Where Pain Meets Relief

Bahaya! 10 Makanan yang Perlu Dielakkan Untuk Sakit Sendi

Sakit lutut anda mungkin bukan sekadar akibat usia atau aktiviti fizikal. Percaya atau tidak, nasi putih boleh jadi punca sakit sendi anda! Dalam artikel ini, kami kongsikan 10 makanan yang perlu dielakkan untuk elakkan radang, daripada makanan bergluten tinggi hingga makanan laut.

Kami juga sertakan alternatif sihat yang boleh anda cuba. Dan, adakah sayuran seperti terung dan tomato benar-benar bahaya untuk sendi? Teruskan membaca untuk jawapannya!

Kandungan

Pendahuluan

Sakit lutut bukanlah perkara yang asing bagi kita. Lutut berbunyi, lenguh lutut dan lutut bengkak antara symptom yang mengganggu fizikal dan emosi kita. Dan umum kita ketahui sakit sendi lutut berpunca daripada usia ataupun kecederaan.

Namun, makanan juga mempengaruhi kesihatan sendi lutut kita! Terdapat makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi.

Jadi, kalau nak pastikan sendi kekal sihat dan bebas dari rasa sakit, penting untuk tahu jenis makanan yang mungkin perlu dielakkan.

Apa Makanan Yang Perlu Dielakkan Untuk Sakit Sendi?

1. Makanan Bergluten Tinggi

Penerangan: Makanan tinggi gluten dikaitkan dengan sakit sendi, terutama bagi individu dengan celiac disease, yang menyebabkan radang pada tubuh.

Gluten juga sering berkaitan dengan indeks glisemik (GI) tinggi, yang boleh meningkatkan kadar gula darah. Ini boleh menyebabkan tendon menjadi kaku dan mempercepatkan sakit sendi.

Gantikan Dengan: Anda boleh menggantikan makanan ruji anda dengan produk bebas-gluten yang terdapat dalam pasaran.

Makanan gluten tinggi antara Makanan yang Perlu Dielakkan Untuk Sakit Sendi Klinik Tuah

2. Susu dan Produk Tenusu

Penerangan: Produk tenusu seperti mentega, susu penuh krim dan cream cheese mempunyai protein casein dan lemak tepu yang menyumbang pada radang sekitar sendi. Protein casein juga boleh menyumbang pada iritasi sendi. 

Gantikan Dengan: Anda boleh menggantikan susu haiwan dengan susu berasaskan tumbuhan seperti susu soya, susu badam dan susu kelapa. Produk tenusu yang dilabel “vegan” juga kebiasaannya selamat untuk diambil.

susu antara makanan yang Perlu Dielakkan Untuk Sakit Sendi

3. Gula

Penerangan: Gula berlebihan boleh menyebabkan pesakit arthritis menderita sakit sendi. Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2017, makanan bergula seperti pencuci mulut dan soda menjadi penyebab utama gejala arthritis menjadi teruk.

Gantikan Dengan: Sekiranya anda mengidam benda-benda manis, anda boleh memenuhi keinginan dengan buah-buahan. Bukan hanya manis, buah-buahan seperti blueberi mempunyai antioksidan yang boleh mengurangkan radang.

gula antara Makanan yang Perlu Dielakkan Untuk Sakit Sendi

4. Karbohidrat Ringkas

Penerangan: Karbohidrat ringkas seperti bijirin sarapan, roti putih dan pencuci mulut dapat menaikkan kadar gula dalam darah secara mendadak. Kadar gula yang meningkat menyebabkan penghasilan bahan radang dalam badan, dan mengakibatkan sakit dan radang sendi yang teruk.

Gantikan Dengan: Makanan dengan karbohidrat kompleks seperti roti gandum penuh, tepung gandum mil penuh dan beras perang dalam diet harian anda.

karbohidrat ringkas vs karbohidrat kompleks dalam artikel makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi

5. Makanan Tinggi AGE

Penerangan: Makanan yang diproses, digoreng, atau dibakar mengandungi Advanced Glycation End Product (AGE), iaitu hasil tindak balas gula dengan protein atau lemak. AGEs menyebabkan protein dalam badan rosak dan untuk badan menghasilkan bahan yang menyebabkan radang untuk menguraikan AGE tersebut.

Proses memasak pada suhu tinggi mempercepat pembentukan AGE, yang boleh merosakkan sel, mengeraskan tulang rawan, meningkatkan kerosakan sendi, dan melambatkan pemulihan. AGE juga boleh menyebabkan arthritis semakin teruk.

Gantikan Dengan: Tukarkan cara memasak ayam kepada kukus atau stew kerana ia dapat merendahkan kadar AGE sebanyak 75%.

Stim Ayam di bawah artikel Makanan yang Perlu Dielakkan Untuk Sakit Sendi

6. Aspartame / Pemanis Tiruan

Penerangan: Aspartame, pemanis tiruan dalam minuman diet, boleh menyebabkan stres oksidatif dan meningkatkan radikal bebas, yang mungkin merosakkan sel dan mencetuskan keradangan.

Namun, tiada bukti kukuh yang mengaitkannya secara langsung dengan keradangan sendi atau arthritis. Individu yang sensitif terhadap aspartame disarankan untuk mengurangkan penggunaannya dan mendapatkan nasihat doktor.

