Where Pain Meets Relief

Obesiti Bukan Sekadar Gemuk! 7 Penyakit Kronik Akibat Obesiti

Obesiti bukan sekadar isu berat  bentuk badan, tetapi masalah kesihatan serius yang boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit kronik. Antara kesan utama obesiti termasuk osteoarthritis, apnea tidur, serangan jantung, strok, masalah kesuburan, risiko kanser dan gangguan kesihatan mental. Artikel ini juga membincangkan peranan BMI sebagai saringan awal kesihatan. 

Kandungan

Pendahuluan

Obesiti sebenarnya bukan sekadar tentang bentuk badan dan keyakinan diri. Ia merupakan masalah kesihatan yang semakin serius, bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia. 

Ramai antara kita mungkin rasa “tak apa gemuk sikit je ni”, “gemuk itu awesome” dan abaikan terus tentang gaya hidup sihat, selagi boleh berjalan dan buat kerja harian. Tapi hakikatnya, berat badan berlebihan boleh memberi kesan besar kepada kesihatan jangka panjang.

Tapi, individu yang obes sebenarnya memberi amaran pada tubuh badan tentang risiko penyakit yang boleh dialami. Dan perkara ini bukanlah perkara yang asing, sering kali kita melihat di akhbar dan kaca TV kesedaran dan berita terkini yang berpunca daripada obesiti.

 
Artikel kali ini akan membincangkan 7 penyakit kronik berpunca daripada obesiti.

Adakah BMI Masih Relevan?

BMI atau Body Mass Index sering digunakan untuk mengira sama ada seseorang itu berada dalam kategori kurus, normal, berlebihan berat badan atau obes. Kiraan BMI dibuat berdasarkan berat dan ketinggian.

Walaupun BMI bukan ukuran yang sempurna (kerana ia tidak mengambil kira peratus lemak, otot atau gaya hidup), BMI masih relevan sebagai saringan awal.

Ia membantu mengenal pasti individu yang berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan berkaitan berat badan.

Pendek kata, BMI bukan penentu mutlak, tapi ia tetap berguna sebagai tanda amaran awal.

 
bmi pengukur obesiti

7 Risiko Penyakit Kronik Akibat Obesiti

1. Osteoarthritis

Berat badan berlebihan memberi tekanan berterusan pada sendi, terutamanya lutut, pinggul dan tulang belakang. Lama-kelamaan, rawan sendi akan haus dan menyebabkan sakit, bengkak sendi serta pergerakan menjadi terhad.

Sebab itu, individu obes lebih mudah mengalami osteoarthritis, walaupun pada usia yang masih muda.

osteoarthritis antara penyakit disebabkan oleh obesiti

2. Apnea Tidur

Sangkakan tidur yang lena, tapi sebenarnya pasangan anda terganggu dengan bunyi dengkuran yang kuat. 

Ramai anggap berdengkur itu perkara biasa, mungkin sebab penat bekerja. Tapi hakikatnya, dengkuran boleh jadi tanda apnea tidur, satu keadaan serius yang tidak boleh dipandang ringan.

Apnea tidur ialah keadaan di mana pernafasan terhenti seketika atau menjadi sangat cetek berulang kali semasa tidur. Akibatnya, bekalan oksigen berkurang dan kualiti tidur merosot.

apnea tidur antara penyakit disebabkan oleh obesiti

Obesiti meningkatkan risiko apnea tidur kerana:

  • Lemak berlebihan terkumpul di sekitar leher dan saluran pernafasan
  • Ruang pernafasan menjadi sempit
  • Kapasiti paru-paru berkurang

Antara simptom apnea tidur termasuk:

  • Dengkuran kuat
  • Tercungap-cungap, tercekik atau mendengus semasa tidur
  • Kerap terjaga di waktu malam
  • Berpeluh berlebihan ketika tidur

Jika dibiarkan, apnea tidur boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

apnea tidur antara penyakit disebabkan oleh obesiti

3. Serangan Jantung

Statistik terkini menunjukkan serangan jantung iskemia menjadi punca utama kematian di Malaysia pada tahun 2024, iaitu sebanyak 13%, menurut Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2025.

Dan individu obes berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung, tidak mengira usia.  Berat badan berlebihan menyebabkan:

  • Jantung bekerja lebih kuat untuk mengepam darah
  • Otot jantung menebal
  • Saluran darah jantung menyempit
  • Gangguan pada ritma jantung
 

Selain itu, obesiti juga menyumbang kepada penyakit 3 serangkai yang memberi kesan besar kepada kesihatan jantung, iaitu:

  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
serngan jantung antara penyakit disebabkan oleh obesiti

4. Risiko Strok

Obesiti meningkatkan risiko strok melalui tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes. Lemak berlebihan boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit atau tersumbat, sekali gus mengganggu aliran darah ke otak.
Strok bukan sahaja boleh membawa maut, malah boleh menyebabkan kecacatan kekal seperti lumpuh atau masalah pertuturan.

5. Masalah Kesuburan

Obesiti boleh mengganggu keseimbangan hormon, baik pada lelaki mahupun wanita.
Bagi wanita, ia boleh menyebabkan:

  • Kitaran haid tidak teratur
  • Masalah ovulasi
  • Kesukaran untuk hamil


Bagi lelaki pula, obesiti boleh menurunkan kualiti dan bilangan sperma. Akibatnya, peluang untuk mendapatkan zuriat menjadi lebih rendah.

masalah kesuburan antara penyakit disebabkan oleh obesiti

6. Risiko Kanser

Kajian menunjukkan obesiti dikaitkan dengan peningkatan risiko beberapa jenis kanser seperti:

  • Kanser payudara
  • Kanser usus besar
  • Kanser rahim
  • Kanser buah pinggang

Lemak berlebihan menghasilkan hormon dan bahan keradangan yang boleh mencetuskan pertumbuhan sel kanser.

7. Masalah Kesihatan Mental

Obesiti bukan hanya memberi kesan fizikal, tetapi juga mental. Ramai individu obes mengalami:

  • Kurang keyakinan diri
  • Tekanan emosi
  • Kebimbangan dan kemurungan

Stigma masyarakat terhadap berat badan,  terutama dengan kepesatan media sosial yang boleh mempengaruhi mental dan persepsi individu  boleh menjejaskan kualiti hidup secara keseluruhan.

kemurungan antara penyakit disebabkan oleh obesiti

Kesimpulan

Obesiti bukan sekadar isu penampilan. Ia berkait rapat dengan pelbagai penyakit kronik yang boleh menjejaskan kesihatan dan kehidupan jangka panjang. BMI mungkin bukan ukuran yang sempurna, tetapi ia masih relevan sebagai langkah awal untuk mengenal pasti risiko.


Perubahan kecil dalam gaya hidup seperti pemakanan sihat, aktiviti fizikal dan kesedaran tentang kesihatan, boleh memberi kesan besar jika dilakukan secara konsisten.

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez Noorman is a Malaysian-registered medical doctor (MMC) with extensive experience in pain management and surgical care, including circumcision, chronic pain management and knee pain treatment. He obtained his medical degree from the International Medical School, Bangalore, and has served at Hospital Tengku Ampuan Afzan and Hospital Ampang. With years of experience in pain management and minor surgical procedures, Dr. Hareez combines evidence-based medicine with compassionate care to help patients regain comfort and confidence in their daily lives As a renowned medical writer, Dr. Hareez is passionate about educating and empowering the public through clear, trustworthy, and practical health information that brings real value to people’s lives.

Jom baca lagi..

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...