fbpx Skip to main content
Sakit Lutut

Tips Sakit Lutut: Ubat Sakit Lutut Apa Yang Paling Berkesan?

By November 1st, 2024No Comments

Bayangkan pada satu petang yang damai, anda menikmati waktu beriadah bersama keluarga tersayang. Anda mula perasan lutut anda mula goyah seperti skru longgar, dan setiap pergerakan terasa bagaikan dicucuk-cucuk. Pedih dan Perit tidak dapat digambarkan. Mujur ada paracetamol bersama,dan sakit anda beransur-ansur hilang. Lutut terasa kembali normal dan riadah anda kembali tenang.

ubat sakit lutut

Di sini, Paracetamol ibarat ramuan ajaib yang mampu melegakan sakit yang dialami dan memberi lutut berfungsi seperti asal. Itulah fungsi dan kelebihan ubat-ubatan. Dengan bantuan ubat dan rawatan yang tepat, tiada lagi kesedihan dan keperitan yang menghantui!

Pengenalan

“Ehem ehem”. Di TV sangat sinonim bunyi bedehem ini dari iklan Strepsils, ubat sakit tekak. Tapi bagaimana dengan ubat sakit lutut? Ada tak ubat yang boleh menghilangkan bunyi “pop” akibat sakit lutut?

Tentulah ada! Sakit lutut ini bukanlah masalah yang asing dalam kalangan masyarakat. Setiap langkah terasa perit dan sukar, terutamanya ketika berjalan, turun tangga malah ketika menaiki kenderaan.

Sakit yang dirasai bukanlah biasa-biasa, rasa pedih dan ngilu boleh menyerang, seterusnya menyukarkan pergerakan dan mungkin melemahkan semangat anda.

ubat sakit lutut klinik tuah

Namun jangan putus asa! Seiring dengan kemajuan dalam bidang perubatan, telah banyak ubat sakit lutut yang tersedia dalam pasaran. Samada ubatan daripada ramuan tradisional ataupun ubat-ubatan farmaseutikal, semuanya atas pilihan anda. Hasilnya, sakit lutut anda beransur-ansur pulih, fungsi lutut kembali normal dan anda boleh bebas bergerak seperti biasa!

Artikel ini membincangkan tiga jenis ubat sakit lutut untuk mengatasi sakit lutut untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat.

Ubat-Ubatan Tradisional

Ubat sakit lutut tradisional telah lama digunakan oleh nenek moyang kita untuk melegakan sakit sendi mereka. Menariknya, bahan-bahan yang terdapat dalam ramuan tradisional ini telah terbukti melalui kajian sains dapat menyelesaikan masalah kesihatan secara turun-temurun.

Antara ubat sakit lutut tradisional termasuklah;

1. Halia

Halia – Sebiji halia mempunyai lebih 400 sebatian yang sebahagiannya bersifat anti-radang yang boleh mengurangkan sakit lutut akibat air radang! Antara nya ialah gingerol yang merangsang pengaliran darah dan mengurangkan rasa sakit pada lutut. Halia juga boleh melegakan kejang otot, dan mengurangkan simptom arthritis.

Satu kajian telah dijalankan oleh Zakeri et.al pada tahun 2011 untuk menguji keberkesanan halia sebagai ubat sakit lutut. Sebanyak 204 peserta kajian telah diberi satu kapsul mengandungi 250gm serbuk halia dan melengkapkan kajian tersebut dengan sempurna.

Hasil kajian mendapati sebanyak 63% peserta tidak berasa sakit ketika berdiri lama,  55% pesakit osteoarthritris pula melaporkan sakit lututnya telah berkurangan, manakala 50% dari jumlah peserta pula mendapati bengkak sendi mereka semakin surut berbanding sebelumnya. Kajian ini membuktikan halia mempunyai kesan yang serupa dengan NSAIDs, yang mampu mengurangkan radang sendi.

Bukan cuma sebagai ubat sakit lutut, halia juga terbukti dapat mengurangkan sakit belakang serta melegakan otot-otot yang sakit dan lenguh. Halia juga selamat untuk diambil oleh kerana sifat semulajadinya, berbanding ubat yang dibekalkan dari farmasi yang mempunyai kesan sampingan.

Anda boleh jadikan halia sebagai minuman dengan menghancurkan halia sebesar ibu jari, kemudian rebus halia tersebut bersama secawan air selama 10 minit sebelum menapis airnya. Anda boleh campurkan air tersebut dengan jus lemon dan satu sudu kecil madu untuk rasa yang lebih enak. Air halia ini baik untuk diminum 2 hingga 3 kali sehari sehingga sakit lutut hilang.

air-halia-ubat-sakit-lutut

2. Minyak Pati/ Essential Oils

Minyak pati atau essential oils ini bukan sahaja berfungsi untuk mewangikan ruang dalam rumah anda, malah juga mempunyai manfaat tersendiri sebagai ubat sakit lutut!

Kandungan semulajadi dalam minyak ini membantu meredakan sakit dan lenguh sendi lutut, dan anda dapat menggerakkan lutut anda dengan selesa.

