fbpx Skip to main content
Sakit Lutut

4 Pilihan Ubat Sakit Lutut Farmasi: Panduan Mudah untuk Anda.

By January 13th, 2025No Comments

Pengenalan

Sakit lutut memang satu masalah biasa, terutama dalam kalangan orang dewasa dan warga emas. Dari aktiviti harian seperti berjalan atau solat hingga aktiviti fizikal seperti bersukan, sakit lutut boleh mengganggu rutin seharian kita.

Antara punca utama termasuk osteoartritis yang melemahkan tisu rawan, kecederaan akibat sukan, atau tekanan berlebihan pada sendi akibat berat badan. Dan semestinya, ubat sakit lutut di farmasi sering menjadi destinasi pertama untuk kelegaan sementara atau menyokong rawatan jangka panjang.

Tapi, bukan semua ubat sakit lutut farmasi sama. Setiap ubat bergantung kepada tahap dan keadaan sakit tersebut. Artikel ini akan merungkai 4 jenis ubat sakit lutut farmasi.

4 Jenis Ubat Sakit Lutut Farmasi

1. Pil Tahan Sakit

“Panadol mana Panadol?”

panadol antara ubat sakit lutut farmasi yang terkenal

Setiap kali sakit, Ubat ini yang pertama sekali terlintas dalam minda, bukan? Dirumus untuk memberi kelegaan yang cepat ketika demam atau sakit kepala, Panadol juga mempunyai ubat untuk melegakan sakit otot dan sendi!

Panadol mempunyai bahan aktif dipanggil acetaminophen (atau paracetamol) yang berfungsi meredakan kesakitan ringan hingga sederhana. Ubat jenis acetaminophen selamat diambil mengikut dos yang disyorkan, namun sekiranya diambil secara berlebihan, ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti kerosakan hati.

Bagaimana Ia Berfungsi: Acetaminophen bekerja di sistem pusat badan, iaitu di otak dan saraf tunjang. Acetaminophen mengurangkan pengeluaran penghasilan enzim yang terlibat dalam penghasilan prostaglandin, sejenis bahan kimia yang menyebabkan kesakitan dan keradangan.

Oleh itu, otak tidak menerima isyarat kesakitan yang kuat. Inilah sebabnya rasa sakit berkurang setelah kita menelan paracetamol.

Namun, acetaminophen tidak mengurangkan bengkak atau kemerahan akibat keradangan, kerana ia tidak mempengaruhi penghasilan prostaglandin di tisu badan.

kesan sampingan ubat sakit lutut farmasi bersifat acetaminophen

Kajian tentang Acetaminophen/ Paracetamol untuk sakit sendi

✅ Kajian yang telah dijalankan pada tahun 2019 mendapati Paracetamol tidak melegakan sakit atau pun meningkatkan kebolehan fizikal untuk pesakit osteoarthritis lutut dan pinggul. (Onakpoya, I.J., 2019)

✅ Menurut The American College of Rheumatology (ACR) dan Arthritis Foundation (AF) pada tahun 2020, Acetaminophen tidak disyorkan sebagai ubat sakit lutut, kecuali jika seseorang itu mempunyai alahan NSAIDs.

Antara Jenama Ubat Acetaminophen: Panadol Extend, Uphamol 650, Actimol

uphamol antara ubat sakit lutut farmasi bersifat acetaminophen klinik tuah
actimol antara ubat sakit lutut farmasi bersifat acetaminophen klinik tuah

2. Ubat Anti Radang Bukan Steroid (NSAIDs)

Selain Acetaminophen / Paracetamol, terdapat sejenis ubat khusus untuk melegakan sakit lutut akibat radang iaitu ubat anti radang bukan steroids (NSAIDs).

Ubat ini dikira sebagai benteng pertahanan pertama untuk mengurangkan sakit lutut akibat arthritis. Malah, NSAIDs dapat membantu pesakit arthritis untuk bergerak dengan lebih mudah.  

Bagaimana Ia Berfungsi: NSAIDs menghalang sejenis enzim, iaitu COX, daripada menghasilkan bahan kimia prostaglandin di otak dan juga di sendi atau tisu yang terjejas. Berbeza dengan acetaminophen, dengan menghalang penghasilan prostaglandin, NSAIDs membantu mengurangkan radang dan rasa sakit di sendi yang terjejas.

