fbpx Skip to main content
Penyakit Biasa

Petua Batuk Budak: Cara Paling Efektif & Kajian Terbaru

By November 1st, 2024No Comments

” Biar kita sakit batuk berdarah sekalipun, jangan anak kita yang sakit batuk lama sampai tak boleh tidur”

Ibubapa mana tidak gusar dan luluh hatinya melihat anak kecil mereka batuk lama sehingga lesu. Kalau boleh di tukarkan sakit anak tadi ke hati kita selaku mak ayah, memang hampir semua akan buat.

petua batuk budak yang efektif

Batuk adalah satu masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak, terutamanya ketika musim hujan atau apabila terdedah kepada perubahan cuaca. Bagi ibu bapa, mendengar anak batuk berterusan boleh menjadi pengalaman yang membimbangkan.

Tahukah anda , batuk adalah tindak balas semula jadi badan untuk membersihkan saluran pernafasan. Walaupun begitu, ketidakselesaan disebabkan batuk kadangkala merisaukan dan mengacau kehidupan seharian anak.

Oleh itu, artikel ini akan membincangkan beberapa petua semula jadi dan mudah untuk merawat batuk pada kanak-kanak.

Petua Batuk Budak Yang Paling Efektif

Petua Batuk Budak 1: Madu dan Lemon: Gabungan Hebat

Madu terkenal sebagai bahan semula jadi yang boleh membantu melegakan batuk. Ia berfungsi sebagai lapisan pelindung untuk tekak dan membantu mengurangkan keradangan.

Didalam Islam, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:

Jika ada kebaikan di dalam sesuatu yang menjadi ubat kepada kamu, maka ia adalah berbekam, meminum madu dan menyelar besi panas mengenai (tempat) penyakit dan aku tidaklah menyukai penggunaan besi panas”. (Hadith Riwayat Bukhari)

Tahukah anda , terdapat banyak kajian menunjukkan madu sangat efektif melegakan batuk.
Pada tahun 2007, satu kajian dilakukan dengan memberi 2.5ml madu kepada budak berumur 2-5 tahun yang batuk menunjukkan kumpulan yang meminum madu kekerapan batuknya berkurang 4 kali ganda berbanding yang tidak mengambil madu. (sumber : https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC4264806/)

Lemon pula mengandungi vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun kanak-kanak.

Cara penyediaan:

  • Campurkan satu sudu teh madu dengan beberapa titis jus lemon.
  • Berikan kepada anak dua hingga tiga kali sehari, terutamanya sebelum tidur.

Nota penting: Jangan berikan madu kepada kanak-kanak di bawah umur satu tahun kerana risiko botulisme.

Petua Batuk Budak 2: Sup Ayam Panas

Petua Batuk Budak yang ini sedap bunyinya. Manakan tidak, Sup ayam bukan sahaja sedap, tetapi ia juga dapat membantu meredakan batuk dan sakit tekak. Sup yang hangat dapat melembapkan saluran pernafasan dan membantu melonggarkan lendir yang terperangkap dalam saluran tekak.

Cara penyediaan:

  • Masak sup ayam dengan bahan-bahan seperti bawang putih, halia, dan lada hitam untuk tambahan sifat anti-radang.
  • Hidangkan ketika masih hangat.

Petua Batuk Budak 3: Kunyit dan Susu Panas

Ya betul kunyit. Bukan yang lelaki dengan lelaki tu, tu orang panggil mengunyit . Ini lain . Kunyit masakan tu atau orang putih panggil Tumeric.

Kunyit mempunyai sifat antiseptik dan anti-radang yang sangat kuat dan baik untuk mengurangkan batuk dan kerengsaan pada saluran pernafasan.

ubat lutut

Apabila dicampurkan dengan susu, ia menjadi minuman yang menenangkan dan berkhasiat untuk kanak-kanak.

