Where Pain Meets Relief

Kami Kongsi Tuah- Pemeriksaan Lutut Percuma Warga Kuantan bersama Tabung Haji

Kuantan, 19 April — Pada 19 dan 20 April 2025 yang lalu, Klinik Tuah berpeluang merealisasikan misi utama ‘Ke Arah Kuantan Bebas Sakit Lutut” melalui program bersama Tabung Haji. Program ini telah dijalankan di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan, khusus untuk bakal jemaah haji.

Program yang dianjurkan oleh Tabung Haji ini berlangsung pada:

Sabtu: 1.00 petang hingga 5.00 petang

Ahad: 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Seramai 600 orang jemaah haji hadir sepanjang dua hari tersebut. Daripada jumlah itu, 8 orang telah membuat pemeriksaan lutut bersama pasukan kami.

Pemeriksaan ini dijalankan oleh 2 orang doktor dan dibantu oleh 3 orang staf klinik. Selain pemeriksaan lutut, setiap jemaah yang hadir juga menerima langkah senaman lutut khas sebagai panduan untuk kekalkan kekuatan dan kesihatan sendi sebelum berangkat ke tanah suci.

Tujuan utama program ini adalah untuk:

  • Mengesan awal masalah sendi lutut yang mungkin mengganggu ibadah haji
  • Memberi nasihat kesihatan dan langkah pencegahan
  • Membantu jemaah lebih bersedia secara fizikal untuk melakukan ibadah seperti tawaf dan saie

Walaupun jumlah yang menjalani pemeriksaan lutut tidak ramai, sambutan secara keseluruhan tetap positif. Ramai jemaah yang hadir menunjukkan minat terhadap penjagaan kesihatan, terutama berkaitan pergerakan semasa ibadah haji.

Program ini mungkin nampak kecil dari segi angka, tapi besar impaknya pada mereka yang terlibat. Terima kasih kepada Tabung Haji atas inisiatif ini dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakannya.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Jom baca lagi..

Kami Kongsi Tuah- Program Pemeriksaan Lutut di Masjid Jamek BBU Johor

Johor Bharu, 24 April — Ibadah haji bukan sahaja menuntut kekuatan rohani, tetapi juga memerlukan persediaan fizikal yang rapi. Perjalanan ibadah yang panjang, ditambah dengan aktiviti seperti tawaf, sa’i dan berjalan jauh, boleh memberi...

Share:

More Posts

Klinik Tuah : Disebalik Ubat & MC

Kami Sentiasa Disini

Ada Sentiasa Untuk Membantu

Pilih Cawangan Untuk Bercakap Terus Dengan Kami

Buat Temujanji Melalui Online

Pilih sendiri slot temujanji anda dibawah

Loading...