lebih fizikal dan budaya selalu duduk bersila mungkin menyumbang kepada peningkatan peratusan ini kerana faktor tersebut banyak memberi stres dan tekanan pada lutut dan dapat memberi impak negatif terhadap lutut dalam masa yang panjang. Tambahan lagi , peningkatan penyakit metabolik dalam kalangan orang melayu seperti obesiti , kencing manis memang akan meningkatkan risiko mendapat sakit lutut osteoarthrtis.

Anatomi Lutut

anatomi lutut

Secara asasnya, lutut kita terbahagi kepada beberapa bahagian;

  • Tibia. Ini merupakan tulang keting bahagian bawah, dan merupakan tulang paling besar.
  • Femur. Ini adalah tulang peha yang besar dan kuat
  • Patella. Ini adalah tulang kepala lutut.

Setiap hujung tulang ini dilitupi dengan lapisan rawan yang menyerap kejutan dan melindungi lutut. Pada asasnya, lutut ialah 2 tulang kaki panjang yang disatukan oleh otot, ligamen, dan tendon.

Secara asasnya, terdapat 2 kumpulan otot yang terlibat dalam lutut, iaitu otot quadriceps ( otot yang terletak di paha bahagian depan ), berfungsi untuk meluruskan kaki, dan juga otot hamstring (terletak di bahagian belakang paha), yang berfungsi untuk membengkokkan kaki di bahagian lutut.

Tendon adalah tisu kuat yang menghubungkan otot ke tulang. Ligamen pula adalah jalur elastik tisu yang menghubungkan antara struktur tulang ke tulang. 

Sesetengah ligamen pada lutut berfungsi untuk memberi kestabilan dan perlindungan pada sendi, manakala ligamen lain berfungsi untuk mengehadkan pergerakan dari depan ke belakang tul

Simptom Sakit Lutut Paling Kerap

  • Sakit lutut yang semakin teruk apabila melakukan aktiviti naik tangga, berjalan jauh dan berlari.
  • Rasa lutut berbunyi atau lutut meletup ketika naik tangga.
  • Rasa tulang antara lutut bergesel antara satu sama lain.
  • Lutut bengkak , di dalam lutut berkumpul air radang atau dikenali sebagai knee effusion.
  • Lutut terasa panas apabila berjalan jauh.
  • Apabila rehat atau duduk sebentar, sakit lutut berkurang.
  • Sakit lutut yang kronik iaitu lebih 3 bulan dan bertambah teruk hari demi hari.
  • Lutut longgar dan terasa membuang ketika berjalan
  • Susah untuk melipat lutut dan sukar untuk solat sempurna

Punca Sakit Lutut Paling Biasa Terjadi

Punca sakit lutut ini secara teorinya boleh dibahagikan kepada beberapa faktor;

  • Faktor Penuaan / Umur/ Degenerasi
  • Faktor Trauma
  • Faktor Autoimunisasi
  • Faktor Jangkitan

 

Faktor degenerasi adalah paling biasa (common). Jika anda berumur 40 tahun keatas dan mengalami sakit lutut, berkemungkinan tinggi lutut anda sedang mengalami proses degenerasi.

Faktor Sakit Lutut
Jenis Sakit Lutut
Usia / Penuaan / Degenerasi
-Osteoarthritis
-Baker Cyst
Trauma / Kecederaan
-Ligamen koyak (ACL, PCL, MCL)
-Kartilej/ Meniscus koyak
-Bursitis & Tendinitis
- Iliotibial Band Syndrome
- Patellofemoral syndrome
- Lutut Terseliuh
Autoimun
-Rheumatoid Arthritis
-Systemic lupus erythematosus
Jangkitan
-Septic Arthritis
- Osteomyelitis

Faktor Penuaan

1 . Lutut Osteoarthritis

warga emas berisiko sakit lutut osteoarthritis

Apakah itu Osteoartritis Lutut?

Osteoarthritis adalah sakit sendi yang paling kerap ditemui. Ianya disebabkan kerosakan dan degenerasi rawan dan tulang pada sendi. Ia menyebabkan kesakitan dan bengkak pada sendi-sendi utama.

Rawan sendi ini bertindak untuk menyerap hentakan serta melincirkan pergerakan antara dua permukaan sendi.

