Kandungan
Pendahuluan
Osteoarthritis (OA) lutut merupakan antara penyakit sendi yang paling biasa di seluruh dunia. Di Malaysia, penyakit ini sangat lazim, dan kira-kira 10% 20% rakyat Malaysia mengalami penyakit osteoarthritis, dan sekitar 30% warga emas di Malaysia berumur 55 tahun ke atas mengalami gejala osteoarthritis lutut.
Setakat ini, pelbagai rawatan telah diperkenalkan untuk menangani osteoarthritis lutut, daripada ubat penahan sakit, suntikan, fisioterapi, hinggalah pembedahan penggantian sendi lutut. Namun, kebanyakan rawatan ini hanya mampu melegakan kesakitan untuk sementara waktu.
Baik rawatan tradisional mahupun moden, masih tiada rawatan yang terbukti mampu membaiki atau memberhentikan kerosakan struktur sendi yang menjadi punca osteoarthritis itu sendiri.
Maka, timbul persoalan besar dalam kalangan saintis dan pengamal perubatan, adakah rawatan osteoarthritis selama ini tidak berkesan kerana punca osteoarthritis lutut sebenarnya hanya satu penyakit tunggal? Adakah ia terdiri daripada beberapa subtype yang berbeza, dengan punca yang berbeza, dan memerlukan rawatan yang berbeza? Dan adakah kekeliruan ini yang menyebabkan begitu banyak kajian klinikal rawatan OA gagal sepanjang berdekad yang lalu?
Untuk menjawab persoalan ini, satu kajian besar telah dijalankan yang menggabungkan saintis dari pelbagai negara untuk mengkaji punca osteoarthritis lutut ini terjadi dan adalah jenis osteoarthritis ini berbeza bagi setiap orang, dan memerlukan pendekatan yang berbeza.
Latar Belakang Kajian Punca Osteoarthritis Lutut
Rawatan untuk mencari punca osteoarthritis lutut masih lagi menjadi misteri. Tiada lagi rawatan yang diluluskan secara rasmi yang membaiki atau hentikan kerosakan sendi struktur sendi lutut.
Setakat ini, rawatan yang tersedia hanyalah untuk mengawal gejala sakit lutut serta mengurangkan kesakitan. Dalam bidang perubatan, masih ada jurang besar dalam mencari rawatan yang betul-betul mensasarkan pembaikpulih struktur sendi yang rosak.
Malah, selama berdekad, saintis masih berdebat, adakah OA ini hanya satu penyakit tunggal, atau beberapa penyakit berbeza yang memerlukan rawatan berbeza? Kerana kekeliruan ini, banyak kajian klinikal untuk rawatan osteoarthritis telah gagal.
Maka, satu projek untuk mengenal pasti adakah OA ini datang dari satu jalan yang sama, dan merupakan satu penyakit telah ditubuhkan. Projek ini mengumpulkan saintis daripada Eropah, Kanada dan United Kingdom diberi nama The STEpUP OA (Synovial fluid to detect Endotypes by Unbiased Proteomics in OA).
Melalui kajian ini, seramai 1300 pesakit osteoarthritis menyertai kajian ini. Projek ini mengkaji punca osteoarthritis lutut melalui molekul dalam cecair synovial menggunakan proteomics (SomaScan). Molekul dalam setiap sampel dibanding antara satu sama lain untuk mencari corak biologi yang sama.
Apa yang Dijumpai Melalui Kajian Ini?
Melalui kajian ini, persoalan tentang adakah punca osteoarthritis hanya datang dari satu penyakit tunggal, atau penyakit berbeza akhirnya terjawab.
OA datang dari kondisi tunggal dengan laluan biologi teras yang sama. Hal ini bermaksud osteoarthritis berkembang kerana tindak balas molekul yang sama. Hasil daripada 7000 protein molekul dalam cecair sendi 1300 pesakit menunjukkan corak yang sama, iaitu radang sendi akibat osteoarthritis terjadi daripada kecederaan tisu dan tindak balas badan untuk membaik pulih tisu-tisu yang rosak.
Sebagai contoh, pesakit obes didapati mempunyai isyarat radang tambahan dalam sendi mereka. Namun radang ini bukanlah datang daripada sel imun seperti dalam RA, sebaliknya ia lebih kepada tindak balas kecederaan tisu yang berkait dengan tekanan mekanikal pada sendi.
Melalui penemuan ini, dapat disimpulkan proses biologi yang berlaku dalam semua pesakit OA adalah sama, tidak kira usia, berat badan atau jantina. Namun, faktor sepert obesiti atau menopaus boleh memicu kepada perkembangan osteoarthritis.
Kajian ini memberi kepastian bahawa OA ini bukan lah campuran beberapa penyakit, tapi kerana satu biologi tunggal dan memberi pencerahan untuk rawatan yang boleh direka untuk membaiki struktur lutut yang terjejas akibat osteoarthritis.
