Where Pain Meets Relief

Awasi Tanda-Tanda Awal Arthritis: Bertindak Sebelum Terlambat!

Kandungan

Pendahuluan

Tahukah anda?

Menurut statistik, sekitar 10% – 20% penduduk di Malaysia menderita osteoarthritis.  

Dan arthritis ini bukan sekadar sakit-sakit sendi biasa, tapi boleh menjejaskan kualiti hidup, pergerakan harian, dan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.

Walaupun sering dikaitkan dengan warga emas, hakikatnya arthritis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk golongan muda.

Lebih membimbangkan, ramai yang tidak menyedari bahawa sakit atau kekakuan yang dialami mungkin merupakan tanda-tanda awal arthritis. Tanpa rawatan awal, keadaan ini boleh menjadi semakin serius dan menyukarkan rawatan jangka panjang.

Dalam artikel kali ini, kita akan mengenal pasti tanda-tanda awal arthritis yang sering diabaikan, bagi dua jenis arthritis yang paling lazim iaitu osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. 

Dengan memahami simptom dari awal, anda boleh mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Jenis-Jenis Arthritis

Antara jenis arthritis yang paling biasa berlaku ialah osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Tapi sebenarnya, ada juga beberapa jenis lain seperti septic arthritis, gouty arthritis dan psoriatic arthritis.

Osteoarthritis

  • Satu penyakit degeneratif yang berpunca akibat ‘wear-and-tear’ yang menyebabkan tulang rawan antara sendi menipis dan rosak.
  • Penipisan tulang rawan yang menjadi kusyen antara sendi menyebabkan tulang bergesel antara satu sama lain, mendatangkan kesakitan dan radang sendi.

Rheumatoid Arthritis

  • Satu penyakit autoimun di mana sistem imunisasi badan menyerang sel-sel badan yang normal, dan membebaskan bahan kimia radang yang mendatangkan kesakitan.
  • Sistem imunisasi badan lazimnya menyerang synovium iaitu tisu yang melapisi sekeliling sendi.

Septic Arthritis

  • Radang sendi yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
  • Arthritis jenis septic memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan kerosakan sendi secara kekal.

Gouty Arthritis

  • Gouty arthritis, atau lebih mesra dikenali sebagai gout, terjadi akibat perkumpulan asid urik yang tinggi dan membentuk ketulan kristal antara sendi.
  • Serangan gout boleh datang secara tiba-tiba, termasuk pada waktu malam ketika anda tidur.

Psoriatic Arthritis

  •  Sejenis arthritis yang dialami oleh individu dengan psoriasis, iaitu penyakit kulit yang menyebabkan tompok-tompok merah bersisik.

Dapatkan maklumat lengkap tentang osteoarthritis dan rheumatoid arthritis di pautan ini:

Panduan Lengkap Lutut Osteoarthritis

Rheumatoid Arthritis: Pembunuh Dalam Diam

sendi yang berpotensi mengalami tanda awal arthritis osteoarthritis
sendi yang berpotensi mengalami tanda awal arthritis rheumatoid arthritis

Siapa yang Berisiko Mengalami Arthritis?

  • Orang yang berumur lebih 50 tahun
  • Individu yang mempunyai sejarah keluarga dengan arthritis
  • Individu dengan berat badan berlebihan
  • Pernah mengalami trauma atau sejarah kecederaan
  • Untuk rheumatoid arthritis, punca utamanya masih belum dapat dipastikan. Namun antara faktor utama yang boleh memicu kewujudan arthritis jenis rheumatoid ialah genetik dan persekitaran.

Tanda-Tanda Awal Arthritis

Tanda-Tanda Awal Osteoarthritis

Walaupun osteoarthritis lazimnya berlaku selepas usia 50 tahun, namun golongan yang berusia 30-an juga tidak terkecuali daripada mengalami tanda-tanda awal penyakit ini.

Oleh itu, sebarang gejala yang muncul tidak boleh dipandang ringan dan langkah pencegahan awal amatlah digalakkan.

