A World Without Pain

5 Klinik & Hospital yang Menawarkan Rawatan RFA dan GNB Lutut Di Kuala Lumpur & Selangor

Ringkasan

  • Rawatan RFA dan GNB di KL dan Selangor semakin menjadi pilihan pesakit osteoarthritis lutut tahap 3–4 yang tidak mahu atau tidak sesuai menjalani pembedahan TKR.
  • GNB membantu mengurangkan sakit lutut sementara dengan suntikan pada saraf lutut, manakala RFA memberi kesan lebih lama dengan “melemahkan” saraf penghantar sakit.
  • Antara pusat yang menawarkan rawatan RFA dan GNB di KL dan Selangor ialah Klinik Tuah, Klinik Primer Cherang, Klinik Safa, Klinik Uzma dan SALAM Hospital Shah Alam.
  • Kebanyakan prosedur dilakukan menggunakan panduan ultrasound atau X-ray, bius setempat dan tidak memerlukan kemasukan wad.
  • Sebelum memilih pusat rawatan RFA dan GNB di KL dan Selangor, pesakit disarankan menilai pengalaman doktor, penggunaan teknologi, kemudahan rawatan serta testimoni pesakit lain.

Kandungan

Pengenalan

Osteoarthritis lutut berlaku apabila struktur dalam sendi lutut seperti rawan semakin haus dari masa ke masa. Bila ini terjadi, tulang akan mula bergesel, sendi jadi radang, dan akhirnya menyebabkan sakit yang makin kerap serta pergerakan pun terbatas.

Pada peringkat awal, pesakit biasanya bertahan dengan rawatan seperti ubat tahan sakit, fisioterapi dan perubahan gaya hidup untuk bantu kurangkan tekanan pada sendi.

Tapi bila keadaan dah masuk tahap kronik (tahap 3 hingga 4), selalunya pesakit akan mula mempertimbangkan Total Knee Replacement (TKR) kerana struktur sendi memang sudah rosak lebih serius. Melalui TKR, sakit lutut berkurang secara drastik dan pesakit boleh mengecapi Kembali kebebasan bergerak untuk jangka masa yang panjang.

Tapi, bukan semua orang sesuai atau mahu teruskan dengan pembedahan besar ini. Faktor seperti BMI, atau penyakit lain yang menyebabkan mereka tidak layak untuk mendapat TKR.

Lalu, adakah golongan ini tiada pilihan lain untuk mereka, dan Cuma mampu bertahan dan pasrah?

Tidak.

Arus pemodenan perubatan memungkinkan rawatan tanpa bedah untuk sakit lutut kronik. Rawatan ini mensasarkan kawasa saraf di sekitar lutut. Antara yang semakin digunakan ialah Genicular Nerve Block (GNB) dan Radiofrequency Ablation (RFA).

Kedua-dua rawatan RFA dan GNB lutut ini tidak menggantikan struktur sendi lutut, tetapi membantu “menyekat” saraf yang menghantar isyarat sakit, supaya pesakit boleh bergerak dengan lebih selesa tanpa perlu terus bergantung kepada pembedahan.

Apa itu Genicular Nerve Block / G- Block (GNB)?

Genicular Nerve Block (G-Block) ialah satu prosedur suntikan yang mensasarkan saraf di sekitar lutut yang menghantar isyarat sakit. Secara ringkas, ubat bius atau anti-radang akan disuntik pada saraf tersebut untuk mengurangkan isyarat sakit yang sampai ke otak.

Kesan pengurangan sakit ini biasanya bersifat sementara, di mana ia boleh bertahan sekitar 3 hingga 6 bulan, bergantung kepada keadaan pesakit dan tahap osteoarthritis.

Baca Lebih Lanjut tentang G-Block di Sini: Genicular Nerve Block 

Rawatan RFA dan GNB Lutut di KL dan Selangor biasanya untuk sakit lutut kronik

Apa itu Radiofrequency Ablation (RFA)?

RFA pula merupakan prosedur yang menggunakan tenaga radiofrekuensi untuk “melemahkan” saraf tertentu di sekitar lutut yang menjadi punca sakit. 

Berbanding GNB yang bertahan untuk beberapa bulan sahaja, RFA biasanya memberikan kesan yang lebih tahan lama kerana ia mengurangkan keupayaan saraf untuk menghantar isyarat sakit.

Dalam kebanyakan kes, RFA biasanya akan dicadangkan kepada pesakit yang menunjukkan respon yang baik terhadap rawatan GNB, seperti sakit lutut berkurang dan fungsi pergerakan menjadi lebih baik. Ini membantu doktor menilai sama ada pesakit berpotensi mendapat manfaat yang leibh baik daripada prosedur RFA.

Baca lebih lanjut tentang RFA di sini: Radiofrequency Ablation 

5 Klinik & Hospital Yang Menawarkan Rawatan RFA dan GNB Lutut di KL & Selangor

1. Klinik Tuah

Klinik Tuah antara klinik & hospital yang Menawarkan Rawatan RFA dan GNB Lutut Di Kuala Lumpur & Selangor

Klinik Tuah adalah antara klinik yang menawarkan rawatan RFA dan GNB lutut di KL dan Selangor untuk pesakit osteoarthritis tahap 3 dan 4. Rawatan ini sesuai bagi pesakit yang tidak mahu atau tidak sesuai menjalani pembedahan Total Knee Replacement (TKR).

Sebelum prosedur dilakukan, doktor akan menilai tahap osteoarthritis terlebih dahulu bagi menentukan rawatan yang paling sesuai mengikut keadaan lutut pesakit.

Di Klinik Tuah, prosedur G-Block dan RFA akan dibuat berpandukan ultrasound untuk membantu mengesan saraf kesakitan dengan lebih tepat sebelum suntikan diberikan. Prosedur juga dilakukan menggunakan bius setempat semasa rawatan dijalankan. Pesakit juga boleh terus pulang ke rumah selepas prosedur selesai tanpa perlu kemasukan wad.

Bagi rawatan RFA, prosedur akan dilakukan sendiri oleh pakar perubatan sukan yang bertauliah dan berpengalaman dalam rawatan ini. Tambahan pula, testimoni pesakit RFA telah melaporkan tahap sakit lutut mereka berkurang sehingga sekitar 80% selepas rawatan dijalankan.

Lokasi:

  • Klinik Tuah Cheras, G-02, Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, WP Kuala Lumpur
  • Klinik Tuah Shah Alam, 9, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
  • Klinik Tuah Bangi, G-43, Taman Seri Bangi, Jalan 8/35, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
 

Harga: RM 1200 – RM 7000

Salah satu cawangan Primer Cherang yang menawarkan rawatan RFA ialah Primer Cherang Kota Damansara. Klinik ini menyediakan rawatan RFA di KL dan Selangor untuk pesakit yang ingin mengurangkan sakit lutut tanpa perlu menjalani pembedahan lutut.

Melalui perkongsian testimoni di laman sosial, terdapat pesakit yang berkongsi tahap sakit lututnya berkurang sehingga 90% selepas menjalani rawatan RFA. Walaupun keberkesanan rawatan boleh berbeza bagi setiap individu, ramai pesakit memilih rawatan ini kerana prosedurnya lebih ringkas, menggunakan bius setempat dan tidak memerlukan kemasukan wad.

Ini menunjukkan rawatan RFA kini menjadi antara alternatif kepada pembedahan bagi pesakit osteoarthritis. Primer Cherang juga menggunakan pendekatan rawatan bukan invasif untuk membantu pesakit kembali berjalan dengan lebih selesa dan melakukan rutin harian tanpa terlalu bergantung kepada ubat tahan sakit.

Lokasi: 

Primer Cherang Clinic Kota Damansara, Emporis, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Harga: Sila hubungi klinik untuk maklumat lanjut.

