Di sebalik batuk yang sering dianggap musuh… wujud satu golongan istimewa yang telah mengangkat batuk ke tahap seni.
Ya, seni batuk berkualiti tinggi.
Bukan batuk sebab sakit… tapi batuk berstrategi, penuh timing, dan kadang-kadang untuk  menyelamatkan diri ketika perlukan masa rehat ekstra. 
(Ini cuma selingan jenaka, kerjalah dengan ikhlas).


Kandungan
Pendahuluan
Musim influenza kembali menyerang, dan kini makin ramai datang ke klinik dengan batuk yang tak pulih-pulih dan tekak perit walaupun sudah seminggu lebih.
Walaupun influenza bukanlah penyakit baru, namun kesan demam ini merisaukan ramai, terutama untuk warga emas dan kanak-kanak. Antara gejala termasuk batuk dan sakit tekak yang berterusan sehingga beberapa minggu. Memang tidak selesa bukan?
Tapi jangan risau, kalau anda batuk berulang dan gatal tekak berterusan, tidak semestinya anda terkena influenza! Batuk dan gatal tekak boleh disebabkan oleh alergi, cuaca panas dan kering, serta jangkitan kuman.
Batuk dan gatal tekak menyebabkan kita tak selesa untuk bercakap, tidur dan kadang-kadang tak mampu nak menelan makanan. Tidak hairan jika ramai yang ingin kesengsaraan ini tamat dengan cepat.
Tapi ramai tak tahu, sebenarnya beberapa petua rumah lebih cepat membantu daripada ubat tertentu.
Dalam artikel ini, kami kongsikan 9 petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat untuk keselesaan yang segera, menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah anda, hingga pilihan ubat farmasi.


Punca Batuk dan Gatal Tekak
- Jangkitan kuman dan virus. Kuman dan virus boleh menjangkiti saluran pernafasan, termasuk hidung dan mulut. Biasanya jangkitan ini menyebabkan selesema dan batuk berterusan.
- Alahan pada debu, bulu haiwan atau makanan boleh menyebabkan iritasi atau rengsa pada tekak yang menyebabkan rasa gatal-gatal. Alergi menyebabkan sistem imunisasi menghasilkan histamine yang membuatkan saluran pernafasan radang.
- GERD yang berpunca akibat asid perut naik ke saluran esofagus yang menyebabkan rengsa pada dinding tekak. Biasanya anda akan dapat merasa tekak seperti terbakar dan batuk kering, terutama selepas makan atau ketika berbaring.
- Merokok yang menjadi punca batuk berpanjangan disebabkan bahan toksik yang disedut merosakkan lapisan saluran pernafasan. 
- Asma yang mengakibatkan saluran pernafasan menjadi sempit dan meradang, batuk berulang dan sesak nafas. 


Simptom Batuk dan Gatal Tekak
- Tekak terasa gatal atau perit
- Kahak
- Kehilangan suara
- Tidur terganggu kerana batuk boleh menjadi lebih teruk ketika baring.
- Sakit dada
- Demam ringan
Petua Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak Dengan Cepat
1. Lozeng / Gula-gula dingin
Anda boleh mengambil lozeng untuk mengurangkan tekak yang gatal. Lozenges yang mengandungi mentol seperti Strepsils Extra Strong mampu memberi rasa sejuk pada tekak dan mengurangkan rasa perit.
Sesetengah lozeng juga mengandungi bahan anti-radang yang melegakan keradangan pada tekak, dan mengurangkan batuk- batuk anda.
Sesetengah lozeng mempunyai bahan aktif dalam mengurangkan batuk dan melegakan sakit tekak anda seperti destromethorphan dan amylmetacresol yang boleh buat tekak kebas untuk sementara waktu.


2. Minum Air Suam
Air suam antara petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat. Air suam melegakan rasa gatal dan kering tekak, dan mengurangkan lendir (mucus).
Kelembapan dan wap panas daripada air suam mencairkan kahak yang terperangkap pada saluran pernafasan, serta melegakan laluan pernafasan dan memudahkan anda untuk mengeluarkan kahak.
Air suam dapat mengurangkan kerengsaan pada saluran pernafasan anda. Air juga membantu dalam hidrasi badan, yang meningkatkan kandungan air dalam lendir, kurang pekat dan mudah untuk keluar.


