Skip to main content
Penyakit Biasa

Aduh, Sakit Bahu! Ini 5 Punca Biasa Dan Cara Melegakannya

By April 5th, 2025No Comments

Bangun tidur, tiba-tiba bahu kanan rasa ketat macam ada yang tekan. Nak angkat tangan pun rasa macam kena sekat.
Sibuk jadi pekerja cemerlang dan berdedikasi, duduk depan komputer berjam-jam, tak sedar bahu kiri makin lama makin lenguh, macam ada beban bergantung kat situ (bukan jelmaan).
Tengah semangat kemas rumah buat gaya Muji, angkat tangan nak letak pasu bunga atas kabinet, eh, bahu terasa lemah, mencucuk-cucuk pulak tu.

Pendahuluan

Kalau anda pernah alami salah satu situasi di atas, kemungkinan besar anda sedang hadapi masalah pada bahu yang ramai anggap kecil, tapi sebenarnya tak boleh dipandang ringan.

 Sakit bahu ni bukan saja mengganggu fizikal, tapi boleh beri kesan dekat tidur, kerja, emosi dan rutin harian. Lagi stress bila nak angkat tangan pun rasa sakit, apatah lagi nak buat kerja rumah atau dukung anak.

Masalah bahu boleh berpunca dari banyak perkara . Otot tegang, kecederaan lama, postur duduk yang salah, sendi haus, sampailah ke masalah seperti frozen shoulder, rotator cuff koyak atau arthritis.  

Dalam artikel ini kita akan bincangkan 5 punca sakit bahu kanan atau kiri yang biasa terjadi, serta cara mengatasinya.

Punca Sakit Bahu Kanan atau Kiri

Kekakuan Bahu (Frozen Shoulder)

Kekakuan bahu atau nama saintifiknya adhesive capsulitis terjadi disebabkan oleh lapisan selaput sendi (capsule) menebal. Akibatnya, sendi bahu menjadi ketat dan sukar untuk digerakkan, khususnya ketika melakukan pergerakan putaran lengan ke arah luar (external rotation).

Kekakuan bahu ini lazimnya berlaku pada individu berusia 50- 60 tahun dan wanita lebih cenderung mengalaminya berbanding kaum lelaki.

Terdapat dua tahap kekakuan bahu iaitu:

PrimarySecondary
Kekakuan bahu yang tak berlaku secara langsung pada sendi itu sendiri.

Primary frozen shoulder berlaku kerana penyakit-penyakit tertentu seperti kencing manis, masalah metabolic, masalah jantung, masalah tiroid dan trauma pada anggota badan yang lain.
Kekakuan bahu yang berlaku secara langsung pada sendi bahu.

Antara nya termasuklah sendi bahu rosak akibat arthritis, otot rotator cuff rosak dan pembedahan bahu  
fasa bahu kaku yang menyebabkan sakit bahu

Siapa yang Berisiko Mendapat Kekakuan Bahu?

  • Pesakit Diabetes
  • Pesakit angin ahmar
  • Pesakit yang pernah menjalani pembedahan buang payudara
  • Pesakit yang mempunyai masalah jantung
  • Pesakit Alzheimer
  • Pesakit yang mempunyai masalah tiroid

Kecederaan Otot Rotator Cuff

Bahu mempunyai 4 otot rotator cuff yang berfungsi dalam menggerakkan bahu serta menstabilkan sendi semasa anda mengangkat dan memusingkan bahu anda untuk bergerak dengan bebas.

sakit bahu disebabkan oleh otot rotator cuff koyak

Kecederaan pada salah satu otot ini boleh menjejaskan keupayaan bahu untuk bergerak normal dan menjadi penyebab sakit bahu kanan atau kiri. Otot suprapinatus adalah otot yang paling kerap koyak atau cedera.

Kecederaan otot rotator cuff kerap berlaku pada atlet yang melakukan pergerakan overhead seperti dalam sukan badminton dan tenis.

Penyebab kecederaan rotator cuff boleh dibahagikan kepada;

  • Proses degeneratif seperti keradangan pada tendon atau bursa yang berpunca daripada penggunaan otot yang berlebihan. Ianya boleh terjadi akibat daripada aktiviti berulang, yang memaksa bahu bekerja keras berulang kali.
  • Trauma pada bahu setelah jatuh atau kemalangan jalan raya.

Simptom-simptom kecederaan otot rotator cuff termasuklah;

  • Sakit bahu dan bahu terasa lemah apabila diangkat.
  • Bahu terasa sakit ketika berbaring di bahagian bahu yang terjejas (contoh, sakit bahu kiri apabila berbaring di sebelah kiri).
  • Sukar untuk mengangkat tangan sepeerti menyikat rambut, membaiki pakaian pada paras bahu atau mencapai objek di tempat tinggi
sakit bahu apabila salah posisi baring

Sekiranya dibiarkan, anda berpotensi untuk menyebabkan kekakuan bahu (frozen shoulder).

Arthritis Bahu

Bukan sahaja lutut, bahu juga boleh terkena arthritis!

Bahu kita mempunyai dua sendi disebut sebagai sendi lesung (ball and socket joint). Kedua-dua sendi ini dilapisi oleh rawan bertindak sebagai penyerap hentakan dan membantu tulang bergerak tanpa geseran.

Apabila rawan semakin menipis, tulang makin mudah bergeser antara satu sama lain yang menyebabkan sakit dan radang pada sendi dan terjadilah arthritis.

Antara radang sendi termasuklah;


Rotator Cuff Tear Arthropathy

Arthritis bahu juga boleh terjadi sekiranya otot rotator cuff yang koyak tidak dirawat dan dibiarkan berpanjangan, menyebabkan kehilangan fungsi pada bahu.

Bahu Terkehel

Sakit bahu anda juga disebabkan oleh bahu terkehel. Apabila ada impak yang kuat pada bahu seperti ketika main sukan ataupun kemalangan, tulang humerus (tulang lengan atas) terkeluar daripada soket.

Lebih daripada tu, bahu terkehel juga boleh cederakan saraf dan tisu sekeliling sendi. Dalam jangka panjang, kalau tak dirawat betul-betul, sendi bahu boleh jadi longgar dan tak stabil. Ini buatkan bahu mudah sangat terkehel semula, walaupun dengan pergerakan kecil. Ngeri kan?

Antara simptom termasuklah;

  • Bengkak
  • Sakit bahu yang melampau
  • Tidak boleh menggerakkan bahu
  • Bahu terasa kebas dan lemah
bahu terkehel menyebabkan sakit bahu

Otot Bahu Tegang

Pasti ramai antara kita yang kerja pejabat, duduk menghadap komputer dari pagi sampai petang, pernah rasa bahu makin lama makin sengal. Kadang-kadang rasa mencucuk, kadang rasa berat macam galas batu.

Masalah ni selalunya berpunca daripada otot bahu yang tegang,  hasil daripada postur duduk yang salah, kurang bergerak, dan kerusi yang tak ergonomik langsung. Bila postur tak betul, otot-otot bahu kena ‘bekerja lebih masa’ untuk sokong badan. Lama-lama, otot jadi tegang, sendi pun mula rasa tak selesa.

postur duduk yang betul untuk elakkan sakit bahu

Postur bukan boleh buat acuh tak acuh tau. Silap cara duduk je, otot boleh jadi stress tanpa kita sedar. Nak elak dari makin teruk? Kena jaga postur, buat regangan sekerap mungkin, dan pastikan kerusi & meja kerja selesa dengan ketinggian yang sesuai.

Cara Merawat Sakit Bahu Di Rumah

  • Rehat daripada melakukan sebatang aktiviti yang melibatkan bahu
  • Tuam kawasan bahu yang terjejas dengan ais selama 15 minit, 3 hingga 4 kali sehari selama 2-3 hari.
  • Anda juga boleh mendapatkan ubat tahan sakit seperti paracetamol atau NSAIDs untuk meredakan sakit dan radang sendi
  • Untuk masalah otot rotator cuff, tuam bahu dengan ais dan ubat tahan sakit selepas bersenam. Anda juga seharusnya mengamalkan senaman regangan dan senaman untuk kuatkan otot.
  • Amalkan postur duduk yang betul.

Sakit Bahu dan Tengkuk: Petanda Kanser?

Walaupun AMAT jarang, sakit bahu dan tengkuk boleh menjadi tanda kanser paru-paru dikenali sebagai tumor Pancoast. Tumor ini bermula daripada atas paru-paru, dan merebak ke tulang belakang, tulang rusuk dan saluran darah.

Apabila tumor ini membesar dan merebak, sakit mula terasa di kawasan yang terjejas seperti bahu, lengan dan tengkuk.

sakit bahu disebabkan kan tumor Pancoast

Namun  jangan risau! Tak semestinya semua sakit bahu dan tengkuk adalah kerana kanser ini. Boleh jadi sakit ini kerana kekejangan otot, polymyalgia rheumatica, saraf tulang belakang tersepit dan lain-lain lagi.

Penutup

Sakit bahu bukan sekadar lenguh biasa. Kalau dibiarkan, ia boleh jadi lebih serius dan sakit makin melarat hingga menjejaskan aktiviti harian anda. Jadi, penting untuk mengenal pasti punca awal sakit bahu, jaga postur, dan buat regangan secara berkala. Bahu pun perlukan rehat dan perhatian, bukan kerja je yang penting!

Kalau rasa sakit tak hilang-hilang, jangan tunggu lama. Dapatkan nasihat pakar supaya rawatan boleh mula sebelum jadi lebih teruk. Jangan tunggu bahu ‘mogok’ baru nak ambil peduli. Sudah terhantuk, baru terngadah!