Prime Cherang Klinik antara klinik & Hospital yang Menawarkan Rawatan RFA dan GNB Lutut Di Kuala Lumpur & Selangor

3. Klinik Safa

Klinik Safa antara klinik yang turut menawarkan Rawatan RFA dan GNB lutut di KL dan Selangor untuk pesakit yang mengalami sakit lutut akibat osteoarthritis. 

Sama seperti Klinik Tuah, Klinik Safa menggunakan panduan ultrasound sebelum suntikan untuk mengesan saraf genikular dengan lebih tepat. Prosedur ini juga menggunakan bius setempat bersama ubat anti-radang pada kawasan saraf lutut yang terlibat.

Menurut pendekatan rawatan yang dikongsikan oleh Klinik Safa, suntikan GNB sering dicadangkan kepada pesakit yang masih mengalami sakit lutut walaupun sudah menjalani suntikan gel lutut sebelum ini. 

Rawatan ini bertujuan membantu mengurangkan sakit lutut supaya pesakit dapat berjalan dan melakukan aktiviti harian dengan lebih selesa tanpa terlalu bergantung kepada ubat tahan sakit.

Lokasi: 

Klinik Safa Ampang, 392, Jalan 3, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor

Harga: Bermula RM 550

Klinik Safa antara klinik & Hospital yang Menawarkan Rawatan RFA dan GNB Lutut Di Kuala Lumpur & Selangor

4. Klinik Uzma

Klinik Uzma menawarkan rawatan GNB di KL dan Selangor dengan pendekatan yang sedikit berbeza, iaitu menggunakan panduan X-ray semasa prosedur Genicular Nerve Block (GNB) dijalankan. 

Melalui teknik ini, doktor dapat mengenal pasti kawasan saraf di sekitar lutut dengan lebih tepat sebelum suntikan diberikan. Prosedur ini juga dikatakan mengambil masa sekitar 30 minit sahaja dan tidak memerlukan kemasukan wad.

Semasa rawatan dijalankan, doktor akan menyuntik ubat steroid bersama bius setempat pada kawasan saraf yang menjadi punca kesakitan lutut. Selepas suntikan selesai, pesakit turut menjalani rawatan menggunakan Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS) bagi membantu mengurangkan sakit dan meningkatkan keselesaan pada bahagian lutut.

Lokasi

Klinik Uzma, Kelana Mall, Jalan SS 6/12, Ss 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Harga: Sila hubungi klinik untuk maklumat lanjut.

Klinik Uzma antara klinik & Hospital yang Menawarkan Rawatan RFA dan GNB Lutut Di Kuala Lumpur & Selangor

5. SALAM Hospital

SALAM Shah Alam Specialist Hospital merupakan antara hospital yang menawarkan rawatan RFA dan GNB lutut di KL dan Selangor untuk sakit lutut kronik akibat osteoarthirtis. Bagi pesakit yang mempunyai bajet lebih atau mahukan akses kepada rawatan yang lebih menyeluruh, kebanyakan hospital seperti SALAM Hospital menawarkan fasiliti yang lebih lengkap bersama doktor pakar orthopedik (in-house).

Malah, ia juga sesuai untuk masalah sakit lutut yang lebih kompleks dan memerlukan rawatan atau pemerhatian yang lebih mendalam.

Hospital SALAM turut menjadi pilihan pesakit yang inginkan akses kepada pelbagai kemudahan dan kepakaran dalam satu tempat seperti rawatan susulan, pemeriksaan tambahan serta fisioterapi.

 Namun begitu, kos rawatan di hospital biasanya sedikit lebih tinggi berbanding klinik biasa kerana melibatkan fasiliti, kepakaran dan kemudahan tambahan yang disediakan.

Lokasi

SALAM Shah Alam Specialist Hospital, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor

Harga: Sila hubungi hospital untuk maklumat lanjut.

SALAM antara klinik & Hospital yang Menawarkan Rawatan RFA dan GNB Lutut Di Kuala Lumpur & Selangor

Cara Memilih Pusat Rawatan RFA dan GNB Lutut di KL dan Selangor yang Sesuai

Pengalaman dan Tauliah Doktor

Perkara paling utama semasa anda mencari klinik yang menawarkan rawatan RFA dan GNB lutut di KL dan Selangor ialah doktor yang melakukan prosedur tersebut. 

