Where Pain Meets Relief

Suntikan Sakit Lutut: Apa Perlu Buat Selepas Rawatan? (Panduan Lengkap)

“Doktor bagi harapan palsu ke pada saya? Kenapa kaki saya makin rasa sakit ni? Susah saya nak berjalan ni!”

Itulah yang diluahkan oleh seorang pesakit kami dengan riak wajah yang sangat kecewa dan mendatangkan kegusaran pada kami. Mengapa boleh terjadi sedemikian?

Dan kegusaran kami terjawab apabila pesakit menyatakan bahawa dia pergi shopping beberapa jam selepas suntikan lutut.

Bunyi macam tak serius, tapi sebenarnya lutut dia terlalu penat dan tak sempat berehat. Akhirnya, lutut jadi bengkak semula dan makin sakit.

Kandungan

Pendahuluan

Suntikan gel lutut (viscosupplementation) memang terkenal sebagai salah satu rawatan yang boleh bantu kurangkan sakit lutut, terutama bagi pesakit osteoartritis

Kajian pun dah tunjuk keberkesanannya dalam mengurangkan geseran dalam sendi lutut dan membantu pergerakan jadi lebih lancar.

Namun, ianya bukan magik ataupun kuasa ajaib, sekali suntik terus sembuh 100%. Sama seperti ubat-ubatan lain, keberkesannya bergantung kepada cara penjagaan selepas suntikan sakit lutut.

Salah cara penjagaan, boleh menyebabkan sakit lutut makin teruk seperti bengkak, air radang berkumpul dalam lutut dan mungkin perlukan suntikan lain dalam masa singkat.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara penjagaan selepas suntikan sakit lutut dalam masa 48 jam pertama, pantang larang selepas suntikan dan tips untuk mempercepatkan proses pemulihan.

Apa Tujuan Suntikan Gel Lutut?

Lazim kita mendengar pakar mengesyorkan suntikan hyaluronic acid (HA) atau gel lutut untuk osteoarthritis. Mengapa gel lutut sangat popular? Apa kebaikannya?

Suntikan HA ini berfungsi sebagai pelincir antara sendi anda dan mengelakkan tulang bergeser antara satu sama lain. HA juga mengurangkan rasa sakit lutut akibat radang dan melambatkan proses osteoarthritis.

Baca lebih lanjut tentang kebaikan gel lutut dan adakah sekali suntikan mencukupi di sini 

Penjagaan Selepas Suntikan Sakit Lutut

24-48 Jam Pertama

  • Anda disarankan untuk berehat daripada melakukan sebarang aktiviti fizikal 48 jam pertama selepas suntikan.
  • Elakkan daripada membuat pergerakan yang boleh memberi tekanan pada lutut seperti berdiri lama, mengangkat beban yang berat atau bersukan.
  • Namun begitu, anda masih boleh melakukan rutin harian seperti berjalan dalam kadar yang terhad.
  • Untuk pesakit muslim, digalakkan untuk solat dalam keadaan duduk untuk 24 jam pertama bagi mengelakkan tekanan pada lutut ketika sujud dan duduk antara dua sujud.
solat duduk sebagai langkah penjagaan suntikan sakit lutut klinik tuah
  • Lutut boleh berasa sakit selepas suntikan, atau sengal dan kaku untuk dua hari pertama, malah boleh berlarutan sehingga 7 hari.
  • Tuam ais sekitar kawasan suntikan selama 20 minit setiap 3-4 jam sehari untuk mengurangkan bengkak dan rasa sakit.
  • Walaupun anda disarankan untuk mengehadkan pergerakan,  lakukan sedikit pergerakan / regangan kecil pada lutut supaya gel yang disuntik sekata di dalam kapsul lutut.
  • Antara pergerakan yang boleh dilakukan termasuklah goyangan lutut (perlahan), heel slides¸ dan jalan-jalan santai dalam rumah. Hentikan regangan sekiranya lutut anda terasa sakit.

Selepas 48 Jam

  • Perhatikan tanda-tanda jangkitan pada kawasan suntikan seperti bengkak yang ketara, rasa sakit bertambah, merah-merah pada kawasan suntikan dan demam.
    Dapatkan bantuan perubatan dengan segera sekiranya mempunyai tanda- tanda tersebut.
  • Suntikan hyaluronic acid juga boleh menyebabkan keradangan di kawasan sekitar sendi yang dipanggil synovitis dan mempunyai tanda-tanda seperti di atas.
  • Kebiasaaanya, synovitis akan berkurang selepas dua minggu. Dapatkan nasihat doktor anda untuk kepastian.
synovitis antara kesan sampingan suntikan gel lutut
  • Sekiranya anda mempunyai pekerjaan sedentari dan tidak melalukan banyak pergerakan, anda digalakkan untuk melakukan pergerakan kecil secara kerap untuk mengelakkan daripada lutut kaku.
  • Terapi fizikal atau fisioterapi juga penting untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Anda boleh melakukan terapi fizikal seminggu selepas suntikan gel lutut.
  • Sesetengah senaman menguatkan otot boleh meningkatkan fleksibiliti lutut dan menambah kestabilan lutut. Antara senaman yang anda lakukan adalah knee flexion and extension, straight leg raises dan squat.
regangan seperti squat, straight leg raises dan knee flexion sebagai penjagaan suntikan sakit lutut klinik tuah
  • Anda boleh mula bersenam dengan memilih senaman berimpak rendah seperti berbasikal dan berjalan ringan. Namun, penting untuk dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu.
  • Elakkan senaman berimpak tinggi seperti berlari dan melompat sekurang-kurangnya dua minggu selepas suntikan.
  • Ikut arahan doktor anda dan juga hadir temujanji pada tarikh yang ditetapkan.

