A World Without Pain

Kekal Aktif! Sakit Lutut di Usia Tua: 6 Cara Kurangkan Sakit di Usia Emas

Sakit lutut boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak mengira umur. Namun, warga emas berusia 50 tahun lebih cenderung menderita sakit lutut yang membatasi rutin harian, akibat daripada osteoarthritis, kecederaan berulang ataupun radang sendi.

Sakit lutut boleh berkurang dengan pengurusan yang betul. Antara cara mengurus sakit lutut di usia tua termasuklah pemakanan yang sihat, kekal aktif, pemilihan aktiviti yang tepat, serta pemilihan kasut dan alat sokongan. Malah, peranan penjaga juga amat penting dalam mencegah sakit lutut warga emas menjadi lebih serius. 

Jika dulu ayah gagah mengendong aku di belakang bahunya.

Namun kini, aku melihat langkahnya makin tunduk, sujud ke bumi.

Dan dahinya berkerut seribu, menanggung sakit yang tidak terungkap.

Kandungan

Pendahuluan

Sakit lutut di usia tua adalah masalah yang biasa berlaku, terutamanya apabila umur mencecah 50 tahun ke atas.

Sebanyak 73% pesakit osteoarthritis terdiri daripada individu berumur 55 tahun dan ke atas. Malah, menurut WHO, seramai 528 juta orang di seluruh dunia hidup dengan osteoarthritis pada tahun 2019.

Namun, osteoarthritis bukanlah satu-satunya punca sakit lutut. Sakit lutut juga boleh berlaku akibat kecederaan lama, radang pada struktur lain di lutut, atau faktor genetik.

Antara simptom yang sering dialami termasuk bengkak, lutut kaku, dan pergerakan yang semakin terbatas. Ini secara langsung menyukarkan aktiviti harian.

Lebih-lebih lagi di usia emas. Setelah bertahun bekerja dan berusaha, sudah tentu kita ingin menikmati hidup dengan lebih tenang  seperti melancong, dan beribadah dengan selesa. Namun, sakit lutut boleh menjadi penghalang.

Dalam artikel ini, anda akan memahami cara mencegah dan menguruskan sakit lutut di usia tua, supaya anda dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan berkualiti.

Jenis Sakit Lutut di Usia Tua

Kenapa Penting Mengurus Sakit Lutut Seawal Mungkin

Langkah pencegahan sakit lutut sebenarnya tidak hanya bermula apabila memasuki usia emas.

Lebih awal kita menjaga kesihatan lutut, lebih baik hasilnya.

Amalan seperti mengawal berat badan, kekal aktif, dan merawat sakit lutut dari peringkat awal (contohnya dengan teknik R.I.C.E) boleh membantu melambatkan perkembangan osteoarthritis.

Dengan langkah ini, sendi lutut dapat terus berfungsi dengan lebih baik dan kekal sihat untuk jangka masa panjang.

Cara Mengurus Sakit Lutut di Usia Tua dalam kehidupan Harian

a. Pemakanan yang Sihat

Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan sakit lutut di usia tua. Apa yang kita makan sebenarnya boleh mempengaruhi tahap keradangan dalam badan.

Sebaiknya, kurangkan makanan yang boleh mencetuskan keradangan seperti makanan bergoreng, tinggi gula dan gluten serta makanan berproses. 

Istilah “makanan berangin” sering digunakan, tetapi dari sudut perubatan, makanan “berangin” ini melepaskan bahan aktif yang meningkatkan radang dalam badan.

Sebaliknya, amalkan pemakanan yang lebih sihat. Lebihkan pengambilan ikan, terutamanya ikan berlemak. Tambahkan juga makanan berasaskan tumbuhan seperti kekacang, sayur-sayuran dan bijirin penuh dalam setiap hidangan.

makanan bergluten tinggi perlu dikurangkan untuk melegekan sakit lutut di usia tua

Dalam masa yang sama, berat badan juga perlu dikawal supaya berada dalam BMI yang sihat. Ini kerana lutut menanggung tekanan yang tinggi setiap kali kita berjalan atau bergerak.

Tahukah anda, lutut boleh menanggung tekanan sehingga 3 hingga 4 kali ganda daripada berat badan?

Jadi, jika berat badan mencecah 100kg, tekanan yang ditanggung oleh lutut sebenarnya boleh mencapai sekitar 300 hingga 400kg.

Sebab itu, walaupun penurunan berat badan sedikit, ia sudah cukup membantu mengurangkan beban pada lutut dan seterusnya mengurangkan kesakitan.

b. Senaman Berkala

Mungkin ada yang berfikir, bila usia sudah meningkat, pergerakan jadi terbatas dan tidak lagi boleh aktif seperti dahulu.

Tetapi sebenarnya, kekal bergerak adalah salah satu cara paling penting untuk mencegah dan mengurangkan sakit lutut di usia tua.

Senaman membantu menguatkan otot di sekitar lutut, terutamanya otot peha dan betis. Senaman yang memfokuskan pada otot quadriceps sangat digalakkan. Otot ini bertindak seperti penyerap hentakan dan memainkan peranan besar dalam menyokong lutut.

