Klinik Tuah Cheras
Bandar Sri Permaisuri, semuanya bermula di sini.
Klinik Tuah Cheras terletak didalam Kompleks Permaisuri Q telah menjadi saksi ribuan pesakit yang mendapatkan rawatan disini.






Ada Sesuatu Yang Merah,
Tapi Bukan Padi
Klinik Tuah Cheras berada di Bandar Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri
G-02, Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Hubungi
☎ 01169392454
✉ kliniktuahcheras@gmail.com
☎Whatsapp: +601169392454
Waktu Operasi
Buka Setiap Hari Kecuali Hari Sabtu
Waktu Operasi : 9am-9pm
Hubungi Kami








“Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Klinik Tuah di Bandar Permaisuri,
Tempat bermula segalanya.”








Dalam denyutan bandar yang tidak pernah tidur,
Di tengah kesibukan jalan-jalan utama Cheras yang sentiasa hidup , terlahirlah Klinik Tuah Cheras dicelahan bangunan di Bandar Sri Permaisuri
Terletak berhampiran HUKM, Taman Tasik Permaisuri dan Sunway Velocity, klinik ini mudah diakses dari kawasan berhampiran seperti Taman Connaught, Alam Damai, Taman Midah, Taman Segar, Bandar Tun Razak, Sri Permaisuri, Pandan Perdana, Bandar Tasik Selatan, Desa Petaling, Bandar Tun Hussein Onn dan lain lagi
Ramai juga pesakit yang datang dari Ampang Jaya , Petaling Jaya, Pudu, KLCC, Kampung Datuk Keramat, Setiawangsa, Gombak , KL golden triangle, Hulu Langat, Serta Kajang untuk mendapatkan rawatan kerana percaya pada sentuhan mesra doktor serta pengalaman rawatan yang selesa di sini.
Klinik Tuah Cheras terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari pusat rawatan yang mengutamakan kualiti, keselesaan, dan hasil yang memuaskan . Seiring visi kami untuk membina dunia tanpa kesakitan.
Servis Di Klinik Tuah Cheras
01
-


Rawatan Penyakit Biasa (Primary Care)
05
Kenali Doktor Kami


Dr Mohd Hisyam bin Rosdi
Anak jati Dungun, Terengganu, Dr Mohd Hisyam merupakan seorang doktor muda yang komited dalam memberikan rawatan terbaik kepada pesakit. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu sebelum menyambung pengajian menengah di Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT). Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang dalam jurusan Asasi Sains Hayat dan kemudian berjaya menamatkan pengajian perubatan di Universiti Sains Malaysia.
Dr Hisyam telah berkhidmat dalam bidang perubatan selama 6 tahun di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Beliau dikenali sebagai seorang yang teliti dan sabar dalam merawat pesakit, serta sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
Di masa lapang, beliau gemar bermain permainan komputer (PC game) sebagai salah satu cara untuk berehat dan kekal fokus dalam tugas harian.


Dr Wan Mohamad Amirul Wan Husin
Dilahirkan di negeri Cik Siti Wan Kembang, Dr Wan Amirul merupakan seorang doktor perubatan yang sangat berpengalaman dalam bidang perubatan am, pembedahan, serta rawatan pengurusan kesakitan (pain management). Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Pekan 1 WP Labuan dan seterusnya di MRSM Besut. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran di UKRIDA, Jakarta.
Dr Wan Amirul memulakan kerjaya perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim sebelum berkhidmat di Lahad Datu selama 5 tahun dan di Hospital Ampang selama 2 tahun. Sepanjang tempoh ini, beliau turut menyandang tanggungjawab sebagai penyelaras Zon 4 KK Lahad Datu, Pegawai Perubatan Bertanggungjawab (PIC) di KK Silabukan selama 3 tahun, serta menjalankan tugas di Jabatan Ortopedik Hospital Ampang selama 2 tahun.
Komitmen beliau terhadap peningkatan ilmu dan mutut perkhidmatan menjadikan beliau antara doktor yang diyakini dalam kalangan pesakit. Di sebalik ketegasan dalam tugas, Dr Wan Amirul juga dikenali sebagai seorang yang mudah didekati dan mengambil berat terhadap kesejahteraan pesakitnya.
Panel Klinik Tuah Cheras


Mednefits


HealthMetrics


Health Connect


PM Care
Mengapa Klinik Tuah Cheras?
Rawatan Efektif
Semua rawatan & ubatan diteliti keberkesan melalui kajian, jurnal terbaru. Kami mementingkan keberkesanan sesuatu prosedur ataupun rawatan.
Pantas & Selesa
Kecemerlangan hospitaliti : Kami mensasarkan pengalaman yang menyenangkan & selesa dari saat melangkah kedalam klinik kami
Doktor Berpengalaman
Doktor yang sangat berpengalaman dan berdaftar dengan Malaysia Medical Counci
Telus, Jujur & Tiada Paksaan
Kami di Klinik Tuah telah menerapkan budaya keberkatan dan kejujuran dalam setiap tindak-tanduk kami. Tiada rawatan yang memaksa & tidak jujur
Di sebalik setiap senyuman, ada kisah kita bersama
Kami amat menghargai setiap kepercayaan dan pengalaman yang dikongsi pelanggan Klinik Tuah Cheras. Terima Kasih kami ucapkan.
















Klinik Tuah Cheras
Kami sentiasa ada di sini
Tempah temujanji anda secara online dengan tekan butang “PILIH SLOT TEMUJANJI” dibawah untuk memilih sendiri waktu appointment.
*Anda juga boleh Walk-In , tapi kami menggalakkan membuat temujanji untuk mengelakkan menunggu lama (keutamaan akan diberi kepada kes temujanji)
*Untuk Penyakit Biasa Tidak Perlu Appointment, Boleh Walk-In Seperti Biasa
Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp dan Call boleh menghubungi nombor dibawah