Ada beberapa jenis minyak pati semulajadi yang boleh membantu melegakan sakit lutut anda. Antaranya ialah;

  1. Minyak pati halia. Selain minuman, halia juga boleh dijadikan minyak dan boleh melembutkan sendi yang keras setelah diurut berbanding urutan biasa.
  2. Minyak lavender. Lavender membantu melegakan sakit urat pada lutut dan juga sakit akibat radang lutut atau osteoarthritis.
  3. Minyak pati serai. Menurut kajian, sebilangan pesakit rheumatoid arthritis berasa lega setelah menggunakan minyak pati serai selama sebulan (30 hari). Pakar mengaitkan kesan kelegaan ini dengan sifat anti-radang yang terdapat dalam serai ini.
  4. Eucalyptus. Eucalapytus adalah sejenis wangian yang menjadi pilihan ramai untuk mengharumkan ruangan rumah. Namun, minyak eucalyptus juga sebenarnya dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan rasa sakit selepas pembedahan tukar lutut atau total knee replacement.
ubat sakit lutut klinik tuah

Namun minyak pati tidak boleh digunakan terus pada kulit untuk mengelakkan iritasi. Anda boleh mendapat khasiat mereka samada melalui menghidu aromanya (air diffuser) atau dijadikan sebagai campuran dengan minyak pembawa (carrier oil) seperti minyak kelapa atau minyak badam.

3. Kulit Kayu Manis

kulit-kayu-manis-ubat-sakit-lutut-tradisional

Kulit kayu manis telah lama diperakui dalam perubatan tradisional Cina dan Ayuverdic beribu tahun dahulu sebagai ubat sakit lutut. Sifat rempah ini yang mempunyai anti oksida yang tertinggi dalam kalangan 26 jenis rempah berfungsi untuk mengurangkan symptom radang lutut akibat rheumatoid arthritism.

Antaranya ialah cinnameldehyde, sejenis anti-oksida yang juga bersifat anti-radang dengan menghentikan perembesan asid yang menggalakkan radang terjadi.

Kulit kayu manis juga mengandungi catechin yang mampu mencegah kerosakan kartilej dalam badan akibat rheumatoid arthritis ini.

Cara pengambilan kulit kayu manis ini sangat mudah. Caranya, campurkan satu sudu kecil serbuk kulit kayu manis bersama satu sudu besar madu dan makan setiap kali sebelum sarapan.

Anda juga boleh melarutkan satu sudu kecil serbuk rempah ini dalam segelas air panas selama beberapa minit sebelum tapis dan minum setiap pagi dan malam.

Anda juga boleh menambahkan kulit kayu manis di dalam masakan anda seperti kari, smoothies dan snek anda.

Ubat-Ubatan Farmaseutikal

Seiring dengan kemajuan teknologi perubatan, terdapat banyak ubat sakit lutut yang diformulasikan / dihasilkan oleh industri farmaseutikal. Ubat-ubat moden ini berfungsi dalam pengurusan sakit lutut dan mengembalikan fungsi lutut untuk satu jangka masa tertentu. Ubat-ubatan moden kerap kali menjadi pilihan kerana tempoh keberkesannnya yang lebih cepat berbanding ubatan tradisional.

Antara ubat sakit lutut moden yang boleh diambil termasuklah;

1. Paracetamol

Acetaminophen atau lebih dikenali sebagai Paracetamol ialah sejenis ubat analgesik untuk melegakan kesakitan dan demam. Ia juga berfungsi sebagai ubat sakit lutut dengan gejala ringan. Ia merupakan jenis ubat moden yang paling selamat untuk diambil.

ubat sakit lutut klinik tuah

Namun, menurut kajian, keberkesanan Paracetamol ini sangat rendah dan tidak mampu memberi kelegaan sepenuhnya, terutama untuk pesakit osteoarthritis. Pesakit juga tidak disarankan untuk mengambil ubat ini melebihi dos yang ditetapkan kerana ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Namun, sekiranya anda mempunyai masalah untuk mengambil ubat jenis NSAIDs, ubat Paracetamol boleh diambil sebagai alternatif sementara.

2. NSAIDs atau Ubat Anti-radang Bukan Steroid:

Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) ialah ubat sakit lutut yang memfokuskan rawatan pada pengurangan radang dan sakit sendi lutut. NSAIDs bertindak dengan mencegah penghasilan hormon prostaglandin yang menjadi punca kesakitan dan keradangan.

Pesakit osteoarthritis dan rheumatoid arthritis biasanya mengambil NSAIDs untuk melegakan kesakitan mereka dengan lebih berkesan berbanding Paracetamol. Ubat sakit lutut bersifat antir boleh didapati di farmasi berdekatan, dan ada juga beberapa jenis NSAIDs yang memerlukan preskripsi doktor.

Namun, NSAIDs mempunyai kesan sampingan jika diambil berlebihan, terutamanya pada perut. Antara kesan NSAIDs termasuklah perut meragam, cirit-birit, pedih ulu hati serta ulser berdarah. Oleh itu, dinasihatkan untuk makan terlebih dahulu sebelum mengambil NSAIDs.

