A World Without Pain

Durian, Air Terjun & Detik Manis:Tuah Kongsi Momen Raub

Bagaikan durian runtuh!

Itulah gambaran paling tepat yang dirasai oleh seluruh warga kerja Klinik Tuah apabila diberi peluang menyertai program Tuah La Familia Durian Trip ke Raub, Pahang pada 19 Julai 2025.

Program ini menghimpunkan pasukan pengurusan, staf serta doktor dari semua cawangan Klinik Tuah dalam satu aktiviti santai yang penuh kemeriahan dan gelak tawa. Ia bukan sekadar percutian singkat, tetapi ruang untuk memperkukuhkan ukhuwah, menyemai semangat kekeluargaan, dan menghargai penat lelah semua yang telah bertungkus-lumus sepanjang tahun.

Aktiviti dimulakan dengan menikmati pelbagai jenis durian kampung yang segar terus dari ladang, termasuk Musang King, Blackthorn dan Udang Merah,  yang memang bagaikan syurga buat pencinta durian! Keriangan jelas terpancar di wajah semua yang hadir, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk menikmati raja buah dalam suasana tenang dan mendamaikan.

Selesai menjamu selera, rombongan meneruskan aktiviti dengan mandi-manda di Air Terjun Lata Bunta yang jernih, sejuk dan menyegarkan. Deruan air yang mengalir serta kehijauan alam sekitar menjadikan Lata Bunta sebagai lokasi rehat sempurna untuk menghilangkan tekanan kerja.

Program ini bukan sahaja meninggalkan kenangan manis, malah berjaya mengukuhkan semangat kerjasama dan kekeluargaan antara warga Klinik Tuah. Ia juga menjadi bukti bahawa kerja keras yang dilakukan selama ini dihargai, dan setiap individu dalam keluarga besar Klinik Tuah adalah aset yang penting.

Sampai jumpa lagi di sesi makan angin akan datang!

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda,
kami amat menghargai jika anda kongsikan kepada orang lain.

Facebook
WhatsApp

Jom baca lagi..

Jadi yang Terawal Tahu Promosi Ekslusif & Artikel Menarik Terkini dengan Melanggan Newsletter Kami Secara Percuma!

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...