Kerosakan yang berlaku dalam lutut osteoarthritis adalah seperti berikut;

  • Sendi yang merapat.
  • Gel lutut ( synovial fluid) yang haus.
  • Pertumbuhan tulang baru ( bone spurs).
  • Rosaknya cartilage.

Risiko Sakit Lutut Osteoarthritis

Jika anda mempunyai risiko dibawah , besar kemungkinan anda mengalami atau bakal mengalami sakit lutut osteoarthritis.

  • Berat badan berlebihan.
  • Umur lebih 50 tahun.
  • Masalah kesihatan seperti gout dan rheumatoid arthritis.
  • Mempunyai sejarah kecederaan lutut.
  • Kerap melakukan aktiviti berimpak tinggi.
  • Faktor genetik.

Rawatan Lutut Osteoarthritis

Bolehkah kita kembali mendapat lutut seperti lutut zaman muda dahulu? Zaman di mana kita boleh melompat dari atas bumbung sampai ke tanah tanpa merasai kesakitan lutut.
Adakah mesti kena bedah lutut untuk diganti dengan besi titanum seperti seorang robot?
Ini merupakan persoalan yang paling kerap ditanya oleh orang kebanyakan yang mengalami sakit lutut ini.

Untuk ketahui lanjut tekan link ini : Lutut Osteoarthritis 

Faktor Trauma

1. Kecederaan Sukan ( Meniscus & Ligamen)

Satu perkataan yang paling ditakuti oleh mana-mana ahli sukan ataupun atlet adalah “ACL injury” atau nama penuhnya Anterior Cruciate Ligament Injury . Kecederaan pada ACL ini adalah seperti hukuman gantung pada atlet.

Ramai atlet yang gagal mencapai tahap prestasi yang sebenar setelah menghadapi kecederaan ACL ini walaupun telah melakukan pembedahan penstrukturan semula ACL (ACL reconstruction) .

4 Kecederaan Paling Biasa Ketika Bersukan

Didalam kecederaan sukan , Antara kecederaan yang paling common adalah;

  • Kecederaan Anterior Cruciate Ligamen (ACL Injury)
  • Kecederaan Posterior Cruciate Ligament ( PCL Injury)
  • Kecederaan Meniscus ( Meniscus Injury)
  • Kecederaan Kartilej ( Cartilage Injury)
grafik ACl koyak yang menyebabkan sakit lutut

Simptom Kecederaan  Ligamen & Meniscus 

  • Bunyi “POP” pada lutut seakan meletup ketika bermain sukan
  • Selalunya ada terjahan dan hentakan pada lulut oleh pemain lawan
  • lutut bengkak dan sukar untuk berjalan tanpa pertolongan
  • Lutut seakan ” lari” atau “memberi” ketika berjalan atau lutut tidak ikut arahan pergerakan
  • Kadangkala, lutut terkunci ketika berjalan, perlu mengambil masa untuk lutut boleh bengkok kembali.

Apakah itu ACL , PCL , Meniscus?

Ligamen ialah tisu elastik yang menyambung dan menstabilkan sendi dan tulang . Ligamen di lutut menghubungkan tulang peha (femur) dan tulang kering (tibia).

Terdapat empat ligamen utama lutut. Ligamen anterior cruciate (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL) bersilang untuk membentuk bentuk “X” di dalam lutut. Dan kedua-dua ligamen ini bekerjasama untuk memberikan kestabilan tambahan. Manakala ligamen medial (MCL) menyokong bahagian dalam lutut.

Walaupun ligamen ini kuat dan dibina untuk menyokong kita semasa kita bergerak, ligamen boleh tercedera atau terputus disebabkan gerakan berputar secara tiba-tiba, berhenti secara mengejut, melompat atau hentakan terus ke lutut. 

Walaupun atlet mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kecederaan ligamen lutut, ia boleh berlaku pada semua peringkat umur tidak mengira aktiviti.

4 ligamen lutut yang boleh menyebabkan sakit lutut sekiranya tercedera
Rawatan Lutut Akibat Kecederaan Sukan

Rawatan Lutut Sports Injury bergantung pada tahap kecederaan , koyakan pada ligamen dan meniscus .
Jika tahap kecederaan ligamen dan meniscus pada tahap minimum dan tidak menyebabkan kerja seharian terganggu, rawatan kurang invasif seperti supplemen , suntikan lutut dan fisioterapi dapat membantu mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan kesakitan.

