Lututnya terasa tegang, dan setiap langkah disertai rasa tidak selesa, kadang-kadang berdenyut tanpa sebab yang jelas. Baru tadi semuanya normal, tapi sekarang, lutut sebelah kanan kelihatan lebih besar dan makin membesar.
Dia menekan perlahan di sekitar sendi. Ada bahagian yang lembut, dan terasa seperti belon air dalam lututnya. Degupan jantungnya mula laju. Tiada insiden jatuh atau cedera berlaku padanya. Mengapa lututnya tiba-tiba jadi begini?
Kandungan
Pendahuluan
Anda pernah mengalami situasi di atas? Pagi anda dikejutkan dengan rasa sakit dan bengkak pada lutut!
Lutut bengkak adalah satu masalah kesihatan pada lutut yang menyebabkan terkumpulnya air radang (knee effusion) di dalam lutut secara berlebihan menyebabkan lutut kelihatan besar dan sukar untuk berjalan serta sakit lutut.
Ia terjadi akibat radang atau inflamasi. Kebanyakan orang mengalami kesan ini akibat kecederaan, obesiti, atau jangkitan kuman. Kebiasaannya, hanya salah satu lutut saja yang akan terjejas dengan masalah ini.
Lazimnya , air radang lutut ini banyak kali terlepas pandang oleh perawat kerana kesukaran untuk mengesannya tanpa menggunakan ultrasound.
Simptom Lutut Bengkak
- Sakit lutut
- Kejang
- Keupayaan untuk bergerak terbatas
- Kerosakan sendi atau fungsi lutut
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai penyebab lutut bengkak yang paling banyak, serta pelbagai kaedah rawatan yang boleh membantu mengurangkan bengkak dan mengembalikan fungsi lutut dengan lebih baik.
Punca Lutut Bengkak ( Air Radang Lutut)
1. Artritis ( keradangan lutut)
Menurut Cleveland Clinic, arthritis adalah penyakit sendi yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan lutut menjadi keras. Arthritis terjadi apabila rawan (cartilage) yang berfungsi menyerap hentakan dan menjadi pelincir antara dua sendi, rosak dan haus. Kesannya membawa kepada radang sendi.
Tiga jenis artritis yang lazimnya dihidapi pesakit ialah:
a. Osteoartritis
Osteoarthritis adalah penyebab lutut bengkak pada orang tua. Ianya berpunca daripada rawan yang haus, menyebabkan tulang antara sendi lutut bergesek antara satu sama lain tanpa kusyen antara tulang. Ini menyebabkan sakit lutut, lutut keras dan pergerakan yang terbatas. Antara individu yang berisiko dengan gejala ini adalah golongan berusia lebih 50 tahun, golongan wanita, pesakit gout dan pesakit obes.
Klik sini untuk membaca lebih lanjut tentang osteoarthritis
b. Post-Traumatic Artritis
Artritis ini terjadi berpunca kerana trauma atau kecederaan serius pada lutut. Berbeza dengan osteoarthritis, ianya terjadi kerana kemalangan atau hentakan ketika bersukan. Simptom atritis mungkin hanya akan muncul beberapa tahun selepas trauma.
c. Rheumatoid Arthritis
Rheumatoid artritis adalah sejenis artritis yang terjadi kerana penyakit autoimmun. Sistem imunisasi akan menghantar isyarat untuk menyerang sel tisu sendiri, seterusnya mengakibatkan radang pada lutut dan menyebabkan sakit lutut.
2. Kecederaan Ligamen.
Ligamen adalah satu struktur yang menyambungkan antara tulang kepada tulang yang lain, dan berfungsi untuk membantu pergerakan terbatas antara tulang.
Namun ligamen boleh cedera dan terkoyak dan cedera akibat tekanan yang terlampau kuat dikenakan pada lutut. Contohnya semasa bersukan, anda mungkin menggerakkan lutut kanan anda lebih dari tahap upaya sendi lutut anda bekerja, ataupun impak kuat ketika kemalangan.
Kecederaan ligamen boleh disebabkan renggang, atau koyak pada bahagian ligament dan tendon. Cara untuk mengenalpasti sama ada lutut anda bengkak kerana terseliuh atau ligamen pecah bergantung pada masa dan tahap kesakitan lutut anda.
Antara simptom termasuklah sakit yang tajam serta-merta, lutut berbunyi “pop”, dan sukar untuk berjalan.
A. Ligamen Terseliuh atau Koyak Ringan: Lutut membengkak dengan sangat perlahan, mengambil masa 24-48 jam.
B. Ligamen terkoyak sepenuhnya: Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang menyambungkan bahagian peha dan betis untuk menstabilkan lutut sewaktu pergerakan berpusing. Pemain sukan aktif seperti pemain bola sepak, ragbi dan tenis cenderung untuk mendapat kecederaan ACL ini.
Baca lebih lanjut tentang kecederaan ACL di pautan ini
3. Dislokasi Tempurung Lutut
Kita pernah mendengar perkataan “lutut bergerak” bukan? Lutut bergerak atau dislokasi tempurung lutut boleh berlaku akibat hentaman, pusingan atau secara spontan, yang menyebabkan tempurung lutut lari dari kedudukan asalnya.
Apabila tempurung lutut beralih, ia menyebabkan ketidakseimbangan kekuatan otot peha (kuadriseps) dan membawa pada lutut sakit dan bengkak. Kebiasaannya doctor akan membuat ujian X-Ray untuk membetulkan kedudukan tempurung lutut pesakit.
