Tahukah anda, 60% hingga 90% pesakit osteoarthritis lutut turut dilaporkan menderita koyakan meniscus?
Dan bagi mereka yang mengalami koyakan meniscus pada usia muda, risiko untuk menghidap osteoarthritis lutut meningkat sehingga enam kali ganda berbanding mereka yang mempunyai meniscus yang sihat.
Dua masalah lutut yang berbeza, tapi berkait rapat antara satu sama lain.
Dan selama ini, jawapan standard untuk kedua-duanya? Pembedahan.
Tapi kajian terbaru pada tahun 2026 yang turut diulas dalam The Guardian membuktikan pembedahan bukan jawapan muktamad.
Tapi sebaliknya, pembedahan lutut percepat osteoarthritis!
Kandungan
Kajian Membongkar Pembedahan Lutut Mempercepatkan Osteoarthiritis
Sering kali kita baca atau dengar, rawatan lutut yang terakhir adalah pembedahan. Tidak kiralah struktur lutut mana yang terlibat, untuk kelegaan yang lebih panjang, doktor akan menyarankan pembedahan selepas diagnosis yang tepat dan sekiranya menepati segala syarat yang ditetapkan.
Malah, ada juga yang lebih cenderung memilih pembedahan berbanding rawatan lain yang dikhuatiri bersifat sementara.
Tapi kajian terbaru yang diulas oleh The Guardian mendedahkan sesuatu yang mengejutkan. Pembedahan standard untuk baiki kartilej lutut yang rosak mungkin bukan penyelesaian yang anda sangkakan.
Lebih membimbangkan, pembedahan lutut percepat osteoarthritis, iaitu sakit lutut degeneratif yang kita semua cegah sejak dari muda.
Artikel ini akan membincangkan kajian yang diulas dari The Guardian, bagaimana pembedahan lutut ini percepat osteoarthritis, serta rawatan alternatif yang anda boleh pertimbangkan.
Apa itu Pelapik Lutut Koyak (Menisus Tear)
Meniscus atau pelapik lutut adalah sejenis kartilej berbentuk C yang terletak di antara tulang rawan artikular tibia dan femur. Ia berfungsi sebagai kusyen antara kedua-dua tulang ini. Ketika anda berlari atau melompat, meniscus menyerap 70% hingga 90% hentakan atau impak yang ditanggung oleh lutut.
Selain itu, meniscus turut mengagihkan berat badan secara sekata pada seluruh permukaan lutut, bersifat seperti span, dan lebih fleksibel berbanding struktur yang lain.
Meniscus juga memainkan peranan penting dalam menstabilkan sendi lutut. Tanpa meniscus, tulang rawan lebih mudah haus dan risiko arthritis turut meningkat.
Terdapat dua jenis koyakan meniscus. Pertama, koyakan meniscus akut yang biasanya berlaku akibat kecederaan, dan lebih kerap dialami dalam kalangan orang muda. Meniscus boleh tercedera ketika sukan berimpak tinggi, terutama apabila melakukan pergerakan memusing (twisting) atau membengkokkan lutut ketika kaki terpacak kuat di atas lantai. Lazimnya, ia berlaku semasa sukan seperti bola sepak atau bola keranjang.
Seterusnya ialah koyakan meniscus degeneratif yang berlaku apabila meniscus perlahan-lahan mereput atau menipis akibat “wear and tear”, dan lebih biasa dalam kalangan golongan berumur serta pesakit osteoarthritis.
Koyakan meniscus degeneratif boleh berlaku atas beberapa sebab, antaranya termasuklah;
- Tulang rawan yang semakin lemah seiring usia
- Pergerakan berulang seperti membongkok, squat, dan twisting
- Kurang aliran darah yang menghalang meniscus daripada membaik pulih
- Osteoarthritis
- Kecederaan ringan.
Pendedahan Kajian Terbaru tentang Pembedahan Lutut Percepat Osteoarthritis
Antara pembedahan untuk merawat koyakan meniscus yang biasa dilakukan ialah meniscectomy. Namun, menurut kajian yang diterbitkan dan diulas di The Guardian, kajian 10 tahun menunjukkan pembedahan ini bukan sahaja tidak memberi faedah yang diingini, malah pembedahan lutut percepat osteoarthritis.
Menurut Professor Teppo Järvinen daripada University of Helsinki yang turut mengetuai kajian ini, fenomena ini merupakan salah satu “medical reversal”, iaitu apabila rawatan yang selama ini diperakui dalam dunia perubatan didapati tidak berkesan atau membawa kesan yang sebaliknya.
Kajian ini melibatkan seramai 146 pesakit berumur 35 hingga 65 tahun dari 5 hospital di Finland. Daripada jumlah tersebut, 1/3 didiagnosis dengan koyakan meniscus, manakala 2/3 lagi menunjukkan simptom berkaitan.
