“Doktor, tolong saya! Lutut berbunyi sampai jemaah lain dengar, malu saya.”
Lutut tak sakit sangat, tak bengkak tapi berbunyi? Terutamanya ketika membongkok, mencangkung atau kadang-kadang sekadar nak “stretching” lutut. Contohnya, lutut kadang-kadang bunyi “klik” ketika solat dan boleh mendatangkan kerisauan, adakah lutut kita baik-baik saja? Atau mendorong kepada sakit lutut yang kronik dan membahayakan?
Kenapa ada bunyi di lutut? Sebenarnya, lutut berbunyi adalah normal dan tidak perlu dirisaukan. Hampir semua orang mengalami lutut berbunyi. Namun, ada juga lutut berbunyi yang sebenarnya adalah simptom sakit lutut! Artikel ini akan berkongsi dengan lebih lanjut tentang lutut berbunyi dan kesannya pada lutut kita.
6 Punca Lutut Berbunyi Yang Mungkin Ada Pada Anda
Table Of Content
1. Joint Noise / Bunyi Gelembung Sendi
Punca lutut berbunyi adalah daripada gelembung-gelembung udara yang terbentuk di sekitar sendi lutut atau lebih dikenali sebagai crepitus atau joint noise. Crepitus terjadi apabila akibat gelembung udara pecah kerana pergerakan dalam lutut. Sendi badan dilindungi oleh satu cecair yang dipanggil cecair Synovial yang bertindak sebgai pelincir. Perbezaan tekanan pada sendi membentuk gelembung udara daripada cecair synovial dan menghasilkan rongga pada sendi. Apabila pergerakan lutut dilakukan, gelembung udara akan pecah menyebabkan lutut anda berbunyi seperti berdetap.
2. Geseran antara tulang dan struktur lutut yang lain
Lutut dikelilingi oleh beberapa jenis tulang dan struktur tisu seperti sendi, ligamen, tendon dan otot. Kesemua struktur ini berfungsi untuk melindungi lutut daripada tekanan berlebihan ataupun hentakan. Apabila struktur tulang dan struktur tisu pada lutut bergeser, ia boleh menghasilkan bunyi pada lutut. Namun, kebiasaannya lutut yang berbunyi ini tidak diiringi rasa sakit.
3. Meniscus Tear
Tisu meniskus adalah tisu berbentuk ‘C” yang ada pada sendi lutut. Tisu ini berfungsi untuk melindungi sendi lutut agar tidak koyak dan haus. Meniskus terkoyak boleh terjadi ketika slaha satu rawan di lutut cedera atau terkoyak. Koyakan meniscus terjadi berpunca akibat lutut menerima tekanan yang berlebihan ataupun lutut berpusing atau menerima impak yang kuat. Aktiviti seharian yang melibatkan pergerakan melutut, membongkok dan mengangkat beban yang berat meningkatkan risiko ‘Meniscus tear”.
Tisu meniscus ini boleh terkoyak secara tiba-tiba ketika melakukan aktiviti fizikal yang lasak, dan mengeluarkan bunyi beserta rasa sakit pada bahagian yang koyak. Lutut pesakit kebiasaanya akan bengkak selepas beberapa jam dan pergerakan mereka terbatas seperti tidak dapat meluruskan lutut yang bengkok.
Jika lutut mengeluarkan bunyi diikuti dengan rasa sakit, kemungkinan seseorang individu itu mengalami koyakan meniscus dan seharusnya mendapatkan rawatan daripada doktor.
4. Kecederaan Tulang Rawan
Kecederaan tisu rawan (cartilage) juga boleh menyebabkan lutut berbunyi. Tisu rawan adalah tisu penghubung antara tulang dan sendi, dan berfungsi untuk menyerap impak hentakan dan mengurangkan tekanan. Tekanan berlebihan atau hentakan yang kuat pada lutut menyebabkan tulang rawan menipis dan rosak seterusnya membawa kepada arthritis. Apabila rawan rosak, ia boleh menyebabkan sakit lutut yang ketara, radang dan mungkin menjejaskan pergerakan harian. Pesakit yang mengalami kecederaan rawan boleh mungkin mendengar bunyi “klik” atau sensasi serpihan semasa pergerakan, lutut kaku dan bengkak.
