Skip to main content
Sakit Lutut

Mengapa terjadinya sakit lutut tiba-tiba? Jangan terkejut baca sebab ke 3!

By January 27th, 2025No Comments
Punca Sakit Lutut Tiba-TibaGejala
Kecederaan Ligamen & Meniscus
Sakit lutut melampau, bengkak, lutut berbunyi, lutut tidak stabil
Dislokasi Tempurung LututSakit lutut secara tiba-tiba, lutut tak boleh lurus atau bengkok, bengkak dan kebas
Otot TegangSakit lutut secara tiba-tiba, bengkak dan lebam, kejang otot
GoutSakit yang teruk pada sendi yang terjejas, lutut memerah dan hangat ketika disentuh, lutut kaku dan bengkak
Radang SendiSakit pada bahagian sendi, lutut menjadi bengkak dan keras, sukar untuk berjalan dan bergerak
Septic ArthritisSendi lutut bengkak, kemerahan dan hangat, demam
TendinitisSakit lutut yang ketara apabila tendon digerakkan, kemerahan, lutut menjadi kaku.
BursitisSakit lutut, bengkak dan sakit apabila ditekan
PFPSSakit pada bahagian hadapan lutut, lutut berbunyi ketika melakukan aktiviti

Pendahuluan

Rasa sakit lutut tiba-tiba yang membuat anda terkejut? Rasa kesakitan yang tidak dijangka boleh mengganggu hari anda dalam sekelip mata.

Artikel ini akan membantu anda mengenal pasti lima punca yang mungkin menyebabkan anda sakit lutut tiba-tiba. Mungkin ada punca yang anda tak sangka langsung sebenarnya membuatkan lutut anda merana! 

sakit lutut tiba-tiba

Kecederaan Ligamen & Meniscus Lutut

Sakit lutut tiba-tiba datang kebiasaannya berpunca apabila salah satu struktur tulang lutut anda cedera. Antara kecederaan lutut yang kerap terjadi pada seseorang ialah:

1. Kecederaan Anterior cruciate ligament (ACL)

Ligamen ini merupakan satu daripada 4 ligamen yang mengawal kestabilan lutut. Fiber ACL mengawal dan mengehadkan pergerakan sendi lutut daripada melebihi julat pergerakan normal.  Kecederaan ini biasanya disebabkan oleh aktiviti bersukan  seperti melompat, bola sepak atau ski.

Pergerakan mengejut (seperti berhenti tiba-tiba, ataupun mengubah arah ketika melompat) mengakibatkan ligament terseliuh dan terkehel. Kecederaan ACl juga boleh melibatkan kecederaan struktur lutut yang lain seperti tendon atau tulang rawan.

Antara tanda-tanda ACl anda cedera ialah: 

  • Sakit lutut yang melampau 
  • Bengkak lutut
  • Sendi lutut tidak berupaya melakukan pergerakan dengan normal.
  • Sakit keliling sendi lutut apabila ditekan. 
  • Bunyi ‘pop’ dan lutut terasa seakan meletup
  • Badan seperti tidak stabil ketika berjalan
ACL punca sakit lutut tiba-tiba klinik tuah

2. Kecederaan Meniscus

Meniskus ialah salah satu tulang rawan yang berfungsi untuk menyerap hentakan dan melindungi sendi daripada koyak sertra menstabilkan sendi. Sama seperti kecederaan ACL, tulang rawan meniscus boleh tercedera kerana pergerakan lutut secara mengejut (contoh memusingkan lutut) atau ketika lutut terkena hentaman.

Keadaan ini menyebabkan tulang rawan tersebut koyak atau terkehel dan haus. Pergerakan seperti melutut mencangkung atau membawa barang berat juga boleh mendedahkan pada risiko meniscus terkoyak. 

