Where Pain Meets Relief

Mengatasi Gel Lutut Kering . Perlukah Tambah Balik?

Manusia memang secara semulajadi mempunyai gel lutut sendiri dikenali sebagai synovial fluid. Malangnya gel dalam lutut ini makin tahun ia akan haus dan berkurangan? Persoalannya adakah gel didalam lutut ini perlu ditambah dengan suntikan gel lutut?

Kandungan

Pendahuluan

Kebanyakan rakyat Malaysia menderita sakit lutut, terutama dalam kalangan warga emas. Antara punca sakit lutut termasuklah osteoarthritis lutut yang menyebabkan pergerakan lutut dan kaki terbatas serta kesakitan yang serius dan berpanjangan. 

Antara rawatan yang diberikan untuk pesakit osteoarthritis ini termasuklah ubat-ubatan, suntikan pada lutut dan pembedahan penggantian lutut sekiranya kerosakan mencapai tahap terakhir. Suntikan pada lutut menjadi pilihan ramai kerana keberkesanannya dalam mengurangkan rasa sakit dengan segera serta berpanjangan. Salah satu rawatan suntikan yang terdapat di Malaysia ialah rawatan suntikan gel lutut. 

Apa itu Gel Lutut? 

Gel lutut yang dimaksudkan dalam artikel ini ialah suntikan hyaluronic acid. Suntikan ini biasanya diberikan pada pesakit osteoarthritis yang telahpun menerima rawatan lain seperi ubat tahan sakit, namun tidak berkesan.

Gel hyaluronic acid ini bertindak sebagai pelincir sendi dan penyerap hentakan di dalam sendi. Hasilnya, sendi dapat berfungsi dengan baik. Sendi lutut yang sihat mempunyai cecair synovial yang membantu kita untuk berjalan tanpa rasa sakit.

Tetapi, lutut pesakit osteoarthritis mempunyai cecair synovial yang berair dan kurang kadarnya. Disebabkan itulah hyaluronic acid ditambah melalui suntikan gel kedalam lutut ini, untuk membantu ‘memekatkan’ Kembali cecair synovial dan meningkatkan kadar pelinciran serta penyerapan.

Antara kebaikan suntikan ini termasuklah:

  • Berkesan mengurangkan sakit lutut
  • Melindungi sendi lutut dari terus rosak
  • Menangguhkan pembedahan penggantian lutut
  • Berfungsi sebagai bahan anti-radang dan mengurangkan inflamasi, radang sendi dan bengkak lutut
  • Memberi kelegaan pada sendi lutut sehingga 6 bulan dengan satu suntikan
  • Melindungi dan menguatkan tulang rawan sendi lutut
 
Namun perlu diingatkan suntikan gel lutut ini bukanlah penyembuh kepada osteoarthritis. Seseorang boleh menambah baik kualiti pergerakan dan fungsi lututnya, tetapi lututnya tidak dapat beroperasi seperti normal. 

Jenis Suntikan Hyaluronic Acid

Hyaluronic acid mempunyai dua jenis iaitu monolink dan double cross link. Berikut merupakan perbezaan antara kedua-dua gel ini.

Gel Monolink
Gel Double Cross Link
Kepekatan yang rendah (cair)
Kepekatan yang lebih tinggi
Perlu disuntik setiap 3-5 minggu
Hanya satu suntikan untuk setiap 6-12 bulan
Molekul HA kurang stabil, lebih cepat terurai dan hilang cecair "pelincir" antara sendi
Molekul HA lebih stabil, lebih lambat terurai dan cecair "pelincir" antara sendi tahan lebih lama
Lebih murah
Lebih mahal

*Satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 2023 menunjukkan 166 pesakit osteoarthritis yang menerima suntikan HA dengan kepekatan tinggi melaporkan kurangnya rasa sakit lutut sebanyak 50%, lutut menjadi kurang kaku dan lebih mudah untuk bergerak, termasuk berjalan. Perubahan ini bertahan selama 6 bulan*.

Prosedur Suntikan Gel Lutut

Kebiasaannya suntikan tambahan hyaluronic acid dilakukan mengikut Langkah-langkah berikut:

  1. Doktor akan mendiagnosis sakit lutut dan menentukan cara rawatan yang terbaik. Sekiranya  pesakit menghidapi osteoarthritis lutut di tahap yang sederhana, suntikan gel dalam lutut  akan disyorkan.
  2. Kawasan lutut yang terjejas akan dibersihkan dan disapu ubat bius.
  3. Sekiranya kawasan lutut yang tercedera bengkak atau cecair berlebihan terkumpul, kemungkinan besar suntikan untuk mengeluarkan cecair tersebut dijalankan terlebih dahulu.
  4. Doktor kemudian akan menyuntik gel lutut (hyaluronic acid) di antara ruang lutut.
  5. Selepas suntikan, kawasan yang disuntik akan dibalut dengan bandage.
prosedur suntikan gel lutut di klinik

Adakah Gel Di Dalam Lutut Haus?