Antara golongan yang berisiko untuk mendapat kecederaan tulang rawan termasuklah warga emas, pemain sukan dengan impak tinggi, dan individual dengan berat badan berlebihan.
5. Ligamen putus
Lutut mempunyai 4 ligamen utama iaitu anterior cruciate ligament (ACL), posterior cruciate ligament (PCL), medial collateral ligament (MCL) dan lateral collateral ligament (LCL). ACl merupakan ligamen yang paling kerap tercedera, terutama ketika bersukan. ACL boleh terputus akibat pergerakan berpusing ketika tapak kaki di atas tanah atau “pivoting injury”. Ia juga boleh terjadi kepada seseorang yang berhenti secara tiba-tiba ketika berlari ataupun akibat kemalangan jalan raya. Apabila ACL terputus, ia akan menghasilkan bunyi “pop” dan kawasan lutut akan mula membengkak dengan cepat dan pesakit tidak dapat meneruskan pergerakan. ACL putus akan menyebabkan ketidakstabilan lutut dan pesakit akan merasa lutut “longgar” dan simptom ini boleh berpanjangan selepas 2 hingga 4 minggu setelah bengkak dan sakit sudah surut.
Rawatan ligamen terbahagi kepada dua. Untuk tanpa pembedahan, kekuatan sendi tidak akan seperti normal kerana ligament tidak dapat pulih dengan sendirinya, dan terdedah dengan penyakit Knee Osteoarthritis dalam jangka masa panjang. Maankalan, ACl yang terjejas akan digantikan dengan tendok pesakit sendiri menggunakan kaedah arthroscopy disusuli dengan rawatan fisioterapi. Pesakit dapat bersukan dan melakukan aktiviti fizikal 9 bulan setelah pembedahan.
6. Radang Sendi
Kecederaan pada struktur lutut boleh mengakibatkan radang sendi atau lebih dikenali sebagai arthritis. Lutut yang sakit disusuli dengan bunyi crepitus merupakan tanda-tanda Knee Osteoarthritis (OA) atau radang sendi lutut. OA ini berlaku apabila bahagian rawan haus dan merosot dan menyempitkan ruang antara sendi, dan kekeringan cecair sendi menyebabkan tulang-tulang yang membentuk sendi bergeser antara satu sama lain dan menghasilkan bunyi yang boleh didengari semasa pergerakan sendi. Osteoarthritis boleh menyebabkan sakit dan bengkak lutut, pergerakan terjejas dan ketidakstabilan pada bahagian sendi. Pesakit OA disarankan mendapatkan rawatan segera sebelum keadaan menjadi teruk.
Antara rawatan yang disyorkan untuk merawat sakit lutut ialah suntikan gel lutut. Suntikan gel lutut hyaluronic acid (HA) berfungsi sebagai pelincir sendi lutut, seterusnya mengurangkan sakit lutut dan meningkatkan fungsi serta pergerakan lutut.
Baca Tentang 4 punca sakit lutut yang paling biasa
Berikut merupakan antara punca lutut berbunyi. Apabila lutut anda berbunyi itu bersama rasa sakit, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan mencegah daripada kesakitan lutut yang lebih teruk. Anda juga mesti ada persoalan Kenapa selalu sakit lutut?
Jika mahu tahu dengan tepat dan merawat lutut anda , Boleh ke KLINIK TUAH . Klinik Tuah sudah merawat ribuan pesakit lutut dan menolong kembali ribuan rakyat Malaysia kembali berjalan bebas kesakitan tanpa bergantung pada tongkat.
Dilengkapi dengan teknologi Ultrasound yang boleh kesan punca sakit lutut dengan tepat .
Ketahui mengapa di Klinik Tuah , Rawatan Lututnya berbeza dengan yang lain
Dengan Pemeriksaan & Rawatan Serendah Rm80, Klinik Tuah menawarkan pelbagai jenis rawatan untuk sakit lutut yang berbeza.
Mari bersama Klinik Tuah menghilangkan sakit lutut serta merawat lutut yang berbunyi sebelum terlambat
- About The Author
- Latest Posts
Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, India, and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.
In addition to his medical practice, Dr. Hareez is also a passionate medical writer, frequently contributing insightful articles on pain management and the surgical field. By staying updated with the latest advancements, he strives to continuously improve his practice and help others understand important health topics.