Namun, NSAIDs mempunyai kesan sampingan yang lebih ketara, terutama pada perut anda. NSAIDs lebih berisiko menyebabkan ulser perut dan pendarahan.

kesan sampingan ubat sakit lutut farmasi bersifat NSAIDs

Kajian tentang keberkesanan NSAIDs untuk osteoarthritis:

NSAIDs berkesan apabila digunakan dengan rawatan OA yang lain, dan memberi kelegaan pada lutut sakit lutut dan meningkatkan keupayaan fizikal. (DeRogatis, M.J., Anis, H.K., Sodhi, N., Ehiorobo, J.O., Chughtai, M., Bhave, A., & Mont, M.A., 2019).

Pesakit tidak digalakkan untuk mengamalkan ubat NSAIDs untuk jangka masa lama, kerana ia meningkatkan gejala osteoarthritis serta risiko untuk pembedahan tukar lutut (Salis, Z., & Sainsbury, A., 2024)

Antara Ubat NSAIDs: Celebrex (celecoxib), Ibuprofen, Arcoxia (etoricoxib)

Celebrex antara ubat sakit lutut farmasi bersifat NSAIDs klinik tuah
Arcoxia antara ubat sakit lutut farmasi bersifat NSAIDs klinik tuah
Ibuprofen antara ubat sakit lutut farmasi bersifat NSAIDs klinik tuah

3. Ubat Topikal

Ubat sakit lutut farmasi juga ada dalam bentuk topikal. Krim atau gel sapu dan patch adalah antara ubat topikal yang bertujuan melegakan sakit sendi lutut.

Ubat topikal juga mempunyai bahan aktif yang sama seperti ubat oral (contohnya NSAIDs), namun bahan aktif itu diserap terus melalui kulit, dan memberi kesan secara langsung pada kawasan yang terjejas. Oleh itu, ubat topikal ini lebih selamat pada sistem penghadaman.

Namun, ubat topikal boleh menyebabkan rengsa pada kulit dan gatal-gatal akibat alahan pada kulit.

Bagaimana Ia Berfungsi: Apabila gel atau krim disapu pada kulit, bahan aktif dalam NSAIDs (seperti ibuprofen atau diclofenac) akan menyerap dan bertindak secara langsung pada kawasan yang terjejas, mengurangkan keradangan dan memberikan kelegaan daripada kesakitan.

Patch antara ubat sakit lutut farmasi jenis topikal klinik tuah

Kajian tentang keberkesanan ubat topikal pada sakit lutut:

✅ Ubat sapu yang mengandungi NSAIDs seperti diclofenac dan ketoprofen boleh mengurangkan sakit sendi osteoarthritis untuk jangka masa yang pendek. (Rodríguez‐Merchán, E.C., 2018)

✅ Dalam satu kajian yang telah dijalankan, 6 daripada 10 pesakit osteoarthritis melaporkan keberkesanan krim dan gel diclofenac atau ketoprofen selepas tujuh hari menggunakannya. (Derry S, Conaghan P, Da Silva JP, Wiffen PJ, Moore R., 2016)

Antara Jenama Ubat Topikal: Voren Gel, Ketotop Plaster

Voren gel antara ubat sakit lutut farmasi bersifat topikal klinik tuah
Ketotop antara ubat sakit lutut farmasi bersifat topikal klinik tuah

4. Suplemen untuk Sendi

Suplemen ialah ubat yang diolah sebagai makanan tambahan. Suplemen boleh didapati dalam bentuk pil, kapsul dan cecair. Suplemen biasanya mengandungi bahan semula jadi seperti vitamin, ekstrak herba dan mineral. Malah, kesan suplemen lebih perlahan dan memerlukan pengambilan secara konsisten.

Eh? Tapi kalau tak memberi kesan segera, mengapa perlu suplemen?

Berbeza dengan ubat-ubat yang telah dibincangkan di atas, suplemen direka untuk menyokong kesihatan sendi secara keseluruhan dan untuk jangka masa panjang. Malah suplemen juga selamat untuk digunakan jangka masa yang panjang, tanpa perlu risau akan kesan sampingan pada organ-organ yang lain.

Suplemen kebiasaannya diambil oleh pesakit arthritis tahap ringan hingga sederhana.

Bagaimana Ia Berfungsi: Setiap kandungan dalam suplemen ini mempunyai peranan yang tersendiri dalam melegakan sakit lutut.