Tahukah anda , kajian yang dilakukan di Surabaya , Indonesia pada 2017 keatas budak 3-5 tahun yang batuk , menunjukkan kumpulan yang mengambil kunyit / turmeric bercampur madu menunjukkan 80% dari kumpulan itu yang merasa simptom berkurang berbanding 0% kumpulan kontrol ( yang tidak mengambil kunyit) Sumber: https://conferences.unusa.ac.id/index.php/SIHC17/article/download/264/16/322

Cara penyediaan:

  • Panaskan segelas susu dan tambahkan secubit kunyit.
  • Berikan kepada anak sebelum tidur untuk tidur yang lebih lena.

Petua Batuk Budak 4: Udara Bersih dan Kelembapan Udara

Udara kering di rumah boleh memburukkan lagi batuk kanak-kanak. Untuk membantu anak bernafas dengan lebih baik, pastikan bilik mereka mempunyai kelembapan yang mencukupi.

Cara:

  • Gunakan pelembap udara (humidifier) di dalam bilik tidur anak anda.
  • Pastikan bilik sentiasa bersih dan bebas daripada habuk.

Petua Batuk Budak 5: Pek Air Suam di letakkan di Dada

Pek air suam boleh membantu melegakan kesesakan dada dan mengurangkan batuk. Suhu yang hangat ini membantu melonggarkan lendir dan memberikan kelegaan segera.

Cara penyediaan:

  • Rendam kain dalam air suam, perah dan letakkan di dada anak anda selama 10-15 minit.
  • Ulangi dua hingga tiga kali sehari.

Petua Batuk Budak 6: Daun Sirih dan Minyak Kelapa

Kebanyakan orang tidak tahu ini, dahulu zaman atuk nenek kita, Daun sirih sering digunakan dalam perubatan tradisional Melayu untuk merawat batuk. Apabila dicampur dengan minyak kelapa, ia boleh menjadi minyak sapu yang berkesan.

Cara penyediaan:

  • Panaskan beberapa helai daun sirih dengan minyak kelapa sehingga hangat.
  • Sapukan minyak tersebut di dada dan belakang anak sebelum tidur.

Petua Batuk Budak 7: Beri Anak Minum Air Suam

Memberi air suam kepada anak boleh membantu mencairkan kahak yang terperangkap di dalam tekak. Air suam juga membantu melembapkan saluran pernafasan, sekaligus mengurangkan keradangan dan batuk.

Petua Batuk Budak 8 : Aromaterapi dengan Minyak Essential

Minyak essential seperti minyak kayu putih (eucalyptus) dan minyak pudina (peppermint) dapat membantu membuka saluran pernafasan dan mengurangkan batuk.

Kajian pada 2019 keatas pesakit COVID19 menunjukkan Simptom batuk, hidung tersumbat, kesukaran tidur turun dengan mendadak pada kumpulan yang menggunakan minyak essential . ( Sumber : https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10654541/)

Terdapat 2 jenis essential oil yang bagus untuk batuk

  • Eucalyptus Oil: Sifat yang mengurangkan keradangan elok untuk mengurangkan kahak dan batuk
  • Peppermint Oil : Boleh membuka saluran pernafasan

Cara:

  • Titis beberapa titis minyak kayu putih ke dalam air suam dan biarkan anak menghidu wapnya.
  • Atau, sapukan sedikit minyak di dada anak untuk membantu mereka bernafas dengan lebih baik.

Petua Batuk Budak 9: Elakkan Makanan Sejuk

Makanan atau minuman yang sejuk boleh membuat batuk anak bertambah teruk. Oleh itu, elakkan memberi ais krim, air sejuk atau makanan sejuk lain kepada anak anda semasa mereka mengalami batuk.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Jika batuk anak berlanjutan lebih dari seminggu, atau disertai dengan simptom lain seperti demam tinggi, sesak nafas, atau batuk berdarah, adalah penting untuk membawa mereka berjumpa doktor. Mungkin terdapat masalah kesihatan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru atau asma.

Kesimpulan

Batuk pada kanak-kanak biasanya bukan masalah yang serius, tetapi ia boleh mengganggu keselesaan mereka dan juga tidur mereka. Dengan menggunakan beberapa petua semula jadi ini, anda boleh membantu meredakan batuk anak dengan lebih cepat. Namun, jika keadaan tidak bertambah baik atau kelihatan semakin teruk, dapatkan nasihat perubatan segera.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dan anak anda kembali sihat seperti sediakala!