Where Pain Meets Relief

3 Manfaat Sunat Lelaki: Bukan Sekadar Untuk Tatapan Pasangan Sahaja

“Kenapa nak potong, kan elok terletak kat situ?” Ini soalan yang pernah kami dengar dilontarkan oleh seorang budak lelaki 10 tahun ketika berbaring untuk disunatkan. Dah last minute baru nak tahu manfaat sunat lelaki.

Kami tergelak, bapanya yang memegang beliau juga terbahak tergelak. Soalan yang “legit” tetapi sebenarnya kenapa lebih digalakkan lelaki untuk bersunat selain disebabkan tuntutan agama.

Kandungan

Pendahuluan

Sunat atau berkhatan adalah satu prosedur dimana lipatan kulup (foreskin) pada kepala zakar dipotong. Sunat biasanya dilakukan kerana tuntutan agama, atau menghormati tradisi dan budaya.

Menurut mazhab Syafie, sunat lelaki adalah diwajibkan bagi setiap penganut agama Islam, dan berdosa jika sesiapa enggan melakukannya. Manakala menurut hadis Abu Hurairah, antara lima sunnah fitrah adalah berkhatan.

Zaman moden menyaksikan lebih ramai lelaki yang memilih untuk bersunat bukan sahaja kerana agama dan budaya, namun juga kerana kesihatan, kebersihan dan kecantikan. Artikel ini akan mengupas 3 manfaat sunat lelaki yang paling utama.

3 Manfaat Sunat Lelaki Yang Utama

Antara sebab utama sunat lelaki sangat digalakkan ialah;

1. Meningkatkan Kebersihan dan Mengurangkan Risiko Jangkitan

Menjaga Kebersihan Menjadi Lebih Mudah

Seringkali kaum lelaki terlepas pandang untuk membersihkan kawasan di bawah kulup dengan cermat selepas membuang air kecil, terutama kanak-kanak lelaki jika tanpa pengawasan ibu bapa.

Hasilnya, kulup menjadi tempat pembiakan bakteria, sel-sel kulit mati, minyak dan kelembapan, seterusnya menjadi smegma. Smegma yang berupa seperti kepingan keju lama boleh mendatangkan bau yang tidak enak pada kemaluan lelaki, serta meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Mencegah Fimosis & Parafimosis

Fimosis atau zakar buta ialah satu keadaan di mana kulup tidak dapat ditarik ke belakang kepala zakar. Fimosis adalah tidak normal bagi lelaki dewasa, dan bersunat dapat menyelesaikan masalah fimosis secara kekal.  

Parafimosis pula keadaan di mana kulup dapat ditarik ke belakang, namun ianya tersekat dan tidak dapat kembali ke kedudukan asal. Sekiranya anda atau insan terdekat anda mengalami gejala seperti ini, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan.

manfaat sunat lelaki adalah mencegah phimosis

 Baca Tips untuk membetulkan fimosis di sini (Bahasa Inggeris)

Menghindari Posthitis dan Balanoposthitis

Posthitis adalah radang pada kulup kemaluan, manakala balanoposthitis pula radang pada kulup dan kepala zakar. Dalam 6% radang ini terjadi pada lelaki belum bersunat. 

Ianya terjadi juga akibat pengumpulan bakteria pada alat kelamin lelaki yang tidak dibersihkan dengan cermat. Seseorang yang mempunyai kulit sensitif lebih senang mendapat posthitis dan balanoposthitis.

manfaat sunat lelaki adalah mencegah balanitis

2. Mengurangkan Risiko Penyakit

Mengurangkan Risiko UTI

Manfaat sunat lelaki juga ialah mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI) kerana kurangnya risiko bakteria yang membiak ke dalam saluran. 

UTI berpunca daripada bakteria yang masuk melalui uretra, dan menjejaskan organ-organ sistem urinari seperti buah pinggang, uretra, pundi kencing dan ureter. 