Namun jika tahap kecederaan adalah pada tahap yang teruk dan ligamen serta meniscus telah putus dengan sempurna, keadaan ini menyebabkan simptom yang lebih serius seperti lutut kerap terkunci, sakit lutut yang teruk ketika berjalan jauh serta lutut sering terasa seperti membuang. 

Dalam keadaan ini, selalunya doktor akan mengesyorkan pembedahan untuk reconstruct / membina semula ligamen/ cartilage yang terputus.

2. Tendonitis & Bursitis

Tendonitis dan Bursitis adalah radang yang berlaku pada tisu lembut berhampiran sendi. Namun, ia bukanlah radang sendi (arthritis), sebaliknya tendonitis ialah radang pada bahagian tendon manakala bursitis ialah radang pada bursa.

Tendon adalah tisu serat yang menghubungkan otot dengan tulang. Sifat tendon yang fleksibel dapat menampung ketegangan otot lutut dan menstabilkan tulang lutut dan otot ketika melakukan pergerakan.

Bursa pula ialah kantung kecil yang berisi cecair di sekitar sendi lutut. Fungsi bursa adalah sebagai pelincir yang mengurangkan geseran dan memberi efek “cushion” antara tulang dan tendon di sekitar lutut.

Tendonitis dan bursitis ini terjadi apabila tendon atau bursa terasa rengsa / iritasi dan luka oleh kerana beberapa faktor seperti gerakan berulang atau lebihan tekanan dikenakan, cedera atau trauma, dan masalah arthritis yang sedia ada.

bursitis yang menyebabkan sakit lutut

Simptom Tendonitis dan Bursitis

Rasa perih dan pedih pada tendon (semasa digunakan), dan sendi saat ditekan atau digerakkan.

Kawasan sekitar membengkak akibat radang.

Individu sukar untuk menggerakkan lutut dengan bebas tanpa rasa perih dan sakit.

Otot sekitar sendi lutut menjadi lemah.

Lutut boleh menjadi kaku dan keras terutama apabila direhatkan dalam waktu yang lama (seperti ketika tidur).

3. Lutut Terseliuh

Ligamen atau otot lutut terseliuh seringkali disebabkan oleh hentakan pada lutut atau lutut secara tiba-tiba terpusing. Ini menyebabkan ligamen telebih regang dan koyak. Kebiasaannya, lutut terseliuh terjadi kerana tiada pemanasan badan sebelum bersukan atau jatuh.

Simptom Lutut Terseliuh

    • Sakit di bahagian lutut. Sakit ini mungkin bertambah semasa lutut digerakkan atau digunakan.
    • Lutut bengkak dan terasa sukar untuk berjalan.
    • Pergerakan yang terbatas.

    Faktor Autoimun

    1. Rheumatoid Arthritis

    Rheumatoid arthritis (RA) adalah keradangan pada sendi dan berlaku apabila sistem imun tidak berfungsi dengan betul dan menyerang lapisan sendi, dipanggil sinovium. 

    Penyakit ini biasanya berlaku pada tangan, lutut atau buku lali, dan biasanya sendi yang sama pada kedua-dua belah badan, seperti kedua-dua tangan atau kedua-dua lutut. 

    Tetapi kadangkala Rhemumatoid Disease juga boleh menyebabkan masalah pada bahagian badan yang lain seperti mata, jantung paru-paru dan sistem peredaran darah. Rhemumatoid Arthritis lebih banyak berlaku pada wanita berbanding lelaki.

    Risiko menghidap Rheumatoid Arthrtitis (RA)

    Rheumatoid Arthritis (RA) ini boleh menyerang sesiapa sahaja. Namun, terdapat golongan yang lebih berisiko untuk mendapat RA ini. Antaranya termasuklah;

    • Individu yang obes
    • Orang yang berumur
    • Golongan wanita
    • Perokok
    • Kanak-kanak yang terdedah pada asap rokok
    • Individu yang mempunyai genetik kelas II HLA

    Baca lebih lanjut tentang Rheumatoid Arthritis : Pengkhianatan Sistem Imun Badan keatas Sendi Sendiri.

