A World Without Pain

Lutut Terseliuh? Ketahui Punca, Tanda dan Rawatan Yang Tepat

Oleh: Dr Hareez Noorman 

Dikemaskini pada 13 Mei 2026

Ringkasan Utama

Lutut terseliuh berlaku apabila ligamen lutut regang atau koyak akibat sukan, aktiviti fizikal, atau pergerakan mengejut. Simptom utama termasuk sakit, bengkak, dan lutut terasa longgar atau tidak stabil. Kecederaan dibahagikan kepada tiga gred: Gred 1 (regangan ringan), Gred 2 (koyakan separa), dan Gred 3 (koyakan penuh seperti ACL). Rawatan awal termasuk kaedah R.I.C.E (Rehat, Ice, Compression, Elevation), terapi sejuk/panas, rehabilitasi lutut, dan rawatan perubatan jika simptom berlarutan atau lutut hilang kestabilan.

Kandungan

Pendahuluan

“Aduh aduh, kaki terpelot!”

Biasa kita dengar keluhan ini, bukan sahaja daripada kawan-kawan kita, tetapi kita sendiri pun pernah tak tidur lena sebab terlampau sakit! Buku lali terseliuh ini bukanlah suatu benda yang “rare”. Ianya biasa terjadi terutama apabila kita melakukan aktiviti sukan seperti mendaki, berlari dan bola sepak.

Tapi bukan cuma buku lali yang boleh terseliuh, lutut pun tidak terkecuali daripada kesakitan yang satu ni! Dan ia merupakan kecederaan lutut yang lazim terjadi, dengan statistik sebanyak 42.1% mengalami lutut yang terseliuh.

Lutut terseliuh juga boleh disebabkan sukan atau salah pergerakan. Sesetengah juga keliru, lutut sakit ini adakah disebabkan oleh lutut terseliuh, otot lutut tegang atau masalah yang lebih serius?

Lutut terseliuh juga boleh jadi tanda koyakan ligamen atau meniscus yang serius.

Dalam artikel kali ini, kita akan mendalami punca lutut terseliuh, tanda-tanda serta rawatan untuk cepat sembuh.

Punca Lutut Terseliuh

Apabila anda terseliuh, biasanya lebih dari satu struktur lutut yang terlibat. Lutut anda boleh terseliuh apabila ligamen dalam sendi lutut anda terlebih regangan daripada had yang sepatutnya. 

Regangan ini boleh terjadi disebabkan berpusing secara tiba-tiba, hentakan, lutut terkehel atau terlalu banyak pergerakan.

Lutut terseliuh terjadi akibat;

  • Kecederaan sukan seperti bola sepak, tennis dan bola keranjang.
  • Kecederaan kembali berulang, biasanya disebabkan oleh tekanan berterusan pada lutut yang tercedera.
  • Melakukan aktiviti fizikal tanpa menggunakan kaedah atau alatan yang tepat.
  • Meningkatkan intensiti sukan secara tiba-tiba tanpa persediaan yang mencukupi.
  • Meletakkan tekanan berlebihan pada lutut tanpa masa rehat yang secukupnya.
  • Hentakan yang kuat pada lutut seperti jatuh, kemalangan, atau pertembungan ketika bersukan.
  • Lutut terpusing atau berputar secara tiba-tiba, terutama dalam sukan seperti bola keranjang, atau ski.
punca lutut terseliuh

Tanda Lutut Terseliuh

Sakit lutut anda akibat terseliuh boleh menandakan tahap kecederaan ligamen anda. Antara simptom biasa yang anda akan alami akibat lutut yang terseliuh termasuklah;  

  • Lutut terus sakit selepas tercedera
  • Sakit setiap kali bergerak
  • Lutut bengkak
  • Berjalan tempang atau lutut terasa longgar

Tahap kecederaan ligament pula boleh dibahagikan kepada tiga gred.

Gred 1: Ligamen anda mengalami koyakan mikroskopik (koyak sedikit) sahaja. Anda mungkin berasa sakit sedikit, kaku dan sedikit bengkak. Anda masih boleh berjalan dengan stabil dan sakit yang minimum. Namun, anda tidak mampu berlari atau melompat.

Gred 2: Terseliuh yang lebih serius tapi ligamen anda tidak koyak sepenuhnya. Anda mungkin akan merasa sakit lutut yang sederhana, bengkak dan pedih atau sengal apabila disentuh. Anda juga akan merasa sakit ketika berjalan, tapi pergerakan masih stabil walaupun perlahan.