Antaranya termasuklah:

glucosamine antara ubat sakit lutut farmasi bersifat suplemen
Omega 3 dan MSM antara ubat sakit lutut farmasi bersifat suplemen

Omega-3 dan MSM membantu mengurangkan keradangan pada sendi


kulit kayu manis antara ubat sakit lutut farmasi bersifat suplemen

Kulit Kayu Manis mengandungi cinnamaldehyde yang membantu mengurangi radang pada sendi.

type ii collagen antara suplemen ubat lutut di farmasi

 Type II Collagen yang boleh diekstrak daripada haiwan membantu meningkatkan keanjalan pada sendi dan memberi sokongan pada struktur sendi.

Kajian tentang keberkesanan Suplemen terhadap kesihatan sendi lutut:

✅ Pengambilan kulit kayu manis secara berterusan dapat mengurangkan symptom klinikal dan mengurangkan keradangan dalam pesakit rheumatoid arthritis wanita (Shishehbor, F., Rezaeyan Safar, M., Rajaei, E., & Haghighizadeh, M. H., 2018).

✅ Pengambilan Glukosamin sulfat (1,500 mg sehari) dapat mengurangkan simptom osteoartritis dan mencegah kerosakan struktur pada sendi lutut, serta mengurangkan pembedahan berkaitan osteoarthritis sebanyak 5 tahun selepas rawatan dihentikan (Reginster, J., Neuprez, A., Lecart, M.P., Sarlet, N., & Bruyère, O., 2012).

Contoh jenama: Movt360, Mobithron, Cool-X Roll On Gel

mobithron antara suplemen ubat sakit lutut farmasi klinik tuah
movt360 antara suplemen ubat sakit lutut farmasi klinik tuah
cool-x antara suplemen ubat sakit lutut farmasi bersifat topikal

Cara Pilih Ubat Sakit Lutut Farmasi yang Sesuai

  • Kenal pasti tahap kesakitan, sekiranya sakit yang ringan, ubat sapu boleh membantu.
  • Perhatikan bahan aktif seperti ibuprofen atau diclofenac dan sekiranya ia boleh memberi kesan kepada badan anda (gastrik dan lain-lain).
  • Dapatkan bantuan dan nasihat ahli farmasi tentang ubat yang sesuai untuk sakit lutut anda.

Petua Tambahan untuk Legakan Sakit Lutut

  • Kaedah R.I.C.E sekiranya anda mengesan tanda awal sakit lutut
  • Amalkan senaman ringan dan regangan
  • Amalkan pemakanan sihat
  • Gunakan knee guard untuk melindungi sendi lutut anda
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama
kaedah R.I.C.E

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

  • Sakit berterusan walaupun selepas mengambil ubat sakit lutut farmasi selama beberapa minggu.
  • Lutut bengkak besar, panas, atau sukar digerakkan.
  • Terdapat simptom lain seperti demam, yang mungkin tanda jangkitan atau masalah serius.

Penutup

Ubat dari farmasi memang boleh membantu melegakan sakit lutut, tetapi penting untuk diingat bahawa ia hanyalah rawatan sementara.

Langkah pencegahan seperti senaman ringan secara berkala, kurangkan berat badan dan melakukan persediaan yang betul sebelum melakukan aktiviti berisiko tinggi dapat menguatkan otot dan kesihatan sendi untuk lutut yang lebih sihat dan tahan lama.

Jika sakit anda berlarutan atau semakin teruk, segera dapatkan nasihat daripada pakar perubatan.

FAQ

Berapa lama ubat sakit lutut farmasi menunjukkan kesannya?

Ubat Farmaseutikal: Beberapa minit hingga 2 jam.
Suplemen: Setelah beberapa minggu.

Yang manakah ubat OTC yang terbaik untuk legakan sakit sendi lutut?

Ubat OTC yang paling berkesan ialah NSAIDs kerana ia juga bertujuan untuk mengurangkan radang pada sendi untuk jangka masa yang cepat.

Apakah rawatan yang boleh saya dapatkan untuk legakan sakit lutut?

Terdapat beberapa rawatan lain untuk melegakan sakit lutut. Antaranya;
· Buang air radang (sekiranya bengkak)
· Suntikan Gel Hyaluronic Acid
· Suntikan Steroid
· Suntikan PRP