Sunat Dewasa, Kanak-kanak dan Bayi

Kesemua 3 hero saya sunat dengan doktor, semua sembuh dengan cantik.Alhamdulillah . Doktor yang cekap dan peramah. sunat baby pun cantik guna plastibell. Yang paling terbaik sini ada bius tanpa jarum. memang terbaik

Naiemah IdrisReview From Facebook

Berkhatan sering menjadi igauan ngeri setiap insan bernama lelaki

Tidak kiralah anda seorang lelaki dewasa, kanak-kanak ataupun ibubapa kepada bayi lelaki, perkataan khatan/ sunat sering mendatangkan kerisauan pada anda.
Maklumlah, pengalaman bersunat itu adalah sesuatu yang bermakna besar bagi seorang pria.
Khatan / Sunat pada dasarnya bermaksud memotong lebihan kulit (prepuce) pada zakar . Ianya dilakukan dengan beberapa sebab
1. Suruhan Keagamaan
2. Sering Mendapat penyakit kelamin
3. Faktor Kesihatan

Antara faktor kegusaran untuk berkhatan

  • Kesakitan
  • Bentan/ Jangkitan
  • Doktor/ Penyunat yang tidak berpengalaman
  • Kesilapan terpotong benda yang tak sepatut terpotong
  • Komplikasi

Di Klinik Tuah, Anda Tidak Perlu Takut & Risau

Doktor bedah kami berpengalaman sangat luas dalam mengendalikan RIBUAN khatan/ Sunat sepanjang tahun . Pernah berkhidmat sebagai doktor bedah di Hospital Ampang, doktor bedah kami juga pernah dilantik ” Pengarah Program Teknik Berkhatan Hospital Ampang peringkat Negeri” . Bukan sahaja melakukan khatan , Beliau juga menjadi rujukan dalam ” Circumcision Repair” dan merawat komplikasi khatan . Selain itu, Beliau juga aktif dalam menganjurkan dan menyertai ” Sunathon” di seluruh Malaysia.
Beliau berpengalaman melakukan khatan untuk SEMUA PERINGKAT UMUR terutamanya
1. Sunat Bayi
2. Sunat Kanak-kanak
3. Sunat Orang Dewasa

3 Peringkat Umur Bersunat

Bayi
Kanak-Kanak
Dewasa

Untuk Khatan Bayi

Banyak manfaat dari sunat ketika bayi. Tidak hairanlah mengapa ibubapa sekarang ini lebih suka khatankan anak mereka sejak bayi . Selain lebih senang penjagaan luka, Sunat ketika bayi amat cepat penyembuhannya berbanding kanak-kanak & orang dewasa.Tambahan ,deria sakit belum habis berkembang ketika bayi. Terdapat 2 teknik untuk sunat bayi .
Ketahui Lebih Lanjut

Plastibell

kaedah khatan laser

Teknik Laser

Untuk Khatan Kanak-Kanak

Waktu kanak-kanak adalah waktu yang paling ramai ibubapa hantar anak mereka berkhatan. Ini kerana ketika ini anak sudah memahami arahan .
Untuk kanak-kanak , terdapat 2 teknik yang sesuai untuk melakukan sunat.
Ketahui Lebih Lanjut
kaedah khatan klamp

SmartKlamp

stapler circumcision price

Kaedah Stapler

Teknik Laser

Untuk Khatan Dewasa

Khatan Dewasa tidak boleh dilakukan oleh doktor sebarangan. memerlukan doktor yang sangat berpengalaman. Ini kerana khatan dewasa harus mengambil kira saiz zakar ketika ereksi dan flasid. Selain itu , faktor kosmetik luka& jahitan harus dititikberatkan . Terdapat 2 kaedah yang paling sesuai untuk khatan dewasa.
Ketahui Lebih Lanjut
stapler circumcision price

Kaedah Stapler

kaedah khatan laser

Teknik Laser

TANAK SAKIT?!! Memperkenalkan TEKNOLOGI BIUS TANPA JARUM !

Teknologi BIUS TANPA JARUM ini menggantikan kaedah suntikan bius yang biasa dilakukan. Saat paling sakit ketika berkhatan adalah ketika Suntikan Jarum Bius. Oleh disebabkan itu , ramai orang yang takut untuk berkhatan.

 

Dengan adanya BIUS TANPA JARUM ini, bius akan dimasukkan tanpa menggunakan jarum. Ye.. Tiada jarum langsung.  Ubat bius setempat akan dimasukkan dengan cara ketukan/ pressure yang tidak menyakitkan .

Soalan Lazim

Sakit Tak Berkhatan?

Proses Khatan tidak sakit.
ya betul, proses berkhatan secara am nya tidak sakit cuma sebelum khatan dimulakan , suntikan bius setempat ( local anaesthesia) akan diberi pada pangkal , suntikan ini yang selalunya rasa sedikit sakit.
Namun jangan risau , jika tidak mahu sakit suntikan bius .Klinik kami ada menawarkan BIUS TANPA JARUM . Satu teknologi baru untuk memberi bius setempat tanpa ada JARUM . Klinik kami antara yang terawal menggunakan teknologi ni di Malaysia.
Alhamdulillah , dah ramai anak yang sering gagal sunat setiap tahun kerana takut jarum dan takut sakit, berjaya disunatkan menggunakan teknik BIUS TANPA JARUM ini. Namun caj tambahan Rm80 akan dikenakan untuk seorang.

