Where Pain Meets Relief

Tak Sangka Matcha Pun Bantu! Ini 8 Makanan Untuk Sakit Lutut

Sedang anda pantang makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi, anda pasti mula terfikir, kalau ada makanan yang bahaya, pasti ada makanan yang baik untuk sakit lutut bukan?

Kandungan

Pendahuluan

Pernah terfikir tak kenapa lutut boleh tiba-tiba rasa ngilu bila bangun tidur, naik tangga, atau berdiri lama?

Ramai orang anggap sakit lutut ni mungkin kerana penuaan atau Kesan selepas bersenam, tapi sebenarnya ia boleh berlaku pada sesiapa saja tidak mengira umur.

Sakit lutut ni boleh jadi tanda sendi lutut anda sedang haus, radang, atau kurang nutrisi penting dalam badan. Tapi jangan risau, bukan semua perlu bergantung pada ubat atau rawatan mahal. Kadang-kadang, perubahan kecil dalam pemakanan harian pun boleh bantu banyak.


Dalam artikel ni, kita akan bincangkan makanan untuk sakit lutut yang terbaik yang boleh bantu kurangkan sakit serta kuatkan sendi dari dalam.

Punca Sakit Lutut

Sakit lutut boleh disebabkan oleh banyak faktor. Antara yang paling biasa termasuk:

  1. Osteoarthritis – haus pada sendi lutut akibat faktor usia atau penggunaan berlebihan.
  2. Kecederaan ligamen atau rawan lutut – biasanya berlaku pada orang yang aktif bersukan.
  3. Gout atau radang sendi (arthritis) – berpunca daripada pengumpulan asid urik dalam sendi.
  4. Obesiti – berat badan berlebihan beri tekanan berterusan pada lutut.
  5. Kekurangan nutrisi – terutama kalsium, vitamin dan mineral, dan omega-3 yang penting untuk kesihatan sendi.
makanan untuk sakit lutut yang mempunyai vitamin baik untuk lutut

Simptom Sakit Lutut

  • Lutut terasa sakit atau berdenyut bila bergerak
  • Bengkak di kawasan sendi lutut
  • Rasa keras dan susah nak bengkokkan lutut
  • Ada bunyi “klik” atau “pop” bila berjalan
  • Rasa panas atau lenguh dalam sendi selepas aktiviti berat

8 Makanan Untuk Sakit Lutut Terbaik

1. Kunyit

Kunyit bukan sekadar penyedap masak lemak, tapi ia memang terkenal sebagai makanan terbaik untuk sakit lutut. Bahan aktif dalam kunyit, curcumin, bertindak sebagai anti-radang semula jadi yang boleh melegakan sakit sendi akibat osteoarthritis.

Kajian juga menunjukkan kesan kunyit hampir sama dengan ibuprofen dalam mengurangkan rasa sakit dan bengkak lutut,   tapi tanpa kesan sampingan ubat. Jadi kalau anda selalu masak kari atau gulai, kunyit bukan sekadar penyedap rasa, tapi juga untuk kesihatan sendi! 

kunyit antara makanan untuk sakit lutut

2. Halia

Halia kaya dengan bahan aktif seperti gingerol, shogols dan paradols yang membantu lancarkan peredaran darah dan kurangkan keradangan lutut.

Satu kajian mendapati penggunaan minyak halia (33mg/kg) dapat mengurangkan bengkak akibat osteoarthritis kronik. Gabungan halia dengan ubat penahan sakit seperti Naproxen juga didapati lebih berkesan dalam mengurangkan kekakuan lutut.

Minum teh halia suam atau tambah halia dalam masakan harian boleh bantu banyak kalau anda ada masalah sendi lutut.

halia antara makanan untuk sakit lutut

3. Bawang Putih & Bawang Merah

Tak perlu memilih seperti cerita dongeng ! gabungkan dua-dua sekali!


Bawang putih dan bawang merah ni bukan pasangan drama, tapi hebat dalam melawan keradangan lutut.Gabungan dua bahan dapur ni bukan saja sedap, tapi sangat kuat untuk melawan keradangan sendi.

Kedua-duanya mengandungi diallyl disulfide, bahan yang boleh melambatkan penipisan tulang rawan dengan mengehadkan pengeluaran sitokin penyebab sakit lutut.

Bawang putih juga bantu kuatkan sistem imun supaya badan lebih tahan terhadap serangan radang pada sendi. Jadi, tak rugi kalau tambah bawang lebih sikit masa masak!

bawang putih dan bawang merah antara makanan untuk sakit lutut

4. Sayuran Berdaun Hijau

Sayur macam bayam, kailan, brokoli, dan sawi mengandungi nutrien penting seperti vitamin C, kalsium dan selenium.

Selenium bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sendi lutut daripada kerosakan serta membantu penghasilan sel-sel baru untuk pembaikan tisu sendi.