4. Bursitis
Bursitis adalah radang pada bursa (kantung kecil berisi cecair) di sekitar sendi lutut yang berfungsi untuk mengurangkan geseran dan tekanan antara tulang dan tendon di sekitar lutut, otot dan kulit lutut. Pergerakan yang berlebihan secara berulangan (seperti jatuh) boleh menyebabkan radang bursa dan membawa kepada sakit lutut dan bengkak.
Risiko bursitis lebih tinggi jika anda sering melakukan aktiviti yang melibatkan anda sentiasa berlutut seperti berkebun dan bergusti. Bursitis lutut yang biasa terjadi adalah bursa prepatellar (bursa di bahagian hadapan tempurung lutut) dan bursa anserinus (bursa pada sisi bawah lutut).
Antara simptom bursitis termasuklah pedih dan rasa hangat pada bahagian tercedera semasa ditekan, bengkak dan rasa pedih Ketika melakukan pergerakan.
5. Trauma atau Kecederaan
Kecederaan lutut akibat trauma juga boleh menyebabkan lutut bengkak. Seseorang yang bermain terlalu lasak ataupun terlibat dalam kemalangan jalan raya mungkin mengalami patah atau retak tulang, kerosakan pada ligamen, sendi terseliuh ataupun radang tendon.
6. Jangkitan
Jangkitan pada sendi lutut seperti Septic arthritis adalah sangat berbahaya dan memerlukan rawatan segera. Ia terjadi akibat luka atau kecederaan di sekitar lutut yang terdedah dengan kuman menjangkiti bahagian sendi lutut. Simptom termasuklah bengkak lutut, kemerahan dan demam.
7. Gout
Perkumpulan asid urik berlebihan yang kemudiannya membentuk kristal pada sendi lutut juga boleh antara punca lutut bengkak. Gout kebiasaanya menyerang golongan lelaki berusia 30 tahun ke atas. Gout biasanya akan menyerang pesakit pada waktu malam, dan pesakit akan rasa sakit pada bahagian sendi kejang dan lutut / kaki berubah bentuk.
Untuk mencegah gout, amatlah penting untuk merubah gaya pemakanan dengan mengehadkan makanan yang tinggi protein dan banyakkan minum air. Sesetengah ubat-ubatan juga dapat membantu untuk mengurangkan risiko serangan berulang.
Cara merawat lutut bengkak berdasarkan penyakit
Secara asasnya untuk lutut bengkak disebabkan air radang , air radang seringkali dibuang dahulu melalui kaedah suntikan sedutan kedalam lutut ( knee aspiration) , ini untuk mengeluarkan air radang di dalam lutut yang menyakitkan dan menyukarkan pergerakan.
Disamping itu , rawatan juga harus dibuat untuk punca lutut bengkak tersebut, cara merawat lutut bengkak berdasarkan punca kecederaan adalah seperti dibawah
1. Artritis ( Osteoarthritis , Rheumatoid Arthritis )
Untuk mengatasi lutut bengkak osteoarthritis rheumatoid , Air radang harus dibuang dan pesakit yang mengalami artritis boleh mendapatkan rawatan fisioterapi seperti rawatan haba dan sejuk, dan stimulasi elektrikal untuk meningkatkan pengaliran darah lancar.
Suntikan asid hialuronik juga dapat membantu melegakan kesakitan lutut .Namun, jika semua kaedah rawatan gagal, pesakit akan ditawarkan pembedahan penukaran sendi palsu.
2. Kecederaan ligamen
Untuk mengurangkan rasa sakit akibat terseliuh, kaedah R.I.C.E (Rest, Ice, Compression, Elevation), diikuti dengan fisioterapi boleh menjadi langkah rawatan awal.
Namun untuk kecederaan ACL yang teruk, rawatan yang disarankan adalah pembedahan.
3. Dislokasi Tempurung Lutut
Pesakit akan menjalani diagnosis X-Ray terlebih dahulu. Berdasarkan keputusan X-Ray, pesakit akan mendapat rawatan pembetulan kedudukan tempurung diikuti dengan fisioterapi,
4. Bursitis
Ubat-ubatan akan diberikan untuk mengurangkan rasa sakit. Selain ubat-ubatan, suntikan steroid juga dapat membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak lutut, dan pesakit akan diajar pengurusan penjagaan lutut dan fisioterapi.
Namun, sekiranya semua rawatan ini tidak berjaya, pembedahan mungkin akan dilakukan untuk mengeluarkan bursa.
5. Trauma atau Kecederaan
Untuk mengurangkan rasa sakit akibat terseliuh, pesakit disarankan membuat kaedah R.I.C.E (Rest, Ice, Compression, Elevation) , diikuti dengan fisioterapi dan pengurusan penjagaan lutut.
6. Jangkitan
Antibiotik perlu diberikan dengan segera untuk mencegah pembiakan bakteria dan mengelakkan kerosakan sendi. Rawatan-rawatan lain termasuklah ubat tahan sakit, penyaliran sendi dengan mengeluarkan cecair yang dijangkiti dan fisioterapi.
Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap)
Rawatan Buang Air Radang Lutut Bengkak di Klinik Tuah
Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti di atas. Hubungi Klinik Tuah untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan lutut yang bersesuaian.
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
Baca tentang apa yang mereka rasa setelah melakukan rawatan di Klinik Tuah