Antara simptom termasuklah:

  • Sakit lutut semasa membengkokkan kaki atau menaiki tangga
  • Lutut berbunyi klik atau ‘pop’ semasa tercedera punca awal sakit lutut tiba-tiba
  • Lutut bengkak dan keras
  • Lutut ketat dan tidak stabil 
sakit lutut tiba-tiba

2.Dislokasi tempurung lutut

Dislokasi tempurung lutut boleh berlaku apabila tempurung lutut lari daripada kedudukan asal. Apabila tempurung lutut beralih, ia menyebabkan ketidakseimbangan kekuatan otot peha (kuadriseps) dan membawa pada lutut sakit dan bengkak.

Ia juga berpunca daripada hentakan atau daya putaran yang berlebihan semasa bersukan. Kebiasaannya doctor akan membuat ujian X-Ray untuk membetulkan kedudukan tempurung lutut pesakit.

sakit lutut tiba-tiba akibat dislokasi tempurung lutut klinik tuah

3.Otot Tegang

Otot kuadriceps atau otot bahagian depan paha dan otot hamstring (belakang paha) lebih cenderung untuk cepat tegang. Kedua-dua otot ini berfungsi untuk meluruskan dan membengkokkan kaki, dan sukan yang melibatkan pecutan seperti bola keranjang, bola sepak dan softball lebih  terdedah kepada risiko ketegangan otot berbanding jogging, berenang dan kayak.

Otot yang kurang fleksibel juga menjadi punca sakit lutut secara tiba-tiba, terutama dalam kalangan golongan berisiko. Satu kajian pada tahun 2014 menunjukkan otot kuadriceps yang lemah meningkatkan risiko untuk golongan wanita mendapat sakit lutut yang lebih serius. 

4.Gout

Sakit lutut tiba-tiba juga sebenarnya berpunca daripada gout! Serangan gout boleh berlaku bila-bila masa saja, sebab itulah sakit lutut anda boleh terjadi secara tiba-tiba! Penyakit gout ini boleh menyerang kaum lelaki 30 an ke atas serta perempuan setelah menopause!

Gout terjadi akibat pengumpulan asid urik pada sendi dan tisu lembut pada sendi yang menyebabkan radang sendi, bengkak dan sakit pada kawasan tersebut. Lebih teruk, gout boleh menjejaskan pergerakan seseorang! 

Seseorang yang mempunyai penyakit gout di lutut akan mengalami kesakitan melampau semasa serangan sehingga 24 jam, diikuti dengan bengkak dan merah-merah serta sekitar lutut terasa hangat. Gout ini biasanya menyerang padawaktu malam dan berlarutan sehingga 2 minggu. Lutut juga terasa sakit ketika ditekan atau dipicit dan tidak dapat bergerak secara normal. 

5. Radang sendi 

Radang sendi dalam atau knee osteoarthritis juga antara punca berlakunya sakit lutut tiba-tiba. Osteoarthritis kebiasaannya dialami oleh individu yang lebih berusia atau warga emas. Namun, warga muda juga boleh mendapat radang sendi atas sebab beberapa faktor.

Osteoarthritis adalah penyakit yang terjadi akibat kerosakan tulang rawan. Tulang rawan berfungsi sebagai ‘kusyen’ antara sendi yang menampung tekanan pada sendi lutut. Tulang rawan yang kerap kali digunakan akan haus dan terhakis, diikuti dengan kurang cecair pelincir sendi menyebabkan ruang antara sendi mengecil dan tulang antara sendi bergeser antara satu sama lain. 

Pesakit mungkin akan berasa sakit pada mulanya namun masih boleh membuat aktiviti harian secara normal, namun sekiranya tidak dirawat, lama-kelamaan  sakit akan menjadi lebih teruk terutama ketika berjalan dan menaiki tangga, dan boleh membawa kepada kaki bengkok serta lutut keras dan pergerakan terbatas. 

osteoarthritis punca sakit lutut tiba-tiba klinik tuah

6. Jangkitan kuman 

Jangkitan kuman pada sendi atau juga dikenali sebagai septic arthritis ialah apabila bacteria, virus atau kuman menjangkiti cecair synovial dalam sendi dan tisu-tisu sendi. Septic arthritis kebiasaannya dialami oleh bayi dan warga emas. Mikroorganisma berbahaya ini biasanya tersebar melalui pengaliran darah yang kemudiannya menembus ke sendi. Kesannya, tulang rawan menjadi rosak dengan cepat dan boleh menyebabkan radang sendi yang serius. 

