Padang bola yang penuh lautan penyokong menjadi saksi.
Beberapa saat saja lagi sebelum wisel separuh masa kedua berbunyi.
Anda menggelecek bola dengan hanya satu matlamat. Peluang untuk menang.
Langkah laju, kawalan kemas, dan seluruh stadium menahan nafas.
Tetapi ketika kaki anda menyepak bola ke arah gol, lutut anda berpusing.
POP!
Bunyi itu hanya anda yang dengar, namun rasa sakitnya cukup untuk membuat seluruh dunia terhenti.
Anda jatuh, memegang lutut, dan raungan kesakitan memaksa perlawanan dihentikan serta-merta.


Kandungan
Pendahuluan
Insiden seperti ini bukan asing dalam dunia sukan. Sering kali kita baca berita tentang atlet-atlet yang terpaksa menarik diri daripada gelanggang, atau terus bersara kerana kecederaan lutut.
Dan ia sering bermula dengan satu perkara yang ramai abaikan: lutut yang sudah lemah atau memang sakit seperti arthritis, kecederaan ligamen dan kecederaan patella. Apa sahaja pergerakan twisting, hentakan, atau tekanan berulang boleh mengundang kecederaan lebih teruk.
Sebab itu ada beberapa jenis sukan yang perlu dielakkan jika sakit lutut buat sementara waktu sebelum ia merosakkan lutut anda untuk jangka panjang.
Apakah Jenis Sukan Yang Perlu Dielakkan Jika Sakit Lutut?
1. Sukan Berimpak Tinggi
Ramai juga pesakit yang mengadu sakit lutut mereka semakin teruk selepas lompat tali (skipping), burpees atau bola keranjang. Jika anda perhatikan persamaan sukan-sukan ini, setiap daripadanya melibatkan aksi melompat.
Melompat dengan kerap boleh mendatangkan kecederaan dan beban berlebihan pada patella. Tekanan berlebihan menyebabkan rawan patella merengsa dan meradang.
Seterusnya, lutut anda akan menunjukkan simptom patella chondromalacia termasuk bengkak, sakit ketika bersenam, melutut atau menaiki tangga, dan kaku.
Antara sukan berimpak tinggi yang perlu dielakkan jika sakit lutut ialah;
- Bola Tampar
- Gimnastik
- Lompat Tinggi / Lompat Jauh
- Bola Keranjang


2. Berlari
Berlari juga antara sukan yang perlu dielakkan jika sakit lutut. Menurut satu kajian, 20% daripada pelari menunjukkan simptom osteoarthritis. Sakit lutut boleh terjadi pada pelari kerana beberapa faktor seperti;
Teknik larian: Teknik yang salah boleh menyebabkan lutut sakit akibat tekanan berlebihan pada sendi lutut. Antara teknik yang perlu dielakkan ialah melangkah terlalu besar (overstriding), badan terlalu condong ke hadapan, mendarat menggunakan tumit, dan kaki menghadap sisi semasa larian.
Permukaan yang kurang sesuai: Berlari atas permukaan yang keras seperti jalan tar dan simen meningkatkan hentakan dan impal pada tibia, seterusnya lutut.Ini menyebabkan tekanan yang lebih tinggi pada tulang rawan. Anda disarankan untuk menggunakan kasut yang sesuai atau permukaan yang lebih lembut seperti rumput atau treadmill.
Otot Badan Yang Lemah: Otot bawah badan seperti hamstring dan quadriceps mempunyai fungsi penting dalam menstabilkan lutut semasa kaki mendarat. Sekiranya otot-otot in lemah, lutut akan menerima tekanan yang berlebihan dan lebih berisiko untuk tercedera.


Antara sakit lutut yang biasa terjadi selepas berlari;
- Patellofemoral Pain Syndrome
- Iliotibial (IT) Band Syndrome
- Patellar Tendonitis
- Osteoarthritis
- Meniscus Tears
3. Squat Melebihi 90 Darjah
Para pencinta sukan tidak akan lari daripada senaman squat. Squat adalah sejenis Latihan kekuatan yang memfokuskan pada otot bawah badan seperti quadriceps dan hamstrings, serta menguatkan sendi dan tulang serta membantu keseimbangan.
Namun, squat adalah sukan yang perlu dielakkan jika sakit lutut. Ini bukan bermakna anda langsung tidak boleh squat! Pastikan darjah cangkungan anda tidak melebihi 90 darjah.
Anda juga boleh menurunkan badan dengan menolak punggung ke belakang seperti duduk di kerusi, bukannya membongkok ke depan.
Anda boleh mencuba teknik squat dinding yang digariskan oleh Harrel, ahli terapi fizikal dari Duke Center for Living di Duke University di Durham, North Carolina.
- Berdiri dengan punggung pada dinding. Buka kaki seluas bahu dan tumit 18 inci daripada dinding. Pastikan lutut sejajar dengan tumit dan tidak melepasi hadapan jari kaki.
- Tarik nafas, kemudian hembus dan duduk mencangkung ke bawah perlahan-lahan sejauh mungkin.
- Pastikan punggung lebih tinggi daripada paras lutut.
- Tegangkan otot perut dan luruskan belakang anda pada dinding. Anda juga boleh meletakkan bola di belakang badan untuk elakkan anda bergerak ke hadapan.
- Tarik nafas dan tolak badan kepada kedudukan asal menggunakan tumit anda.


4. Senaman Angkat Berat Bawah Badan
Sekiranya anda mengalami arthritis, sebaiknya elakkan sukan angkat berat seperti leg extensions dengan beban kerana ia dapat menyebabkan sakit lutut anda bertambah teruk. Namun, anda masih boleh melakukan aktiviti membina kekuatan otot yang lain.
5. Sukan yang Mempunyai Pergerakan “Twisting”
Pergerakan berpusing (twisting) lazimnya menjurus kepada koyakan meniscus. Twisting memberi tekanan kuat pada meniscus, dan apabila terkoyak, menghasilkan bunyi pop dan sakit apabila memusingkan lutut.
Pergerakan twisting juga boleh menyebabkan kecederaan ACL, menyebabkan ligamen terlebih meregang dan terkoyak. Hasilnya, lutut anda mulai sakit, bengkak dan terasa longgar.
Antara sukan yang melibatkan banyak pergerakan twisting ini termasuklah;
• Bola sepak
• Badminton
• Squash
• Ragbi
• Bola Keranjang


Jika anda mengalami simptom-simptom di atas ketika bersukan, hentikan aktiviti serta-merta.
Gunakan teknik R.I.C.E, atau dapatkan konsultasi doktor anda sekiranya kecederaan menjadi lebih serius.


Penutup
Berikut merupakan antara sukan yang perlu dielakkan jika sakit lutut. Namun, ia tidak bermaksud anda tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti ini selama-lamanya. Yang penting, rehatkan lutut anda terlebih dahulu dan biarkan ia pulih sebelum kembali aktif, untuk mengelakkan sakit lutut anda bertambah parah.
Anda juga boleh memilih senaman alternatif seperti sukan berimpak rendah, berenang, atau pilates, supaya anda tetap kekal aktif tanpa membebankan lutut.
Sekiranya sakit lutut anda bertabah teruk walaupun selepas rehat, segera dapatkan nasihat dan rawatan yang bersesuaian.
Ketahui serba serbi tentang sakit lutut anda di sini
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain










