A World Without Pain

Tuah Kongsi Momen – Family Day Klinik Tuah

Johor, 1 Mei — Bagi mengukuhkan lagi semangat berpasukan dan memberi ruang untuk staf serta keluarga berehat seketika daripada rutin harian, Klinik Tuah sekali lagi telah menganjurkan percutian Family Day yang meriah di Radiant Teluk Seri, Mersing pada 1 hingga 3 Mei 2025. 

Program ini melibatkan semua staf, doktor, dan keluarga daripada keempat-empat cawangan Klinik Tuah, menjadikannya salah satu program kebersamaan yang paling dinanti-nantikan tahun ini.

Malam pertama dimulakan dengan  seramai 8 orang menyertai aktiviti candat sotong di laut, di bawah langit malam Mersing. Dalam masa yang sama, peserta lain di darat mengambil bahagian dalam sesi ice breaking dan mini games seperti rebut botol dan tiup bola pingpong. Suasana cukup meriah dan penuh gelak tawa, mencetuskan semangat kebersamaan sejak awal program.

Hari kedua menjadi tumpuan utama dengan aktiviti snorkeling dan hiking, yang disertai dengan semangat luar biasa. Keindahan alam semula jadi dan suasana santai membolehkan peserta merehatkan fikiran sambil menikmati kebersamaan bersama rakan sekerja dan keluarga. 

Pada malam kedua, acara diteruskan dengan BBQ santai serta ucapan ringkas daripada pihak pengurusan sebagai penghargaan atas komitmen dan kerjasama semua pihak.

Sebelum bertolak pulang pada hari ketiga, majlis penyampaian hadiah telah diadakan untuk memeriahkan penutup program. Hadiah diberikan kepada peserta yang menunjukkan semangat dan penyertaan aktif sepanjang program.

Program ini bukan sekadar percutian, tetapi satu ruang untuk mengukuhkan ukhuwah, menyegarkan semangat kerja, dan menyemai rasa kekeluargaan dalam keluarga besar Klinik Tuah. Semoga kenangan ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju bersama!

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda,
kami amat menghargai jika anda kongsikan kepada orang lain.

Facebook
WhatsApp

Jom baca lagi..

Jadi yang Terawal Tahu Promosi Ekslusif & Artikel Menarik Terkini dengan Melanggan Newsletter Kami Secara Percuma!

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...