Where Pain Meets Relief

Penjagaan Selepas Sunat Plastibell (Panduan Lengkap)

“Semalam anak saya baru sunat plastibell. Malam tu saya tak tidur lena, takut ada keluar nanah atau darah.”

Kandungan

Pendahuluan

Ramai ibu bapa memilih untuk menyunatkan anak ketika masih bayi kerana pada peringkat usia ini, sistem saraf belum matang sepenuhnya. Ini menjadikan proses sunat lebih selesa dan kurang menyakitkan.

Terdapat beberapa kaedah sunat bayi yang digunakan pada masa kini, antaranya ialah kaedah laser dan plastibell.

Walau bagaimanapun, menjadi kebiasaan bagi ibu bapa untuk berasa risau selepas prosedur dilakukan.

Persoalan seperti apakah langkah penjagaan yang betul, bagaimana memastikan keselamatan dan keselesaan bayi sering menjadi kebimbangan utama.

Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan penjagaan selepas sunat plastibell yang mudah difahami dan boleh membantu ibu bapa menjaga si manja dengan lebih yakin.

Apa itu Sunat Plastibell?

Sunat plastibell adalah satu kaedah khatan moden, khusus untuk bayi yang berusia bawah 2 tahun (menggunakan bius setempat). Menariknya, kaedah plastibell tidak memerlukan sebarang jahitan!

Sama konsep seperti tali pusat bayi, satu gegelung plastik (bell) akan dimasukkan ke dalam kulup kemaluan bayi. Kemudian, plastik tersebut akan diikat dengan tali / benang.

Proses ini mengakibatkan salur darah dan tisu yang diikat luruh secara sendirinya, termasuk lebihan kulit.

Sunat plastibell ini kebiasaannya dilakukan hanya oleh doktor yang berpengalaman kerana proses yang agak kompleks.

Kelebihan Sunat Plastibell

Antara mengapa sunat plastibell sangat disyorkan termasuklah;

  • Cepat sembuh, sepantas 3 hari
  • Sangat selamat untuk bayi anda
  • Tidak perlu jahitan
  • Mudah dijaga kerana plastibell tercabut sendiri
  • Risiko komplikasi yang rendah

Laser atau Plastibell? Mana yang lebih baik untuk bayi anda? Klik Pautan ini: sunat plastibell vs laser

Tempoh Prosedur Sunat Plastibell

Sunat plastibell mengambil masa yang amat sekejap, sekitar 5 hingga 15 minit. Doktor yang berpengalaman akan memasang akan memasang gegelung dengan teknik yang selamat dan pantas.

Selepas Prosedur Sunat Plastibell

  • Gegelung plastik “bell” telah diletakkan dalam kulup kemaluan, dan diikat dengan satu benang pada plastik tersebut. Gegelung akan tertanggal dengan sendirinya selepas beberapa hari.
  • Selepas prosedur, kemaluan anak akan sedikit membengkak, namun akan beransur hilang dalam masa 4 hari.
prosedur plastibell di bawah artikel penjagaan selepas sunat plastibell klinik tuah

Cara Penjagaan Selepas Sunat Plastibell di Rumah

Sebagai ibu bapa, pasti anda inginkan bayi anda selesa dan baik-baik sahaja selepas sunat tanpa sebarang komplikasi. 

Maka, penjagaan selepas sunat plastibell amatlah penting untuk memastikan luka sunat bayi anda pulih dengan sempurna.

Berikut merupakan panduan lengkap cara penjagaan selepas sunat plastibell di rumah yang ibu bapa boleh ikuti. 

Panduan ini telah diperiksa oleh doktor yang berpengalaman dalam sunat bayi.

  • Berikan bayi anda ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor 4 jam selepas prosedur. Anda boleh berikan ubat tahan sakit susulan pada bayi anda selepas setiap 6 jam.
  • Anda tidak perlu risau jika bayi anda meniarap atau merangkak kerana teknik plastibell melindungi kepala kemaluan bayi daripada sentuhan fizikal dengan persekitaran.
Bayi merangkak di bawah artikel penjagaan selepas sunat plastibell
  • Tukar lampin bayi anda dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan pada kemaluan akibat najis. Bersihkan kawasan sunat setiap kali menukar lampin.
  • Untuk 24 jam pertama, anda boleh bersihkan kawasan sunat dengan lalukan air secara perlahan, atau dengan tisu. Elakkan daripada menggunakan tisu basah pada kemaluan bayi.
  • Selepas 24 jam, anda boleh bersihkan kawasan sunat dengan air 2-4 kali sehari sehingga gegelung tertanggal. Elakkan daripada menggunakan sabun pada kemaluan sehingga luka sembuh.
  • Pakaikan lampin secara longgar untuk menggalakkan pengudaraan, dan memastikan luka sentiasa kering dan tidak melekat pada lampin.
sentiasa tukar lampin bayi antara capa penjagaan selepas sunat plastibell
  • Beri susu badan secara berterusan kerana susu ibu sendiri menjadi ubat tahan sakit semula jadi dan mengurangkan rasa tidak selesa selepas berkhatan.
  • Sapu ubat antibiotik yang dibekalkan oleh doktor anda pada sekeliling luka sunat bayi untuk memastikan luka cepat sembuh. Elakkan daripada terkena kepala kemaluan.
  • Perhatikan sebarang tanda jangkitan seperti bengkak yang tidak surut selepas 72 jam, kemaluan menjadi kemerahan, keluar cecair yang berbau busuk, berwarna putih atau kuning seperti nanah dan demam.
  • Namun, sekiranya anda perasan cecair kuning jernih yang membentuk kuping pada kemaluan, jangan panik! Itu adalah sebahagian daripada proses penyembuhan.
  • Jika anda perasan tompok-tompok darah (pendarahan kecil) pada kemaluan, berikan tekanan ringan dengan memicit kawasan pendarahan tersebut sekitar 10-15 minit. Sekiranya pendarahan berterusan, segera berjumpa dengan doktor.
picit pada kawasan pendarahan antara cara penjagaan selepas sunat plastibell

