Oleh Dr Hareez Noorman
Dikemaskini pada 12 Mei 2026
Perkataan lutut longgar amatlah biasa didengari, selalunya di kalangan pesakit yang aktif bersukan atau pernah mengalami trauma pada lutut. Tetapi apakah yang sebenarnya terjadi kepada lutut?
Kandungan
Lutut Longgar - Suratan Atau Kebetulan?
Ramai yang mengaitkan sakit lutut ini dengan amalan onani . betul kah?
Tidak! Onani tidak ada kaitan dengan masalah fizikal, termasuk lutut longgar.
Kebiasaannya, lutut longgar atau lari dikaitkan dengan masalah pada ligamen, seperti ligamen ACL atau MCL. Jika anda perasan, rasa lutut longgar ketara apabila anda melakukan aktiviti fizikal.
Dalam istilah perubatan, lutut longgar adalah satu symptom yang dipanggil sebagai “knee instability”. Ia terjadi disebabkan oleh berlaku kecederaan pada ligament lutut anda.
Apakah itu ligamen?
Ligamen merupakan satu tisu kuat yang menghubungkan antara dua tulang. Salah satu contoh ligamen popular dalam masyarakat kita adalah Anterior Cruciate Ligament (ACL).
Dalam lutut kita terdapat 4 ligamen utama iaitu:
- Anterior Cruciate Ligament (ACL)
- Posterior Cruciate Ligament (PCL)
- Medial Collateral Ligament (MCL)
- Lateral Collateral Ligament (LCL)
Apakah simptom yang dialami sekiranya saya kecederaan ligament?
Kecederaan ligament biasanya terjadi apabila terdapat pergerakan berpusing atau janggal secara mengejut pada lutut anda, dan akan menyebabkan simptom simptom di bawah:
- Bunyi “pop” yang kuat pada sendi lutut
- Kesakitan
- Bengkak pada lutut
- Lutut tidak stabil atau ‘longgar’
Bolehkah kecederaan ligament sembuh dengan sendirinya?
Sekiranya ligament hanya terputus sebahagian (Partial Tear), kemungkinan untuk ligament tersebut pulih dengan sendirinya adalah tinggi, namun harus diingatkan pesakit hendaklah menjaga lutut yang terlibat itu dengan baik supaya ligament tersebut dapat pulih sepenuhnya. Manakala untuk kes terputus penuh (Full / Complete Tear) maka hanya pembedahan dapat mengembalikan fungsi ligament tersebut.
Adakah Lutut Longgar Hanya Disebabkan Ligament?
Adakah punca lutut longgar hanya disebabkan oleh ligament?
Jawapannya: tidak!
Walaupun ligament lazimnya punca utama lutut anda longgar dan berbunyi, namun ada juga faktor lain yang boleh menyebabkan knee instability. Antaranya termasuklah;
- Otot lutut lemah terutama otot quadriceps dan hamstrings.
- Kecederaan meniscus.
- Osteoasrthritis lutut yang menyebabkan tulang rawan semakin menipis dan mudah untuk sendi berfeser antara satu sama lain.
- Masalah tulang lutut.
- Patellar longgar atau tempurung lutut lari dari kedudukan asalnya. Anda boleh berasa sakit bawah kepala lutut dan lutut seperti terkunci.
Penutup
Sekiranya anda merasakan lutut anda terdapat simptom simptom di atas dan memerlukan khidmat nasihat atau cadangan rawatan, boleh berjumpa kami di KLINIK TUAH untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan yang paling sesuai untuk anda.
KLINIK TUAH kini beroperasi dengan 4 cawangan di Cheras, Kuantan, Shah Alam dan Johor, bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik berhampiran anda.
Ketahui lebih lanjut tentang sakit lutut: Sakit Lutut 101
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Suntikan Gel Lutut vs Rawatan Pemulihan semula jadi vs Steroid: Mana Lebih Berkesan?
Oleh Dr Hareez Noorman Dikemaskini pada 14 Mei 2026 Bayangkan ni macam pertandingan realiti TV. Suntikan gel lutut datang dengan bagai enjin Caltex, lancar melincir antara sendi. Rawatan pemulihan semula





