fbpx Skip to main content

Dalam masyrakat kita, selalunya khatan anak lelaki selalunya dilakukan pada usia bermula 7 tahun sehingga 12 tahun.

Tetapi tidak ramai yang menyangka bahawa sebenarnya boleh sekiranya ibu bapa mahu mengkhatankan anak seawal mereka masih bayi.

khatan anak lelaki bayi

Hadith Nabi tentang Khatan Anak Lelaki Ketika Bayi

Malahan, sunnah Nabi Muhammad SAW juga ada menyebut tentang bayi lelaki dikhatankan pada hari ke 7 kelahiran selain dari Aqiqah dan bercukur rambut.

Dari Saidatina Aaisyah RA “Sesungguhnya Nabi SAW mengkhatankan Hassan & Hussain pada hari ke 7 dari hari kelahiran keduanya” – Riwayat Al Baihaqi

Kaedah Khatan Anak Lelaki

Terdapat berberapa kaedah untuk khatankan bayi iaitu kaedah plastibell dan laser

Plastibell
Teknik ini merupakan teknik yang terbaik untuk khatan ketika bayi. Selepas dibius, Satu plastik berbentuk gegelung akan diletakkan didalam kulup kemaluan dan akan dililit lalu diikat menggunakan tali/benang. Benang ini akan menghentikan saluran darah pada kulup kemaluan yang hendak dipotong menyebabkan kulup kemaluan akan mati dan tercabut dalam masa 2-3 hari. Tiada Jahitan yang akan dilakukan.
apabila tercabut, luka pada kemaluan akan terus KERING. ini membuatkan luka khatan amat cepat sembuh. ada yang sembuh seawal 3 hari.

Tambahan Lagi, Secara kosmetik , teknik plastibell lebih cantik dan kemas . Ia juga lebih selamat kerana risiko terpotong kepala zakar hampir tiada .

Teknik Laser
Teknik ini adalah teknik tradisional dan paling biasa dilakukan untuk sunat kanak-kanak, namun boleh juga dilakukan pada bayi dengan pendekatan yang berbeza . Selepas dibius, kulup kemaluan akan di clamp dan akan dipotong dengan diathermy ( laser) . Kemudian , luka akan dijahit disekeliling zakar dan jahitan ini akan tercabut sendiri


Kelebihan Khatan Anak Lelaki Ketika Bayi

Antara kelebihan bersunat sewaktu anak masih bayi adalah:

  1. Risiko pendarahan yang kurang kerana saluran darah masih belum sempurna
  2. Luka yang cepat kering dan sembuh
  3. Penjagaan yang mudah
  4. Bayi tidak akan mengingati pengalaman atau trauma bersunat

Baca Panduan &Tips Terlengkap Khatan Bayi untuk bacaan ibubapa

Jika anda tertanya tanya dan ingin tahu lebih lanjut akan khidmat sunat bayi, boleh buat temujanji bersama kami di KLINIK TUAH supaya anda lebih yakin untuk mencipta kenangan berkhatan anak anda bersama kami

wikipedia tentang khatan

Here can be your custom HTML or Shortcode

This will close in 20 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Membuat Panggilan

 

 

 

 

 

This will close in 0 seconds

Pilih Cawangan Untuk Terus Whatsapp

This will close in 0 seconds