Gred 3: Ligamen anda koyak sepenuhnya. Anda mengalami sakit yang melampau, bengkak yang ketara dan lutut anda mula tidak stabil ketika berjalan. Antara kecederaan ligamen yang biasa dikategorikan dalam gred 3 ialah kecederaan ACL yang serius.  

Baca lebih Lanjut Tentang Kecederaan ACL di pautan ini :Kecederaan ACL Masihkah Boleh Sembuh?

gred lutut terseliuh

Lutut Terseliuh Tapi Tak Bengkak?

Anda mungkin mengalami lutut terseliuh yang ringan (Gred 1). Ligamen anda mungkin meregang melebihi hadnya atau terkoyak sedikit, tapi masih belum mengganggu kestabilan sendi lutut anda.

Kebiasaannya, kecederaan lutut gred 1 ini boleh sembuh dengan sendirinya. Segera lakukan teknik R.I.C.E bagi melegakan sakit  dalam 72 jam pertama. Elakkan aktiviti berat dan ekstrem selama seminggu hingga dua minggu untuk lutut pulih sepenuhnya.

Anda juga boleh melakukan fisioterapi untuk menguatkan lagi lutut anda, tapi hanya setelah tiada lagi bengkak pada lutut anda.

rehat untuk lutut terseliuh tak bengkak

Lutut Terseliuh dan Bengkak! Adakah Berbahaya?

Lutut terseliuh dan bengkak juga menandakan kecederaan pada ligamen, dan mungkin lebih serius daripada terseliuh biasa.

Jika bengkak mula terbentuk 1-2 jam selepas kecederaan, berkemungkinan besar terdapat pendarahan dalam sendi. Dan sekiranya anda terdengar bunyi “pop” dalam lutut anda semasa cedera, ia mungkin menandakan kecederaan ACL.

Untuk 72 jam pertama, gunakan teknik R.I.C.E dan boleh ambil ubat tahan sakit untuk kurangkan bengkak.

Sekiranya bengkak tidak surut selepas beberapa hari, atau lutut anda sakit ketika mengangkat sebarang beban dan rasa tak stabil, segera berjumpa doktor untuk memastikan sekiranya ligamen anda terkoyak sepenuhnya (gred 3) atau anda mengalami kecederaan meniscus.

lutut terseliuh dan bengkak

Rawatan Lutut Terseliuh

Terdapat beberapa rawatan untuk lutut terseliuh, termasuk rawatan di rumah dan rawatan perubatan untuk kes yang lebih serius.

Rawatan di Rumah

1. R.I.C.E (48-72 jam pertama)

Kaedah Rest (Rehat), Ice (sejuk), Compression (balut), Elevation (angkat lutut) membantu untuk mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Tetapi, anda masih perlu melakukan beberapa rawatan yang mensasarkan pemulihan sepenuhnya.

Kurangkan pergerakan sekurang-kurangnya 5 hari untuk proses pemulihan ligamen, namun anda masih boleh berjalan seperti biasa. 

RICE untuk rawat lutut terseliuh

2. Rehabilitasi

Anda boleh melakukan rehabilitasi di rumah sejurus saja sakit berkurang. Latihan rehabilitasi mensasarkan kekuatan struktur lutut, melegakan bengkak dan sakit sendi serta mengembalikan mobiliti.

Menariknya, jika anda biarkan lutut anda “rehat” terlalu lama tanpa sebarang pergerakan, ia melambatkan proses pemulihan dan mungkin boleh menyebabkan lutut semakin bengkak.

Antara senaman rehabilitasi yang anda boleh lakukan termasuklah;

  • Straight Leg Raises
  • Heel Slides
  • Isometric Bridges

Mulakan senaman rehabilitasi hanya 2-3 hari selepas kecederaan dan sakit berkurang.

senaman leg raises untuk lutut terseliuh

3. Tongkat / Pendakap Lutut

Tongkat dan pendakap lutut berfungsi untuk menyokong kestabilan lutut anda semasa bergerak, dan mengurangkan risiko kecederaan lutut berulang kembali.

Malah, sesetengah pendakap lutut dapat menyokong anda dalam proses menguatkan struktur lutut melalui terapi fizikal dengan penambahan beban pada sendi.

