Berapa harga sunat dewasa? Inilah persoalan yang selalu bermain di fikiran lelaki yang mahu menjalani proses sunat. Sebelum itu, mari kita mengetahui serba sedikit tentang sunat atau nama lain dia adalah ‘khatan’ .
Khatan diambil dari perkataan bahasa arab “khitan” iaitu melukakan. Prosedur ini yang juga dikenali dalam masyarakat Melayu sebagai sunat ini adalah proses di mana sebahagian lapisan kulit yang berlebihan di hujung kemaluan (kulup untuk lelaki dan kelentit untuk perempuan) dibuang.
Ia juga dikenali sebagai circumcision dalam bahasa Inggeris.
Amalan ini telah lama dijalankan secara tradisional yang biasanya diuruskan oleh tok mudim, dan seiring dengan kemajuan teknologi perubatan, banyak teknik moden telahpun diperkenalkan dan dipraktikkan.
Prosedur ini bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah sunat lelaki dewasa telah menjadi popular di kalangan masyarakat kini atas beberapa faktor.
Kandungan
Mengapa Orang Bersunat dan Apakah Kelebihan Sunat Dewasa?
1. Tuntutan Agama
Berkhatan ini fitrah bagi seluruh umat Islam dan amat disarankan oleh ramai ahli ulama’. Malah, Imam Shafie mewajibkan setiap lelaki muslim untuk bersunat.
Kebiasaannya, sunat dilakukan ketika anak lelaki hampir cukup umur atau akil baligh. Amalan ini merupakan salah satu cara untuk memelihara kebersihan yang amat dituntut dalam Islam. Menurut sesetengah ulama’, bayi perempuan bawah satu tahun juga digalakkan untuk bersunat, namun tidaklah wajib.
Adakah khatan hanya boleh dilakukan ketika usia kanak-kanak sahaja?
Sebenarnya, lelaki dewasa yang belum bersunat juga digalakkan untuk berkhatan tidak kira usia. Malah, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa Nabi Ibrahim pernah berkhatan pada usianya 80 tahun. Oleh itu, bukan sahaja tiada masalah untuk lelaki Muslim dewasa berkhatan, malah amatlah digalakkan kerana mengikut saranan agama Islam.
2. Kebersihan
Proses bersunat ini melibatkan kulup iaitu lapisan kulit yang menutup zakar dipotong dapat memastikan kemaluan sentiasa dapat dicuci dengan bersih. Seringkali kita menganggap kemaluan telah dibasuh dengan sempurna, namun sebenarnya kita terlepas pandang untuk membersihkan celah-celah zakar, terutama di dalam kawasan kulup.
Hasilnya, kawasan ini menjadi tempat pembiakan kulat dan bakteria daripada air kencing dan najis yang keluar dari saluran.
Bakteria amat mudah membiak pada kawasan ini sekiranya tidak dibersihkan dengan teliti dan seterusnya mengakibatkan pelbagai jenis jangkitan yang menyebabkan rasa tidak selesa dan kesakian melampau.
Antara jangkitan akibat tidak bersunat ini adalah Balanitis. Balanitis adalah radang pada hujung zakar yang menyebabkan kemaluan sakit dan gatal. Menurut statistik, lebih kurang 6% lelaki dewasa yang tidak bersunat mendapat Balanitis.
Oleh itu, pemotongan kulup melalui prosedur sunat ini dapat memudahkan lelaki membersihkan zakar mereka dan mengelakkan risiko jangkitan kulat dan bakteria.
3. Tujuan Kesihatan
Berkhatan amatlah disarankan kerana manfaatnya pada kesihatan individu. Antaranya, ia dapat mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI) atau kencing kotor sebanyak 10 hingga 14 kali ganda!
Penyakit UTI ini lazimnya disebabkan oleh jangkitan bakteria dari zakar memasuki saluran kencing. Hal ini boleh terjadi apabila zakar tidak dibersihkan dengan sempurna dan menyebabkan bakteria terkumpul di bawah kulup lelaki yang tidak dipotong tersebar ke urethra atau lubang kencing.
Dan kebanyakan bakteria dijumpai bawah kulup lelaki yang tidak bersunat!
Sunat dewasa juga dapat mengurangkan risiko UTI pada individu yang pernah dijangkiti UTI.
Selain itu, Ramai yang bersunat disebabkan penyakit phimosis / fimosis iaitu kulit zakar tidak boleh ditarik dan menyebabkan kesakitan.
Antara manfaat kesihatan yang lain termasuklah mengurangkan risiko syphilis sebanyak 42%, jangkitan ulser pada kemaluan (48%), dan herpes (28% hingga 45%).
4. Mengelakkan Kanser Kemaluan
Berkhatan juga disyorkan untuk mengurangkan risiko kanser kemaluan (zakar). Kajian menunjukkan bahawa 87 daripada 89 kanser zakar terdiri daripada lelaki yang tidak bersunat.
