fbpx Skip to main content
Sakit Lutut

Petua Sakit Lutut : Amalkan Jika Mahu Lutut Kekal 100 Tahun

By November 1st, 2024No Comments

Petua Sakit Lutut kalau paling mengarut pernah kami dengar? Lumurkan najis lembu pada lutut yang sakit! Bagi anda ia merupakan petua sakit lutut paling mengarut. Tetapi ia benar-benar berlaku. Sakit Lutut kalau dilumur najis memang tak jadi apa-apa lah selain bau. Jadi Artikel ini akan mengupas tips sakit lutut yang tulen yang boleh diamalkan oleh anda untuk mengekalkan kesihatan lutut sehingga beratus tahun. Iya lah, siapa tak teringin berbasikal dengan hebat macam Dr Mahathir walaupun usia beliau menjangkau 100 tahun kan. Mari kita kupas.

Petua Sakit Lutut

Tips Dan Petua Sakit Lutut Dan Sendi Yang Boleh Diamalkan

1. Kurangkan berat badan

Seringkali kita mendengar obesiti dikaitkan dengan berbagai-bagai komplikasi. Sakit lutut juga tidak terkecuali Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015 mendapati 1 daripada 2 dewasa di Malaysia adalah obes. Sakit lutut boleh terjadi akibat tekanan berlebihan yang ditanggung oleh sendi lutut. 

Bagaimana berat badan boleh menjadi antara petua sakit lutut serta mempengaruhi kesihatan lutut? Sebenarnya, daya tekanan yang dikenakan pada lutut kita adalah satu setengah ganda daripada berat badan kita! Contohnya, seorang lelaki dengan berat 80kg membawa tekanan bersamaan 150kg pada lututnya ketika berjalan. Tekanan berlebihan dikenakan berulang kali boleh merosakkan sendi lutut kita. Akibatnya, sendi lutut akan merosot dan kerosakan tulang rawan yang membawa kepada radang sendi lutut atau osteoarthritis. Osteoarthritis juga berpunca akibat bahan kimia dirembeskan oleh sel-sel lemak berlebihan dalam badan kita yang mempunyai bahan aktif keradangan. 

Oleh itu, amatlah penting untuk kita menjaga dan menurunkan berat badan kepada berat ideal. Ianya dapat mengurangkan risiko sakit lutut setelah tekanan dikenakan berkurangan. Kajian menunjukkan penurunan berat badan sebanyak 4.5kg – 7kg dapat mengurangkan risiko radang sendi dalam kalangan belia. Senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu juga terbukti efektif dalam membantu menurunkan berat badan. 

2. Bersenam

Aktiviti fizikal amatlah digalakkan untuk melindungi sendi lutut kita. Senaman kardio seperti berjalan dan berenang dapat meningkatkan kelenturan sendi dan menguatkan otot di sekitar sendi dan memberi keselesaan dan sokongan untuk melakukan pergerakan. Jadi, tak ada masalah untuk kita solat, duduk atau berdiri lama! Namun, elakkan sukan yang berintensiti tinggi jika anda berisiko untuk menghidap osteoarthritis atau sekiranya lutut anda terasa sakit ketika atau selepas melakukan mana-mana senaman.

3. Pemananasan

“Warm up” itu sangat wajib sebelum apa jua senaman! Pemanasan badan berfungsi sebagai salah satu bentuk regangan yang memberi kesan positif pada kesihatan lutut kita. Pemanasan badan telah dibuktikan dapat meningkatkan cecair synovial yang membantu sendi bergerak dengan lebih mudah dan licin, mengurangkan rasa sengal pada lutut dan meningkatkan pengaliran darahdalam badan. Luangkan 5-10 minit daripada rutin senaman untuk ‘warm up’ untuk mengaktifkan segala sendi badan (termasuk lutut) kita dan memaksimumkan keupayaan pergerakan. 

4. Latihan Kekuatan Otot

Latihan kekuatan otot atau strength training menjadi trend dan antara pilihan ramai untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan berkesan. Strength training terbukti dapat mengurangkan sakit lutut dan meningkatkan fungsi lutut dengan memulih kembali fungsi lutut dan mekanik sendi. Namun, jangan samakan latihan ini dengan ‘weight training’! Weight training lebih terdedah kepada risiko sakit lutut. 

Sebaiknya, buatlah temu janji dengan pakar terapi fizikal atau “personal trainer” di gimnasium untuk membantu dan membimbing cara membuat latihan kekuatan otot anda dengan betul.  

petua sakit lutut

5. Senaman Berimpak Rendah

“Lutut saya sakit, macam mana nak exercise?” Kerap kali ayat ini muncul dalam minda sekiranya seseorang itu telahpun mengalami sakit lutut terutama jika berpanjangan. Sakit lutut kalau dah kronik memang susah nak buat senaman yang berat-berat. Namun,senaman berimpak rendah merupakan antara remedi sakit lutut. Jenis senaman ini menguatkan otot sendi lutut kita serta mengembalikan fleksibiliti sendi lutut. Antara sukan berintensiti rendah termasuklah berbasikal, berjala, sesetengah latihan kardio seperti ‘step-ups’ dan ‘partial squats’ serta yoga. 

6. Senaman regangan badan 

Regangan atau stretching juga antara langkah untuk mengatasi masalah osteoarthritis lutut. Stretching dapat meningkatkan stabiliti dan mobiliti lutut, dan menguatkan otot yang menyokong lutut kita. 

Antara senaman regangan ringkas yang boleh dilakukan di rumah termasuklah hamstring stretch, calf stretch, straight leg raises dan leg extensions

7. Diet yang sihat

Faktor pemakanan juga mempengaruhi kesihatan lutut kita. Selain daripada mengamalkan diet yang disyorkan mengikut pyramid makanan, Kita juga disyorkan untuk makan makanan yang baik untuk sakit lutut. Antaranya ialah makanan yang tinggi Omega-3 dan anti-radang seperti ikan salon atau sardin, halia dan minyak zaitun. 

Kurangkan makanan yang bersifat radang tinggi seperti makanan berproses, makanan bergoreng dan minuman bergula seperti soda. 

a woman eating a salad

8. Pakai kasut yang sesuai 

Pemilihan kasut bukan hanya sekadar gaya, sebaliknya keselesaan perlu dititik beratkan! Pemilihan kasut yang betul amat penting untuk menjaga sendi lutut kita. Pilihlah kasut yang mempunyai pad sokongan lembut, bertumit rendah dan mempunyai sokongan arca / lenturan. 

kasut untuk lutut

Selain daripada petua di atas, sekiranya anda telahpun mengalami sakit lutut, mungkin disebabkan oleh aktiviti sukan ataupun kecederaan, anda boleh menggunakan petua-petua ini sebagai rawatan dan penjagaan

@kliniktuah

Nak lutut sihat menjelang Hari Raya Aidiladha? Jom amalkan senaman ringan ini bermula sekarang 🤗 #kliniktuah #kliniklutut #sakitlutut #klinikortopedik #fisioterapi #infokesihatan

♬ Chill pop/cute/light/OP(1521164) – zukisuzuki

BONUS! Nak tahu ubat boleh sembuhkan kecuali pembedahan . Boleh baca artikel ini Tips Sakit Lutut: Ubat Sakit Lutut Apa Yang Anda Boleh Ambil?

Kesimpulannya, terdapat berbagai cara untuk menjaga lutut kita daripada rosak dan tidak berfungsi. Lutut merupakan struktur penting dalam memastikan kita boleh menjalani aktiviti harian. Oleh itu, sayangilah dan jagalah lutut kita dengan sebaiknya.