Apa Makna Penemuan ini Untuk Pesakit Osteoarthritis Malaysia
Kajian ini sangat relevan untuk konteks Malaysia, yang merupakan antara negara dengan kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara. Penemuan Oxford ini mengesahkan bahawa obesiti bukan sekadar menambah tekanan mekanikal pada sendi, ia turut mencetuskan isyarat radang tambahan dalam tisu sendi.
Ini bermakna pesakit Malaysia yang berlebihan berat badan bukan saja menambah beban sebanyak empat kali ganda pada lutut mereka, tetapi mengaktifkan bahan kimia aktif yang membebaskan isyarat radang dalam sendi mereka.
Kajian ini juga menjelaskan kenapa sesetengah pesakit mengalami kesakitan yang lebih teruk dan cepat merosot berbanding yang lain. OA berlaku secara perlahan melalui proses kecederaan tisu yang berterusan, dan faktor seperti berat badan mempercepatkan proses itu.
Justeru, tidak hairanlah usia yang meningkat menjadi faktor kerana semakin banyak lutut digunakan seiringnya bertambahnya usia, semakin tinggi risiko untuk tisu sendi lebih rosak.
Kajian ini turut menolak tanggapan bahawa sakit lutut adalah “perkara biasa untuk orang tua.” Dengan membuktikan osteoarthritis mempunyai laluan biologi yang jelas dan boleh dikenal pasti, sains kini menegaskan bahawa osteoarthritis masih boleh dirawat secara akar, bukan hanya rawatan yang mampu melegakan sakit lutut saja.
Kajian ini juga secara tidak langsung menjawab keluhan yang sering didengari daripada pesakit osteoarthritis. Selama berdekad, banyak ujian klinikal rawatan OA telah gagal, dan kajian Oxford ini mendedahkan sebabnya.
Saintis selama ini tidak pasti sama ada mereka merawat satu penyakit atau beberapa penyakit berbeza, menyebabkan rawatan yang dibangunkan tidak tepat sasaran. Dengan membuktikan OA adalah satu penyakit tunggal dengan laluan biologi yang jelas, kajian ini membuka jalan kepada penemuan rawatan osteoarthritis yang menfokuskan kepada membaiki dan membaik pulih terus struktur yang terlibat.
Kajian STEpUP OA ini menegaskan bahawa OA mempunyai laluan biologi yang spesifik dan boleh dikenal pasti. Ini bermakna rawatan yang berkesan perlu mensasarkan proses kecederaan tisu dan pembaikannya, bukan sekadar mengawal kesakitan di permukaan.
Malah, kajian ini turut menunjukkan bahawa faktor seperti obesiti mempengaruhi biologi sendi secara langsung, bukan hanya dari segi tekanan fizikal semata-mata. Justeru, pendekatan rawatan yang menyeluruh, yang mengambil kira faktor risiko individu setiap pesakit, adalah lebih penting daripada sekadar bergantung kepada ubat penahan sakit.
Di Klinik Tuah, pendekatan rawatan OA lutut mengambil kira faktor risiko individu setiap pesakit, bukan sekadar mengawal kesakitan. Antara pilihan rawatan yang ditawarkan termasuk suntikan gel lutut, pemulihan semula jadi, genicular nerve block, dan radiofrequency ablation lutut, bergantung kepada keperluan dan keadaan sendi pesakit. Ini selari dengan apa yang kajian Oxford cadangkan, iaitu rawatan osteoarthritis perlu mensasarkan punca, bukan sekadar gejala.
Penutup
Kajian ini bukan sekadar penemuan saintifik, ia adalah pengesahan kepada apa yang ramai pesakit OA dah lama rasa tapi tak tahu macam mana nak ungkapkan. Sakit lutut bukan sesuatu yang perlu anda “terima je.” Ada sebab di sebaliknya, dan sebab itu boleh dikenal pasti. Yang penting, jangan tunggu sampai ia jadi penghalang dalam kehidupan harian anda baru nak ambil tahu.
Sakit lutut bukan sekadar kerana osteoarthritis! Ketahui maklumat lengkap tentang sakit lutut anda termasuk punca dan simptom :Sakit Lutut 101
Sumber Kajian: Lock, L (2026). Largest study of knee osteoarthritis tissue reveals core biological pathways underlying the disease, Medical XPress.
MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN?
Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah
Ketahui mengapa di Klinik Tuah , klinik lutut kami berbeza dengan yang lain.

12 Rawatan Sakit Lutut 2026: Kaedah Tradisi Hingga Teknologi Moden
Oleh Dr Hareez Noorman Dikemaskini pada 13 Mei 2026 Ringkasan Sakit lutut bukan hanya berlaku pada warga emas saja, namun warga muda juga tidak terkecuali. Oleh otu, penting untuk mengetahui