Contoh mudah, senaman seperti straight leg raise boleh membantu menguatkan otot dan meningkatkan fleksibiliti dan kestabilan tanpa memberi tekanan berlebihan pada lutut.

senaman straight leg raises untuk melegakan sakit lutut di usia tua

Selain itu, senaman regangan juga penting. Ia membantu mengurangkan rasa kaku, meningkatkan fleksibiliti, dan membuat pergerakan jadi lebih selesa.

Dalam masa yang sama, senaman juga membantu mengawal berat badan dan mengurangkan beban yang ditanggung.

Cukup dengan senaman berimpak rendah seperti berjalan ringan, berenang atau yoga. Tidak perlu terlalu berat, yang penting konsisten.

manfaat berenang termasuklah melegakan sakit lutut di usia tua

c. Kurangkan Aktiviti Yang Berisiko Untuk Lutut Tercedera

Osteoarthritis lutut berlaku apabila tulang rawan semakin menipis dan haus. Ini biasanya disebabkan oleh pergerakan yang berulang dalam jangka masa panjang.

Sebab itu, penting untuk kita lebih berhati-hati dengan jenis aktiviti yang dilakukan.

Elakkan atau kurangkan aktiviti yang memberi tekanan berulang pada lutut. Contohnya seperti jogging jarak jauh atau sukan berimpak tinggi seperti bola sepak dan bola keranjang.

Jika anda mula rasa sakit semasa melakukan aktiviti, itu rehat, jangan paksa diri untuk teruskan. Rehatkan lutut seketika. Ini boleh mencegah sakit lutut menjadi lebih serius.

bola keranjang tidak sesuai untuk dilakukan untuk mengelakkan sakit lutut di usia tua

d. Berhenti Merokok

Kita semua tahu kesan merokok terhadap paru-paru, malah ia juga merupakan antara punca utama kanser.

Tetapi ramai tidak sedar, merokok juga memberi kesan kepada sendi lutut kita.

Kajian menunjukkan bahawa perokok lebih cenderung mengalami radang sendi yang lebih teruk, termasuk osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.

Ini kerana bahan dalam rokok boleh meningkatkan keradangan dalam badan dan melambatkan proses pemulihan tisu. Dan bukan hanya setakat rokok biasa, tetapi termasuk juga rokok elektronik dan vape.

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2022 dalam jurnal Frontiers in Pharmacology mendapati pengguna rokok elektronik mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah radang sendi berbanding bukan perokok.

Ini juga termasuk pengguna vape.

Jadi, jika anda sedang berusaha mengurangkan sakit lutut, berhenti merokok adalah salah satu langkah penting yang tidak boleh diabaikan.

rokok eleltronik perlu dielakkan untuk mencegah sakit lutut di usia tua

e. Pilih Kasut Yang Betul

Pemilihan kasut juga memainkan peranan penting dalam menguruskan sakit lutut di usia tua.

Pilih kasut yang selesa dan bertumit rendah. Kasut bertumit tinggi sebaiknya dielakkan kerana ia boleh menambah tekanan pada lutut setiap kali anda berjalan.

Selain itu, perhatikan juga struktur kasut. Pilih kasut yang mempunyai sokongan lengkungan (arch support) yang baik. Tapak kasut pula sebaiknya tebal dan empuk supaya dapat menyerap hentakan dengan lebih baik.

Bahagian hujung kasut juga penting. Pastikan ruang jari kaki agak luas supaya jari boleh bergerak dengan bebas dan tidak terhimpit.

Kasut yang sesuai bukan sahaja memberi keselesaan, tetapi juga membantu mengurangkan beban pada lutut dalam jangka masa panjang.

pilih kasut yang betul untuk melegakan sakit lutut di usia tua

f. Gunakan Alat Sokongan

Alat sokongan seperti tongkat atau walker boleh membantu mengurangkan sakit lutut di usia tua. Dan ianya bukanlah tanda anda seorang yang lemah, tetapi untuk menambah keselesaan.

Alat ini membantu mengagihkan berat badan dengan lebih sekata. Jadi, beban pada sendi lutut dapat dikurangkan setiap kali berjalan.

Dalam masa yang sama, ia juga memberi kestabilan tambahan. Ini penting untuk mengurangkan risiko jatuh, terutamanya bagi warga emas.

Gunakan alat sokongan untuk melegakan sakit lutut di usia tua

Peranan Penjaga Dalam Menguruskan Sakit Lutut Warga Emas

Sebagai penjaga, tidak kira untuk ibu ayah anda, datuk nenek mahupun kerana tuntutan pekerjaan, anda boleh menyumbang kepada hidup yang lebih bermakna.

Anda boleh membantu dalam melegakan sakit lutut di usia tua dengan;

  • Menambah ilmu pengetahuan tentang osteoarthritis melalui sumber-sumber yang dipercayai.
  • Membantu dalam pengurusan kesakitan. Sebagai contoh, anda boleh membantu dalam pengambilan ubat yang betul, terapi fizikal atau senaman ringan.
  • Menyokong mobiliti warga emas dengan membantu yang tersayang bergerak dengan selamat di dalam rumah. Anda boleh ubah suai rumah untuk mengurangkan risiko jatuh seperti mengurangkan penggunaan permaidani, memasang palang pemegang di tandas dan juga letakkan barang di tempat yang mudah dicapai.
  • Memilih makanan berkhasiat dan yang terbukti dapat mengurangkan keradangan dan menyokong kesihatan sendi.
  • Berikan sokongan emosi dengan galakan dan sikap positif untuk mendorong mereka mencapai hidup yang lebih baik dan tidak putus asa.

Pilihan Rawatan Untuk Sakit Lutut di Usia Tua

Terdapat beberapa pilihan rawatan untuk sakit lutut, merangkumi rawatan tradisional dan rawatan moden.

Antara rawatan tradisional termasuk:

  • Akupuntur
  • Bekam
  • Mengurut

Rawatan moden pula boleh dibahagikan kepada tidak invasif dan invasif.

Antara rawatan tidak invasif termasuk:

  • Suntikan gel lutut (Hyaluronic Acid)
  • Suntikan rawatan pemulihan semulajadi (contohnya PRP)
  • Genicular Nerve Block (G-Block)
  • Radiofrequency Ablation (RFA)

Manakala rawatan invasif melibatkan pembedahan seperti penggantian sendi lutut atau Total Knee Replacement (TKR).

@kliniktuah

"🤔 Dr, lutut saya sakit ni… dah makan ubat pun tak baik, semua dah cuba. Kena cucuk gel ke? ⠀ Ehh sabar dulu! ❗ BUKAN semua masalah lutut perlu cucuk gel ya! ⠀ Ramai pesakit salah faham ingat bila sakit lutut je, terus kena suntik gel. Hakikatnya, rawatan lutut bergantung pada PUNCA masalah! 🔎 ⠀ Dalam video ni, Dr Paan akan terangkan: ✅ Apa sebenarnya ‘gel lutut’? ✅ Kenapa sesetengah pesakit kena suntik gel? ✅ Bila masa suntikan gel sesuai dibuat? ✅ Apa fungsi gel dalam sendi lutut? ✅ Dan... penting ke rawatan follow up lepas suntikan? ⠀ Kalau anda, mak ayah, atau sesiapa ada masalah lutut, WAJIB tengok video ni sampai habis 🎥. Jangan buat keputusan rawatan berdasarkan teka-teka sendiri, dengar dulu penerangan dari Dr! ⠀ 💬 Nak tahu lebih lanjut atau nak buat pemeriksaan lutut? DM Klinik Tuah sekarang! 📩 Klik beg biru "Apply Now" untuk book temujanji !😎🫶🏻

♬ original sound - Klinik Tuah - Klinik Tuah

Penutup

Sakit lutut di usia tua bukanlah sesuatu yang perlu ditanggung tanpa usaha untuk mengurangkannya. Dengan penjagaan yang betul, perubahan gaya hidup, dan pemilihan rawatan yang sesuai, kesakitan boleh dikawal dan kualiti hidup dapat dipertingkatkan.

Jika anda atau orang tersayang mula mengalami sakit lutut yang berpanjangan, jangan tunggu sehingga ia menjadi lebih teruk. Dapatkan pemeriksaan awal supaya punca sebenar dapat dikenal pasti dan rawatan yang tepat dapat diberikan.

Nikmati tahun-tahun emas anda dengan keselesaan, bukan kesakitan.

FAQ

Normal ke sakit lutut di usia tua?

Sakit lutut memang kerap berlaku apabila usia meningkat, terutamanya selepas 50 tahun. Namun, jangan anggap ianya normal, dan langkah pencegahan awal amatlah disarankan. 

  • Osteoarthritis lutut 
  • Kecederaan lama yang tidak sembuh atau kembali tercedera
  • Berat badan berlebihan
  • Kurang pergerakan atau senaman
  • Radang sendi 

Anda disarankan berjumpa doktor sekiranya mengalami simptom-simptom berikut: 

  • Sakit berlarutan lebih dari dua-tiga minggu
  • Lutut terlampau bengkak dan sukar bergerak
  • Sakit semakin teruk walaupun sudah rehat
  • Mengganggu aktiviti harian seperti berjalan atau solat

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , klinik lutut kami berbeza dengan yang lain.

Loading...
Search
Number Of Shops:
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

“Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.”

Jika artikel ini bermanfaat untuk anda,
kami amat menghargai jika anda kongsikan kepada orang lain.

Facebook
WhatsApp

Jom baca lagi..

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...

Nak tak kami bagitahu jenis sakit lutut anda dengan tepat dalam 60 saat sahaja !

Jawap 7 Soalan ini  yang direka doktor orthopedik dari beberapa universiti untuk kenal pasti jenis sakit lutut sehingga 85% ketepatan.