Ketahui Pendakap Lutut yang Paling Sesuai Untuk Lutut Anda (Bahasa Inggeris) : Knee Braces 101

pendakap lutut rawatan lutut terseliuh

4. Ubat Tahan Sakit

Anda juga boleh mengambil ubat tahan sakit untuk melegakan sakit lutut akibat terseliuh. Anda boleh mengambil secara oral (makan) atau topical (sapu). Antara ubat yang boleh diambil ialah;

  • Acetaminophen seperti Paracetamol yang boleh menjadi alternatif untuk ubat bersifat NSAIDs
  • NSAIDs seperti ibuprofen atau Naproxen yang melegakan radang
  • Gel sapu seperi Diclofenac gel (Voren)

 

Rawatan Perubatan

Untuk kes lutut terseliuh yang melibatkan ligamen koyak terlalu teruk atau sepenuhnya, anda mungkin memerlukan pembedahan rekonstruksi ligamen, terutama jika lutut tidak mampu menampung sebarang beban atau hilang kestabilan.

Segera hubungi doktor anda sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti berikut;

  • Bengkak yang ketara pada lutut
  • Lutut terasa lemah
  • Lutut anda tidak boleh menanggung sebarang beban tanpa rasa sakit
  • Sakit lutut berterusan sehingga 2-3 minggu
pembedahan untuk lutut terseliuh koyak ACL

Terapi Panas atau Terapi Sejuk?

Anda boleh gunakan kedua- dua terapi panas atau sejuk untuk meredakan sakit lutut anda akibat terseliuh. Tetapi ia haruslah mengikut urutan yang betul.

Terapi Sejuk

Gunakan terapi sejuk (ice pack) untuk 48-72 jam pertama selepas kecederaan. Ais membantu melambatkan pengaliran darah, memberi sensasi kebas pada kawasan yang terjejas, dan mengurangkan bengkak dan keradangan.

Anda boleh menuam ice pack yang dibalut dengan kain yang nipis selama 15 hingga 20 minit. Anda juga boleh membasahkan tuala kecil, kemudian disimpan dalam peti sejuk beku dan dituam. Atau sekiranya anda mempunyai makanan sejuk beku seperti frozen berries, anda boleh menggunakan plastik beg tersebut sebagai alternatif.

Ulang langkah ini setiap 2 jam selama 2-3 hari.

terapi sejuk lutut terseliuh

Terapi Panas

Selepas 72 jam, anda boleh pula bertukar kepada terapi panas (heat pack). Heat pack membantu meningkatkan aliran darah pada kawasan tercedera, meningkatkan penghantaran oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk membaiki sel-sel yang rosak dan melegakan otot yang tegang.

Terapi panas boleh dilakukan beberapa kali sehari selama 10-15 minit. Anda juga boleh berendam dalam air panas sebagai ganti kepada heat pack.

terapi panas lutut terseliuh

Penutup

Lutut terseliuh kebiasaannya boleh pulih dengan rehat dan penjagaan yang sesuai. Namun, sekiranya sakit berpanjangan, bengkak tidak surut, atau pergerakan lutut menjadi terhad, pemeriksaan lanjut adalah disarankan bagi memastikan rawatan yang tepat dan pemulihan yang selamat.

Dapatkan panduan lengkap sakit lutut, termasuk penyakit degeneratif lutut : Sakit Lutut 101

FAQ

Bolehkah saya mengurut lutut yang terseliuh?

Tidak digalakkan pada peringkat awal kerana urutan boleh memburukkan bengkak dan kecederaan tisu. Urutan hanya sesuai selepas bengkak dan sakit berkurang, serta dilakukan oleh profesional.

Elakkan aktiviti berat, berlari, melompat, membengkokkan lutut secara berlebihan, dan memaksa lutut menampung berat badan.

X-ray diperlukan jika disyaki tulang retak. MRI pula disarankan jika sakit berpanjangan, bengkak teruk, atau disyaki kecederaan ligamen atau meniskus.

Boleh berjalan perlahan jika sakit ringan, tetapi jangan paksa diri anda. Gunakan sokongan seperti pendakap lutut atau tongkat jika perlu. Jika sakit bertambah, segera rehatkan lutut anda dari sebarang aktiviti.

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

Loading...
Search
Number Of Shops:
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda,
kami amat menghargai jika anda kongsikan kepada orang lain.

Facebook
WhatsApp

Jom baca lagi..

Jadi yang Terawal Tahu Promosi Ekslusif & Artikel Menarik Terkini dengan Melanggan Newsletter Kami Secara Percuma!

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...

Nak tak kami bagitahu jenis sakit lutut anda dengan tepat dalam 60 saat sahaja !

Jawap 7 Soalan ini  yang direka doktor orthopedik dari beberapa universiti untuk kenal pasti jenis sakit lutut sehingga 85% ketepatan.