Rawatan ini melibatkan saraf di sekeliling lutut dan memerlukan kemahiran yang tinggi,  jadi pengalaman, tauliah dan kemahiran doktor yang melakukan prosedur amat penting untuk memastikan suntikan pada saraf tepat dan rawatan berjaya.

Penggunaan Teknologi

Anda juga boleh menilai sama ada pusat rawatan tersebut menggunakan panduan seperti ultrasound atau X-ray semasa prosedur dijalankan. 

Penggunaan teknologi ini membantu doktor mengenal pasti lokasi saraf dengan lebih tepat, sekali gus meningkatkan ketepatan suntikan dan mengurangkan risiko komplikasi.

penggunaan teknologi antara faktor utama dalam memilih klinik & Hospital yang Menawarkan Rawatan RFA dan GNB Lutut Di Kuala Lumpur & Selangor

Penilaian sebelum Rawatan

Dapatkan penilaian yang tepat daripada doktor sebelum memilih rawatan. Tidak semua sakit lutut itu sama. Penilaian yang menyeluruh memastikan anda mendapat rawatan yang sesuai mengikut tahap sakit lutut kronik anda.

Kemudahan yang Ditawarkan

Anda juga boleh mempertimbangkan sama ada untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Sekiranya anda mengingkan akses dan fasiliti yang lebih lengkap dalam satu tempat, anda boleh memilih hospital untuk rawatan RFA dan GNB.

Sekiranya anda lebih suka prosedur yang lebih ringkas tanpa perlu masuk wad, anda boleh memilih klinik berdekatan.

Namun ingat! Penting untuk anda mengkaji dan memilih klinik atau hospital yang berpengalaman dan mahir dalam rawatan RFA dan GNB untuk memastikan rawatan berjalan lancar tanpa komplikasi.

kemudahan antara faktor utama dalam memilih klinik & Hospital yang Menawarkan Rawatan RFA dan GNB Lutut Di Kuala Lumpur & Selangor

Testimoni dan Pengalaman Pesakit Lain

Akhir sekali, anda boleh merujuk kepada testimoni atau pengalaman pesakit lain sebagai panduan tambahan. Anda boleh bertanya kenalan yang telah mendapatkan rawatan berkaitan, atau di Internet seperti Google Review atau media sosial.

Walaupun kesan rawatan mungkin berbeza bagi setiap individu, maklumat ini dapat membantu anda memahami proses rawatan serta jangkaan hasil selepas prosedur dilakukan.

Penutup

Secara keseluruhan, GNB dan RFA merupakan antara pilihan rawatan moden yang boleh membantu mengurangkan sakit lutut tanpa perlu terus bergantung kepada pembedahan. Di Malaysia, rawatan moden ini telah mula mendapat perhatian dan boleh didapati di klinik dan hospital.

Walau bagaimanapun, kesesuaian rawatan ini bergantung kepada penilaian doktor serta tahap osteoarthritis pesakit. Oleh itu, pemeriksaan awal adalah penting sebelum menentukan rawatan yang paling sesuai untuk keadaan lutut anda.

 

Dapatkan panduan lengkap tentang sakit lutut di sini: Sakit Lutut 101

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

Loading...
Search
Number Of Shops:
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda,
kami amat menghargai jika anda kongsikan kepada orang lain.

Facebook
WhatsApp

Jom baca lagi..

Jadi yang Terawal Tahu Promosi Ekslusif & Artikel Menarik Terkini dengan Melanggan Newsletter Kami Secara Percuma!

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...

Nak tak kami bagitahu jenis sakit lutut anda dengan tepat dalam 60 saat sahaja !

Jawap 7 Soalan ini  yang direka doktor orthopedik dari beberapa universiti untuk kenal pasti jenis sakit lutut sehingga 85% ketepatan.