Untuk menilai keberkesanan pembedahan, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, sebahagian menerima pembedahan meniscectomy, manakala sebahagian lagi tidak menerima sebarang pembedahan sebenar, atau dipanggil “sham surgery.”
Selepas 10 tahun susulan, dapatan kajian menunjukkan hasil yang membimbangkan. Peserta yang menjalani pembedahan meniscectomy mendapati fungsi lutut mereka lebih terbatas daripada biasa. Lebih daripada itu, simptom osteoarthritis didapati berkembang lebih cepat, dan mereka turut berisiko lebih tinggi untuk menjalani pembedahan berulang.
Dapatan ini selari dengan pandangan Mark Bowdich, pakar bedah lutut merangkap mantan presiden British Orthopaedic Association. Beliau menegaskan bahawa seiring dengan perkembangan ilmu perubatan masa kini, tidak semua sakit lutut memerlukan pembedahan. Kajian ini menunjukkan pembedahan bukan jalan mutlak untuk sakit lutut anda.
Bagaimana Pembedahan Lutut Percepat Osteoarthritis?
Tetapi bagaimana sebenarnya meniscectomy boleh percepatkan osteoarthritis?
Ini berlaku kerana meniscus berfungsi sebagai penyerap hentakan. Apabila tisu ini dipotong, keupayaannya untuk menyerap tekanan dan impak berkurangan, sekali gus mengubah biomekanik sendi lutut secara keseluruhan.
Akibatnya, meniscectomy turut menjejaskan kestabilan lutut kerana struktur lutut yang lain terpaksa menanggung beban berlebihan. Ini termasuklah tulang rawan, yang menerima tekanan lebih tinggi daripada biasa. Lama-kelamaan, tulang rawan lebih cepat haus dan terhakis, sekali gus mempercepatkan perkembangan osteoarthritis.
Kajian ini secara tidak langsung menyokong dapatan yang diulas dalam The Guardian.
Bilakah Pembedahan Lutut Jalan Terbaik?
Namun, ini bukan bermakna pembedahan membuang tisu meniscus ini salah dan harus dielakkan terus. Ada beberapa situasi di mana pembedahan lutut adalah pilihan yang lebih sesuai.
Antaranya ialah apabila koyakan terlalu besar, atau sehingga lebih 2/3 daripada bahagian dalam meniscus rosak, kerana tisu yang teruk rosak tidak lagi mampu membaik pulih secara sendiri.
Selain itu, pembedahan turut dipertimbangkan apabila rawatan konservatif seperti fisioterapi tidak berkesan di mana anda masih berasa sakit, lutut terasa lemah dan tidak stabil, atau serpihan tisu meniscus tersepit dalam kawasan sendi lutut sehingga menyebabkan lutut terasa terkunci.
Pembedahan meniscectomy juga boleh menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mengembalikan kebolehan untuk bersukan.
Untuk kes koyakan meniscus degeneratif, rawatan awal seperti fisioterapi sudah cukup membantu untuk menguatkan struktur lutut serta memudahkan pergerakan. Namun, sekiranya rawatan konservatif tidak memberi kesan yang baik, pembedahan boleh dipertimbangkan sebagai langkah seterusnya.
Rawatan Lutut Tidak Invasif Sebagai Alternatif
Terdapat juga beberapa rawatan lutut tanpa bedah yang boleh membantu sakit lutut anda akibat osteoarthritis atau kerosakan struktur lutut. Antaranya termasuklah;
- Rawatan awal di rumah seperti kaedah R.I.C.E dan senaman regangan
- Ubat-ubatan farmaseutikal seperti NSAIDs untuk mengurangkan keradangan.
- Rawatan sakit lutut tradisional seperti mengurut, akupuntur dan berbekam.
- Rawatan lutut tidak invasif seperti suntikan gel lutut, suntikan steroid, dan rawatan intervensi saraf lutut.
Kesimpulan
Walaupun kajian menunjukkan pembedahan lutut percepat osteoarthritis, namun kajian ini bukan bertujuan untuk menafikan keberkesanan pembedahan lutut. Ia masih relevan dan berkesan untuk sebahagian kes yang lain, dengan diagnosis dan langkah rawatan yang tepat.
Sebaliknya, ia sebagai bukti bahawa ilmu perubatan sentiasa berkembang, dan dengan kajian yang lebih mendalam, lebih mudah untuk kita semua membuat keputusan yang terbaik berlandaskan diagnosis dan pandangan professional pakar.
Oleh itu, tidak semua sakit lutut berakhir di atas meja pembedahan. Berbincanglah dengan doktor anda tentang pilihan rawatan yang terbaik.
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

12 Rawatan Sakit Lutut 2026: Kaedah Tradisi Hingga Teknologi Moden
Oleh Dr Hareez Noorman Dikemaskini pada 13 Mei 2026 Ringkasan Sakit lutut bukan hanya berlaku pada warga emas saja, namun warga muda juga tidak terkecuali. Oleh otu, penting untuk mengetahui