    2. Gout

    Apakah itu Gout ? Gout ataupun dipanggil sebagai Gouty Arthritis adalah keadaan sendi yang membengkak dan meradang akibat pengumpulan asid urik yang banyak. Ia merupakan salah satu “metabolic disease” . Gouty Arthritis menyerang sendi-sendi di badan, kebiasaaannya pada ibu jari kaki , tumit dan juga lutut .

    Bagaimana Gout Boleh Menyebabkan Kesakitan?

    Gout berlaku apabila asid urik, iaitu sejenis bahan dalam badan terkumpul dan membentuk kristal berbentuk jarum di sendi . Kristal ini menyebabkan kesakitan, bengkak, kemerahan, dan kesakitan dalam pergerakan.

    Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang mempunyai paras asid urik yang tinggi menghidapi penyakit gout. Asid urik berasal daripada purine , sejenis protein yang terdapat dalam tisu badan dan banyak terkandung dalam makanan yang tertentu . Apabila purine dicerna , ia akan menjadi asid urik.

    Lazimnya, asid urik ini akan keluar daripada badan melalui air kencing. Walau bagaimanapun, apabila terlalu banyak dihasilkan atau kurang dibuang melalui kencing,asid urik ini akan terkumpul dalam darah anda dan kristal berbentuk jarum akan terhasil dan berkumpul di sendi , menyebabkan keradangan dan seterusnya menyebabkan sakit yang dahsyat dan juga bengkak.

    Simptom Lutut Gouty Arthritis

    • Bengkak pada sendi (lutut, ibu jari dan lain-lain) yang menyebabkan permukaan kulit berasa panas.
    • Lutut tak boleh digerakkan dengan bebas akibat sakit.
    • Selalunya jalan akan menjadi terhencot-hencot.
    • Sakit yang berterusan dan terasa mencucuk-cucuk.
    • Picitan dan tekanan pada tempat sakit akan menyebabkan sakit menjadi lebih teruk.

    Rawatan Lutut Gouty Arthritis

    • Boleh tuam dengan ais untuk mengurangkan keradangan.
    • Ubat tahan sakit NSAID – untuk meredakan kesakitan.
    • Selalunya doktor akan memberi ubat Colchicine.
    • Untuk kes-kes yang teruk, Corticosteroid akan diberi kepada pesakit.
    • Banyakkan minum air kosong. Urine Alkanizer juga boleh membantu meredakan kesakitan.
    • Elakkan makan makanan yang penuh gluten, purine dan tinggi gula.
    • Untuk mengelakkan serangan di masa depan , Allopurinol boleh diambil untuk mengurangkan risiko serangan gout.

    Faktor Jangkitan

    1. Septic Arthritis : Jangkitan Kuman Dalam Lutut

    septic arthritis menyebabkan sakit lutut

    Septic arthritis ini ialah sejenis arthritis di mana kuman, bakteria atau virus menjangkiti sendi-sendi manusia. Ia boleh terjadi pada mana-mana sendi, tetapi lazimnya sendi yang diserang ialah sendi lutut dan sendi lutut. Golongan yang biasanya mendapat arthritis ini ialah bayi dan orang tua.

    Rawatan Sakit Lutut

    Rawatan Sakit Lutut sangat bergantung pada jenis kesakitan, tahap dan lokasi kerosakan dan beberapa faktor yang lain. Ada rawatan serta ubat ubatan untuk kelegaan yang cepat dan ada rawatan untuk jangka masa yang panjang . Secara amnya rawatan untuk mengurangkan sakit lutut adalah seperti dibawah.

