Rakyat Malaysia terutamanya para wanita di luar sana pasti mengetahui tentang keajaiban Hyaluronic acid dalam penjagaan kulit. Berfungsi sebagai elemen penting untuk melembapkan kulit dan mengelakkan kulit kering, ia memastikan kulit tetap lembut, licin dan lebih berseri. Maka tidak hairanlah ramai berpusu-pusu mendapatkan produk “skincare” yang mengandungi hyaluronic acid untuk pastikan kulit tetap segar dan sihat.
Namun tahukah anda, hyaluronic acid juga boleh merawat sakit lutut anda?
Ha! Pasti anda pun tertanya-tanya kan? bukan ke Hyaluronic Acid ni untuk penjagaan kulit ke? Kenapa pula boleh merawat sakit lutut? Sebenarnya, pemberian Hyaluronic Acid melalui suntikan ini adalah antara rawatan yang sangat popular untuk mengurangkan sakit lutut, dan lebih berkesan dan tahan lama daripada ubat-ubatan!
Kandungan
Apakah itu gel Hyaluronic Acid?
Suntikan gel lutut mengandungi Hyaluronic Acid (HA), sejenis formula cecair semulajadi yang dihasilkan oleh badan manusia, terutama mata, sendi dan kulit. Hyarulonic acid berfungsi sebagai pelincir di antara sendi yang melicinkan pergerakan dan melindungi sendi daripada impak hentakan yang kuat.
hyaluronic acid juga membantu mengelakkan tulang bergeser antara satu sama lain, yang boleh menyebabkan kesakitan. Hyaluronic acid sendiri dapat merangsang synovial untuk menghasilkan cecairnta sendiri dan melambatkan perkembangan osteoarthritis.
Suntikan hyaluronic acid diberikan pada pesakit knee osteoarthritis atau radang sendi lutut. Fungsi suntikan gel lutut ini adalah untuk:
- Mengurangkan kesakitan. Molekul hyaluronic acid dapat menjadi pelindung hujung saraf, dan menghalang daripada reseptor kesakitan menghantar isyarat kepada otak.
- Melincirkan sendi. Kepekatan hyaluronic acid boleh memberi pelincir tambahan antara sendi dan juga menampung hentakan antara sendi lutut. Ini menyebabkan daya geseran berkurangan, seterusnya mengurangkan sakit dan lutut keras atau kaku disebabkan kurangnya kerosakan dan hakisan tulang rawan.
- Hyaluronic acid berfungsi sebagai ejen anti-radang yang boleh mengurangkan inflamasi, bengkak lutut dan mengurangkan sakit lutut.
Hyaluronic acid mempunyai dua jenis iaitu monolink dan double cross link. Gel Monolink mempunyai kandungan gel yang lebih cair dan perlu disuntik setiap minggu selama 3-5 minggu berturut-turut manakala gel double cross link mempunyai kandungan gel yang pekat dan hanya satu suntikan sahaja diperlukan setiap 6-12 bulan. Harga gel double class link lebih mahal berbanding gel monolink.
Keberkesanan Suntikan Hyaluronic Acid
- Suntikan hyaluronic acid atau gel lutut ini tidaklah berkesan dengan segera.
- Pesakit mungkin akan merasa tindak balas atau kesakitan berkurang selepas 4 minggu.
- Tempoh kelegaan kebiasaannya bertahan selama 2 bulan hingga 6 bulan selepas suntikan pertama, bergantung kepada jenama dan kepekatan suntikan.
- Sesetengah pesakit mungkin memerlukan lebih daripada satu suntikan untuk mengurangkan kesakitan yang berpanjangan.
- Suntikan tambahan boleh memberi kelegaan yang lebih Panjang sehingga 3 tahu sekiranya pesakit menunjukkan peningkatan fungsi lutut, sehingga rawatan penggantian sendi lutut dapat ditangguhkan.
Prosedur Suntikan Hyaluronic Acid
- Suntikan ini haruslah dilakukan oleh doktor yang bertauliah dan mendapat kelulusan.
- Pesakit akan baring dan kaki diluruskan atau dibengkokkan mengikut arahan doktor.
- Lutut yang terlibat akan disapu dengan alcohol atau iodine (mengelakkan jangkitan kuman).
- Pesakit diarahkan untuk bertenang, supaya pesakit tidak merasa sakit ketikan suntikan diberikan.
- Doktor akan menyuntuk ubat bius pada kawasan terlibat.
- Sekiranya terdapat cecair terkumpul berlebihan, suntikan untuk membuang cecair tersebut akan dijalankan terlebih dahulu.
- Suntikan hyaluronic acid disuntik terus pada sendi tisu yang terjejas dengan bantuan ultrasound untuk memastikan ketepatan kawasan suntikan diberikan.
- Kawasan yang disuntik dibersihkan dan pesakit akan diarahkan untuk meluruskan dan membengkokkan kaki beberapa kali supaya cecair mengalir di seluruh sendi lutut.
Setiap pesakit yang mendapat suntikan disarankan untuk:
- Berehat selama 24-48 jam setelah suntikan.
- Elakkan daripada aktiviti lasak sepanjang tempoh rawatan.
- Tuam kawasan suntikan dengan ais sekiranya kawasan terbabit kelihatan bengkak, kemerahan dan sakit. Ini disebabkan oleh kesan sampingan suntikan dan akan hilang setelah beberapa hari.
Antara jenama gel lutut yang terdapat di Malaysia termasuklah:
- HyruanOne Monovics
- Synvics One
- Durolane
- Suplasyn
Harga gel lutut hyaluronic Acid di Malaysia
Harga gel lutut bergantung kepada kualiti dan jenama suntikan gel lutut sendiri! Kualiti gel lutut bergantung kepada kepekatan Hyaluronic acid, isipadu dan kandungan tambahan. Kepekatan Hyaluronic acid memainkan peranan dalam menentukan tempoh ketahanan gel dalam satu suntikan.
Harga suntikan sangat bergantung pada jenis dan kepekatan suntikan. Secara kasarnya kos suntikan hyaluronic acid seperti dibawah ( Disclaimer : berikut merupakan harga anggaran melalui survey, harga sangat berbeza mengikut klinik, hospital, kepakaran,dan kos lain-lain)
Jenis Hyaluronic Acid | Anggaran Harga |
---|---|
Monolink Hyaluronic Acid | RM 500-700 |
Crosslinked Hyaluronic Acid | Rm 1800- RM7000 |
Baca Artikel : Betulkah kena tambah gel lutut yang haus balik
Mengapakah Ramai Orang Memilih Membuat Rawatan Bersama KLINIK TUAH
- Doktor yang sangat berpengalaman dalam merawat rawatan lutut
- Teknik suntikan yang tidak sakit diakui oleh kebanyakan pesakit
- Mempunyai pelbagai jenis rawatan mengikut kesesuaian umur dengan harga serendah Rm400 sehingga Rm2000
- Rawatan akan dibantu oleh teknologi canggih seperti Ultrasound, Soft laser therapy dan lain-lain
- Feedback / Testimoni yang sangat hebat dari pesakit kami (9/10 dari pesakit memberi respon sangat positif)
KLINIK TUAH menawarkan rawatan suntikan gel lutut untuk memberi kelegaan pada lutut anda. Pelbagai rawatan disediakan mengikut diagnosis juga akan diterangkan oleh para doktor kami di KLINIK TUAH.
Selain pada itu, kami juga akan memberi nasihat selepas rawatan (post-care) untuk memastikan pesakit kami mendapat kelegaan maksima dan Kembali cergas dan aktif seperti dahulu.
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.