Malah, banyak kajian menunjukkan UTI lebih cenderung terjadi kepada lelaki yang belum bersunat.

manfaat sunat lelaki adalah mengurangkan risiko simptop UTI

Mengurangkan Risiko HIV

Sunat lelaki dewasa pula dapat merendahkan risiko jangkitan HIV sehingga 60%, menurut satu kajian yang dijalankan oleh American Academy of Pediatrics (AAP). Ini kerana kulup yang bergesel dengan faraj (vagina) boleh menyebabkan koyakan kecil pada kulit, dan menyebarkan virus HIV daripada sel-sel yang terdedah.

Dengan tiadanya lapisan kulit kulup, sel-sel ini semakin berkurang, serta potensi untuk kulit melecet ketika aktiviti seksual juga menurun. Kedua-dua faktor ini menurunkan risiko penularan penyakit HIV.

Berkhatan juga memberi manfaat pada pasangan anda! Menurut kajian pada tahun 2017, kebarangkalian untuk wanita mendapat penyakit STD seperti herpes, sifilis dan chlamydia lebih rendah sekiranya pasangan mereka bersunat.

Mengurangkan Risiko kanser Zakar

Selain daripada kanser testis dan kanser prostat, lelaki juga boleh mendapat kanser zakar. Kanser zakar (penile cancer) walaupun jarang dilaporkan, adalah sejenis kanser yang berbahaya dengan kadar kematian yang tinggi. 

Antara punca utama kanser zakar ialah fimosis dan zakar yang tidak bersih. Dengan bersunat, masalah fimosis dapat diatasi, sekaligus dapat mengurangkan kebarangkalian kanser zakar.

3. Meningkatkan Kepuasan Seksual

Malah, kaum Wanita juga bersetuju dengan kelebihan bersunat dalam hubungan seksual. Satu kajian di Uganda melaporkan sebanyak 39.8% melaporkan mereka lebih “puas” ketika berhubungan intim dengan pasangan yang bersunat, berbanding dengan 2.9% yang berpendapat sebaliknya.

Peserta kajian mendakwa antara faktor yang mempengaruhi “kepuasan” mereka termasuklah zakar pasangan lebih bersih, bilangan klimaks yang lebih kerap serta pasangan mereka tiada kesukaran untuk mengekalkan ereksi.

Jadi, sekiranya anda ingin membahagiakan isteri anda, dan menghangatkan lagi ikatan cinta anda, bersunat mungkin jawapannya!

Perbandingan Antara Sunat Bayi, Kanak-Kanak dan Dewasa

Peringkat Umur
Kelebihan Utama
Risiko Kesihatan yang Dicegah
Tempoh Penyembuhan
Bayi
Lebih cepat sembuh, pembersihan lebih mudah
Jangkitan saluran kencing (UTI)
3-7 hari sahaja
Kanak-Kanak
Lebih mudah untuk membersih
Fimosis dan parafimosis
1-2 minggu
Dewasa
Kurang risiko jangkitan seksual, lebih selesa
Balanitis, fimosis, jangkitan kelamin
2-4 minggu

Penutup

Kesimpulannya, sunat lelaki bukan sahaja sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi juga memberi faedah kepada kebersihan diri serta kesihatan diri dan pasangan. Walaupun begitu, perlu diingatkan bahawa keputusan untuk berkhatan bergantung pada diri masing-masing, dan juga mempunyai risikonya.

Sekiranya anda mempertimbangkan khatan, sila dapatkan nasihat pakar kesihatan tentang kaedah sunat yang sesuai, serta risiko dan langkah penjagaan bersunat untuk menjamin keselesaan anda dalam jangka masa yang panjang.

Ingin Tahu Kaedah Khatan Moden Untuk Keselesaan Bersunat? Klik Pautan Ini

Klinik Sunat Semua Umur 

RASAKAN PENGALAMAN SUNAT YANG SELESA & MENYENANGKAN

Hari Ini Sunat, Esok Boleh Masuk Kerja

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, Bangalore and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.

Jom baca lagi..

Telinga Pekak Tiba-Tiba? 6 Punca Telinga Tersumbat!  

Pasti rakyat Malaysia tahu tentang sketsa pendek Cikman dan So’od yang viral di aplikasi TikTok satu ketika dulu. Kita semua terhibur menonton So’od yang sering kali salah dengar apa Cikman cakap. Mainkan perasaan betul!...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...