    Rawatan & Ubatan
    Contoh
    R.I.C.E.S method
    Rest: Kurangkan gerakan dan banyakkan rehat
    Ice: Letak ais ditempat yang bengkak/ sakit.
    Compress: Balut dengan strap bandage tempat bengkak untuk membantu mengurangkan bengkak lutut
    Elevate: Boleh letak bantal dikaki untuk meninggikan lutut yang bengkak ketika tidur
    Support: Beri sokongan pada lutut ketika bergerak
    Ubat Traditional
    Halia, Bawang Putih, Kunyit, Timun
    Ubat Tahan Sakit
    Paracetamol, NSAIDS ( Ibuprofen, Diclofenac)
    Supplemen Lutut
    Glucosamine, Chondroitin, MSM, Omega 3 Oil, Type 2 Collagen
    Suntikan Lutut
    Tambah gel lutut viscosupplemen, Injection anti radang, Hyaluronic Acid
    Rawatan Membaik Pulih
    Rawatan ibu sel, cytokine, Plasma
    Rawatan Sokongan
    soft laser therapy, ESWL, magnetic therapy, heat therapy, physiotherapy
    Rawatan Buang Air Radang
    Knee Aspiration
    Pembedahan
    Total Knee Replacement, Synovectomy, Ligament Repair
    kaedah RICE boleh merawat sakit lutut ringan

    Baca Lebih Lanjut Tentang Supplemen Sakit Lutut Di Sini 

    Akhir Kata

    Terdapat banyak faktor yang menyebabkan sakit lutut ini. Sakit ini juga boleh menyerang sesiapa sahaja, tidak mengenal faktor usia dan jantina. Sakit lutut juga dapat memberi kesan dan menjejaskan kualiti hidup seseorang, terutama sekiranya langkah pencegahan tidak diambil dari awal. Jangan biarkan sakit lutut menghalang anda daripada kehidupan aktif dan lebih selesa.

    Sekiranya terdapat tanda-tanda awal sakit lutut atau sakit yang berpanjangan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan diagonis dan rawatan yang sesuai. Dengan mengenal pasti punca, rawatan perubatan dan langkah pencegahan yang sesuai seperti senaman, lutut anda akan lebih sihat dan kuat untuk menampung hari-hari anda.

    MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

    Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

    Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

    Subscribe
    Notify of
    18 Comments
    Oldest
    Newest Most Voted
    Inline Feedbacks
    View all comments

    […] Baca lebih lanjut : Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap) […]

    […] You Can Also Read This Article in Bahasa Malaysia Here […]

    […] Baca Panduan Lengkap tentang Sakit Lutut Anda di Sini  […]

    […] Dapatkan Maklumat Lengkap Tentang Sakit Lutut, Termasuk Kuiz Untuk Tahu Tentang Sakit Lutut Anda Panduan Lengkap Sakit Lutut […]

    […] Dapatkan maklumat lengkap mengenai sakit lutut termasuk punca, simptom dan rawatannya di sini […]

    […] Dapatkan Panduan Lengkap Tentang Sakit Lutut Di Sini […]

    […] Atau dapatkan panduan lengkap tentang sakit lutut hanya melalui satu pautan di sini […]

    […] Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap) […]

    […] Dapatkan maklumat lengkap tentang sakit lutut anda di pautan ini – Sakit Lutut 101 […]

    […] Dapatkan panduan lengkap sakit lutut 101 di sini […]

    […] Dapatkan panduan lengkap tentang sakit lutut di sini  […]

    […] Ketahui Panduan Lengkap tentang Sakit Lutut Anda di Pautan Ini […]

    […] Baca Lebih Teliti Semua Tentang Sakit Lutut: Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap) […]

    […] Baca Lebih Teliti Semua Tentang Sakit Lutut: Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap) […]

    […] Baca Lebih lanjut : Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap) […]

    […] Baca lebih lanjut : Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap) […]

    […] Ketahui serba-serbi tentang sakit lutut anda di sini  […]

    […] Baca Semua Tentang Sakit Lutut Di Sini […]

    Dr Hareez Noorman

    Dr Hareez Noorman

    Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, Bangalore and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.

    Jom baca lagi..

    Tuah Warisan Tradisi- Program Sunathon 2.0 Klinik Tuah

    Cheras, 18 Februari 2023— Susulan kejayaan program Sunathon 1.0, Klinik Tuah dengan bangganya menganjurkan acara Sunathon 2.0. Acara ini adalah sebahagian daripada usaha Klinik Tuah untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat dengan menawarkan perkhidmatan...

    Share:

    More Posts

    Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

    Kami Sentiasa Disini

    Ada Sentiasa Untuk Membantu

    Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

    Buat Temujanji Melalui Online

    Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

    Loading...