NSAIDs-ubat-sakit-lutut

3. Suntikan Steroid

“Steroid ni kan untuk bina badan? Dahlah bahaya!” Mungkin sesetengah daripada anda mempunyai perspektif ini bila mendengar perkataan steroid.

Jangan risau!

Steroid untuk bina badan pula dipanggil anabolic steroid. Ubat sakit lutut pula menggunakan jenis steroid yang berbeza, iaitu corticosteroid.

Corticosteroid ini disuntik untuk melegakan simptom osteoarthritis lutut dengan mengurangkan radang sendi dengan sangat cepat-24 hingga 48 jam! Steroid ini juga memberi kelegaan yang agak berpanjangan iaitu selama seminggu hingga 12 minggu.

Steroid hanya boleh dilakukan doktor yang bertauliah di klinik atau hospital melalui suntikan pada kawasan terjejas atau berhampiran dengannya.

Namun, suntikan steroid ini tidak boleh diambil dengan kerap atau ia boleh menyebabkan kartilej dalam lutut anda rosak.

Rawatan Sakit Lutut Moden

Ubat sakit lutut yang telah dibincangkan di atas hanyalah bersifat sementara. Sakit lutut akan tetap kembali setelah kesan mereka hilang, dan sekiranya lutut kerap digunakan melebihi kemampuan.

Jadi, masihkah ada cara untuk mencegah sakit lutut untuk jangka masa yang lama?

Jawapannya ialah YA!

Suntikan Hyaluronic Acid (HA) adalah sejenis ubat sakit lutut yang makin popular di Malaysia kerana keberkesanannya yang telah banyak diperakui, terutama pada pesakit arthritis.

Suntikan HA atau sinonimnya dipanggil sebagai suntikan gel lutut dapat mengurangkan kebergantungan pesakit pada ubat tahan sakit dan memberi kelegaan yang berpanjangan, terutama pada sakit osteoarthritis tahap sederhana. Suntikan gel lutut juga dapat menangguhkan prosedur pembedahan tukar lutut.

Bagaimana HA ini berkesan?

Bahan yang terkandung dalam HA ini bertindak sebagai pelincir antara sendi yang menyerap kesan hentakan dan melindungi permukaan kartilej daripada terhakis. Kesannya, sakit lutut berkurangan dan pesakit boleh menjalani aktiviti fizikal dengan normal setelah fungsi lutut kembali.

Suntikan HA bukan sahaja berkesan untuk pesakit osteoarthritis, malah untuk pesakit yang mempunyai masalah sakit sendi kronik yang lain. Suntikan ini juga tidak memerlukan pembedahan dengan tempoh penyembuhan yang sangat cepat!

Rawatan Sakit Lutut Moden kini bukan hanya terhad suntikan gel. Zaman dah maju, banyak jenis rawatan lutut yang terbaru yang sangat hebat kesannya. Baca Artikel Rawatan Sakit Lutut Ini Untuk Ketahui Lebih Lanjut

Suplemen Sakit Lutut

Berbeza dengan ubat yang diberi di klinik dan hospital, suplemen sebenarnya adalah ubat yang dihasilkan dari bahan harian yang terbukti secara saintifik menyebuhkan sakit lutut.

  1. Glucosamine
  2. Chondroitin
  3. Collagen Type 2
  4. Minyak Omega 3
  5. Curcumin

Suplemen lutut ini mudah didapat di mana-mana klinik mahupun farmasi. Seiring dengan kemajuan dunia perubatan, kini pelbagai suplemen baru untuk sakit lutut boleh didapati.

Untuk bacaan lanjut mengenai suplemen sakit lutut, boleh dapatkan di artikel ini.

Doa Sakit Lutut Yang Mujarab

Segala usaha, rawatan serta ubat tidak akan berkesan tanpa keizinan sang pencipta. Sesungguhnya kesembuhan segala sesuatu kesakitan adalah milik Tuhan. Maka selepas ikhtiar jangan lupa untuk berdoa. Antara Doa yang baik untuk sakit lutut adalah

Untuk Baca& Ketahui Doa Mustajab Lain Untuk Sakit Lutut & Petua Doa, Boleh Baca Artikel Ini

Akhir Kata

Sebagai kesimpulan, ubat-ubat ini dapat membantu secara signifikan dalam meredakan kesakitan lutut. Ia membantu mengurangkan keradangan dan memperbaiki fungsi sendi. Dengan bantuan ubat-ubatan ini, ramai pesakit dapat meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa dengan selesa.

Namun sekiranya anda mempunyai tindak balas yang berbeza untuk setiap ubat sakit lutut yang diambil, atau masalah sakit lutut anda berpanjangan atau semakin teruk, terus dapatkan nasihat doktor berdekatan.

Gaya hidup juga memainkan peranan penting dalam penjagaan lutut. Melalui berat badan ideal, senaman yang kerap dan konsisten serta postur yang baik dapat membantu mencegah kerosakan sendi lutut di kemudian hari.

Akhir kata, mencegah lebih baik daripada mengubati.