3. Makan Snek Sejuk
Aiskrim sejuk bukan saja dapat melegakan kesedihan dan hati remuk, namun aiskrim juga disyorkan sebgai petua hilangkan batu dan sakit tekak dengan cepat! Aiskrim vanilla terutamanya memberi kelegaan sementara pada batuk dan tekak yang perit.
Tidak suka aiskrim? Anda boleh mencuba snek sejuk yang lain seperti kektel, pudding dan jeli.


4. Air Humidifier
Cuaca panas, badan berpeluh-peluh, pasti inginkan rasa dingin bukan? Maka pulang saja dari rumah terus kita menekan butang “ON” pada pendingin hawa dan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa kita.
Percayakah anda sekiranya angin dari pendingin hawa menjadikan batuk dan gatal tekak lebih buruk?
Pendingin hawa boleh menyebabkan udara menjadi terlalu kering. Seterusnya, tekak lebih mudah gatal dan merengsa kerana kurangnya kelembapan.
Anda boleh menggunakan air humidifier untuk menambah kelembapan di sekitar anda, terutama pada waktu malam. Udara yang lembap dapat memberikan rasa lebih selesa untuk tidur, mencegah tekak dan hidung kering dan mengurangkan iritasi.


5. Mandian Panas
Mandian air panas juga antara petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat. Wap air panas membantu melegakan kerongkong dan saluran pernafasan dengan cepat.
Sama seperti minum air, bernafas wap panas dapat mencairkan kahak yang terperangkap dalam dada dan saluran pernafasan, mengurangkan lendir yang terperangkap serta membantu anda bernafas dengan lebih baik.


6. Berkumur dengan Air Garam
Petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang seterusnya ialah dengan berkumur air garam. Air garam dapat melegakan sakit tekak akibat batuk untuk sementara waktu. Larutan garam dapat menarik lebihan cecair daripada tisu yang meradang, dan mengurangkan rasa sakit tekak anda.
Larutan garam juga dapat mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan, serta membantu mempercepatkan tempoh penyembuhan.
Larutkan ¼ sudu garam ke dalam segelas air. Anda boleh menggunakan air suam untuk keselesaan tekak anda dan garam lebih mudah larut, tapi tiada masalah untuk anda memilih air sejuk.


7. Buang Tabiat Buruk
Ini adalah petua hilangkan batuk dan gatal tekak yang paling utama! Buang tabiat buruk, terutama merokok. Rokok mempunyai bahan kimia utama yang menyebabkan paru-paru merangsa, serta merosakkan rambut halus yang membersihkan saluran pernafasan.
Hasilnya, lendir kotoran terperangkap dan menyebabkan batuk berterusan.
Malah merokok bukan saja mempengaruhi perokok sendiri, tetapi orang sekitar mereka. Perokok pasif ( golongan yang menghidu asap rokok) boleh didiagnosis penyakit pulmonari obstruktik kronik (COPD) akibat asap rokok.


Antara simptom COPD termasuklah:
- Terlalu banyak kahak.
- Sukar bernafas
- Sakit dada
- Bunyi pernafasan kuat.
8. Ramuan Semulajadi
Anda juga boleh menggunakan petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat secara semulajadi seperti dengan madu, sup ayam dan nenas.


Risau batuk anak tak berhenti? Cuba 9 Petua Batuk Budak Yang Efektif di Sini
9. Ubat-Ubatan
Terdapat juga ubat batuk dan gatal atau sakit tekak yang boleh anda dapatkan di farmasi. Namun, anda dinasihatkan untuk dapatkan pemeriksaan dan pandangan doktor sebelum mengambil ubat-ubatan farmaseutikal ini.
Antara ubat-ubatan farmaseutikal termasuklah;
- Antibiotik
- Antitusif
- Antihistamin (biasanya diambil untuk mengurangkan alergi dan selesema)
- Suplemen NAC
- Mucolytics (ubat cair kahak)
- Decongestant
- Expectorant (untuk batuk berkahak)
Penutup
Batuk dan gatal tekak memang boleh mengganggu aktiviti harian, namun dengan langkah yang betul, kebanyakan orang akan mula rasa lega dalam masa singkat. Sama ada melalui bahan semula jadi di rumah atau ubat yang sesuai di farmasi, yang paling penting adalah kenal punca dan rawat dengan cara yang tepat.
Jika batuk dan gatal tekak berlarutan lebih daripada seminggu, semakin teruk, atau disertai demam tinggi dan sesak nafas, pastikan anda segera dapatkan pemeriksaan doktor untuk rawatan lanjut.
Pernahkah anda cuba petua tertentu yang paling berkesan untuk hilangkan batuk dan gatal tekak?