  • Rasa sakit dan ngilu pada sendi, terutama apabila selepas melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan lutut berulang kali seperti menaiki tangga, berjalan jauh dan berkebun.
  • Rasa sakit akibat osteoarthritis bukan sahaja menyerang hanya selepas melakukan aktiviti, namun boleh juga dipengaruhi oleh perubahan cuaca.
    Tekanan barometer dan kelembapan udara juga boleh memberi tekanan kepada sendi-sendi, yang menyebabkan tisu-tisu sekitar menjadi lebih sensitif.
sakit sendi kerana cuaca antara tanda awal arthritis
  • Rasa hangat di sekitar sendi yang terjejas selepas melakukan aktiviti.
  • Serangan radang secara tiba-tiba juga boleh mendatangkan rasa sakit dan berdenyut.
  • Sendi yang terlibat akan kelihatan bengkak dan sakit apabila ditekan. Hal ini disebabkan oleh tulang rawan yang rosak dan menipis, menyebabkan tulang lebih cenderung bergesel antara satu sama lain. Geseran ini menyebabkan air radang berkumpul di dalam sendi.
  • Namun, terdapat juga kawasan bengkak yang keras apabila ditekan. Ianya merupakan hasil pertumbuhan tulang taji (osteophytes) di antara sendi.
  • Sendi kaku, keras dan sukar untuk digerakkan selama beberapa minit. Perubahan ini ketara pada waktu pagi, dan anda mungkin perasan mana- mana anggota badan yang terjejas (contohnya lutut) terasa ketat dan terkunci, menyebabkan anda susah untuk bergerak.
  • Sendi kaku dan keras juga boleh terjadi selepas aktiviti akibat penggeseran antara tulang.
  • Sendi berbunyi retak dan bergeser. Ini berlaku kerana penggeseran tulang setelah tulang rawan rosak dan cecair synovial mengering.
  • Lemah otot di sekitar sendi yang menyebabkan cepat rasa lenguh dan sukar untuk melakukan sesetengah rutin harian seperti naik turun tangga.
  • Pergerakan terhad. Sendi yang sakit dan keras menghalang anda untuk bergerak seperti biasa.

Anda juga boleh rujuk panduan di bawah untuk mengetahui sama ada sakit sendi di bahagian pinggul yang anda alami merupakan gejala awal osteoarthritis.

Tanda-Tanda Awal Rheumatoid Arthritis

Berbeza dengan osteoarthritis, rheumatoid arthritis boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Walaupun gejalanya hampir serupa, tanda-tanda awal arthritis bagi jenis rheumatoid ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan perlu diberi perhatian yang lebih awal.

  • Sendi boleh berasa sakit dan tegang terutama pada waktu pagi atau selepas lama berehat tanpa bergerak.
  • Sendi tegang dan kaku untuk masa yang lama, sekitar 30 minit hingga satu jam. Anda mungkin akan mengalami kesukaran mobiliti sepanjang tempoh ini.
  • Rasa sakit akibat radang berlaku secara simetri, di mana kedua-dua belah anggota badan akan sakit secara serentak. Sebagai contoh, anda akan berasa sakit pada kedua-dua belah tangan, serta sendi-sendi kecil sekitarnya.
sakit sendi pada kedua-dua belah tangan antara tanda awal arthritis jenis rheumatoid
  • Bengkak pada sendi yang terjejas, namun terasa lembut dan menyakitkan apabila disentuh.
  • Demam yang berterusan, dan demam juga boleh datang sebelum sakit sendi akibat RA.
  • Rasa letih dan lesu yang melampau sehingga mengganggu aktiviti harian.
  • Susah untuk menggerakkan sendi-sendi yang terlibat.
  • Simptom-simptom ini boleh berterusan sehingga 6 minggu.

Bagi kes rheumatoid arthritis, anda disarankan untuk berjumpa doktor dengan segera sekiranya mengalami tanda-tanda yang dinyatakan di atas.

Langkah Pencegahan Awal

Sebenarnya, arthritis boleh dicegah lebih awal jika anda mengamalkan gaya hidup yang sihat. Antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan termasuklah:

  • Mengekalkan berat badan yang ideal.
  • Bersenam
  • Mengurangkan stress
  • Berhenti merokok dan vape
  • Sentiasa membuat senaman regangan
bersenam antara langkah pencegahan untuk mengelakkan tanda-tanda awal arthritis menjadi lebih serius

Penutup

Adakah anda alami gejala yang sama seperti dalam artikel ini? Kalau ya, mungkin itu sebenarnya tanda-tanda awal arthritis yang perlu diberi perhatian. Jangan anggap ia perkara biasa atau cuma sakit sendi sementara. 

Segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, atau mulakan langkah pencegahan awal bagi mengelakkan masalah arthritis menjadi semakin serius.

Dapatkan Maklumat Lengkap Tentang Sakit Lutut, Termasuk Kuiz Untuk Tahu Tentang Sakit Lutut Anda
Panduan Lengkap Sakit Lutut

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, Bangalore and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.

Jom baca lagi..

Mengapa Telinga Tersumbat Ketika Selsema?

“Achummm… Achummmm…” Bunyi Bersin.. Lalu anda mengambil tisu untuk lap hingusan yang keluar.. Secara tiba-tiba telinga anda pulak yang tak dengar… “eh .. peliknya.. telinga sumbat pulak dah.. dah macam naik gunung cameron highland...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...