Oleh Dr Hareez Noorman
Dikemaskini pada 8 Mei 2026
Jarang kita dengar penyakit lutut boleh bawa kematian. Jangkitan sendi Septic Arthritis boleh! Dianggarkan kadar peratusan kematian jangkitan sendi ini boleh mencecah setinggi 15% !
Kandungan
Apa itu Jangkitan sendi Septic Arthritis?
Jangkitan sendi Septic Arthritis adalah jangkitan yang berlaku pada sendi-sendi di mana-mana badan manusia yang disebabkan oleh bakteria, virus ataupun kulat. Kebiasaaannya, patogen ini akan menyerang sendi-sendi yang besar terutama sendi lutut.
Bayi dan orang tua lebih risiko untuk mendapat penyakit ini kerana sistem imunisasi yang tidak kuat. Menurut satu kajian yang telah diterbitkan di dalam Cureus U Pediatrics pada tahun 2023, Sebanyak 4 hingga 37 daripada setiap 100,000 kanak-kanak menghidap septic arthritis. Dan kanak-kanak berusia dua tahun dan ke bawah lebih cenderung mendapat penyakit ini.
Bagaimana Septic Arthritis berlaku dan apa penyebabnya?
Jangkitan sendi ini boleh terjadi apabila bakteria atau virus menyerang dari saluran darah hingga ke bahagian sendi. Selaput sendi (synovium) tidak dapat melindungi sendi daripada serangan bakteria dan virus, seterusnya menyebabkan keradangan dan bengkak pada lutut kerana kurangnya aliran darah dan boleh merosakkan sendi lutut jika dibiarkan.
Penyebab paling utama adalah jangkitan bakteria Staphylococcus aureus. Bakteria lain ada lah seperti Haemophilus influenzae, Streptococci, Gonococci serta HIV.
Siapakah yang Berpotensi Mendapat Septic Arthritis?
Antara faktor risiko untuk jangkitan sendi ini termasuklah;
- Individu yang telah mempunyai sejarah masalah sendi. Antaranya ialah pesakit osteoarthritis, gout, rheumatoid arthritis.
- Pesakit rheumatoid arthritis yang mengambil ubat secara berterusan. Sistem imun mereka akan melemah dan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan.
- Individu yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis kerana kulit mereka mudah rosak dan memudahkan kuman masuk ke dalam tubuh badan.
- Individu dengan sistem imunisasi badan yang lemah seperti penghidap diabetes, masalah buah pinggang dan masalah hati.
- Individu yang terdedah pada luka yang parah seperti gigitan haiwan.
Simptom Septik Arthritis
Sebenarnya gejala jangkitan kuman ini agak sama dengan rheumatoid arthritis. Namun bezanya arthritis ini boleh merebak dengan sangat cepat. Seorang individu yang mengalaminya boleh mendapat kesan seawal beberapa jam. Antara simptomnya termasuklah;
- Sendi bengkak, kemerahan dan terasa hangat apabila disentuh.
- Sendi terasa pedih apabila digerakkan.
- Tubuh terasa lemah dan sesetengah kes boleh menyebabkan demam.
- Sukar untuk menggerakkan lutut akibat sendi yang terjangkiti.
Bolehkah septic arthritis membawa maut?
Walaupun dengan penggunaan antibiotik , dianggarkan kadar kematian setinggi 7-15%. Jika anda mengalami gejala diatas , pastikan berjumpa dengan doktor anda untuk kepastian dan rawatan.
Adakah septic arthritis akan hilang sendiri?
Septik Arthritis tidak akan hilang sendiri kerana ia ada disebabkan jangkitan kuman yang kuat. Jangkitan kuman harus di rawat menggunakan antibiotik untuk membunuh kesemua kuman didalam sendi. Jika tidak dirawat akan menyebabkan komplikasi yang serius dan boleh mengancam nyawa
Bagaimana Septic Arthritis dirawat?
Berikut merupakan rawatan yang akan digunakan untuk merawat penyakit ini
- Pembedahan: Surgical Debridement iaitu pembedahan pembuangan tisu yang radang dan dijangkiti kadangkala diperlukan dalam kes kebanyakan
- Antibiotik : Semua kes septic arthritis mesti dirawat menggunakan antibiotik sama ada dalam bentuk intravenous atau makan
- Buang Air Radang Sendi: Air Radang yang dijangkiti akan dikeluarkan menggunakan picagari dan jarum untuk dibuang. Proses ini mungkin akan diulangi beberapa kali
Penutup
Jika anda merasakan anda mempunyai simptom arthrtis , hubungi doktor anda dengan kadar yang segera. Penyakit ini bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh.
Baca Lebih Lanjut tentang Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap)
Ringkasan Q & A
Apakah itu Septic Arthritis?
Septic Arthritis ialah jangkitan pada sendi yang disebabkan oleh bakteria, virus atau kulat. Ia sering menyerang sendi besar seperti lutut dan menyebabkan radang, bengkak serta sakit yang teruk.
Siapa yang berisiko mendapat Septic Arthritis?
Bayi, warga emas, pesakit diabetes, rheumatoid arthritis, gout, masalah buah pinggang, penyakit kulit seperti ekzema serta individu dengan sistem imun lemah lebih mudah mendapat jangkitan ini.
Apakah simptom utama Septic Arthritis?
Antara simptomnya ialah sendi bengkak, merah, panas apabila disentuh, sakit ketika bergerak, demam, badan lemah dan kesukaran menggerakkan sendi.
Adakah Septic Arthritis boleh sembuh sendiri?
Tidak. Penyakit ini tidak akan hilang sendiri kerana ia melibatkan jangkitan kuman yang serius dan memerlukan rawatan antibiotik segera untuk mengelakkan komplikasi berbahaya.
Bagaimana Septic Arthritis dirawat?
Rawatan termasuk penggunaan antibiotik, pembuangan cecair radang menggunakan jarum, dan dalam kes tertentu pembedahan untuk membuang tisu yang dijangkiti.
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

11 Cara Pantas Hilangkan Sakit Lutut & Bila Perlu Berjumpa Doktor
Sakit lutut adalah masalah yang biasa dialami oleh semua peringkat umur, terutamanya warga emas dan mereka yang aktif bersukan. Jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh menjejaskan aktiviti harian dan