Selain tu, vitamin C bantu penghasilan kolagen yang bahan utama yang melindungi kesihatan tulang rawan. Oleh itu, banyakkan sayur hijau dalam diet harian anda!

sayuran berdaun hijau antara makanan untuk sakit lutut

5. Ikan Berlemak

Untuk pencinta sashimi, ini berita baik! Ikan berlemak seperti salmon, tuna, dan sardin kaya dengan asid lemak omega-3 yang berfungsi mengawal keradangan dan mengurangkan kekakuan sendi lutut.
Omega-3 juga merangsang penghasilan enzim pelindung tulang rawan dan membantu mengawal protein penyebab keradangan. Tambahan pula, salmon mengandungi vitamin D dan kalsium yang penting untuk tulang yang kuat.
Kalau boleh, makan ikan berlemak sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk hasil optimum. Tapi jangan lupa makan ubat cacing sekiranya anda sering menjamu selera dengan sashimi! 

ikan salmon antara makanan untuk sakit lutut

6. Kekacang & Biji-bijian

Kekacang seperti kacang tanah, gajus, badam, dan walnut kaya dengan lemak sihat, kalsium, magnesium, dan fosforus. Nutrien ni semua penting untuk menyokong kekuatan tulang dan sendi lutut.

Kajian menunjukkan kekacang boleh mengurangkan molekul pencetus keradangan dan meningkatkan protein anti-radang dalam tubuh.

Jadi, tukarkan snek lewat malam anda dengan segenggam kekacang sebagai snek harian untuk bantu jaga kesihatan lutut dari dalam.

kekacang antara makanan untuk sakit lutut

7. Buah-buahan

Buah-buahan bukan sekadar pencuci mulut sihat, tapi juga salah satu makanan untuk sakit lutut yang penting.

Oren, lemon, dan limau kaya dengan vitamin C yang bantu lindungi rawan sendi dan kurangkan risiko osteoporosis.Blueberi dan strawberi tinggi antioksidan yang bantu lawan radikal bebas penyebab keradangan.

Epal pula mengandungi quercetin, sejenis flavonoid yang boleh kurangkan rasa sakit dan kekakuan lutut.

Lebihkan buah-buahan warna cerah sebab biasanya buah-buahan sebegini kaya dengan fitonutrien yang baik untuk sendi.

buah buahan antara makanan untuk sakit lutut

8. Teh Hijau

“Oi, aku nak tanya ni, suka matcha atau suka kopi?” 

Pasti anda juga terngiang-ngiang dengan lagu viral ini bukan? Matcha yang popular dalam kalangan gen Z merupakan teh hijau yang juga makanan untuk sakit lutut yang bagus.  

Teh hijau antara minuman paling popular untuk kesihatan dalaman badan termasuk sakit sendi. Ia mengandungi polyphenols, sejenis antioksidan kuat yang boleh mengurangkan keradangan dan melindungi sel rawan lutut.

Minum teh hijau secara konsisten boleh bantu kurangkan risiko osteoarthritis dan kekakuan sendi. Jadi, kalau nak cari alternatif minuman sihat selain kopi, teh hijau pilihan terbaik untuk anda.

teh hijau antara makanan untuk sakit lutut

Tip Tambahan Untuk Kurangkan Sakit Lutut

  • Kawal berat badan supaya tekanan pada lutut tak terlalu tinggi.
  • Buat senaman ringan seperti berjalan, berenang, atau yoga.
  • Elak duduk atau berdiri terlalu lama.
  • Pastikan rehat cukup dan jangan paksa sendi kalau sakit.

Kesimpulan

Sakit lutut bukan penamat gaya hidup aktif anda. Dengan memilih makanan untuk sakit lutut yang betul, anda boleh bantu sendi jadi lebih kuat, fleksibel, dan bebas dari rasa sakit.
Masukkan kunyit, halia, ikan berlemak, kekacang, buah, dan sayur hijau dalam diet harian anda. Elakkan makanan tinggi gula dan lemak tepu yang boleh mencetuskan keradangan.
Ingat! Penjagaan lutut bukan setakat bila dah sakit, tapi bermula dari cara makan harian anda. Mulakan pemakanan sihat anda hari ni, supaya lutut kekal sihat untuk masa depan.

Sakit bukan hanya kerana osteoarthritis! Ketahui panduan lengkap tentang sakit lutut di sini 

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
Tengok semua komen
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

Jom baca lagi..

Kenapa Ramai Memilih Glukosamin/ Glucosamine untuk Lutut?

Jika disebut tentang suplemen lutut, pastinya ramai yang mengesyorkan glukosamin (glucosamine).  Saya sendiri pernah saksikan keberkesanan glukosamin ini. Pesakit saya yang menghidap osteoarthritis lutut lebih selesa untuk bergerak dan kurang mengaduh sakit sejak mengambil...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...