Penjagaan Selepas Sunat Plastibell ( Setelah Gegelung Tertanggal)

  • Gegelung plastibell akan tertanggal dengan sendiri selepas 3-8 hari. Periksa kawasan sunat untuk memastikan luka sembuh sepenuhnya dan tiada jangkitan.
  • Bersihkan kemaluan bayi anda dengan air suam. Anda boleh menggunakan sabun hanya jika luka pada kawasan sunat betul-betul sembuh.
  • Sapukan petroleum jelly (Vaseline) untuk membantu mengelakkan luka sunat melekat pada lampin bayi anda. Anda juga boleh gunakan spray untuk mempercepatkan proses pengeringan luka.
caver nano Ag+ spray yang membantu mempercepatkan pengeringan luka dan boleh digunakan dalam penjagaan selepas sunat plastibell
Antara jenama spray yang membantu mempercepatkan pengeringan luka sunat (boleh didapati di Klinik Tuah)

Tanda-Tanda Jangkitan

Perkara utama yang perlu anda titik beratkan sepanjang tempoh penjagaan selepas sunat plastibell adalah jangkitan kuman pada luka.

Antara tanda-tanda luka sunat anak anda telah dijangkiti kuman termasuklah;

  • Keluar cecair yang pekat, berbau dan berwarna kuning pekat, putih atau lain-lain
  • Pendarahan yang tidak berhenti selepas beberapa jam
  • Demam panas yang tidak surut walaupun dengan ubat-ubatan.
  • Sukar untuk membuang air kecil
  • Menunjukkan tanda-tanda kesakitan yang berpanjangan
  • Merah-merah pada seluruh kemaluan hingga abdomen
demam pada bayi mungkin tanda jangkitan dan antara yang perlu diperhatikan sepanjang penjagaan selepas sunat plastibell

Sekiranya bayi anda mempunyai tanda-tanda di atas, segera berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Kesimpulan

Sunat plastibell memang satu pilihan yang selamat dan praktikal untuk bayi. Tapi ingat! Sunat bayi tidak selesai sepenuhnya di bilik doktor, tapi penjagaan di rumah pun sangat penting. 

Jika ikut langkah penjagaan selepas sunat plastibell dengan betul, kebanyakan bayi akan sembuh dengan cepat dan tanpa komplikasi. Jangan risau kalau ada bengkak atau cecair kuning jernih, itu adalah normal.

Tapi kalau ada nampak tanda jangkitan yang merisaukan, cepat-cepat bawa jumpa doktor. Apa pun, yang penting untuk ibu bapa di luar sana ialah kekal tenang, yakin, dan beri yang terbaik untuk si manja anda.

FAQ

Bolehkah saya mandikan anak saya selepas sunat plastibell?

Disarankan untuk anda mandikan bayi hanya 48 jam selepas prosedur sunat. anda boleh mengelap badan bayi anda dengan tisu basah, namun elakkan daripada menggunakan tisu basah pada kawasan sunat.

Walaupun kes sebegini jarang berlaku, namun sekiranya plastibell tertanggal terlalu awal, segera hubungi doktor anda.

Dapatkan panduan terlengkap tentang khatan bayi lelaki di pautan ini : Tips Khatan Bayi Lelaki

KLINIK BERSUNAT BAYI DI MALAYSIA

Sunat Hari Ini, Sembuh Seawal 3 Hari 

Alami Khidmat dan Penjagaan Yang Selesa dan Selamat Untuk Bayi Anda di Klinik Tuah

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] Klik Pautan ini Untuk Maklumat Lanjut Tentang Cara Penjagaan Selepas Bersunat: Cara Penjagaan Sunat LaserCara Penjagaan Sunat Stapler Cara Penjagaan Sunat Plastibell […]

Dr Hareez Noorman

Dr Hareez Noorman

Dr. Hareez is a experienced medical professional registered with Malaysian Medical Council. He obtained his medical certification from the prestigious International Medical School, Bangalore and has served in renowned institutions such as Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan and Hospital Ampang, Selangor.

Jom baca lagi..

Klinik Sakit Lutut di Kuala Lumpur : Solusi Terbaik Berhampiran Anda

Pencarian klinik sakit lutut di Kuala Lumpur yang tepat dan terbaik bukanlah sesuatu yang mudah. Ia harus dilakukan dengan teliti dan dengan baik kerana Klinik sakit lutut yang terbaik itu seperti permata dilautan, jika...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...