Mari kita mulakan perkongsian kali ini dengan satu kisah yang pernah saya dengar. Keith (bukan nama sebenar) mengadu bahawa zakarnya terasa pedih dan memerah. Namun ianya tidak sepedih hatinya, apabila menyedari beliau tidak dapat menarik kulupnya ke belakang semasa ingin membersihkan zakarnya!
Dan beliau mencuba untuk tidak panik, namun keyakinan diri terus menurun. Setelah beberapa hari, beliau membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat doktor. Beliau tidak mahu masalah ini terus membelenggunya dan isteri.
Setelah diperiksa, ternyata kulit kulupnya ketat dan dia disahkan mengalami zakar buta!
Kandungan
Pendahuluan
Fimosis (phimosis) atau lebih sinonim dengan panggilan zakar buta adalah satu fenomena di mana kulit kulup tidak dapat ditarik ke belakang kepala zakar.
Dan ianya sebenarnya bukan fenomena yang asing, malah 100% bayi lelaki mengalami fimosis. Namun, semakin menginjak dewasa, kulit kulup akan merenggang daripada kepala zakar dengan sendiri. Pada umur 16 tahun, hanya 1 daripada 100 lelaki mengalami keadaan ini.
Namun, sekiranya anda mengalami zakar buta ketika dewasa, dikhuatiri terdapat masalah pada zakar anda seperti jangkitan, luka dan lain-lain. Untuk kes-kes seperti ini, anda digalakkan untuk mendapat pandangan pakar perubatan.
5 Gred Zakar Buta / Fimosis
Menurut pengelasan oleh Kikiros et.al, phimosis terbahagi pada 5 keadaan;
Normal : Kulit kulup boleh ditarik sepenuhnya tanpa halangan.
Gred 1: Kulit kulup boleh ditarik sepenuhnya tetapi terasa ketat di belakang kepala zakar.
Gred 2: Hanya sebahagian kepala zakar dapat didedahkan.
Gred 3: Kulit kulup boleh ditarik sedikit sehingga hanya bukaan saluran kencing (meatus) dapat dilihat.
Gred 4: Kulit kulup hanya boleh ditarik sedikit, tetapi bukaan saluran kencing dan kepala zakar langsung tidak kelihatan.
Gred 5: Kulit kulup langsung tidak boleh ditarik sama sekali.
Mengapa Zakar Buta Boleh Berlaku?
Terdapat beberapa punca yang lazimnya terjadi. Antaranya ialah;
Parut Pada Kulit Kulup
Fimosis boleh berlaku disebabkan oleh parut pada kulup. Tisu parut yang terhasil menyebabkan kulit menjadi kurang anjal dan keras daripada kulit asal.
Dalam sesetengah kes, fibrosis menyebabkan bukaan kulit kulup menjadi lebih sempit, menyukarkan proses pembersihan dan ereksi.
Kecederaan
Kulit kulup boleh tercedera dan ketat sekiranya ditarik terlalu kuat. Ia boleh menyebabkan luka dan radang, yang menyebabkan kulit kulup membengkak dan ketat untuk ditarik.
Masalah Kulit
Antara masalah kulit yang lazim menyebabkan kulit kulup ketat ialah lichen sclerosus. Lichen Sclerosus kebiasaannya menyerang bahagian kemaluan.
Balanitis juga boleh menyebab kulit kulup ketat. Balanitis ialah radang pada kepala zakar lelaki dan biasa berlaku pada lelaki yang tidak bersunat. Balanitis menyebabkan kepala zakar memerah dan membengkak. Balanitis juga membuatkan zakar terasa pedih ketika membuang air kecil.
Balanitis terjadi apabila kemaluan tidak dibersihkan dengan betul, terutama di bahagian tersembunyi. Ia menggalakkan perkumpulan bakteria dan kuman, sekaligus meningkatkan risiko balanitis dan fimosis.
Selain itu, eczema dan psoriasis juga boleh menyebabkan phimosis.
Penyakit Kelamin
Penyebab lain zakar buta ialah penyakit kelamin (STD). Antara penyakit kelamin termasuklah;
- Sifilis
- gonorrhoea dan chlamydia
- Herpes yang berulang
- Ketuat HPV
Apakah Simptom Yang Patut Diperhatikan?
- Sakit ketika ereksi / melakukan hubungan seksual
- Kulit kulup memerah, bengkak dan keradangan
- Jangkitan berulang dan pembentukan smegma
- Warna zakar berubah menjadi merah, ungu, atau hitam
- Darah dalam air kencing
Kesan Phimosis Pada Kesihatan Lelaki dan Pasangan
- Meningkatkan pembiakan bakteria, balanitis dan jangkitan saluran kencing kerana bahagian dalam kulup tidak dapat dibersihkan dengan sempurna.
- Bakteria yang berkumpul di kulup juga meningkatkan risiko jangkitan pada pasangan wanita melalui hubungan seksual. Antaranya termasuklah vaginitis dan jangkitan saluran kencing.
- Lelaki dengan phimosis terdedah pada masalah ejakulasi pra- matang. Zakar yang dilitupi kulit kulup akan menjadi lebih sensitif daripada normal.
Cara Merawat Zakar Buta
Terdapat beberapa cara untuk merawat phimosis pada lelaki dewasa. Antaranya termasuklah;
- Krim atau gel steroid untuk membantu melicinkan kulit kulup.
- Antibiotik untuk melawan jangkitan bakteria.
- Bersunat atau berkhatan. Rawatan ini dapat mengelakkan phimosis daripada berulang lagi.
Ketahui kaedah khatan moden yang paling tidak sakit di pautan ini
Ketahui cara untuk membetulkan fimosis anda di sini (Bahasa Inggeris)
Ketahui juga harga sunat dewasa yang boleh merawat zakar buta anda secara kekal di pautan ini
Penutup
Adakah anda atau seseorang yang anda kenali mengalami masalah ini dan tidak pasti apa langkah seterusnya? Jangan bimbang, kerana dengan rawatan yang tepat dan penjagaan rapi, masalah ini boleh diatasi.
Ingat, kesihatan alat kelamin adalah sebahagian penting daripada kesejahteraan keseluruhan. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi lebih serius. Dapatkan pandangan doktor anda sekarang untuk memastikan kesihatan anda sentiasa terjaga.
Ketahui Manfaat Sunat Lelaki Selain Daripada Fimosis Di Sini
KLINIK SUNAT SEMUA UMUR
RASAKAN PENGALAMAN SUNAT YANG SELESA & MENYENANGKAN
Hari Ini Sunat, Esok Boleh Masuk Kerja
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.