Kesan Sampingan Selepas Suntikan Sakit Lutut

Kesan Sampingan Ringan

  • Rasa hangat di sekitar lutut
  • Lutut bengkak
  • Lutut rasa sakit atau sengal
  • Sukar untuk melipat lutut untuk beberapa jam pertama (sendi keras)

 

Kesan sampingan ini tidak akan berlarutan dan akan hilang setelah beberapa hari.

Kesan Sampingan serius

  • Alergik / Alahan
  • Air Radang Lutut 
  • Pseudoseptic Arthritis (simptom menyerupai septic arthritis namun bukan disebabkan jangkitan bakteria)
  • Jangkitan kuman
  • Sukar untuk berjalan kerana sakit lutut

 

Segera berhubung dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai tanda-tanda di atas.

air radang kesan sampingan suntikan gel lutut

Tempoh Berkesan Suntikan Sakit Lutut

Berbeza dengan suntikan steroid, suntikan gel lutut ini menunjukkan kesannya selepas 4-6 minggu

Namun, tempoh ketahanan suntikan gel lutut ini lebih lama berbanding steroid, sekitar satu hingga 3 tahun atau lebih bergantung kepada penggunaan.  Malah, suntikan gel lutut juga selamat untuk tulang rawan.

Sekiranya anda merancang aktiviti yang banyak menggunakan lutut dalam masa terdekat seperti bersukan atau melancong, anda boleh gabungkan suntikan steroid dan gel lutut untuk kesan yang lebih cepat. Dapatkan nasihat daripada doktor anda untuk gabungan rawatan ini.

suntikan sakit lutut yang menggabungkan gel lutut dan steroid

Bagaimana Gaya Hidup Mempengaruhi Tempoh Penyembuhan

Gaya hidup mempunyai peranan penting dalam menentukan tempoh penyembuhan lutut anda. 

Gaya hidup sihat seperti makanan seimbang dan bersenam mempercepatkan proses pemulihan lutut. Terdapat juga gaya hidup yang menyebabkan proses penyembuhan lebih panjang daripada jangkaan.

Berikut merupakan impak gaya hidup pada pemulihan lutut.

Gaya HidupImpak Pada Pemulihan
Gaya Hidup AktifTempoh Pemulihan Lebih Lama
Aktiviti Berimpak TinggiTempoh Pemulihan Lebih Lama
MerokokMelambatkan Proses Pemulihan
Mengamalkan Minuman Keras BerlebihanMelambatkan Proses Pemulihan
DiabetesMelambatkan Proses Pemulihan
ObesitiMelambatkan Proses Pemulihan

Penutup

Lepas dapat suntikan gel lutut, jangan terus anggap misi dah selesai. Bahagian paling penting sebenarnya penjagaan selepas suntikan sakit lutut, untuk memastikan rawatan benar-benar berkesan.  

Rehat yang mencukupi, elakkan daripada aktiviti berat, dan ikut saranan doktor boleh bantu rawatan ni jadi lebih berkesan dan tahan lama. Bila lutut dijaga elok, bukan saja rasa sakit kurang, tapi pergerakan pun jadi lebih lancar.

Kalau anda rasa lutut makin sakit, bengkak,atau susah nak bergerak, terus hubungi klinik dan maklumkan pada doktor. Rawatan ni memang selamat, tapi setiap orang ada tahap pemulihan yang berbeza.

Ingat, suntikan gel bukan magik. Tapi dengan penjagaan yang betul, ia boleh jadi game-changer untuk lutut anda.

Ketahui serba serbi tentang sakit lutut anda untuk lutut yang lebih sihat di sini 

MAHUKAN HIDUP BEBAS KESAKITAN? 

Rasai Sendiri Kelainan Rawatan Sakit Lutut di Klinik Tuah

Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, Bangalore and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.

Jom baca lagi..

What Is Knee Effusion? Causes, Symptoms & Treatment Tips

“My knee formed an oasis?” Table of Contents Introduction Ever looked down at your knee and thought, “Why does it feel like I’m growing a water balloon in there?”  You didn’t injure it badly,...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...