Setibanya musim cuti sekolah, persoalan yang sering ditanyakan oleh para ibu bapa kepada kami adalah, kaedah khatan mana yang lebih baik? Jawapan kami sentiasa sama kalau melibatkan berkhatan.
Semuanya baik, yang membezakan hanyalah prosedur dan kaedah yang digunakan.
Kandungan
Pendahuluan
Sunat / Khatan / Khitan ini ialah satu prosedur kecil di mana tujuannya ialah untuk memotong lebihan kulit (kulup) pada zakar lelaki.
Mahupun kedengaran seperti kecil, namun risiko dalam bersunat tetap ada. Oleh itu sebaiknya para ibu bapa melakukan khitan anak di pusat pusat atau klinik yang berpengalaman dalam mengendalikan sunat.
Kaedah Khatan / Sunat yang Ditawarkan Zaman Sekarang:
Laser
Sunat menggunakan laser amat popular bermula dari tahun 2000-an sehingga sekarang. Ia melibatkan satu alat yang dipanggil sebagai kauteri (cautery).
Kauteri ini akan menghasilkan haba pada hujung alat yang digunakan untuk memotong lebihan kulit dan sekaligus menghentikan darah sewaktu proses pemotongan. Ini menjadikan proses khatan tersebut lebih cepat dan lebih bersih kerana kurang risiko pendarahan.
Selepas kulit itu dipotong, baki kulit itu akan dijahit biasanya pada 4 sisi utama agar luka tersebut tidak terus berdarah dan akan memberikan hasil yang kemas.
Tempoh prosedur biasanya mengambil masa 20-30 minit dan penjagaan pula adalah sedikit rumit dari kaedah lain. Dari segi kosmetik pula, sunat laser akan meninggalkan kesan parut kasar dan mungkin akan terdapat kesan jahitan.
Clamp/Klamp
Kaedah clamp merupakan antara kaedah terbaru di pasaran yang mempunyai berberapa nama (Tara klamp, smart klamp, alisklamp). Kaedah ini adalah lebih cepat daripada kaedah laser, dan risiko pendarahan lebih kurang berbanding kaedah konvensional.
Caranya ialah dengan mengukur saiz sesuai untuk klamp, kemudian klamp itu akan diletakkan di sekeliling zakar dan akhirnya kulit lebihan yang berada di luar klamp akan dipotong menggunakan kauteri atau pisau.
Menariknya jika menggunakan kaedah klamp, ia tidak memerlukan jahitan langsung dan hasil kosmetik klamp adalah lebih cantik jika dibandingkan dengan laser. Namun harus diingatkan, pesakit perlu datang lagi sekali ke klinik dalam tempoh 1 minggu supaya alat klamp itu dapat dicabut.
Plastibell
Sama seperti klamp, plastibell juga merupakan kaedah terbaru di pasaran, yang menggunakan alat berbentuk seperti cincin bersama dengan satu ‘handle’ di hujungnya. Alat ini akan diletakkan di antara lebihan kulit dan zakar, diikat pada cincin dan akhirnya ‘handle’ tersebut dipatahkan, meninggalkan hanya struktur cincin pada zakar pesakit. Kebiasaannya cincin plastik tersebut akan gugur dengan sendirinya dalam masa 5-10 hari.
Kaedah plastibell ini amat popular digunakan pada bayi lelaki.
Stapler
kaedah khatan stapler sering dilakukan pada orang dewasa / remaja. Stapler dikenali dengan teknik yang cepat sembuh. Ia merupakan sebuat alat yang akan memotong kulit zakar dan mencantumkan luka dengan sekali gus.
Kelebihan teknik ini adalah
- lebih cepat sembuh. sunat hari ini , esok boleh masuk kerja
- kurang komplikasi
- tanpa jahitan
- lebih cantik
- prosedur yang lebih cepat
Perbandingan Sunat Laser, Plastibell, Clamp dan Stapler
Laser | Plastibell | Clamp | Stapler | |
Masa Diambil | 20-30 minit | 5-10 minit | 5-10 minit | 10-15 minit |
Risiko Pendarahan | Rendah | Sangat Rendah | Rendah | Sangat rendah |
Tahap Kesakitan | Rendah-Sederhana (kerana jahitan) | Rendah | Sederhana (boleh jadi menyakitkan) | Sangat rendah |
Tempoh Penyembuhan Penuh | 10-14 hari | 3-10 Hari | Clamp biasanya dibiarkan selama 5-7 hari sebelum dikeluarkan | 7-10 Hari (24 Jam untuk kembali ke rutin harian) |
Hasil Kosmetik | Kemas, tapi mungkin akan ada parut dan kesan jahitan | Lebih cantik kerana tiada kesan jahitan | Lebih cantik kerana tiada kesan jahitan | Rapi dan sangat kemas kerana tidak perlu jahitan |
Kos | Murah | Mahal Berbanding Laser | Mahal Berbanding Laser | Mahal berbanding sunat moden yang Lain |
Umur | Semua peringkat umur | Bayi | Kanak-Kanak | Kanak-kanak dan dewasa |
Kesimpulan
Berkhatan merupakan satu prosedur yang mempunyai banyak kaedah dan pandangan, yang akhirnya mempunyai satu matlamat yang sama. Apapun pilihan anda, pastikan anda dapatkan penerangan daripada doktor yang berpengalaman dan mahir dalam mengendalikan kaedah sunat yang dihajati.