Umur bayi saya ni boleh khatan kah? Berapa had umur untuk dewasa?

Kami berpengalaman luas mengkhatan SEMUA PERINGKAT UMUR
Dari bayi seawal 7 Hari sehingga paling tua umur 80 tahun .

Anak saya umur 3 tahun nak bersunat. Boleh ke buat?

Boleh , kami ada cara untuk mengkhatankan anak yang tak memberikan kerjasama. InshaAllah

Untuk budak Autisme boleh buat?

InshaAllah, kami telah banyak melakukan khatan untuk anak autisme dan ADHD. Namun terpulang kepada kerjasama, umur, kekuatan dan tahap autisme anak tersebut juga. boleh menghubungi doktor untuk bertanya lebih lanjut

Berapa lamakah penyembuhan sunat

Untuk Bayi
  • Selalunya bayi lebih cepat sembuh . anggaran masa 1 minggu untuk luka mulai kering dan bercantum.
Untuk kanak-kanak
  • Anggaran masa 1-2 minggu untuk luka mulai kering dan bengkak susut. Selalunya selepas 2 minggu , anak boleh memakai seluar dan berjalan seperti biasa, namun ia bergantung pada keadaan luka , jika berlaku jangkitan kuman luka akan lambat sembuh
Untuk Dewasa
  • Untuk Dewasa penyembuhan mengambil masa 2 minggu ke atas. Juga bergantung pada keadaan luka . Untuk bersama isteri , haruslah menunggu antara 3 minggu hingga ke sebulan.

Selalu dengan sunat laser, Apa itu? Macam lightsaber kah?

Bukan, Sunat laser adalah sunat yang dilakukan dengan mesin kauteri bipolar.
Kulup zakar akan di “potong” dengan menggunakan kauteri bipolar (pemanasan) untuk mengurangkan pendarahan berbanding menggunakan gunting. Zaman sekarang ini, jarang orang menggunakan gunting, kapak, parang untuk bersunat. Hampir semua menggunakan laser atau kauteri bipolar

Mengapa saya kena pilih Klinik Tuah untuk bersunat

Doktor berpengalaman, Teknologi Bius Tanpa Jarum yang baru di Malaysia , Doktor yang akan bertanggung jawab dan handle sendiri jika ada komplikasi .
harga marhaen, Staff& Doktor yang cool dan peramah, sunat sepanjang tahun

Bolehkah doktor mengendalikan komplikasi khatan dari klinik lain

Boleh . Banyak kes komplikasi seperti pengkhatan tidak cukup potong kulit ( undercut) , pendarahan, jangkitan dan lain-lain pernah kami kendalikan.

Kos untuk berkhatan berapa?

Untuk Khatan Bayi
  • Plastibell  : Rm550
  • Laser         : Rm 390
Untuk Khatan Budak
  • Laser         : Rm 250
  • Smartklamp : Rm 350- 650
Untuk Dewasa
  • Laser : Rm 600-700
  • Stapler : Rm 1800
*Bius Tanpa Jarum : Extra Rm80
khatan bayi

Apa Kata Mereka?

berterima kasih kepada Dr Hareez yang ,mencadangkan dan menerangkan kebaikan khatan bayi secara plastibell berbanding kaedah laser atau secara biasa...saya sebagai ibu juga ,mencadangkan kepada ibu lain diluar sana untuk melakukan berkhatan ketika bayi kecil dimana setelah 5 hari plastibell luruh...pada hari ke 7 ianya sembuh secara total....

Nur Fathihah RosliReview from google

Akhirnya anak laki saya berjaya disunatkan selepas 3 kali gagal. Bius tanpa jarum memang power . Anak pun kata tak sakit. Highly Recommend !

Nabihah Azimanfacebook review

Doktor tenang dan peramah. anak berkhatan dengan selamat dan tak sakit. Alhamdulillah

Syawal ZulkifliGoogle Review

Painless Circumcision , Professional Doctor
Recommended

Mark Zhen TungFacebook Review

Bersama Klinik Tuah, Pengalaman Khatan Akan Lebih Menyenangkan Dan Selamat

Seperti kata orang-orang tua , Bersunat hanya sekali seumur hidup. Dengan itu ikrar kami untuk memastikan pengalaman bersunat anda / anak anda amat menyenangkan , tidak sakit, dan penjagaan yang sempurna agar lekas sembuh kerana seperti anda/ anak anda, kami juga pernah melalui pengalaman yang sama puluhan tahun yang dahulu XD
Jika Anda berminat hendak menjalani berkhatan untuk diri / anak anda .
Boleh buat temujanji online dan memilih waktu temujanji anda sendiri dibawah.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh Whatsapp atau call kami di nombor dibawah

 

CAWANGAN KLINIK TUAH

Cheras, Kuala Lumpur

KLINIK TUAH CHERAS
G-02 , Kompleks Permaisuri Q
Jalan Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri
56000 Cheras, Kuala Lumpur

✆ 01169392454 (Cheras)

Kuantan, Pahang

KLINIK TUAH KUANTAN
No 3 Ground Floor, ICT HUB,
Jalan Putra Square 4,
Putra Square, 25200
Kuantan , Pahang

✆ 0199087813 (kuantan)

Shah Alam, Selangor

KLINIK TUAH SHAH ALAM
No. 9 (Ground Floor), Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor

✆ 0143242974 (Shah Alam)

Waktu Operasi Untuk Semua Cawangan

Dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu
9 am- 9 Pm

Whatsapp
Call
Temujanji Online
Loading...