Gantikan Dengan: Anda boleh menggantikan aspartame dengan pemanis semula jadi seperti stevia, allulose dan serbuk buah monk (monk fruit extract).

aspartame antara Makanan yang Perlu Dielakkan Untuk Sakit Sendi

7. Daging Merah

Penerangan: Daging merah juga merupakan antara makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi. Daging merah mempunyai beberapa bahan kimia yang meningkatkan risiko peradangan.Malah, daging merah juga mengandungi kadar AGEs yang tinggi.

Satu kajian telah melaporkan pengambilan daging merah yang berlebihan meningkat risiko awal rheumatoid arthritis, terutama dalam kalangan perokok dan pesakit obes.

Gantikan Dengan: Sebaiknya anda mengehadkan pengambilan daging merah dalam diet harian anda, atau memilih potongan daging yang rendah lemak (lean cuts).

daging merah antara Makanan yang Perlu Dielakkan Untuk Sakit Sendi

8. Lemak dan Minyak

Penerangan: Tidak semua lemak dan minyak itu “jahat”. Namun, untuk kes sakit sendi, terdapat beberapa jenis daripadanya yang perlu dielakkan atau dikurangkan. Antaranya termasuklah;

  • Lemak tepu seperti mentega dan keju.
  • Lemak tepu daripada minyak kelapa.
  • Minyak yang tinggi Omega-6 seperti minyak jagung dan minyak bunga matahari.
  • Lemak trans seperti minyak sayuran.

Gantikan Dengan : Fokuskan pada diet yang tinggi kandungan lemak sihat seperti minyak zaitun, makanan tinggi omega-3 (salmon, sardin) serta kekacang seperti badam dan w

lemak dan minyak antara Makanan yang Perlu Dielakkan Untuk Sakit Sendi

9. Makanan dengan Kandungan Purin Tinggi

Penerangan: Makanan laut mengandungi purin tinggi yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan, menyebabkan gout arthritis dan radang sendi. Gejala termasuk rasa mencucuk pada lutut, pergelangan kaki, dan jari kaki, terutamanya waktu malam.

Selain makanan laut, organ dalaman haiwan, alkohol, dan daging merah juga boleh menyebabkan sakit sendi.

Gantikan Dengan: Anda boleh mengambil susu rendah lemak, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan, telur, kekacang dan ayam atau ikan.

makanan laut antara Makanan yang Perlu Dielakkan Untuk Sakit Sendi

Baca Suplemen terbaik untuk Sendi Lutut Anda di Pautan Ini

10. Garam

Penerangan: Walaupun kita sering disarankan untuk mendengar nasihat orang yang makan garam dalam hidup, namun dari segi kesihatan, kurangkan pengambilan garam sebenarnya lebih bagus untuk tubuh badan kita.

Kajian pada tahun 2019 mendapati bahawa tikus yang menerima diet tinggi garam mengalami tahap arthritis yang lebih teruk berbanding tikus yang mengambil diet rendah garam.

Dan makanan berproses tinggi seperti nugget, pizza, dan makanan dalam tin mempunyai kadar garam yang amat tinggi.

Gantikan Dengan: Anda boleh menggantikan garam dalam masakan dengan mengolah rempah-ratus seperti serbuk bawang putih, herba dan yis berkhasiat (nutritional yeast).

Adakah sayur jenis nightshade makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi?

Sayuran jenis nightshade seperti tomato, terung dan lada benggala mempunyai solanine, sejenis bahan kimia yang memburukkan lagi sakit sendi dan radang.

Oleh itu, terdapat pendapat yang menyatakan sayuran jenis ini adalah makanan yang perlu dielakkan untuk sakit sendi.

Menurut Arthritis Foundation, sayuran nightshade tidak menyumbang kepada sakit dan radang sendi. Malah, terdapat sayuran yang bersifat anti- radang dan melegakan sakit sendi.

Versus Arthritis juga menyatakan bahawa tiada kaitan antara kumpulan sayuran ini dan arthritis.

adakah sayuran nightshade Makanan yang Perlu Dielakkan Untuk Sakit Sendi

Penutup

Kesihatan sendi bermula dengan pilihan yang bijak, termasuk apa yang kita makan. Dengan mengelakkan makanan yang boleh mencetuskan keradangan, anda boleh membantu melindungi sendi dan menjalani kehidupan yang lebih selesa namun perlu diingatkan untuk mendapatkan nasihat doktor tentang perubahan diet anda.

Ingat, perubahan kecil dalam diet boleh membawa kesan besar pada kesihatan anda.

Ketahui Panduan Lengkap tentang Sakit Lutut Anda di Pautan Ini

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] Baca selanjutnya tentang 10 jenis makanan yang bahaya untuk sendi […]

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, Bangalore and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.

Jom baca lagi..

5 Benjolan di Tubuh Badan Yang Paling Biasa – AWAS KANSER!

” Doktor! boleh kah saya simpan benjolan di bawah kulit saya ni?”  Itu lah soalan paling biasa ditanya oleh ramai orang jika badan mereka mempunyai ketulan di tubuh badan Ya.. Ramai yang bimbang, benjolan...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...