Kanser zakar ini boleh disebabkan oleh serangan virus yang dikenali sebagai Human papillomavirus (HPV). HPV menyebabkan ketuat di alat kemaluan dan sentuhan kulit ke kulit menyebabkan virus merebak
Sunat boleh menjamin kebersihan pada zakar yang lebih baik, seterusnya mengelakkan jangkitan bakteria dan radang pada hujung zakar, serta membantu mengurangkan risiko penyebaran virus HPV.
Berapa Harga Sunat Dewasa?
Sebenarnya harga sunat dewasa bergantung pada kaedah khatan dan jenis bius yang digunakan.
Untuk pengetahuan , jika anda memilih untuk berkhatan di luar negara, selalunya kos prosedur agak mahal. Sebagai contoh, kos circumcision di Amerika Syarikat (USA) boleh menelan belanja antara RM 5,000- RM 12,000!
Tetapi di Malaysia, kos berkhatan tidaklah setinggi harga tersebut. Tidak hairanlah Malaysia menjadi antara negara pilihan orang dari luar negara untuk menjalankan proses berkhatan / circumcision.
Harga sunat dewasa lelaki bergantung kepada teknik dan faktor-faktor lain juga seperti bius, servis yang ditawarkan serta lokasi klinik/ tempat perubatan.
Untuk sunat dewasa, kaedah moden yang menggunakan teknik Stapler beranggaran sekitar
RM 1800 – RM 4500, dan sekiranya teknik ini dilakukan di bawah bius setempat (local anesthesia).
Namun, kos ini boleh meningkat secara mendadak jika dilakukan dibawah bius penuh (General Anaesthesia) atau bius pengsan. Prosedur sunat yang melibatkan bius penuh ini dilakukan di hospital, dan boleh mencecah kos sehingga RM 5000- RM 7000.
Berbeza dengan teknik Stapler, kaedah moden seterusnya yang menggunakan teknik Laser dibawah bius setempat (Local Anaesthesia) adalah antara RM 800- RM 2000. Kos akan meningkat sekiranya prosedur dijalankan menggunakan bius penuh (bius pengsan) dengan anggaran harga sebanyak RM 3000- RM 5000.
Disclaimer : Harga sunat dewasa sebenar sangat berbeza antara satu institusi dari institusi yang lain . bergantung pada faktor-faktor lain juga .Anggaran harga sunat dewasa ini untuk memberi anda idea tentang kos terlibat dalam proses khatan orang dewasa di malaysia.
Jenis Sunat | STAPLER | LASER |
---|---|---|
Bius Setempat | RM 1800- RM 4500 | RM 800-RM 2000 |
Bius Penuh | RM 5000- RM 7000 | RM 3000- RM5000 |
Berapa Harga Khatan bagi Bayi dan Kanak-kanak Pula ?
Harga khatan bagi bayi dan kanak-kanak tidaklah seperti untuk sunat dewasa. Ini kerana prosedurnya lebih ringkas dan memerlukan masa penyembuhan serta rawatan susulan yang lebih pendek. Ia juga beergantung kepada teknik bersunat yang dipilih.
Teknik pertama ialah Teknik Plastibell. Kaedah plastibell melibatkan satu gegulung plastik akan dimasukkan di dalam kulup kemaluan dan diikat menggunakan benang/ tali. Plastik dan lebihan kulup akan perlahan-lahan tercabut.
Kos untuk teknik Plastibell ini beranggaran RM 400- RM 700, bergantung kepada servis yang ditawarkan dan kepakaran doktor.
Teknik kedua ialah teknik Laser. Teknik Laser menggunakan proses diathermy. Teknik ini melibatkan kulup dikapit menggunakan clamp dan dipotong melalui laser kemudian luka dijahit.
Kos untuk teknik laser ini pula ialah sekitar RM 200 – RM 400.
Teknik terakhir adalah Klamp. Kaedah Klamp ini adalah antara inovasi terbaru yang lebih cepat berbanding laser. Menariknya, kaedah Klamp ini tidak perlu jahitan langsung!
Kos untuk teknik Klamp ini beranggaran Rm300- RM700. Ini bergantung kepada servis dan kepakaran doktor, serta pakej susulan yang ditawarkan.
AKHIR KATA
Khatan memberi banyak manfaat kepada individu. Ianya bukan saja kerana tuntutan agama dan adat, namun amalan ini juga dijamin faedahnya dari segi kesihatan dan kualiti hidup individu.
Bersunat juga bukanlah terhad pada umur tertentu sahaja. Sesiapa saja dialu-alukan untuk bersunat, tidak kira jika umur mereka 8 tahun, 30 tahun mahupun 70 tahun! Kemajuan teknologi juga membenarkan pelbagai inovasi dan kaedah khatan moden yang mementingkan keselesaan dan keselamatan pesakit.
Oleh itu, setiap individu amatlah disarankan untuk berkhatan untuk mencapai kadar kualiti hidup yang lebih sihat, bersih dan selesa.
KLINIK SUNAT SEMUA UMUR
RASAKAN PENGALAMAN SUNAT YANG SELESA & MENYENANGKAN
Hari Ini Sunat, Esok Boleh Masuk Kerja
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.