Antara simptom septic arthritis termasuklah sukar menggunakan sendi yang terjejas, tidak selesa untuk bergerak, sendi bengkak, merah-merah dan hangat serta demam. Jangkitan kuman adalah sangat serius dan perlukan perhatian doktor dengan segera. 

sakit lutut tiba-tiba disebabkan septic arthritis klinik tuah

7. Tendinitis

Sakit lutut tiba-tiba juga disebabkan oleh radang pada bahagian tendon. Tendon menghubungkan otot ke tulang lutut anda. Oleh itu, apabila tendon anda radang, ia boleh mendatangkan iritasi pada otot, sekaligus menyebabkan rasa sakit apabila melakukan pergerakan.

Aktiviti yang berulang seperti berkebun dan mencangkul boleh mengakibatkan tendonitis. Kebiasaannya, rasa sakit akan makin jelas terasa apabila tendon yang terjejas digerakkan.

Biasanya, tendinitis boleh dirawat dengan rehat, kaedah R.I.C.E , fisioterapi dan ubat tahan sakit.

8. Bursitis

Lutut kita mempunyai kantung-kantung kecil yang dipanggil bursa. Kantung cecair ini berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan geseran antara tisu sendi lutut.

Apabila bursa tercedera, ia menyebabkan radang bursa atau bursitis. Bursitis boleh terjadi akibat terlebih penggunaan, tercedera atau jangkitan.

bursitis punca sakit lutut tiba-tiba klinik tuah

Antara symptom bursitis termasuklah sakit, bengkak dan sakit apabila ditekan.

Bursitis boleh dirawat dengan rehat , kaedah R.I.C.E dan ubat-ubatan, termasuk antibiotic untuk jangkitan.

9. Lutut Pelari

Patellofemoral pain syndrome (PFPS) atau lebih sinonim dipanggil “lutut pelari” ialah sakit pada tempurung lutut.

Patellofemoral menghubungkan patella dan tulang paha. Tekanan berlebihan yang berulang pada tempurung lutut (patella) menyebabkan tempurung mengisar tulang paha. Geseran antara tempurung lutut dan tulang paha menyebabkan tulang rawan di bawah tempurung menjadi rosak. Kerosakan ini menjadi punca radang sendi dan PFPS.

Mengapa dipanggil lutut pelari? Hal ini kerana PFPS ini sering terjadi pada individu yang aktif berlari, melompat atau menaiki dan menuruni tangga. Tempurung lutut yang lari dari kedudukan asal juga mengakibatkan PFPS.

Anda boleh melegakan rasa sakit PFPS dengan kaedah R.I.C.E, fisioterapi, dan juga pendakap lutut (knee braces) ketika berjalan.

sakit lutut tiba-tiba akibat lutut pelari klinik tuah

Kesimpulan

Kesimpulannya, untuk  mengurangkan sakit nyeri lutut, penting untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dari doktor untuk tahu punca sebenar sakit lutut tiba-tiba dan ikut rawatan yang disyorkan, termasuklah terapi fizikal, ubat-ubatan, atau pembedahan.

Selain itu, elakkan aktiviti yang boleh menambah sakit lutut dan amalkan cara hidup yang sihat. Jaga berat badan, lakukan senaman ringan secara berkala, dan pastikan kita buat gerakan regangan badan dengan betul. Langkah ini dapat membantu kita mengekalkan kesihatan lutut dalam jangka panjang.

Dengan menitik beratkan kesihatan fizikal, emosi, dan cara hidup, kita boleh mencapai kehidupan yang lebih selesa dan aktif.

two old peole knee pain medication

Baca Lebih Lanjut : Sakit Lutut 101 : Semua Yang Anda Patut Tahu (Panduan Lengkap)