Jangan salah sangka! Walaupun suntikan ini terbukti efektif untuk mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mobiliti serta fungsi lutut, suntikan tambahan hyaluronic acid bukan bertujuan untuk mengembalikan kesihatan lutut seperti sedia kala.

 Suntikan ini tidak menghentikan proses pereputan sendi secara langsung, sebaliknya dapat melambatkan proses osteoarthritis ini. 

Hyaluronic acid juga mempunyai tempoh ketahanannya sendiri di dalam sendi kita. Saiz molekul hyaluronic acid mengecil dengan setiap penggunaan sendi lutut kita, pada yang sama mempengaruhi kepekatan cecair synovial.

Semakin lama hyaluronic acid akan terurai, dan menyebabkan ‘air’ menggantikan isipadu bahan suntikan yang hilang daripada cecair synovial, menyebabkan cecair synovial semakin cair. Jadi, lutut kehilangan “pelincir” yang membantu mengurangkan daya geseran antara sendi dan menyebabkan sakit lutut kembali lagi. 

Jadi untuk menjawab persoalan di atas, gel dalam lutut ‘haus’ dan bersifat kelegaan sementara. Kesan suntikan isian hyaluronic acid bertahan selama 1 hingga 18 bulan bergantung kepada kawasan suntikan, jenama dan kepekatan suntikan serta cara suntikan.

Jadi setiap suntikan mampu memberi kelegaan pada sendi lutut sehingga maksimum 18 bulan sahaja, dan pesakit  boleh mendapat suntikan tambahan setiap 1-2 tahun untuk kelegaan berterusan. 

Lagipun, suntikan gel lutut tidaklah berkesan dengan serta-merta. Ia boleh mengambil masa sehari hingga beberapa minggu untuk radang sendi surut dan sakit lutut  berkurang. Tetapi, dengan suntikan gel untuk lutut ini, kualiti hidup anda akan menjadi lebih baik, dan anda tidak perlu lagi bergantung dengan ubat tahan sakit. 

Tambahan pula, ramai pesakit yang menerima suntikan gel ke dalam lutut juga berpendapat bahawa dengan bantuan ini, mereka tidak perlu lagi menjalani pembedahan penggantian lutut.

Kesimpulan

Kesimpulannya, suntikan gel lutut merupakan antara pilihan terbaik dalam mengurangkan sakit lutut anda. 

Namun begitu, seperti mana rawatan-rawatan lain, suntikan ini hanya menolong melambatkan proses osteoarthritis serta memberi kelegaan dan keselesaan untuk anda menjalani aktiviti harian.

 Pencegahan sakit lutut yang serius bermula daripada dan pemilihan gaya hidup kita. 

Amalkan gaya hidup yang sihat seperti mengawal berat badan, bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Soalan Lazim

Bolehkah Saya Terus Berjalan Selepas Menerima Suntikan?

Anda digalakkan untuk berehat daripada menggunakan lutut anda secara berlebihan. Oleh itu, berjalan ringan / santai dibenarkan, namun elakkan daripada aktiviti fizikal yang boleh menambah beban pada fungsi lutut (seperti berlari atau berjalan cergas).

Ia tidak boleh mengganti pembedahan tetapi boleh menunda pembedahan jika digunakan pada peringkat awal atau sederhana osteoarthritis.

Pesakit mungkin akan mendapat kesan sampingan seperti sakit (ringan), bengkak dan sendi keras di sekitar lutut selama beberapa hari.

Pesakit amatlah disarankan untuk berehat daripada sebarang aktiviti yang melibatkan mengangkat beban selama beberapa hari. ‘ Ice pack” juga membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak.

Sekiranya sakit setelah suntikan semakin teruk dan berpanjangan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan. 

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, Bangalore and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.

Jom baca lagi..

Kami Kongsi Tuah- Wanita Kuantan Bebas Sakit Lutut (Karnival Kesejahteraan Wanita)

Wanita..kerana dirimu begitu berharga… Kuantan — Pada 5 dan 6 Ogos lalu, Klinik Tuah telah turut serta memeriahkan Pameran Kesihatan sempena Karnival Kesejahteraan Wanita, bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan....

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...